Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Tuesday, December 25, 2012

Jadual Liga Super Kelantan FA 2013

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Bahang liga Super semakin terasa dengan hanya tinggal beberapa hari lagi untuk sepak mula bagi musim 2013 dan yang pastinya semua pengkritik akan menumpukan perhatian kepada beberapa pasukan yang hebat dengan strategi juga propagonda dan Kelantan atau lebih dikenali TRW juga tidak terlepas. Mampukah sek3 kito red warriors mengekalkan ketiga-tiga kejuaraan di negeri Cik Siti Wan Kembang, in sha Allah.sama-sama kita pakat sokong red warriors... GO more Kelate Go more...

 gambar kredit kepadaKelantan The Red Warriors [KB]

Wednesday, December 5, 2012

Duit MUDAH dengan SAYS.com



Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...

Entry kali ini adalah berkaitan dengan bagaimana nak dapatkan duit dengan join SAYS.com hanya dengan SIGN UP tanpa bayar apa-apa. SAYS.com adalah satu website yang memberikan pendapatan sampingan kepada anda apabila anda berkongsi atau "Share" promosi-promosi yang diberikan kepada anda di ruangan internet samaada di facebook , Twitter, Google Plus mahupun menggunakan alternative lain seperti blog. Setiap iklan @ promosi yang diklik anda akan mendapat bayaran 20 SEN. 

1.BUKA website SAYS.com > Klik SINI!!

2. SIGN UP menggunakan email anda, kalau boleh email yang rasmi.


3. VERIFY akaun anda dengan membuka email yang anda daftarkan dan klik link untuk "verify".
4. Buka balik SAYS.com dan SIGN IN akaun SAYS.com anda 

5.EDIT profile anda kalau rajin kalau tak rajin terus buka SPECIALSiaitu specials promotion untuk anda yang mungkin anda dapat tapi orang lain x dapat.



6. PILIH (klik promosi) promosi yang memberikan duit kepada anda iaitu ada yang had RM10 satu promosi dan ada yang RM5 setiap promosi.


7.SHARE special promosi yang diberikan kepada anda samaada melalui FacebookTwitter, Google Plus mahupun alternatif lain seperti meletakkan kedalam Blog Anda.

8.PILIH MESSAGES @ POST yang menarik perhatian untuk di share.anda juga boleh edit post tersebut semasa anda share nanti.

8.COPY LINK promosi anda untuk diletakkan di BLOG anda (Edit HTML) macam yang saya letak di bahagian atas blog saya ini.
 9. CHECK dashboard anda selalu untuk update income andadan selalu alert akan tarikh luput promosi untuk anda, kerana anda harus promote promosi tersebut dalam jangka masa yang diberikan.

10. SELALU UPDATE SAYS.com anda untuk promosi terbaru.

IMPORTANT : kalau anda komited pm saya untuk join group yang komited juga menggunakan SAYS.com ini untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Sekian saya perkongsian saya selamat berSAYS.com untuk pendapatan tambahan.

Selamat Mencuba.

Monday, December 3, 2012

CATATAN KETIBAAN NABI MUHAMMAD SAW DI DALAM INJIL BARBANAS


Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...


ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi

WALLAHUA'LAM

SUMBER : http://www.bharian.com.my/articles/KitabInjil1_500tahunditemui/Article/

tergugar sudah fake injil jadi sama2 la kita berdoa untuk Islam kembali mengengam dunia ini.

Friday, November 23, 2012

Fakta Asas Masjid al Aqsa

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat pagi....

Dunia hari ini sentiasa'update' tentang keadaan saudara-saudara seIslam yang hari demi hari ditindas tidak kira dimana selalu didiskriminasi, kerana ia adalah salah satu perancangan puak2 tertentu dalam menjatuhkan Islam, khususnya kini tentang Palestin yang dari pembentukan negara Israel lagi saudar-saudara ini ditindas, dibunuh dan diseksa. moga-moga mereka mendapat syuhada'. Oleh ini tiada salahnya untuk penuls berkongsi mengenai fakta yang AMAT PENTING untuk dikongsi demi pengetahuan kita bersam ia itu tentang kedudukan dan dimanakah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya?? Ramai yang pandai menyebut MAsjid Al-Aqsa tapi x ramai yang tahu yang manakah sebenarnya Masjid Al-Aqsa jadi di sama-samalah kita mengambil tahu akannya. InshaaAllah.

Fakta asas Masjid al Aqsa...

Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang ke 2 dibangunkan di muka bumi dan merupakan masjid yang ke 3 mulia di sisi Allah swt.

Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat penting untuk digarap bersama agar tidak membantutkan sebarang usaha mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak kita terhadap Masjid al Aqsa.

Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan ni ialah Masjid Qubbah as Sahra' atau Dome of the Rock yang juga dipanggil sebagai Masjid Kubah Batu (Bahasa Malaysia) . Ia juga kadang-kalanya dipanggil sebagai Masjid an Nisaa (Masjid Wanita) kerana kerap digunakan oleh para jamaah wanita di zaman sekarang. Bangunan masjid ini telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada tahun 69-75 Hijrah dan masjid ini adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut melingkupi Masjid Qubbah as Sahra', Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.

Sekiranya anda merasakan bahawa fakta asas ini penting untuk memahamkan rakan-rakan atau saudara anda tentang fakta sebenar mengenai Masjid al Aqsa, sila 'SHARE' (kongsikan) bersama mereka.

Mari kita fokuskan pemikiran, usaha dan doa agar kita semua dipilih oleh Allah swt sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana diberikan kepada generasi terdahulu yang mengiringi Umar al Khattab dan Solahuddin al-Ayyubi yang telah berjaya membebaskan Bumi Suci umat Islam ini.

sumber ASAL sini >Fakta asas Masjid al Aqsa 

Jadi, dengan penerangan diatas rasanya tahulah kita akan lokasi sebenarnya Masjid Al-Aqsa kan. Di samping itu buat mereka yangterasa ingin bersama-sama berjuang dengan rakyat palestin dalam mempertahankan masjid ketiga terpenting buat umat ISlam in pihak Aqsa Syarif sedia membantu untuk membawa anda ke sana dengan syarat menggunakan perbelanjaan sendiri.

Sekian Wassalam Salam Hari Asyyura.. #prayforGAza #ALLAHsavePALESTIN

Tuesday, November 20, 2012

Bila Orang Dah Benci

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua warga maya...

Mata belum terasa ingin lelap walaupun perjalanan hari ini yang dilalui penulis agak jauh iaitu dari Kota Bharu ke Gebeng berseorangan diri pula. Teringat akan lagu "Bila Orang Dah Benci" yang diputarkan oleh Dj THR.fm di sepanjang perjalanan tadi,terasa ingin menulis tentangnya.


