Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Follow by Email

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, July 30, 2011

Sultan Muhammad V Akan Dimasyhur Sebagai Canselor Baru UMK

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Alhamdulillah selesai kerja rumah buat hari ini, memandangkan limit berukband aku sudah sampai hujung hayat untuk bulan ini jadi aku x dapat nk blogwalk sangat maaf ye kawan3 insyaAllah esok di pejabat saya balas jejak anda.

Oklah, kembali kepada topik kita iaitu ucapan TAHNIAH buat Y.M.M Sultan Muhammad V Sultan Muhammad Faris Petra yang bakal dimayurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan menggantikan ayahnda beliau yang dalam keadaan gering. Bertuahlah buat warga UMK kerana mendapat baginda yang sangat mesra rakyat sebagai Penaung Universiti. Jom baca berita selanjutnya

Sultan Muhammad V Akan Dimasyhur Sebagai Canselor Baru UMK

KOTA BAHARU, 27 Julai (Bernama) -- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, akan dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 Sept ini.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Zainai Mohamed berkata istiadat pemasyhuran itu akan berlangsung di kampus induk UMK di Bachok sempena Majlis Konvokesyen sulung universiti itu.

Katanya, pelantikan Sultan Kelantan itu dibuat mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin berikutan canselor UMK sebelum ini, Sultan Ismail Petra, sedang gering.

Pada majlis konvokesyen sulung itu, seramai 266 graduan daripada Fakulti Keusahawan dan Perniagaan, Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan akan menerima ijazah sarjana muda masing-masing. katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Katanya untuk sesi pengambilan baru tahun ini, UMK menerima 6,000 permohonan manakala UMK hanya mampu mengambil kira-kira 1,000 pelajar sahaja.

Beliau berkata, kampus induk UMK itu akan beroperasi sepenuhnya September depan dan kesemua warga kerjanya di kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa telahpun berpindah lebih awal.

Katanya, sejak universiti berkonsepkan keusahawanan itu beroperasi empat tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM420 juta bagi membiayai kos fizikal, termasuk pembinaan kampus utamanya di Bachok, kampus cawangannya di Jeli dan kampus sementara di Pengkalan Chepa.

"Adalah diharapkan graduan UMK akan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang mereka pelajari untuk menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada tranformasi ekonomi negara pada masa akan datang," katanya.

-- BERNAMA

Permasyhuran baginda adalah pada
--->Isnin, September 19 bermula 8 pagi sehingga 6.30 petang
bertempat di
--->Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Induk Bachok)
Jalan Melawi - Jelawat
Kampong Bachok, Malaysia
jadi rakyat sekalian dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta merapatkan lagi hubungan baginda dengan rakyat setempat .info dari KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

[+]Men or women, who is better at affairs? check it [HERE]
[+]Main dan Menang DOUBLEMINT Memory Match Mania [SINI]
[+]Beza Proton Saga Model Baru dengan yang Lama [SINI]
[+]Main game ni boleh menang PS3 dan HDTV? [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[sini] juga [sini]

Wassalam..


No comments:

POst Famous

Total Pageviews