Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban Malam Keberkatan

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Sempena malam ini merupakan malam ke 15 bulan Syaaban juga dikenali sebagai MAlam Nisfu Syaaban ingin aku berkongsi sedikit walaupun tidak banyak tentang malam ini ,15 Sya'ban jatuh pada tanggal 17 Julai 2011. (Malam Nisfu Sya'ban pd hari Sabtu 16 Julai 2011, Malam Minggu bermula terbenamnya matahari/maghrib)(Tarikh Hijriah bermula ketika masuknya waktu Maghrib bukan jam 12 am\mlm). Nisf juga bermaksud separuh andai ditafsirkan Nisfu Syaaban beerti Separuh bulan dari Bulan Syaaban.



Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Doa Malam Nisfu Syaaban, sama-samalah kita membacanya ketika berkesempatan InsyaAllah
Juga Rasulullah S.A.W bersabda: barangsiapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya. dari hadis ini sama-samalah kita manfaatkan kelebihan malam ini dari malam-malam lain sebelum datangnya Ramadhan Al-Mubarak dengan membaca Yassin 3x sekurang-kurangnya...InsyaAllah..


[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [SINI
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]
[+] Raya dengan Inspira free? [SINI]

Wassalam..

Saturday, July 9, 2011

Ada Apa Dengan BERSIH 2.0

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..berlalulah sudah 9 JULAI 2011 dengan penuh pengalaman bagi mereka yang merasainya...juga menjadis sejarah hitam atau putih bergantung pada pemikiran mereka...BERSIH

Alhamdulillah segala yang berlaku semalam berakhir jua keadaan yang boleh dikatakan aman kerana waaupun diserang dengan water cannon dan juga gas pemedih mata tp peserta perhimpunan masih lagi beradab sopan dengan menghulurkan salam kepada pasukan pbt fru juga polis. Namun sejenak kita semua bersedekahlah surah Al-Fatihah kepada arwah Baharudin Ahmad, 58 tahun, SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DI SISI ORANG2 YANG SOLEH...kerana dikhabarkan meninggal dunia semasa perarakan petang tadi. Andai aku mengatakan ini salah FRU dan Polis yang melemparkan gas pemedih mata dan menghambat mereka tidak boleh juga kerana akan ada pendapat seperti 'siapa suruh dia cari nahas' begitulah berbezanya pendapat diantara kita semua. Wallahua'lam

teringatkan arwah abah yang selalu memakai kopiahnya...sadis melihat ayah-ayah kita diperlakukan sedemikian hanya kerana berhimpun...digari diheret...
Berbeza pendapat bagi aku tiada salahnya kerana sepanjang hari ini aku ada juga bersama kawan-kawan bertukar pendapat walaupun tidak menyertai perhimpunan namun aku menyokong kerana tuntutan yang dibawa adalah lumrah keadilan yang akan dituntut oleh semua manusia. Namun Janganlah kerana perbezaan pendapat membuatkan kita merobohkan perikatan sebagai muslim dan muslimah yang wujud diantara kita sebagai seorang Islam.JANGAN. Kita berbahas bukan kerana dendam namun keran ingin berkongsi serta bertukar fikiran dan memperbetulkan apa yang tidak betul. Dan disini juga ingin aku katakan yang aku tidak sepenuhnya menyalahkan pihak polis juga fru kerana mereka hanyalah orang bawahan yang harus menurut perintah dan tidak juga salahkan mereka yang berdemonstrasi kerana mereka hadir membawa tuntutan dalam keadilan hak-hak mereka. BAgi aku yang boleh dikatakan selalu 'update'  tentang perhimpunan ini mengatakan bahawa saluran yang boleh mereka toleransikan sudah tertutup seperti

1)andai mereka membuat laporan akan salah laku kemungkinan laporan itu akan dibakulsampahkan kerana kebanyakan laporan yang di adukan tiada mendapat perhatian serius dari pihak berkenaan.

