Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, November 16, 2013

Nasi Ganja : Padah Kopi dan Pasta

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Sehari dua lepas, kecoh di ruangan media sosial terutama Facebook akan kes Restoran nasi venggey atau Nasi Ganja yang terpaksa ditutup kerana mendapat notis dari pihak kesihatan akan ketidakbersihan restoran tersebut. Akibat dari itu timbul pelbagai veris khabar berita, ye la orang Melayu suka akan khabar berita dari berita sebenar hee.. Jadi yang menghangatkan keadaan adalah berita dimana asbab penutupan restoran ini akibat dari penemuan najis di dalam periuk atau kuali yang digunakan. Bila mana sebut media sosial seperti Facebook atau Twitter yang mempunyai fungsi "share" dan "retweet" dengan hanya satu klik jadi berita ini
tersebar dengan pesatnya.

Namun, hari ini terpampanglah kisah sebenar penutupan restoran tersebut. Ambo yang dari semalam sudah tahu akan penafian berita ini dari pihak restoran, namun biasalah siapa yang mudah percaya akan penafian dari satu pihak sahaja. Lalu hari ini, berita tentang najis itu teleh sendiri dinafikan oleh individu yang bertanggungjawab untuk menyebarkannya. Walaupun hanya seorang yang tampil untuk mengaku namun, bagi ambo ramai sebenarnya yang terlibat bersama-sama menyebarkannya. Inilah padah "COPY & PASTE" atau kopi dan pasta.

Jadi, dari insiden ini, sama-sama kita nasihat dan mengingatkan sesama kita akan berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu berita. Andai tidak pasti silalah letakkan tanda "????" di belakang ayat supaya rerakan Facebook anda tahu akan berita itu tidak lagi sahih juga bagi mengelakkan anda senang didakwa di mahkamah nanti. Ambo sendiri tidak terelak dari berkongsi akan sesuatu berita di media sosial, bila mana rasa rajin buat selidikan sedikit paling kurang "alert" dengan apa yang kita kongsi supaya berita yang dikongsi
itu bermanafaat bukannya berita tipu dan fitnah semata-mata.

dari Oh! Media 
Dan yang paling penting disini, adalah ambo amat "respect" akan tindakan akak ini yang berani tampil memohon maaf kepada restoran tersebut, berbanding manusia yang sudah tersilap dan sudah dinasihatkan untuk memperbetulkan tindakan namun, hanya tinggal harapan.

Akhir kata, kongsilah dengan berhemah, andai ditegur beranilah meminta maaf, kerna manusia tidak lari dari kesilapan dan jadikan kesilapan hari ini pedoman di hari mendatang.

Lihat Video Terbabit Di Oh! Media 

Sekian, Wassalam....

Tuesday, October 22, 2013

Kanak-kanak Hilang & Dibunuh oleh Kenalan Laman Sosial.

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...

HILANG.. HILANG.. dan HILANG...

          Saban hari ramai remaja telah dilaporkan hilang dan diculik. Ada kes hilang yang dapat diselesaikan dengan berjaya dan mangsa dapat diselamatkan dan ada juga yang diakhiri dengan kematian. Kes kehilangan kanak-kanak cina yang comel ini mempunyai kaitan dengan rakan kenalan yang baru dikenalinya di laman sosial. Andai di fikirkan balik, kanak-kanak generasi kini semakin maju dan "updated" andai di bandingkan dengan zaman kita dahulu, kalau difikirkan untuk mendapatkan kawan agak susah dan memerlukan "two-way communication" sebelum berkawan. Tapi kini dengan adanya laman sosial seperti Facebook terutamanya, perhubungan semakin senang untuk dijalankan dengan hanya "add friends". Remaja zaman kini juga sukar diawasi oleh ibubapa yang mempunyai masa yang terhad andai kedua-duannya bekerja. Dari kekurangan pemantauan ini juga meningkatkan risiko anak-anak mudah bergaul dengan insan yang kurang dan tidak dikenali. nauzubillahiminzalik.

           Oleh itu eloklah semua ibubapa mengambil ikthibar dari kes ini supaya dapat meningkatkan hubungan 2 hala dengan anak-anak dan selalulah "update" akan kehidupan anak-anak dari sibuk meng"update" status di laman sosial. Dan lagi elok seandainya ibubapa mempunyai akaun Facebook, bertujuan untuk memantau anak-anak. lagi elok seandainya anak-anak dilebihkan dengan penerapan ilmu agama, halal dan selalu berjemaah dalam solat. In sha Allah seandainya anak-anak diterapkan dengan ilmu agama dengan baik tidak mustahil mereka dapat berfikir akan baik buruk sesuatu perkara dan dapat menjaga diri mereka sendiri. Juga tambahan selalulah berdoa untuk keselamatan keluarga kita sendiri. Sama-samalah kita minta semua bala bencana dan kemalangan dijauhkan dan disimpangkan dari berlaku kepada kita,keluarga dan insan terdekat.

