Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Monday, June 6, 2011

Astro Naikkan Cas?

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Adakah anda sedar tentang akan kenaikan harga dan cas bukan hanya tarif elektrik dan gas sahaja bakal naik tapi harga astro juga bakal dinaikkan?

Hurm..dek kerana beberapa alasan mereka dapat menaikan sesuatu harga barangan dan cas-cas yang dimonopoli oleh mereka tanpa sebarang bantahan membuatkan kehidupan pelanggan dan pengguna semakin tertekan lagi-lagi tarif elektrik.

Mengikut penjelasan hanya beberapa jenis pelanggan sahaja yang bakal dikenakan peningkatan 7% namun sedar tak sedar bil-bil mungkin ada peningkatan yang agak ketara.

Ditambah pula dengan peningkatan sebanyak RM3 bagi gas yg dahulu kebiasaanya aku beli RM 27, sekarang sudah RM30. memang angka 3 itu hany sedikit namun bagi mereka yang kurang berkemampuan mungkin dirasakan besar.

Bagi astro pula, sebagai salah seorang pelanggan mereka aku akui ada siaran amat memuaskan namun ada beberapa perkara yang masih tiada penyelesaian iaitu pengulangan siaran rancangan yang sama berkali-kali dalam masa seminggu.

Memang tiada salahnya andai dibuat siarang ulangan namun andai dua tiga kali siaran sama dalam masa seminggu adalah tidak wajar dan agak membosankan.

Ditambah pula dengan gangguan siaran ketika hujan yang dari dahulu juga tiada penyelesaian. memang akan ada yang berkata dan memberi pendapat, andai tidak puas hati baik berhentikan langganannnya.

Aku disini tidak mengatakan yang semua tentang Astro tidak memuaskan tapi sebelum sesuatu kenaikan harga cas kepada pelanggan eloklah mereka selesaikan dahulu kekurangan yang wujud supaya kenaikan itu bukan hanya untuk pertambahan siaran rancangan tapi juga untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan yang diberikan..

Penjelasan dari pihak Astro sila [klik sini]

Semoga apa yang ditulis disini dapat juga memberi manfaat kepada mereka. bukan cemuhan tapi hanya pendapat.

Wassalam..

No comments:

POst Famous

Total Pageviews