Andai pembaca melihat tajuk nukilan ini, seakan-akan tajuk lagu salem yang baru keluar beberapa hari lepas seingat saya. Namun, nukilan ini bukanlah ingin menceritakan cerita kasih kekasih yang telah putus dan saling benci membenci tapi lebih kepada isu umum iaitu apabila orang sudah benci, semua kebaikan akan diketepi.

Kadang-kadang ada sesetengah orang akan melakukan perkara sedemikian dan kita juga tidak terkecuali dari merasakan benci ini. Manusia normal akan mempunyai rasa benci tidak kira benci itu adalah kepada perkara positif mahupun negatif. Kebencian bersifat positif adalah salah satu cara untuk kita menanamkan ketidaksukaan kita kepada sesuatu perkara seperti ada sesetengah orang amat benci akan perokok kerana mereka akan sesak nafas seandainya ada orang merokok berdekatan mereka. Dari kebencian itu mereka sama sekali tidak akan merokok namun bukan bermaksud mereka tidak boleh bergaul dengan teman yang merokok.Malah dalam Islam juga diajar membenci sesuatu perkara yang melanggar perintah dan melakukan larangan Allah S.W.T sebagai pilihan terakhir setelah cara menasihati dan memukul tidak berkesan.

Kebencian negatif pula adalah suatu rasa benci yang tidak bermanfaat kepada diri individu tersebut malah menimbulkan rasa cemburu juga dengki. Itulah normal sikap manusia andai tidak dikawal maka akan nampaklah rasa kebencian juga dengki itu kepada teman sekeliling. Jadi gunakanlah rasa kebencian yang memanfaatkan diri sendiri juga orang lain.

Berbalik kepada topik asal iaitu apabila orang dah benci, semua kebaikan akan diketepi, ianya banyak kali berlaku dalam lipatan kehidupan penulis tidak kira sewaktu belajar mahupun tidak.Ianya berlaku kepada diri penulis sendiri namun ada tika dapat disembunyikan ada ketika sukar untuk ditutupi rasa benci itu, mungkin kerana ianya amat tidak disetujui oleh diri penulis akan perkara itu. Diri penulis juga seringkali dibenci walaupun niat dihati hanyalah ingin membantu namun bantuan itu dianggap mengada-ngada juga menunjuk-nunjuk, tapi apa boleh buat tidak seorang insan didunia ini hidup tidak dibenci, samaada berbuat baik apatah berbuat jahat.

Penulis ada terbaca status teman-teman di"Facebook" yang berbunyi " Sekali salah, selamanya dibenci walaupun seribu kebaikan diberi". Status ini membayangkan bahawa walaupun banyak kali kita membuat kebaikan ianya tidak dapat melegakan kesalahan yang satu. Sama juga dengan situasi andai mertua tidak menyukai, walau berbagai cara untuk mengambil hati belum pasti lagi akan disukai. Itulah kehidupan, namun tiada salahnya untuk mengambil hati kerana ada juga mertua yang hatinya lembut dan perlahan-lahan akan berubah hati dan tanggapan kepad menantu itu. namun ada juga menantu yang walaupun sudah diketahui dirinya dibenci namun masih juga tidak mengambil inisiatif seperti diatas, ianya satu kerugian buat dirinya kerana tiada salah dan ruginya andai mengambil hati mertua kerana mereka juga bagaikan ibu dan bapa sendiri.

Buat teman-teman yang menyedari bahawa mereka ada pernah membenci seseorang kerana melakukan suatu kebaikan ianya amat merugikan diri mereka sendiri kerana belum tentu anda akan mendapat kebaikan seperti itu lagi di kemudian hari, jadi manfaatkanlah bantuan dan kebaikan yang diberikan itu kepada diri sendiri dan teman-teman sekeliling. Ada penulis terbaca tips untuk hidup tenang satu daripadanya adalah memaafkan insan yang berbuat khilaf kepada diri kita sebelum melelapkan mata kerana belum tentu lagi nyawa kita dikandung badan di pagi keesokkan hari.

Sekian Terima Kasih Kerana Membaca.

Datang lagi Nanti :)

Sunday, November 18, 2012

Sambutan Juara Treble 2012 bersama Tuanku

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...

Setelah sebulan berlalu episod kejayaan negeri penulis Kelantan Darul Naim, Negeri Che Siti Wan Kembang juga Serambi Mekah In Shaa Allah, baru kini rakyat berpeluang untuk bersama-sama meraikan kejayaan yang dibawa pulang oleh pahlawan merah @ TheRedWarriors dengan memenangi Piala Fa, Piala Liga Super dan paling berprestij, Piala Liga Malaysia. Ditambah dengan beberapa berita-berita tentang perpindahan dan juga diskriminasi media-media cetak dan elektronik yang kadang-kadang tidak menerbitkan isu-isu positif dari negeri ambo ini namun  penyokong dan barisan pengurusan tetap teguh bersama-sama Kelantan The Red Warriors.

Alhamdulillah sambutan kali ini akan disertai orang yang disayangi dan disanjungi oleh sekalian penduduk Kelantan Darul Naim iaitu Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-5 yang bertempat di Stadium Keramat Kami, Stadium Muhammad Ke-4.


Bertepatan 20hb November akan berlangsunglah majlis keramat ini dimana keTIGA-tiga Piala ini akan dibawa menghadap kebawah DYMM Al-Sultan di majlis santapan malam dan kemudiannya PIALA-PIALA ini akan diarak oleh Pemain juga Penaja The Red Warriors bersama-sama Kenderaan Berhias melalui Kota Bharu Bandar Raya Islam menuju perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-4. Di perkarangan ini juga akan diadakan pelbagai acara-acara sampingan untuk mengeratkan lagi silaturrahim segenap lapisan rakyat yang sentiasa menjadi Pemain Ke-12 TRW yang selalu bersama jatuh dan bangun.
kenangan bersama abang penulis di Stadium Shah Alam

Pada 20hb nov pemain bersama 3 piala dibawa ke penghadapan DYMM AL SULTAN kita di majlis santapan malam..Selepas itu piala akan di arak OLEH PEMAIN DAN PENAJA DLM KENDERAAN BERHIAS melalui bandar KOTA BHARU ke perkarangan STADIUM di mana pelbagai acara di adakan. Pada saing sobat ambo tu pakat turun la belako-lako mugo bukey sene nk tengok ke3-3 pialo ni duk senegeri boh.

