Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, July 9, 2011

Ada Apa Dengan BERSIH 2.0

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..berlalulah sudah 9 JULAI 2011 dengan penuh pengalaman bagi mereka yang merasainya...juga menjadis sejarah hitam atau putih bergantung pada pemikiran mereka...BERSIH

Alhamdulillah segala yang berlaku semalam berakhir jua keadaan yang boleh dikatakan aman kerana waaupun diserang dengan water cannon dan juga gas pemedih mata tp peserta perhimpunan masih lagi beradab sopan dengan menghulurkan salam kepada pasukan pbt fru juga polis. Namun sejenak kita semua bersedekahlah surah Al-Fatihah kepada arwah Baharudin Ahmad, 58 tahun, SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DI SISI ORANG2 YANG SOLEH...kerana dikhabarkan meninggal dunia semasa perarakan petang tadi. Andai aku mengatakan ini salah FRU dan Polis yang melemparkan gas pemedih mata dan menghambat mereka tidak boleh juga kerana akan ada pendapat seperti 'siapa suruh dia cari nahas' begitulah berbezanya pendapat diantara kita semua. Wallahua'lam

teringatkan arwah abah yang selalu memakai kopiahnya...sadis melihat ayah-ayah kita diperlakukan sedemikian hanya kerana berhimpun...digari diheret...
Berbeza pendapat bagi aku tiada salahnya kerana sepanjang hari ini aku ada juga bersama kawan-kawan bertukar pendapat walaupun tidak menyertai perhimpunan namun aku menyokong kerana tuntutan yang dibawa adalah lumrah keadilan yang akan dituntut oleh semua manusia. Namun Janganlah kerana perbezaan pendapat membuatkan kita merobohkan perikatan sebagai muslim dan muslimah yang wujud diantara kita sebagai seorang Islam.JANGAN. Kita berbahas bukan kerana dendam namun keran ingin berkongsi serta bertukar fikiran dan memperbetulkan apa yang tidak betul. Dan disini juga ingin aku katakan yang aku tidak sepenuhnya menyalahkan pihak polis juga fru kerana mereka hanyalah orang bawahan yang harus menurut perintah dan tidak juga salahkan mereka yang berdemonstrasi kerana mereka hadir membawa tuntutan dalam keadilan hak-hak mereka. BAgi aku yang boleh dikatakan selalu 'update'  tentang perhimpunan ini mengatakan bahawa saluran yang boleh mereka toleransikan sudah tertutup seperti

1)andai mereka membuat laporan akan salah laku kemungkinan laporan itu akan dibakulsampahkan kerana kebanyakan laporan yang di adukan tiada mendapat perhatian serius dari pihak berkenaan.

2)Seperti yang kita tahu mereka juga telah bertolak ansur dengan mengubah tempat perhimpunan ke stadium namun tidak diberi kelulusan mengapa ini harus berlaku padahal janji dari pemimpin tertinggi kepada mereka supaya menyalak sampai pagi sudah dikeluarkan dan juga lampu hijau untuk melakukan dalam keadaan aman juga sudah mendapat perkenan dari Ketua Negara iaitu YDA..

Dan rasional bagi aku kenapa pembangkang menyokong semua ini kerana mereka mahukansemua yang dilaksanakan dengan lebih adil dan telus dan bagi aku tiada salahnya juga andai kerajaan sekarang menyokong juga tuntutan ini andai mereka juga inginkan pelaksanaan adil dalam sistem di negara kita ini.

Tapi kenapa mereka harus memprovokasikan serta mempromosikan secara tidak langsung akan perhimpunan ini dengan mengadakan sekatan jalanraya besar-besaran di seluruh negara bagaikan ingin menangkap penjenayah kelas S(naruto kejap) juuga antarabangsa? kenapa? adakah mereka melakukan sedemikian kerana ingin menggalaskan kesalahan kesesakan lalulintas kepada perhimpunan ini? Ini dapat kita bezakan dengan perhimpunan luar negara yang berlaku dengan aman dengan permit diberikan dengan sukararela malah di China negara komunis sekalipun tapi negara kita yang pernah menganjurkan Sejuta belia disertai dengan konsert-konsert 'amal; dihalan dlam melakukan perhimpunan yang hak bagi rakyat sepertiyang termaktub dalam Perkara 10 perlembagaan negara. mengapa?

Dan ketika ini juga ramai kawan-kawan sekeliling aku yang secara cakna mengambil tahu siapa itu ambiga yang bagi aku sendiri pun sebelum ini tidak pernah tersebut nama ini dibibr mahupun terlintas dalam kepala otak aku tiba-tiba menjadi sebutan sampaikan disiasat individu ini sampai ke lubang kerongkong beliau. Bagi aku, ingin aku sebutkan yang mengapa kita harus memarahi beliau atas penglibatan beliau dalam kes murtas juga lina joy, ikutkan hati aku ada marah tapi rasionalnya dia adalah non-muslim of course she will at the other side as expected namun yang aku hairan kenapa peguam yang membela lina joy yang beragama islam tidak disiasat oleh mereka? juga indiividu melayu beragama ISLAM yang terlibat dalam SIS juga dlam tuntutan IFC tidak dirungkai sedikitpun tentang mereka? Wujud  je bersih tiba-tiba semua dikaitkan. mengapa?