Takziah buat keluarga mangsa...


Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di Klang malam tadi.
Mayat gadis itu yang dipercayai dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui Internet, ditemui polis yang dibawa oleh suspek ke lokasi pada pukul 9 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan awal menemukan kesan luka dan pendarahan pada kepala dan tangan mangsa.
Suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 6.30 petang tadi di rumahnya di Kelana Jaya. Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek lebih 12 jam lalu, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Menurutnya, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di pada pukul 1.30 pagi selepas anaknya gagal pulang, sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada pukul 11 pagi semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.


sumber : http://www.malaysiakini.com/news/244612

lompat dari : http://networkedblogs.com/QkecZ

PRAY 4 MESIR,PALESTIN & SYRIA !!!!! 

Sekian, Wassalam....

Sunday, August 25, 2013

Siapa Yang Perlu Anda Cari???



Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Alkisah setiap orang akan menghadapi masalah kalau tidak setiap hari, seminggu sekali dan kalau tidak seminggu sekali mungkin juga sebulan sekali. Jadi dalam setiap permasalahan itu kadang-kadang perlu juga kita merujuk pada yang mungkin lebih pakar juga mungkin lebih tahu dari kita.

Namun, hari ini tidak ramai yang suka merujuk namun lebih suka membuat keputusan membuta tuli tanpa pandangan juga menggunankan pilhan yang ada. Ini merupakan satu kerugian dalam hidup seandainya pilihan dan keputusan yang dibuat itu tidak tidak tepat dan merugikan masa hadapan, sesal kemudian tiada berguna.

Ambo ingin bagi contoh seperti kes perceraian, saban hari ada sahaja kes perceraian yang ada diantaranya dilafas di luar mahkamah juga hanya menggunakan SMS atau Sistem Pesanan RIngkas. Walaupun lafaz cerai ringkas namun aplikasinya bukanlah seringkas lafaz itu. Sebelum seorang suami melafazkan lafaz itu lebih baiklah mencari jalan penyelesaian macam contoh seandanya anda merujuk permasalahan keluarga kepada pejabat agama, pihak meereka akan mewajibkan anda menghadiri beberapa sesi kaunseling dan nasihat sebelum anda membuat keputusan tersebut. Hari ini, kalau nak harapkan mereka yang bermasalah membuat istikharah, hanya yang rajin dan betul-betul sahaja membuatnya jadi tak salah kalau anda merujuk kepada yang pakar mungkin nasihat dan motivasi yang diberikan dapat mengubah pandangan dan pemikiran anda kearah yang lebih baik.

Jadi disini ingin saya berkongsi salah satu medium yang dapat memudahkan anda mendapat rujukan dan nasihat mungkin juga dengan hanya menghantar SMS kepada Ustaz-Ustaz yang dengan hanya mendail nombor telefon mereke seperti yang tertera di bawah ini.

No tel Ustaz yang bagus2 untak rujukan jika perlu:
Ustaz Dr Abd Basit Abd Rahman 019 – 944 1881
Ustaz Hanafi Abdul Malik. 013 – 668 2940
Ustaz Ghazali Ibrahim. 019 – 336 9949
Ustaz Dr Zahazan Mohamed. 019 – 353 8554
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 019 – 260 2700
Ustaz Mohamad Abdullah. 019 – 3641643
Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 019 - 2202355
Ustaz Dr.Danial Zainal. 019 – 456 6580
Ustaz Rohidzir Rais. 019 – 545 2750
Ustaz Roslan Mohammad. 012 – 383 1963
Ustaz Mohd Amri Abdullah. 013 - 3735293
Ustaz Abdul Hadi Bakri. 012 – 481 9378
Ustaz Halim Din. 012 – 270 1066
Ustaz Fauzi Mustafa. 019 – 266 1484
Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri. 012 – 682 2797
Ustaz Sabri Omar. 017 7060489
Ustaz Shukri Ali. 013 - 9222670
Utz Mohd Nazri Mat Zin. 013 – 920 7121
Utz Mohd Salahuddin Dato Mohamed DBP. 014-969 3959
Utz Zaharuddin Abd Rahman 013-257 0400
Utz Zamri Zaunuldin. 019-270 7303
Utz Dato Zawawi Jusoh. 019 – 329 2757
Utz Zul Ramli. 013 – 226 0018
Utz Syed Abd Kadir. 017-777 0282
Utz Syed Nor Hisyam. 019 – 331 0719
Utz Wan Akashah. 019 – 357 6445
Ustaz Hasnil 013-397 4600
Utz Haslin 012 – 692 6446
Utz Jazlan 019-700 7667
Utz Adlan abd Aziz. 019-710 5167
Utz Badlishah. 013 – 933 0660
Utz Dr.Lokman Ibrahim. 013 – 935 5277
Utz Dusuki Ahmad. 013 – 321 - 3775
P/A Ustaz Azhar Idrus - +60199886160
Simpan no tel ini utk rujukan tuan-puan. mana tahu hendak panggil ceramah ke forum ke. Boleh kongsi kepaad mana-mana AJK Masjid/Surau tempat masing-masing
Admin : Sesiapa ada no para ustaz atau ustazah yang dibenarkan untuk kongsi boleh tambahn diruang komen nanti admin boleh update untuk dikongsikan
Harap maklum