Berikut jadual sambutan ini yang di"copypaste" dari FB [Amierul Hisham]

20Nov di dataran SSM4KB - Tentatif Program

3pm-6.30pm Pertandingan dan Pameran TRW Excel Autoshow
8.30pm Tayangan Video, Kuiz, Cabutan bertuah
9.30pm Persembahan pentas - Dikir Warriors
10.30pm Penyampaian Hadiah pemenang TRW Excel Autoshow
10.45pm Persembahan Pentas - Adam AF2
11.30pm Ketibaan konvoi perarakan kereta berhias pasukan dan piala, bersama kereta berhias PBJ, Penaja dan Kelab Penyokong
11.45pm Ucapan TSAM dan pengumuman senarai pemain Kelantan 2013
12.15am Bersurai

p.s : KELAB PENYOKONG YG INGIN TURUT SERTA MENGADAKAN KERETA BERHIAS SILA HUBUNGI SU AGONG KAFA.SAYA AKAN BUAT BEBERAPA PENGUMUMAN PENTING DI MAJLIS TERSEBUT...SEMUA DI JEMPUT MENYERTAI PERARAKAN BERSEJARAH INI...dr TSHAM

kenapa Kelantan dicemburui ??? tengok SINI

Saturday, November 3, 2012

1 Billion Salawat Day

Jom Sertai  Ø§Ù„Ù„ّÙ‡ُÙ…ّ صَÙ„ّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…ّدٍ x susah nak atau xnak je....


Thursday, September 13, 2012

Akhirnya FAM Haramkan VuVuZeLa

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...

Entry kali ini adalah berkaitan dengan Vuvuzela iaitu satu bendalah yang ditiup dan mengeluarkan bunyi yang menyakitkan telinga juga mengganggu para penonton bola sepak menyaksikan perlawanan yang berlangsung...

mugo namo VuVuZeLa dari Afrika Selatan



Vuvuzela ini mula terkenal semasa Piala Dunia Di Afrika Selatan tak silap aku dan bendalah ini merupakan permainan kaum asal sana, ia juga asalnya direka bari tanduk kerbau disana dan ditiup untuk keluarkan bunyi.

Ada kajian yang dijalankan juga mengatakan yang andai telinga terdedah telalu dekat dan lama dengan bunyi yang dikeluarkan oleh vuvuzela ini dapat mengakibatkan pekak kepada pendengar tersebut.

jadi tiada guna juga bawa vuvuzela ini ke stadium kerana, andai ia dibawa bertujuan untuk menaikkan semnagat para pemain, itu adalah alasan yang silap kerana bunyi dari bendalah ini bukannya berfungsi sedemikian malah menurun semangat adalah aku tengok sebab bunyi dia macam menyerabutkan kepala dan menenggelamkan sorakan penyokong di stadium.

Bertepatan dengan kekurangan diatas, akhirnya FAM telah mengHARAMkan pengggunaan vuvuzela di dalam stadium sahaja. nak guna kat rumah lantak la sebab bukan orang lain pon yang pekak mak ayah sendiri heheheh... jadi, perlawanan akan datang diantara terengganu dengan kelantan pada esok iaitu 14hb tiada lagi kedengaran bendalah ni dan hanya kedengaran sorakan penyokong juga gendang rebana dari scoreboard team..Go More Kelate Go More.

sekian saja dari ambo, tengah puah duk sajo...

Have a Nice day....

Wednesday, August 29, 2012

Kenapa Masa Perlawanan Bola Hanya 45 Minit???

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam lewat malam..

Alkisah di pagi hari ini ada satu pertanyaan yang kita semua pun belum tentu tertanya akan pertanyaan ini iaitu

KENAPAKAH MASA PERLAWANAN HANYA 45 MINIT, BUKANNYA 30 MINIT ATAUPUN SEJAM??

mungkinkah ada antara kita tahu jawapannya ? andai anda tahu anda mungkin tergolong dikalangan orang yang bijak lagi cerdik.. Pada yang ingin tahu jawapan pertanyaan diatas anda boleh "scroll" ke bawah untuk membaca selanjutnya.Sekian.


Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.
Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.
Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

lawak ini adalah kopipasta dari FB "Kami Penyokong Setia The Red Warrior"


Tuesday, August 28, 2012

Ragut berparang Di Kelantan

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan Selamat Petang..


        Terbaru kejadian ragut berparang di hadapan Gedung Tudung Tursab di Jalan Sultanah Zainab, KOta Bharu kelantan terlah berlaku pada pukul 2 petang tadi, dari penglihatan saksi di tempat kejadian memberitahu bahawa 2 peragut nekad meragut dan menetak tangan mangsa yang mengakibatkan ianya hampir putus. Dengan menaiki motorsikal Honda EX5 mereka menyerang mangsa di hadapan gedung berkenaan.Di bawah merupakan gambar mangsa yang terlibat.





Sekian sahaja maklumat terkini.

Pesalah Seks Muda Terlepas Hukuman.

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam lewat malam..

GEORGE TOWN – Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
“Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir,” katanya.
Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah.

Berikut sedikit petikan dari penghakiman tertuduh yang di siarkan oleh media elektronik MyNewshub hari ini.Lebih Lanjut SINI.

Apa sudah jadi, demi masa depan perogol, mereka dibebaskan dan dengan hanya menginsafkan diri sudah terlepas, bagaiman pula dengan masa depan dan nasib mangsa rogol tersebut yang sudah semestinya bakal menghadapi seribu liku kehidupan dengan trauma kepada lelaki dan sebagainya.

Dengan hanya merujuk kes sebelum ini, suatu keputusan yang agak tidak adil dibuat, untunglah perogol tersebut walaupun sudah terbukti merogol namun hukuman tidak dikenakan. Atau mungkin hukuman hanya dikenakan andai perogol ini merogol untuk kali kedua pula.

Kenapa mereka membiarkan pesalah atau perogol ini terlepas begitu sahaja hanya merujuk kes-kes sebelum ini? jadi sama juga situasinya dengan mat-mat rempit yang meminum arak tidak dapat disabit dengan kesalahan meminum arak kerana merujuk kepada satu kes berprofil tinggi yang berlaku di pahang yang mana mendapat pengampunan terus dari Sultan Pahang. Sungguh ADIL hukuman dari Manusia ini.

Berbalik kepada kes rogol ini, walaupun mereka terlepas dari hukuman dunia fana ini namun hukuman dunia abadi mereka tidak akan terlepas InsyaAllah.

Peringatan untuk mereka yang mungkin berasa selamat andai tersabit dengan kes sebegini yang mana kes ini juga bakal menjadi rujukan untuk kes yang mendatang,usahlah tersenyum lebar andai terlepas kerana Hukuman DIA tiada yang terlepas

Sekian,Terima Kasih kerana Sudi Membaca.

