Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Follow by Email

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, May 5, 2012

3 Perkataan Ditunggu Perempuan

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam petang hari..

Alhamdulillah. Masih lagi nyawa ini dikandung badan dizinkan lagi olehNya untuk menggunakan jari untuk menaip perkongsian terbaru dari aku. Sejak stress pSM ni makin membuak keinginan menaip dalam diri hehehe..

Buku "Aku Terima Nikahnya" karangan Hasrizal abd Jamil
Al-kisah terbaca dan terkomen pasal 3 perkataan yang paling ditunggu oleh insan bergelar seorang perempuan iaitu "Aku terima Nikahnya" memberi idea aku di pagi hari untuk menaip tentang 3 perkataan ini.

Bagi aku, bukan setakat perempuan saja ingin mendengar 3 perkataan tersebut namun jejaka juga sudah tidak sabar untuk mengucapkan bait-bait kata tersebut didepan tok kadi walaupun sekali lafaz tidak pasti sah atau tidak juga berkali-kali diucapkan didepan hadirin yang ramai dengan penuh gugupnya demi mendapatkan seorang permaisuri hidup yang bakal bersama melayari kehidupan berkeluarga di masa hadapan.

Bagi kita yang tidak merasakan suasana dan tekanan dengan mudahnya menyebut 'Aku terima Nikahnya' namun bagi mereka yang sedang duduk diatas bantal di depan tok kadi ataupun wali permaisuri hidup, dikerumuni pula oleh hadirin terdiri dari kaum kerabat, itu bukanlah sesenang mengucapkannya sepertimana berkasih-kasihan semasa usia remaja yang dengan senangnya mengucapkan 'saya sayang awak', 'saya rindu awak' , i love u ' dan sebagainya. Kata-kata yang indah diatas lagi indah dan bermakna andai disebut selalu selepas berkahwin, rumahtangga pun makin kukuh dengan ucapan kasih sayang.Oh indahnya sebuah kehidupan berkeluarga.

Namun, dunia sekarang akibat terlalu banyak dugaan dan cabaran, 3 perkataan tersebut agak sukar untuk diberi peluang untuk disebut oleh jejaka yang kadang kala terpaksa menunggu beberapa tahun demi memenuhi keperluan untuk menikahi permaisuri hidupnya. Dan kadang kala permaisuri yang diyakini menjadi teman hidup dirampas orang kerana terlalu lama menunggu. Itulah lumrah sebuah kehidupan,yang tidak selalunya indah dan gembira.

Walaubagaimanapun, aku berpegang pada satu, andai itu jodoh kita sekuat mana aku berpegang pada sidia, seteguh mana aku menahan dan menjaga sesebuah hubungan itu, namun andai tertulis sudah di Luh Mahfuz bahawa dia bukanlah tulang rusukku yang satu, tidak akan kemana hubungan itu. Jadi usahlah berbangga dengan hubungan sekarang andainya ia tidak memberikan kepastian untuk mengucapkan "Aku terima Nikahnya" dihadapan si dia.

Sekian, Terima Kasih

p.s: tanggungjawab gua masih banyak so kena tunggu lagi 3 tahun hehehe....insyaAllah.
search google pasal 'Aku Terima Nikahnya' baru aku tahu itu tajuk filem melayu juga novel terlaris...lama betul x tengok drama melayu dan baca novel..kikikiki

3 comments:

Rhsia said...

dpat ilham dr status terbaru ak ke? hahaha

anakabah said...

amboi dia. nak bernikah dah ke? keh keh keh

Shah Iznan said...

belom lagi la anakabah ekonomi x kukuh g :)

POst Famous

Total Pageviews