Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, July 16, 2011

Malaysia Kena Boo Rakyat Sendiri

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Selamat berhujung minggu pada mereka yang bekerja, lakukan aktiviti yang berfaedah di masa lapang bersama yang tersayang.

c.c:kafe que
Ok. Kembali kita ke topik perlawanan bola yang kini hangat diperkatakan terutama isu pasal menge'boo' pemain negara yang dilakukan sendiri oleh anak bangsa, teringat cerita pak pandir keh3 kerana sokong kelab tersebut tergadah maruah anak  Malaysia. mana taknya andai kita sendiri merasakan di tempat pemain kebangsaan tengah main untuk negara di stadium negara kita sendiri tapi rakyat sendiri yang menyokong pihak lawan agak malu di situ. walaupun aku ada juga 'excited' sokong pasukan EpL tapi masa tengok perlawanan ulangan tadi tidak terasa langsung untuk menyokong pasukan luar dan sentiasa mengharapkan agar pasukan kita menjaringkan gol.

Walaupun hanya siaran ulangan dan keputusan pun sudah aku ketahui namun masih ada sedikit rasa ingin melihat pasukan kebangsaan menjaringkan gol untuk negara. Bagi mereka yang terlalu 'excited' menyokong kelab EPl itu tiada salahnya tapi jangan lah terlebih kuah dari sudu, kita je yang lebih-lebih menyokong pasukan lawan padahal pasukan negara sendiri di 'boo'. itu sesuatu yang tidak patut bagi aku.Sedih juga melihat di kaca televisyen yang menunjukkan penyokong merah lagi menonjol dari penyokong kuning(takut warna kuning gak ke? keh3). hanya segelintir kecil sahaja dapat aku perasan yang berbaju kuning macam titik-titik kuning didalam stadium Nasional.sedih sedih sedih.

Dari siaran ulangan tadi pemain-pemain kebangsaan semua aku tengok sudah mencapai satu tahap yang boleh di banggakan di peringkat gergasi asia namun masih banyak yang boleh diperbaiki menjelang perlawanan kelayakan olimpik melawan singapura dalam jangka masa terdekat ini.Ini bolehlah di anggap satu pencapaian yang agak baik andai di bandingkan lawan yang merupakan pasukan antara terhandal dalam EPL tambahan pula perbezaan badan serta kemahiran yang agak ketara tapi semangat yang di tunjukkan oleh pemain agak baik dari segi pertahanan, serangan serta kerjasama sepasukan.

Aku tertipu sekali dek Astro yang dikatakan ada siaran langsung perlawanan tersebut keh3...Harap-harap yang lawan Liverpool malam ini pasti ada, ingin tengok depan mata tak mampu keh3..

OK. kita tutup pasal Arsenal, benda yang dah lepas usah difikirkan lebih-lebih ambil yang mana patut untuk di jadikan pengajaran untuk kita semua.

Jadi untuk perlawanan ini ramai yang berharap tiada lagi peristiwa menge'boo' pemain sendiri dek kerana sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan EPL, heh.Juga diharapkan ramai yang berbaju biru malam ini keran sudah di'comform'kan oleh FB Malaysian National Football Team. Dan dari twitter @Zainal abidn rawop : berkemungkinan besar ada siaran langsung antara Malaysia lwn Liverpool di Astro Super Sport 817. -Tertakluk pada Proevents- semoga betullah hehehe..

Akhir sekali ingin berkongsi peringatan yang disampaikan arwah lagenda bola sepak Malaysia Iaitu MOkhtar dahari@ super MOkh yang berkata'if you"re ashamed to stand by your colours , you better seek for another flag' legendary Mokthar Dahari

Andai anda tengok fan LIverpool boo itu bukan bermaksud rakyat malaysia kerana info terbaru mengatakan yang mana semasa 'match Arsenal semalam boo adalah dari fan negara jiran jadi janganlah mereka boo anda pon ikut serta boo lagi satu untuk elakkan kekeliruan diharap semua rakyat malaysia memakai baju biru, otak kuning ke otak hijau ke otak biru ke baju mesti biru..bereh...Semoga malam ini anda dapat mengikut pasukan gergasi Inggeris Insya-Allah...

OK sudah 'comform' ada 'live' lihat SINI

[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [SINI]
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]



[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]





Wassalam...

1 comment:

tiefazatie said...

erm..bese la tue..fanatik kot..hehe

POst Famous

Total Pageviews