Majlis "MERDEKA ROYALTI"

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam tengahari semua

Berkenaan isu royalti yang saban hari ada sahaja isu yang berkaitan dengannya di dada akhbar. Ada yang selalu mengambil tahu akan isu ini akan lebih paham keadaan yang berlaku dan ada juga yang kurang mengambil tahu namun buat-buat lebih tahu yang kadang-kadanag nampak kedungguan mereka yang selalu berbahas antara satu sama lain di media elektronik seperti di "Facebook". Di Facebook juga agak banyak kumpulan atau "group" yang diwujudkan berkenaan dengan isu royalti ini yang merupakan antara isu panas sejak 2 tahun ini.



Berbagai perhimpunan dan aktiviti yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada mereka yang tidak tahu, tidak mahu ambil tahu dan juga buat-buat tahu, agar kepahaman mereka akan isu ini lebih meningkat. Namun masih ada golongan yang tidak ingin menerima akan fakta dan hujah-hujah yang kukuh untuk membuktikan bahawa ROYALTI MINYAK ADALAH HAK MILIK RAKYAT DAN KERAJAAN KELANTAN dan bukan wang ehsan yang rakyat mahukan tapi ROYALTI.

Pembahagian wang ehsan melalui JPPP juga agak meragukan kerana andai diikutkan protokol dan hak, wang ehsan tersebut haruslah diberikan kepada kerajaan negeri kelantan untuk diuruskan bukannya kepada individu tertentu yang pastinya akan dieksploitasikan pembahgiannya.

Disini ada tambahan perhimpunan berkenaan isu ini dibawah anjuran pihak-pihak yang berkenaan dan dipromosikan oleh Kumpulan FB "Anak Kelantan Di Universiti" yang bertajuk "Merdeka Royalti". Jadi pada mereka yang ingin menambahkan kefahaman berkenaan isu ini bolehlah bersama-sama keluarga untuk hadir ke tempat yang tertera di bawah. Juga pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk para keluarga untuk disertai semasa majlis berlangsung. Lagi berfaedah menghadiri majlis seperti dibawah dari membuang masa di tempat yang tidak sepatutnya.

JEMPUT SEMUA RAKAN2 ke Majlis "MERDEKA ROYALTI" pd;

# 30 Ogos 2012 - Khamis, 9.00mlm
# Dataran Stadium, Kota Bharu

# ACARA:

¤Tayangan Filem "10 Tahun Sblm Merdeka"
¤Jamuan R-aya
¤Solat Hajat
¤Dikir+Nasyid+Gitar Royalti ¤Pentomin
¤Puisi R
¤Pidato R
¤Tandatangan Sokongan R
¤Grafiti R
¤Sesi brgmbar bramai2 tunggu Detik Merdeka ROYALTI.

# Pakaian MERAH

# Hanya Bendera R, Klntan & Malaysia.

**Sebarkan & Ajak Semua ya :

info dari : Anak Kelantan di Universiti

walaupun anda berbeza pendapat tapi tiada salahnya mendengar hujah-hujah mereka dalam bentuk pidato juga puisi. terpulang kepada anda untuk memberikan sokongan ataupun tidak..

Sekian, Terima Kasih

"R untuk Royalti, Royalti Untuk Rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan"

Monday, August 27, 2012

Juara Liga Super Vs Juara Liga Perdana

Bismillahirrohmanirrahim....
Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Alhamdulillah berlalu lah sudah sambutan aidilfitri di rumah aku namun dirumah orang mungkin belom habis lagi. Begitu juga dengan warga desa yang kebanyakkannya sudah kembali ke negeri perantauan mereka masing-masing.





Entry kali ini berkaitan dengan perlawanan bakal mendapat "rate" penonton tertinggi minggu ini iaitu diantara TENTERA melawan KELANTAN (ATM VS TRW), yang mana kedua-dua pasukan merupakan pasukan juara liga berbeza musim ini iaitu ATM juara liga perdana manakala Kelantan juara Liga Super. Kedua-dua pasukan ini bakal berentap dalam merebut juara kumpulan B dalam Piala Malaysia musim ini.

Perlawanan ini bakal berlangsung di Stadium Selayang pada esok hari 28hb Ogos 2012 yang mana stadium ini merupakan stadium "HOME" bagi ATM. Siaran langsung dari ASTRO ARENA Saluran 801 bermula 8.00 malam.

Bagi mereka yang tiada Saluran Astro bolehlah pergi ke "bigscreen" sekitar bandar kota bharu seperti Blockbuster Big Screen: ATM lwn Kelantan anjuran KELATE.NET bertempat di RTM Kelantan, Wakaf Che Yeh.Selain dari tayangan "bigscreen" ini terdapat juga aktiviti sampingan juga hadiah untuk dimenangi serta persembahan dikir barat. Oleh itu, bawalah keluarga anda untuk menonton serta memeriahkan majlis ini.
https://www.facebook.com/pages/Kelantan-The-Red-Warriors-KB/104009546352650

Bagi perlawanan ini, ambo harap sangat agar "1st 11" TRW memberikan persembahan yang terbaik berbanding aksi hambar dalam 2 perlawanan sebelum ini, yang mana ambo ada di stadium semasa perlawanan menentang Kedah 2 hari lepas yang mungkin bagi ambo menang nasib. Bukan memperlekehkan aksi TRW tapi dari segi aksi kelmarin bagi ambo TRW boleh tunjukkan lebih lagi aksi andai diikutkan prestasi semasa Liga Super baru-baru ini.

Ambo berharap benar TRW menang malam esok supaya dapat lagi TRW memberi saingan sengit kepada pihak lawan dan menjadi juara kumpulan B. InsyaAllah. Dan ambo berharap juga abe Daudsu boleh turun main sebab andai Abe Daud tiada rasa tidak kukuh pertahanan TRW kita juga harap Abe Mat Yo boleh buat gol malam esok, lama sudah Abe Yo tak buat gol, rasa rindu nak tengok demo buat gol.

p.s: pada mana-mana pembaca yang ingin turut serta untuk Blcokbuster Big screen anda boleh klik link INI untuk maklumat tambahan.

Sekian GO MORE Kelate GO MORE!!!