2)Seperti yang kita tahu mereka juga telah bertolak ansur dengan mengubah tempat perhimpunan ke stadium namun tidak diberi kelulusan mengapa ini harus berlaku padahal janji dari pemimpin tertinggi kepada mereka supaya menyalak sampai pagi sudah dikeluarkan dan juga lampu hijau untuk melakukan dalam keadaan aman juga sudah mendapat perkenan dari Ketua Negara iaitu YDA..

Dan rasional bagi aku kenapa pembangkang menyokong semua ini kerana mereka mahukansemua yang dilaksanakan dengan lebih adil dan telus dan bagi aku tiada salahnya juga andai kerajaan sekarang menyokong juga tuntutan ini andai mereka juga inginkan pelaksanaan adil dalam sistem di negara kita ini.

Tapi kenapa mereka harus memprovokasikan serta mempromosikan secara tidak langsung akan perhimpunan ini dengan mengadakan sekatan jalanraya besar-besaran di seluruh negara bagaikan ingin menangkap penjenayah kelas S(naruto kejap) juuga antarabangsa? kenapa? adakah mereka melakukan sedemikian kerana ingin menggalaskan kesalahan kesesakan lalulintas kepada perhimpunan ini? Ini dapat kita bezakan dengan perhimpunan luar negara yang berlaku dengan aman dengan permit diberikan dengan sukararela malah di China negara komunis sekalipun tapi negara kita yang pernah menganjurkan Sejuta belia disertai dengan konsert-konsert 'amal; dihalan dlam melakukan perhimpunan yang hak bagi rakyat sepertiyang termaktub dalam Perkara 10 perlembagaan negara. mengapa?

Dan ketika ini juga ramai kawan-kawan sekeliling aku yang secara cakna mengambil tahu siapa itu ambiga yang bagi aku sendiri pun sebelum ini tidak pernah tersebut nama ini dibibr mahupun terlintas dalam kepala otak aku tiba-tiba menjadi sebutan sampaikan disiasat individu ini sampai ke lubang kerongkong beliau. Bagi aku, ingin aku sebutkan yang mengapa kita harus memarahi beliau atas penglibatan beliau dalam kes murtas juga lina joy, ikutkan hati aku ada marah tapi rasionalnya dia adalah non-muslim of course she will at the other side as expected namun yang aku hairan kenapa peguam yang membela lina joy yang beragama islam tidak disiasat oleh mereka? juga indiividu melayu beragama ISLAM yang terlibat dalam SIS juga dlam tuntutan IFC tidak dirungkai sedikitpun tentang mereka? Wujud  je bersih tiba-tiba semua dikaitkan. mengapa?

Dan bagi aku juga tiada salahnya andai sesuatu tampuk pemerintahan bertukar tangan kerana ia akan membawa kebaikan dari keburukan dan membuatkan pemerintah tidak terlalu alpa dengan kekuasaan yang ada pada mereka dan seperti amerika (ramai rakyat malaysia idolakan rakyat amerika kan?) mereka juga bersilih ganti parti pemerintah mereka. Akhir sekali sebagai Islam aku ingin menegaskan yang pemerintahan islam akan menjadi pilihan aku kerana itulah yang seharusnya dipilih oleh kita sebagai Muslim yang di akhir nanti tegak berdiri di akhir Zaman berkat pertolongan dan terlaksananya janji-janji dariNYA...InsyaAllah.

