Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, November 16, 2013

Nasi Ganja : Padah Kopi dan Pasta

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Sehari dua lepas, kecoh di ruangan media sosial terutama Facebook akan kes Restoran nasi venggey atau Nasi Ganja yang terpaksa ditutup kerana mendapat notis dari pihak kesihatan akan ketidakbersihan restoran tersebut. Akibat dari itu timbul pelbagai veris khabar berita, ye la orang Melayu suka akan khabar berita dari berita sebenar hee.. Jadi yang menghangatkan keadaan adalah berita dimana asbab penutupan restoran ini akibat dari penemuan najis di dalam periuk atau kuali yang digunakan. Bila mana sebut media sosial seperti Facebook atau Twitter yang mempunyai fungsi "share" dan "retweet" dengan hanya satu klik jadi berita ini
tersebar dengan pesatnya.

Namun, hari ini terpampanglah kisah sebenar penutupan restoran tersebut. Ambo yang dari semalam sudah tahu akan penafian berita ini dari pihak restoran, namun biasalah siapa yang mudah percaya akan penafian dari satu pihak sahaja. Lalu hari ini, berita tentang najis itu teleh sendiri dinafikan oleh individu yang bertanggungjawab untuk menyebarkannya. Walaupun hanya seorang yang tampil untuk mengaku namun, bagi ambo ramai sebenarnya yang terlibat bersama-sama menyebarkannya. Inilah padah "COPY & PASTE" atau kopi dan pasta.

Jadi, dari insiden ini, sama-sama kita nasihat dan mengingatkan sesama kita akan berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu berita. Andai tidak pasti silalah letakkan tanda "????" di belakang ayat supaya rerakan Facebook anda tahu akan berita itu tidak lagi sahih juga bagi mengelakkan anda senang didakwa di mahkamah nanti. Ambo sendiri tidak terelak dari berkongsi akan sesuatu berita di media sosial, bila mana rasa rajin buat selidikan sedikit paling kurang "alert" dengan apa yang kita kongsi supaya berita yang dikongsi
itu bermanafaat bukannya berita tipu dan fitnah semata-mata.

dari Oh! Media 
Dan yang paling penting disini, adalah ambo amat "respect" akan tindakan akak ini yang berani tampil memohon maaf kepada restoran tersebut, berbanding manusia yang sudah tersilap dan sudah dinasihatkan untuk memperbetulkan tindakan namun, hanya tinggal harapan.

Akhir kata, kongsilah dengan berhemah, andai ditegur beranilah meminta maaf, kerna manusia tidak lari dari kesilapan dan jadikan kesilapan hari ini pedoman di hari mendatang.

Lihat Video Terbabit Di Oh! Media 

Sekian, Wassalam....

POst Famous

Total Pageviews