Updates:

Alhamdulillah setelah berhempas pulas dan berbagai strategi yang disusun dapatlah TRW mendapat keputusan seri 1-1 hasil jaringan pemain pertahanan iaitu Obinna di akhir masa yang ke 2. Apa yang aku agak tidak puas hati adalah tangguhan masa yang agak lama 13 minit akibat hanya balingan 1 @ 2 botol air agak keterlaluan keputusannya dari pengadil. Bukan memandang rendah mutu pengadilan dalam negara tapi andai pengadil luar negara seperti Liga Inggeris , yang mengadili perlawanan semalam tidak akan menangguhkan perlawanan terlalu lama akibat botol-botol air yang dibaling masuk padang seperti semalam. Ini kerana ia boleh menyebabkan motivasi pemain yang ketinggalan akan merudum. Namun harap-harap tiada lagi kejadian semalam. Dan juga buat para peminat semua janganlah terlalu mengikut emosi semasa perlawanan kerana kita datang untuk menyokong bukan membuat kacau bilau. Andai pasukan kita ketinggalan kit sebagai penyokong haruslah berterusan memberikan sokongan kepada pasukan kita supaya mereka dapat bangkit.

Sekian, Jumpa lagi demo ATM di KB...see u soon.

Saturday, May 12, 2012

Lebuhraya Percuma Buat Rakyat Kelantan

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam malam hari..


Alhamdulillah,Suka hati rasa bila baca tentang lebuhraya yang dalam planning kerajaan negeri ambo untuk membina lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai yang tiada bayaran tol insyaAllah. Berikut merupakan planning hok ambo sebut pandai3 baca.... mohon buke setakat retorik dan juga janji manis manifesto nk ngundi la tuh. Harap setakat kerajaan pusat wat nyaknyo ko awok3 kito guna jale punah sudah lah jange kerajaan negeri ikut samo terr... 

PROJEK INISIATIF KERAJAAN PAS KELANTAN UNTUK RAKYAT KELANTAN.

Lebuh raya KB-Kuala Krai telah dicadangkan dalam RMK-5 namum sampai hari ini masih lagi tidak ada apa-apa perkembangan.

Justeru, kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuk Guru Nik Aziz berinisiatif untuk membina Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai. Hal ini disebabkan laluan Kota Bharu-Kuala Krai merupakan nadi utama penggerak kemajuan ekonomi negeri Kelantan.

Laluan ini juga akan menjadi pilihan utama bagi anak-anak Kelantan yang berada di perantauan untuk pulang ke Kota Bharu dengan lebih selesa. Tidak boleh dinafikan kesesakan sering berlaku apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Lebuh raya ini sepanjang 73km yang merangkumi dua buah Hentian Rehat & Rawat. Sembilan persimpangan bertingkat turut dibina untuk menghubungkan kawasan setempat. 

Sekian sajo berita suko buat anak-anak kelate hokduk area pantai barat, lepas ni sedak sikit balik kampung time3 cuti jale sedak ada, tunggu kerajaan pusat pah ceroh xleh rasa kikikiki...InsyaAllah..

Sekian Terima Kasih Kerana Membaca Entry Ambo.

Mabuk Banyak Pesennya.

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam selamat petang semua..

Alhamdulillah masih bernyawa dan masih merasai nikmat yang diberikanNya kepada aku.

hihihi gambar hiasan sahaja

Entry kali ini berkaitan MABUK (rujuk WIKI )yang diketahui ramai mabuk banyak 'pesen' dia tapi yang paling femes dikalangan masyarakat kita hari ini adalah MABUK CINTA dan MABUK ARAK. Di negara ISLAM kita ini Arak masih berleluasa dijual dikedai-kedai malah 7-11 seluruh negara pun ada kecuali di cawangan negeri Kelantan,contohnya SINI. Banyak kemudharatan dari meminum arak atau bahasa kasarnya 'air kencing syaitan' ini namun masih ada anak muda yang ada dikalangan mereka adalah beragama Islam dan juga berketurunan Melayu yang amat kita banggakan ini. Dalam agama Islam kita sendiri pun arak diisytiharkan sebagai ibu maksiat kerana andai sudah terminum arak kekuasaan dan kerasionalan dalam diri akan hilang tanpa kita sedari, seperti dalam sebuah cerita yang berdasarkan hadis  pada suatu ketika dahulu seorang pemuda Muslim yang ingin diduga oleh seorang pemuda kafir akan keimanan beliau dengan dugaan sepertii zina,bunuh dan arak.

Ada betulnya arak dianggap ibu maksiat kerana dari meminum araklah semua kemaksiatan dengan mudah berlaku. Bukanlah aku berkata tidak meminum arak tidak berlaku maksiat tapi dengan meminum arak semuanya akan mudah untuk dilakukan kerana rasional dan iman dalam diri akan hilang sehilangnya.

Kembali kepada kisah pemuda Muslim tadi yang pada awalnya diduga dengan perempuan cantik untuk dizina, perempuan cantik kot kalau zaman sekarang aku rasa susah untuk ditolak oleh kita semua kerana iman kita sekarang jauh bezanya dengan iman para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w tambahan pula terlalu banyak suapan maksiat yang diberikan hari demi hari. Selepas disua dengan perempuan cantik untuk dizina, pemuda Muslim itu dapat menolak suapan tersebut kerana imannya dan diberikan pula pisau untuk membunuh seorang pemuda lain namun dapt juga ditolak dan akhir sekali beliau diberikan air iaitu arak yang dicabar oleh pemuda kafir tersebut dengan memperlekehkan beliau dengan kata-kata bahawa beliau penakut walaupun hanya untuk meminum air tersebut. Lalu denga jiwa tercabar, beliau meminum arak tersebut dan seketika kemudian beliau diduga dengan perempuan tadi untuk dizina dan pisau untuk membunuh dan tanpa beliau sedari beliau telah berzina dan juga membunuh selepas kesan arak tersebut hilang lalu menyesallah beliau akan perkara tersebut. Wallahua'lam.

Berdasarkan kisah diatas dapatlah kita ketahui bahawa kesan arak adalah sangat kuat terhadap iman seseorang. Dengan arak juga manusia akan hilang pertimbangan diri seperti kisah yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini (12/05/2012) yang pada asalnya mabuk dan kemudian terjatuh dalam longkang dan akhirnya menyambung tidur didalam longkang kerana sejuk didalam longkang tersebut,hahaha apapunya kes da..

Selain mabuk arak mabuk yang bahaya adalah MABUK CINTA, mabuk ini susah untuk diubati andai mabuk arak boleh diubati dengan sesi kaunseling dan cara-cara yang telah dikenalpasti, namun bagi mabuk cinta susah nak chandlenya kerana sekali mabuk cinta hartadan juga nyawa yang bukannya milik kita sanggup digadai demi cinta dunia yang bukannya hakiki. Malah ada yang sanggup keluar agama kerana putus cinta dan kemudian mengisytiharkan di FB untuk membunuh dirinya sendiri (selanjutnya diSINI).