Sumber asal: Ustaz Haslin Baharim a.k.a Ustaz Bollywood

Seperti yang anda maklum kemungkinan berlaku perubahan nombor telefon adalah di luar bidang saya yang hanya ingin berkongsi sedikit informasi ini untuk kepentingan kita bersama.

Sekian, Terima Kasih

Sunday, August 4, 2013

Kanak-kanakku Di Bulan Ramadhan

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat malam...

Alkisah malam ini malam 26 Ramadhan sudah dan "ia" bakal pergi dan perginya belum tentu sempat kita untuk nikmati, dan hiasinya lagi. Semoga dipanjangkan umur semua pembaca ambo supaya dapat kita semua nikmati dan hiasinya dengan amalan-amalan buat bekalan nanti.

Memandangkan kita masih lagi di bulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingin ambo kongsikan pengalaman
di kala ambo maih lagi remaja muda dan bahagia dengan pembaca blog ambo ini. Setiap manusia semestinya ada pengalaman tersendiri di kala bulan Al mubarak ini tidak kira suka mahupun duka.

Diikutkan tak banyak cerita dan pengalaman yang ambo ingat ye la x semua apa yang kita lakukan akan
kita ingat sampai ke tua kecuali sedikit dari fasa-fasa yang di lalui juga memori yang memberi kesan yang mendalam bagi semua insan. Bagi ambo, antara memori yang ambo x dapat lupa ingin ambo kongsi macam
perang mercun, jual mercun dan burger dan juga teraweh dikala fasa kanak-kanak. Diikutkan banyak benda yang ambo buat ada kenangan tapi x muat ruangan untuk ambo coretkan di ruangan ini.

Perang mercun dengan jiran, paling ambo suka sekali bila ambo duduk termenung sendiri akan memori ramadhan ambo di fasa muda-mudi dulu. Perang ini bukan dimulakan oleh ambo tapi jiran ambo yang tetiba menyerang dan membaling mercun betul-betul depan tangga rumah ma ambo. Dikala ini ambo merupakan tokey mercun tegar di kampung ambo (tika ini lah sekarang bersara dah),akibat naik angin ambo bersama abang tinggi selevel dari ambo ambil stok mercun "and get ready to counter attack" ye la boh rumah kena serang xkan nak duduk diam ye dok?? jadi dengan idea kreatif lagi inovatif (sebab ni la kut ambo dengan abang abo ada bakat jadi engineer) mengikat mercun bola di batang mercun roket dan "setting" sikit kasi timing letupan sama. Bila alatan dan persiapan dah "ready" kami ambil posisi kekuda dan siap sedia membalas " jemputan" jiran ambo.Terasa seronok pula kami main mercun lagi seronok dari main suka duka. Tapi suasana meriah ini tidak berpanjangan pabila dengan histerianya mak cik budak (kedudukan rumah dia di antara ruah ambo dan jiran abo ) tu keluar seraya berkata " oiii babi mu gilo ko" glurp xpa kot ambo cuma ulang kata balik "scene" tersebut. Ma ambo yang duduk dalam rumah sebelum tu dengan "mood cool" dan "steady" tetiba bangun dan keluar rumah, ye la ma ambo ok je budak-budak katakan keh3. Melihatkan mak cik budak tu masuk campur ma ambo larang ambo dan abang ambo untuk teruskan perjuangan kami yang masih belum habis mercun dalam kotak kami gunakan, nak jaga hati jiran heee. Tapi sempat juga abang ambo bagi balik kat makcik budak tu dengan berkata " anak sedara mung tu gilo" keh3 budak-budak dulu darah panas tapi panas-panas xda la sampai ajak gaduh macam budak zaman sekarang x kira orang lain, mak bapa sendiri pon buleh ajak "sparing" keh3. Di penghujung cerita kami sekarang dah biasa dan xda gaduh-gaduh dan budak jiran tu pun dah senyum-senyum dengan kami, dah besar kan... hehehe..

