Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, June 11, 2011

Bukan Salah DAUDSU..

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Alhamdulillah tamat sudah musim ini bagi perebutan PIALA MALAYSIA 2011 yang dimiliki oleh negeri Terengganu yang mencipta keajaiban dari kesungguhan mereka.

Dan tidak lupa juga usaha yang di tunjukkan oleh pemain negeri kesayangan aku negeri kelantan 'The Red Warriors' yang walaupun kalah namun permainan yang ditunjukkan semalam amat memuaskan dengan kekangan yang diberikan kepada mat Yo membuatkan dia kurang menonjol semalam.

Juga kehadiran Tuanku Sultan Muhammad ke 5 yang simple tapi mesra rakyat dan Tuk Guru yang berserban dan berbaju merah menambahkan lagi semangat pemain-pemain dan para penyokong...Allahuakbar...:)

Walaupun aku hanya dapat menyaksikan dirumah melalui AStro 801 arena namun terasa bahang permainan mereka yang penuh bersemangat dan insyaAllah permainan semalam tiada unsur-unsur rasuah yang sejak akhir-akhir ini melanda arena bola sepak negara.

Walaupun aku masih bersedih dengan kekalahan semalam namun adat permainan ada kalah menang dan bola itu bulat tiada apa-apa yang dapat diramalkan dengan tepat.Ini kerana walaupun kelantan mendahului dengan mata 1-0 dan dengan semangat menyerang yang tinggi namun akhirnya tertewas juga. Juga ada sedikit ketidakadilan dalam penambahan masa dari pengadil..tapi dah, lepas nak buat cam mana kan2??

Kekalahan semalam juga tidak boleh diletakkan diatas bahu Daudsu seorang kerana andai difikirkan balik semua harus menangung kekalahan ini termasuk penyokong kelantan yang tidak semena-mena membaling mercun mengakibatkan masa permainan ditangguh dan dilanjutkan. Bagi Daudsu pula permainan beliau semalam amat bagus dengan cara 'intercept, 'dribbling' n 'passing' bola yang cantik juga semangat dalam mempertahankan gawang kelantan dan usaha beliau harus di puji bukan dicemuh hanya kerana 'owngoal' yang tidak disangka. Andai di'replay' balik permainan semalam terutama golpenaik semangat terengganu dari daudsu kita dapat lihat yang daudsu hanya ingin membuang bola tersebut kerana masih ada 2 orang pemain lawan di belakang dan andai beliau tidak menanduk bola tersebut, gol masih menjadi milik lawan kerana peluang yang adaakan dimanfaatkan oleh kedua-dua pemain lawan. Jadi kekalahan semalam bukanlah dari DAUDSU. Dan aku 'respect' juga ada segelintir penyokong yang optimistik dalam kekalahan ini, mungkin kerana kerajinan dan kesungguhan Daudsu membuatkan penyokong sentiasa beersamanya..

Jadi piala malaysia sudah menutup tirai dan pemilik piala musimini sudah diketahui jadi tutup buku tentang piala ini dan maju kedepan dalam merebut Piala Liga Super yang semakin menghampiri penamat. GO MORE KELATE GO MORE..iSYaAllah.

Dan sebelum itu ingin lah aku memohon agar andai mereka yang membaca entry ini untuk menghadiahkan AL-FATIHAH kepada  Allahyarham 4 orang  penyokong kelantan yang meninggal dalam kemalangan yang berlaku di pertengahan jalan k.Krai-G.Musang. AL-Fatihah.

DAN bagi penyokong-penyokong kelantan yang taksub itu sedarlah kadang-kadang kekalahan bukan sepenuhnya dari pemain tapi dari kita juga. jadi ambillah ikhtibar dari kekalahan ini.

Bola bola jugok, semaye jange tinggal..pesanan dari MB kelantan Tok Guru NIk AZIZ...terima kasih tok guru walaupun kalah kami dapat CUTI...heh...


sekian Wassalam

No comments:

POst Famous

Total Pageviews