Jadi berhati-hatilah dalam kehidupan seharian, andai orang kata arak boleh mereleasekan semua masalah didunia itu semua tipu belaka, fitrah kita hanya diketahui OlehNya,oleh itu DIA telah memberikan segala panduan hidup didalam kitabnya untuk pelbagai kemuslihatan insan didunia ini jadi andai kita buntu kembalilah kepadaNYA kepada KitabNya kereana segala penyelesaian ada tertulis disitu. Hargailah juga nyawa kita dan manfaatkanlah harta yang dikurniakan olehNya dijalan yang memberi manfaat kepada kita dari memberi kepada mereka yang merosakkan kita.Wallahua'lam.

Friday, May 11, 2012

Sambutan Hari Ibu Diharamkan


Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam lewat malam..
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menaip dan berkongsi walaupun sekejap. Entry kali ini berkenaan isu Hari Ibu yang diharamkan untuk disambut. Ini bukan akuu kata tapi orang beragama yang kata berdasarkan fakta-fkata yang beliau ketahui, jadi andai tidak kita ikut orang beragama orang macam mana lagi untuk kita ikuti kerana mereka alim ulama adalah pewaris Nabi Muhammad S.A.W, walaupun kita tidak suka akan sesuatu dan tahu akibatnya janganlah sengaja komen semata-mata bertentangan dengan pendapat kita andai ianya sudah dibuktikan melalui fakta kerana di akhir nanti kita menjadi penyebar auta.wallahua'lam.

Buat ma ambo, saya sayang ma ambo dan hari untuk ma bukan hanya pada hari ibu sahaja malah setiap hari adalah hari ibu, luangkan walau seminit menanyakan khabar ibunda dan ayahnda kerana ia adalah pahala percuma buat kita. Walaupun serabut dengan kerja laungkan seketika mendengar suaraorang tua kita yang mungkin dapat memberikan semangat dan ketenangan.InsyaAllah.



Sambutan 'HARI IBU YANG MELAHIRKAN KITA'.
Ustaz Azhar Idrus kata.
"Hari ibu ialah hari Mother Churh/Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut silakan. Siapa takut rosak akidah. Jangan sambut"
Apa yang dipahamkan oleh MJ sendiri. Kalau betullah hari ibu yang dimaksudkan dengan 'Mother Church' tuh memang haram la kita sambut.
Tapi mengikut pada keadaan dan tujuan kita ni, kita nak meraikan ibu kita yang melahirkan kita. Adakah itu menjadi kesalahan?
Adakah meraikan hari ibu kita yang melahirkan kita merosakkan aqidah? Kalau benar, dimana merosakkan aqidah tu meraikan hari ibu yang melahirkan kita?
Pokoknya UAI nak tekankan rosak aqidah duk sambut hari 'Mother Church' tu sendiri. Takde pulak kata 'Haram/rosak aqidah' menyambut hari ibu yang melahirkan kita.
MJ bila dapat benda ni MJ rujuk juga beberapa ustaz. UAI pun diantara ustaz yang MJ ikut dan dengor ceramahnnnya. Tapi MJ ikut banyak-banyak ustaz bukan sebab nak peningkan kepala cuma nak cambahkan ilmu. Bak kata Prof Haron Din bior banyak guru jangan satu guru. Khuathir sesat.
Percayalah, ada ramai ustaz yang berilmu yang kita boleh rujuk.
Oh ye, untuk masalah hari tuh adalah hari ' Mother Church' kan? So tak boleh nak meraikan ibu yang melahirkan kita? Mana korang dapat hadis tu? Kalau hari tu kena sambutan dengan hari agama lain takleh sambut perkara yang takde kena mengena?
Ramai jugak yang kata sambut hari ibu itu di hari lahir. Yalah itu korang punya option. Maknanya masih boleh menyambut hari meraikan ibu yang melahirkan kita. Betul tak?
Mungkin ramai yang duk attack MJ sebab duk kutuk itu ini. Tapi kena la paham 'landasan ilmu' dulu sebelum bercakap. Kalau tak kita la yang dimaksudkan imam syafie tu.
MJ yakin, kalau benar la meraikan hari ibu yang lahirkan kita ni haram dan merosakkan aqidah. Rasanya dah ramai ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak yang bersuara. Sebab hukum untuk meraikan hari ibu yang melahirkan kita ni bukan kat'ie. Ia masih khilafiyah.
Percayalah, perbezaan pendapat ni satu best. disitu ada percambahan ilmu dan penceraham ilmu.
Maaf terkasar bahasa.


sumber : Media Jer!(MJ)

Fakta sudah diberikan jadi tidak perlulah untuk mengautakan lainlah sesuatu yang bagi kita iany fatwa yang berat sebelah ia perlu difikirkan ketika bila fatwa itu dikeluarkan...FIkir-fikirkanlah. ONline online gak tambahkan ilmu dengan membaca dan menilai bahan bacaan itu andai ia memerlukan penilaian paling tidak bertanya andai kita sendiri tidak yakin. Tiada manusia yang bijak segala-galanya kerana Dialah Yang Maha Bijaksana.Wallahua'lam.

Sekian, Terima Kasih Kerana Membaca

updates video dari UAI baca sambil dengar hihi

Tuesday, May 8, 2012

Komen Hilal Asyraf Tentang Pendapat Rahim Noor

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam lewat malam..

keratan akhbar berkenaan dari NST
Alhamdulillah, banyak sekali yang ingin dikongsi didunia maya ini dengan hanya didepan laptop banyak maklumat senang didapati,sahih atau palsu kita sendiri perlu nilai jangan main amik dan guna terus,itulah guna akal satu sorang yang dikurnikan olehNya. Entry kali in ingin aku share pasal isu yang agak panas dan berbahaya tentang tuduhan dari seorang yang pernah memegang jawatan besar dalam pihak berkuasa PDRM iaitu Rahim Noor terhadap Tuan Guru Nik Abd Aziz yang disiarkan di dalam surat khabar News Straits Times. Aku sebenarnya pelik juga tetiba dia memberi 'statement'sedemikian, padahal beliau orang lama dalam arena ini dan semestinya bijak memberi kata-kata tanpa mengikut emosi diri sendiri. Jadi balik kepada topik, jom kita baca pendapat Hilal Asyraf pasal statement ini..