Di kala meningkat tua ini, pabila ambo tengok adik-adik mahupun anak sedara ambo ligat membeli dan bermain mercun, ambo selalu teringat kisah ini. Bagi demo mungkin xda apa yang spesialnya tapi bagi ambo, terasa engineer walaupun hanya abang ambo je yang sekarang ni betul-betul jadi engineer.

Di akhir coretan ambo ni ambo harap ingin berkempen
ihsan pakcik GOOGLE

Bermain mercun berpada-pada,
Jangan sampai putus anggota badan mana-mana,
Hormati orang tua tidak kira dimana,
Agar hari tua kita lebih bermakna.

Bermain mercun sekarang ni x kira usia,
ada teruna ada yang sudah duda,
kalau dah tercedera,
di hospitallah anda beraya.....

keh3...

Bab perang sudah ditutup tirai, tiba untuk teraweh pula. sejak dua menjak ambo rajin teraweh (bukan riak hanya berkata-kata ) di surau rumah sewa ambo yang berdekatan, tidak hilang suasana tika ambo kanak-kanak di surau ini. Mana tidaknya tika tok imam angkat takbir terus mereka semua beraksi sampai dah macam dalam filem aksi bunyi dibelakang (konpemm x khusyuk bila bunyi bunyian sebegitu hahaha...) tapi abo teruskan juga teraweh ambo itu.
ihsan pakcik GOOGLE
Mungkin bagi peringkat umur ambo ada yang tidak suka kanak-kanak berada di surau tapi bagi mereka yang lebih tua ianya sudah biasa, kanak-kanak biasa la tue...mungkin ambo tua nanti dapat paham apa "biasa" itu kot. hahaha. Tapi bila kita fikirkan balik ada caranya juga untuk biasakan anak-anak selalu hadir ke surau. Ye lah kalau x biasakan mereka dengan suasana masjid silap haribulan silap langkah ke konsert haluan mereka. Bukan tidak elok ke konsert tapi ke surau masjid lebih elok (ambo pun susah gak nk lekat ke surau x tahu kenapa kui3). Malahan ada di ceritakan tika zaman Rasulullah dahulu, ketika baginda tengah solat, cucu baginda memanjat di atas belakang baginda tika baginda tengah sujud, tidaklah baginda bangun terus dari sujud itu namun baginda sujud sampai cucu baginda turun dari belakang baginda unutk teruskan tertib solat baginda. Disini ambo dapat bagi pendapat bahawa tidak salah untuk di bawa anak-anak ke masjid cuma perlahan-lahan kita didik mereka untuk menghormati masjid in sha Allah buluh akan terlentur andai di latih ketika masih rebungnya.

Habiskanlah Ramadhan Al mubarak ini dengan penuh makna

Sekian, Wassalam....

Friday, August 2, 2013

Petua Untuk Minum Susu Segar

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat bersahur...

Alkisah semua dari kita tahu akan susu merupakan salah satu minuman kegemaran Rasulullah s.a.w dan mengikut kajian saintifik susu juga sangat baik untuk kesihatan badan dan juga minda. Ambo ingin kongsikan disini petua untuk meminum susu segar dari ladang iaitu susu yang diperah "direct" dari "tabung" susu kambing mahupun susu lembu. Susu segar disini disitilah sebagai susu tanpa bahan tambahan yang kononnya untuk lagi sedap dan menambah zat yang sedia ada, gunanya belum tentu selamat bahan-bahan tambahan tersebut. Jadi elok lah kalau dapat kita meminum susu yang sebetul-betul segar.


Berikut sedikit info dan cara meminum susu yang ambo jumpa :

A. Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. 

B. Rasullullah s.a.w menerangkan, susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. 

CARA MEMINUM:

1. Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

2. Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.


Diharap agar sama-sama kita merutinkan peminuman susu juga madu, barli dan kopi kerana ianya baik untuk kesihatan kita...

Sekian, Wassalam....

POst Famous

Total Pageviews