Dan bagi aku juga tiada salahnya andai sesuatu tampuk pemerintahan bertukar tangan kerana ia akan membawa kebaikan dari keburukan dan membuatkan pemerintah tidak terlalu alpa dengan kekuasaan yang ada pada mereka dan seperti amerika (ramai rakyat malaysia idolakan rakyat amerika kan?) mereka juga bersilih ganti parti pemerintah mereka. Akhir sekali sebagai Islam aku ingin menegaskan yang pemerintahan islam akan menjadi pilihan aku kerana itulah yang seharusnya dipilih oleh kita sebagai Muslim yang di akhir nanti tegak berdiri di akhir Zaman berkat pertolongan dan terlaksananya janji-janji dariNYA...InsyaAllah.

Andai anda kata'buat apa ikut orang kafir buat demonstrasi jatuhkan dan pecahkan orang melayu sahaja". Kadang-kadang aku teringat yang orang yahudi juga dilaknat kerana terlalu taksub dan mengagungkan bangsa mereka bukan agama mereka jadi janganlah kita mengikuti mereka dan tidak semestinya bila kita mendapat 'title' Melayu Beragama Islam semuanya baik kerana tanpa ajaran dan applikasikan apa yang dipelajari dalam agama kita tiada bezanya dengan mereka bahkan mereka ada kebaikan lebih dari kita. Ada Melayu Islam MAkan rasuah tapi mereka tidak makan rasuah malah menentang pula akan amalan ini. Salahkah andai kita menyokong sesuatu kebaikan yang disebut amar makruf nahi mungkar ini? Salahkah kerana mereka adalah non-muslim? Mereka non-muslim kerana mereka belum mendapat hidayah dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka mendapat hidayah InsyaAllah mereka akan menjadi Islam yang lebih baik dari kita yang sejak azali dan dilahirkan lagi Islam namun amalan...Wallahua'lam. 



Juga bagi mereka yang memikirkana bahawa perhimpunan ini meMALUkan negara tapi pernahkah anda terasa malu dengan pemfitnahan video lucah, kaitan Pm dengan pembunuhan yang bagi aku as a muslim rasa malu dengan orang non-muslim banyak lagi benda yang seharusnya malu namun kita mezalimi malu itu dengan tidak meletakkannya pada tempat dan keadaan yang sepatutnya, malukah anda menutup rambut tapi dada terdedah(terkeluar sedikit) pernahkah anda fikir sebelum meletakkan malu itu pada mereka yang berhimpun dalam mendapatkan keadilan hak mereka? tambah pula memalukan Islam dan ketua negara dalam pertunjukan fesyen yang kononnya memartabatkan negara dan agama.Bolehkah mereka?

InsyaAllah berkat doa alim ulama di kota suci mekah akan termakbul dengan mudahnya bagi pembalasan terhadap mereka ayng menzalimi rakyat InsyaAlalh amin..ada juga yang ingin menunaikan solat dimasjid namun dihalang...sedarkah anda???berikut beberapa video yang dapat diambil oleh beberapa peserta untuk ttatapan anda semua...

Sekian saja tentang bersih...


Andai ambo slah bicara sila betulkan kerana insyaAllah ambo boleh menerima teguran InsyaAllah
Sama-samalah kita doakan kebahagiaan dan keamana didunia dan diakhirat bersama-sama saudara-saudara kita semua..amin

Wassalam..

6 comments:

Unknown said...

Islam harus dibawa bersama perjuangan. Islam itu keamanan. Yang dituntut adalah fair election. Kalau diikutkan saye pun setuju dgn ape yg dituntut. Tapi pelik kenapa die bertukar jadi huru-hara. Salah siape? rase2 macam salah semua. Banyak yg harus dibaiki lagi. Kalau in future ade lagi demo, buatlah yg terbaik. xde huru-hara.

Unknown said...

bagi saye la kan, kalo da nama nye politik, masing-masing mesti ade agenda yang tersendiri. x kesah lah dari pihak mana sekali pon. 

Unknown said...

itu semestinya tapi kena refer balik adakah tuntutan mereka itu tidak berpatutan dan kenapa mereka demo? setakat apa yang dijanjikan kerajaan tiada satu pon yang ditepati hehehhe

terima kasih atas komen :)

Unknown said...

kita tgk rujukan demo luar negara tiada huru hara andai permit diberikan dan pbt menjalankan tggjawab dgn betul menjaga serta betul3 mengawal bukan menyerang peserta insyaAllah tiada hururhara

Unknown said...

tak blh salahkan ambiga hal lina joy sebab perlembagaan malaysia sendiri yg memberi kebebasan org yg berumur 18thn ke atas memilih agama sendiri.
ambiga peguam so dia hnya menuntut apa yg ade dlm perlembagaan,sebelum nak salahkan sesiapa kena tgk dulu perkara lain.

Unknown said...

betul kita sebagai islam kena pantau aktiviti di kalangan kita yang kita belum pasti adakah mereka Islam betul3 atau hanya bertopeng sahaja

POst Famous

Total Pageviews