Hilal Asyraf
Hari ini inbox saya berderet orang tanya persoalan fasal keratan akhbar yang cerita fasal kenyataan "Bapa Kafir".
Sebagaimana dahulu saya tidak bersetuju PAS kata UMNO kafir, macam itulah saya tidak bersetuju sesiapa mengkafirkan sesiapa yang lain.
Ya, mungkin hukum 'wajib' turun BERSIH, pada pandangan saya agak tidak kena. Boleh diperbahaskan lebih panjang sebenarnya hukum 'wajib' turun BERSIH tu. Sebab kalau 'wajib', maka yang tidak turun berdosalah. Itu nyata tidak kena. Hatta dalam peperangan pun, ada yang Rasulullah SAW suruh pergi dan ada yang Rasulullah SAW suruh tinggal di Madinah. Jadi bukan semua pergi. Maka macam mana demonstrasi, kita boleh nak katakan wajib turun?
Walaupun saya jelas, ilmu saya tidak setinggi Tuk Guru Nik Aziz, tetapi saya kira mungkin selepas ini kita boleh lebih berhati-hati keluarkan fatwa wajib, halal, haram, dan sebagainya ini. Ini pergi kepada kedua-dua belah pihak yang berfatwa la. Baik ulama' pembangkang, mahupun ulama' kerajaan.
Pada saya, turun BERSIH itu harus. Benda itu muhtamalah(optional). Ada orang lain, bersetuju juga dengan idea tuntutan BERSIH itu, tetapi mungkin disampaikan bukan dengan cara turun demonstrasi. Jadi, cara nak suarakan tuntutan itu sepatutnya optional. Namun menyuarakan tuntutan itu pada saya adalah fardhu kifayah, yakni kena ada yang suarakan, tak boleh tak suarakan langsung. Caranya, pilihan masing-masing. Itu pendapat saya.
Berbalik kepada isu kafir mengkafir ni, saya kira dulu ada orang pun tak senang bila PAS kata siapa undi dia masuk syurga, siapa undi UMNO kafir, dan sebagainya. Jadi kenapa kita nak jadi macam mereka pula?
Jadi, isu tuduh orang kafir ni, bapak kafir ke, anak kafir ke, pada saya berat la. Baik siapa pun yang buat. Belah pembangkang ke, belah kerajaan ke. Saya tidak bersetuju mana-mana pihak main isu kafir-kafir ini. Nampak low class la.
Pada saya, selagi orang tidak menyatakan secara terang-terangan dengan mulut dia bahawa dia tidak percaya lagi kepada Allah dan Rasul, atau dia merasakan Al-Quran dan As-Sunnah sudah tidak relevan lagi untuk digunakan sebagai perlembagaan kehidupan hari ini, maka kita tidak pantas kafirkan orang.
Bahkan, Dr Asri Zainal Abidin masa bersembang dengan saya di Jordan tempoh hari, dia berkata:
"Kalau orang itu sebut sekali pun, kita perlu tafsirkan bahawa dia tidak bermaksud sedemikian. Jangan kita pantas sangat nak kafirkan orang. Dia mungkin tidak tahu."
Guru saya, Dr Ala' Hilat juga pernah berpesan:
"Kalau kamu nampak seorang hamba Allah ini sujud pada pokok pun, jangan sesekali kamu nyatakan dia itu kafir. Tanyalah kepada dia kenapa dia sujud pada pokok itu. Mungkin kerana dia tidak tahu, bukan kerana dia mempercayai pokok itu adalah Tuhan."
Jadi, pihak sebelah mana pun guna sentimen kafir mengkafir ini, saya sebagai rakyat rasa sangat tidak patut la. Baik pembangkang, mahupun kerajaan.
Macam kes-kes fatwa baru-baru inilah.
Saya pun tak kisah kalau nak haramkan demonstrasi aman. Okay aja.
Tetapi kenalah haramkan perhimpunan untuk Merdeka, Tahun Baru dan sebagainya yang jelas meleluasakan maksiat. Kena jadikan itu isu juga. Kena mainkan akhbar juga. Kena bawa turunlah polis juga untuk cegah semua itu.
Ini nak fatwakan aktiviti sebelah pihak sahaja.
Yang di Kedah pula, nak usahakan agar fatwa langsung tak boleh dicabar. Habislah macam itu. Fatwa ini manusia yang keluarkan, selepas pertimbangannya dalam memahami dalil-dalil yang ada. Dia ada kemungkinan silap.
Jadi benda-benda macam ini, membuatkan makin hilanglah kepercayaan masyarakat kepada pihak yang mengeluarkan fatwa. Baik dari sebelah kerajaan, mahupun pembangkang.
Agama macam jadi alat mainan mereka.
---------------------------------------------------
Masyarakat mesti dah letihkan dengan isu-isu macam ini?
^^
Bersabarlah.
Yakinlah bahawa masa hadapan negara kita ini di tangan kita.
Buat pilihan yang bijak.
Jangan terikat sangat dengan sentimen kepartian. Bebaskan minda kita. Kita lihat secara menyeluruh. Kaji dan kaji. Jangan kerana satu-dua kesilapan, kita tolak seluruhnya. Jangan kerana satu-dua kebaikan, kita terima bulat-bulat seluruhnya.
Kita lihat keseluruhannya. Timbang baik-buruknya.
Mana yang boleh bawa manfaat lebih besar kepada Islam,
mana yang boleh kurangkan lebih banyak korupsi,
mana yang boleh ringankan lebih banyak beban rakyat,
ya, kita kena kaji benda-benda ini.
Saya yakin,
kalau kita bergerak di atas jalan yang betul,
maka akan terpaparlah kepada kita mana yang salah,
mana yang benar.
Sekian coretan rakyat biasa macam saya.
Ini bukan fatwa atau pandangan ulama' okeh? haha.
Ini pandangan saya sahaja.
Boleh buang jauh-jauh kalau tidak suka.
Saya pun tak kisah. ^^

sumber : Amenoworld

Jadi, anda sudah baca dan gunakanlah akal fikiran untuk menilai mana baik dan mana buruk juga berhati-hatilah memberi 'statement' mahupun komen tentang sesuatu isu, lagi elok bertanya pada yang bijak lagi arif dalam hal yang berkaitan jangan main sedap komen saja. Walalhua'lam

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.

Saturday, May 5, 2012

Lari Dan Hilang

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam lewat malam..

Alhamdulillah masih diberi keizinan dariNya untuk badan ini bernafas lagi buat hari ini.

