Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Follow by Email

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Friday, May 4, 2012

The Red Warriors Menang Lagi

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam lewat malam..

Alhamdulillah rindu rasanya lama tidak menjeguk diruang ini yang sudah mencapai 7 bulan tiada entry baru dari saya, keinginan untuk menaip ada cuma terlalu banyak komitmen lain membuatkan keinginan itu di'kiv' seketika. Dan sekarang keinginan untuk berkongsi pendapat diruang yang tidak berbayar ini kembali lagi,walaupun banyak kerja tapi diteruskan jua.

Entry pembuka bicara blog penjejak kehidupan bagi tahun 2012 adalah berkaitan dengan kemenangan bergaya oleh Skuad TRW yang dengan gagah membaham lions twelve 3-0 di laman sendiri. Walau berbagai tohmahan sebelum perlawanan yang diberikan kepada skuad ini seperti padang bermasalah dan penyokong ganas namun semuanya terkubur didada akhbar dan dianggap fitnah menjatuhkan maruah The Red Warriors semata-mata.
Namun lagi menyedihkan adalah tohmahan dan fitnah yang disebarkan di media masa pihak lawan adalah dari tanahair kita sendiri dan itulah paling menyayatkan hati aku. Apa salah the red warriors dalam menaikkan nama pasukan,negeri kami juga negara kita sampai ditohmah saja saban perlawanan. Walau banyak kali menaikkan nama di persada antarabangsa tidak kira dari kerjasama berpasukan di perlawanan peringkat antarabangsa (AFC) mahupun dari individu pemain itu sendiri dalam skuad kebangsaan namun tohmahan masih ditujukan kepada The Red Warrriors, tidak cukup dengan itu plot menjatuhkan Presiden TRW juga dikenalpasti dari sumber-sumber yang dikongsi diinternet adalah akibat dengki dan penyelewengan.
Namun dengan semangat yang tinggi semua itu diabaikan dan diatasi oleh semua individu didalam TRW dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari seluruh penyokong TRW seperti menderma 1 sen seorang bagi menbantu Pres TRW membayar kos pendakwaan kes beliau baru-baru ini demi menunjukkan kami semua bersatu hati demo pasukan kesayangan kami semua.

Dan dengan kemenangan malam ini yang menyaksikan jaringan dan 'save' bertaraf antarabangsa < bukan aku cakap tapi komentator semasa perlawanan cakap >dari kerjasama para pemain dan penjaga gawang,Apek telah membuktikan bahawa kelab ini boleh maju lagi ke depan dalam menaikkan nama kelab,negeri dan negara.InsyaAllah.

Jom LAYAN VIDEO SINGA gagah Diterajang KIJANG kikiki



Akhir kata dari saya, walau apa pun yang diberikan kepadakami, duri mahupun halangan kami penyokong setia RED warriors sentiasa bersama bersatu demi pasukan kesayangan kami... bak kata POK DOGOL
" anda boleh membunuh 100 orang kelantan, namun anda tidak dapat memusnahkan jiwa 1 orang kelantan"

"Tidak Lupa Selamat Hari Lahir Bojan Hodak" semoga panjang umur dan mendapat hidayah dariNya.

sekian saja dari saya...

Selamat Malam

p.s: tido peluk bantal ambo male ni keh3....

No comments:

POst Famous

Total Pageviews