Hari ini aku bangun agak lewat sebab semalam tidur lewat pergi tengok perlawanan bolasepak FA CUp , walaupun kedua-dua kelab bukan pilihan aku, tapi tengok juga sebab perut tengah lapar giler dan kedai tempat aku makan tu tempat orang bukak skrin besar(er besar?? boleh la kat kuala pahang ni kikiki) untuk perlawanan-perlawanan bolasepak dalam dan luar negara.

ok tutup cerita pasal tidur lewat, sekarang ni topik utama entry ini adalah berkaitan dengan papardinding @ wallpost di Fb yang saban hari meminta kawan-kawan juga group FB untuk 'share' dan berkongsi wallpost itu berkenaan kehilangan adik,ibu,ayah juga kucing kesayangan. betul caranya dengan share post tersebut dapat membantu mencari kembali kehilangan saudara namun kes kehilangan saban hari semakin merungsingkan diri kita yang membacanya, manalah tau hari ini kita tolong share kawan punya wallpost esok lusa ,mungkin kita diuji Olehnya dengan kehilangan saudara kita. Wallahua'lam. 

Oleh itu aku menasihati diri aku dan kawan0kawan supaya jaga cara komen anda supaya tidak memberi komen yang menembak kepada ibu bapa mereka mahupun saudara mereka dengan ayat yang menambah lagi kesedihan mereka seperti 'tu lah kecik2 xnk mampus besar2 lagi dari rumah' atau 'dia ni ikut jantan ni' atau ' mak bapak tahu cari duit je anak kat umah lari dengan jantan x tahu'. Hurm, sekali dua fikir aku pon ingin komen sedemikian tapi tahukah kita akan situasi sebenar yang dialami keluarga mereka? dari printskrin dibawah menunjukkan dengan senang para komentator BERTAULIAH FACEBOOK mendapat 'share' free yang mungkin semasa mereka komen tidak nampak efek dia tapi di akhirat nnt menyesal sudah tiada guna.

Alhamdulillah selama aku menuntut di Universiti Facebook banyak yang telah aku pelajari yang mungkin tidak diajar oleh guru sekolah,lecturer universiti tentang kehidupan kerana di dalam dunia maya ini terdapat ramai lagi insan yang lebih banyak pengalaman mereka di dunia raliti yang mereka kongsikan. Dari pengalaman inilah mengajar aku untuk berhati-hati dalam memberi komen kerana walau hanya satu patah perkataan yang kita komen boleh mengundang gaduh juga perbalahan sesama kawan juga insan, itu belum kita wallpost lagi. heeee..

Berbalik kepada isu kehilangan dan pelarian anak-anak muda yang kebanyakannya, terlalu banyak faktor-faktor kejadian itu berlaku seperti kurangnya didikan agama yang bagi ibu bapa hanya cukup didikan fardhu ain di sekolah rendah. tidak semua itu masih tidak cukup untuk melatih anak-anak kita dalam melayari kehidupan yang semakin hari semakin mencabar kini terutama cabaran iman dalam menghadpai godaan duniawi. Selain itu juga, kurangnya perhatian ibubapa dan kawan-kawan sekeliling akan perubahan yang kadang-kadang ditunjukkan oleh beliau demi meminta pendapat dan nasihat secara 'indirectly' dari mereka disekeliling. jadi pada mereka yang tersedar kawan mereka dalammasalah silalah nasihati mereka dengan berhemah.Jangan biarkan mereka seperti SPIDERMAN dibawah ini ok.

Selain itu,'point' bagi aku kenapa mereka menjadi sedemikian adalah kurangnya program-program ilmiah dari 'mereka' yang diatas dan lambakan konsert-konsert serta rancangan hiburan yang terlampau yang disajikan oleh penganjur-penganjur yang hanya mencari keuntungan memberi ruang kepada mereka untuk mengenali teman-teman pelarian mereka dengan senangnya.tidak kurangnya faktor dari FB sendiri yang memberi ruang kepada mereka untuk berkenalan dengan teman yang tidak sepatutnya mereka berkawan dan ini memerlukan pemerhatian ibu bapa diRumah.

Bagi ibu bapa dirumah, anak lagi berharga dari wang ringgit yang anda terkejar-kejar saban hari dan bagi kawan-kawan, teman adalah yang selalu disisi anda, baik anda melayan mereka baiklah juga anda dilayan kembali namun ada sesetengah yang berlaku kawan makan kawan tapi itu hanya sesetengah saja bukan semua, jadi rapatlah dengan kawan anda, kalau boleh kenalilah ibubapa mereka supaya senang menghubungi mereka andai ada apa-apa yang tidak diigini berlaku.

Sekian,sebuah karangan SPM 350 patah perkataan dari aku, jangan ada yang 'kopi&pasta' letak dalam assignment sudah.kikikikiki..Tidak lupa kepada mereka yang kehilangan itu sabarlah dalam menghadapi dugaan mendatang, banyakkanlah kembali kepadaNya InsyaALLAH mereka yang lari dan hilang akan kembali andai itu yang tertulis di lUth mahfuz untuk anda.InsyaAllah semua yang berlaku ada hikmahnya < pepatah orang lama.

Sekain , terima kasih kerana membaca.
 [share gambar ore hile sepukul]

Wassalam.


Video Menyayatkan Hati Erma Fatima

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam petang hari..

Alhamdulillah,entry demi entry dapat aku hasilkan dari 'wallpost' group dan individu dari laman sosial facebook. Isu tentang BERSIH 3.0 masih lagi hangat bukan saja di kedai-kedai kopi malah starbucks sekalipun masih ramai yang berkata-kata juga bertukar pendapat sesama bangsa dan agama juga berlainan kedua-duanya.

tweet dari beliau 
Jalan-jalan di ruangan maya FB tadi ada tebaca pasal komen dari twitter Erma Fatima yang sedih dan menangis beliau melihat paparan video Himpunan Bersih 3.0 yang amat menyayatkan hati beliau. Mungkin lepas ini ada garapan dari beliau yang merupakan antara pengarah filem tersohor Malaysia untuk menjadikan isu ini sebgai sebuah filem yang lebih bermakna buat rakyat Malaysia tidak kira untuk pihak berkuasa yang terlibat semasa Demonstrasi juga peserta BERSIH 3.0.

Berikut merupakan beberapa video yang membuatkan beliau menyayat hati melihatnya. Andai gambar yang diberikan akan ada tangan-tangan menaipkan bahawa gambar itu adalah 'superimpose' maka video ini menjadi saksi kejadian yang agak susah untuk di'superimpose'kan.

lagi...


lagiii...



Mungkin andai ada demonstrasi lain mohon pihak berkuasa mengikut SOP pihak PDRM sendiri bukanlah SOP dari menteri.Pada penonton anda melihat TAPI anda tidak bersama-sama mereka ditempat kejadian jadi mohon jangan mengeluarkan kata-kata yang anda sendiri tidak pasti, Fitnah nanti.free2 dapat undi keh3.....

Sekian, Terima Kasih kerana membaca.


POst Famous

Total Pageviews