Andai anda kata'buat apa ikut orang kafir buat demonstrasi jatuhkan dan pecahkan orang melayu sahaja". Kadang-kadang aku teringat yang orang yahudi juga dilaknat kerana terlalu taksub dan mengagungkan bangsa mereka bukan agama mereka jadi janganlah kita mengikuti mereka dan tidak semestinya bila kita mendapat 'title' Melayu Beragama Islam semuanya baik kerana tanpa ajaran dan applikasikan apa yang dipelajari dalam agama kita tiada bezanya dengan mereka bahkan mereka ada kebaikan lebih dari kita. Ada Melayu Islam MAkan rasuah tapi mereka tidak makan rasuah malah menentang pula akan amalan ini. Salahkah andai kita menyokong sesuatu kebaikan yang disebut amar makruf nahi mungkar ini? Salahkah kerana mereka adalah non-muslim? Mereka non-muslim kerana mereka belum mendapat hidayah dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka mendapat hidayah InsyaAllah mereka akan menjadi Islam yang lebih baik dari kita yang sejak azali dan dilahirkan lagi Islam namun amalan...Wallahua'lam. 



Juga bagi mereka yang memikirkana bahawa perhimpunan ini meMALUkan negara tapi pernahkah anda terasa malu dengan pemfitnahan video lucah, kaitan Pm dengan pembunuhan yang bagi aku as a muslim rasa malu dengan orang non-muslim banyak lagi benda yang seharusnya malu namun kita mezalimi malu itu dengan tidak meletakkannya pada tempat dan keadaan yang sepatutnya, malukah anda menutup rambut tapi dada terdedah(terkeluar sedikit) pernahkah anda fikir sebelum meletakkan malu itu pada mereka yang berhimpun dalam mendapatkan keadilan hak mereka? tambah pula memalukan Islam dan ketua negara dalam pertunjukan fesyen yang kononnya memartabatkan negara dan agama.Bolehkah mereka?

InsyaAllah berkat doa alim ulama di kota suci mekah akan termakbul dengan mudahnya bagi pembalasan terhadap mereka ayng menzalimi rakyat InsyaAlalh amin..ada juga yang ingin menunaikan solat dimasjid namun dihalang...sedarkah anda???berikut beberapa video yang dapat diambil oleh beberapa peserta untuk ttatapan anda semua...

Sekian saja tentang bersih...


Andai ambo slah bicara sila betulkan kerana insyaAllah ambo boleh menerima teguran InsyaAllah
Sama-samalah kita doakan kebahagiaan dan keamana didunia dan diakhirat bersama-sama saudara-saudara kita semua..amin

Wassalam..

Tuesday, June 28, 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Masih ramaikan yang ingat akan tarikh 27 REJAB ? yang ingt mungkin hanya 25 disember, 14 februari....
Di tarikh ini berlaku satu peristiwa bersejarah didalam gulungan sejarah Islam iaitu Isra' dan Mikraj yang dilalui oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. Disini sama-samalah kita menyusuri apa yang berlaku di tarikh bersejarah ini.



1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Ulasan SI; didalam keghairahan era globalisasi dan juga arus pemodenan ramadun kita tidak harus lupa akan peristiwa sebegini yang harus kita percaya dan semai didalam jiwa  dan hati kita serta pewaris demi kegemilangan Islam. Namun berapa ramaikah yang masih ingat akan peritiwa ini yang bagi aku kebanyakannya sudah alpa akan arus dunia masa kini yang hanya ingatkan hiburan sahaja?

di salin dari OH Islam

Wassalam..

Monday, June 20, 2011

Dunia Di Penghujung Nyawa

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..



Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. “ - Sahih Bukhari

~ dah jadi dah…

Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

~ dah nampak dah…

Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”, sabda Rasulullah S.A.W.

Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ’Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? ‘
Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’ – Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…

Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah…

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.”- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…

Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani

>~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada….

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. : “Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…

Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok…

Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu – Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie…”

Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq…

Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²” – Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji, Mina dah kene banjir



Tanda – tanda Dunia di Akhir Zaman

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’

Dari apa yang ditulis di atas dapat aku simpulkan hari demi hari bumi kita walaupun nampak tidak bernyawa namun ia masih tetap ciptaan ALLAH S.W.T dan ia juga ada waktu kematiannya iaitu disaat Kehancuran pabila datangnya Hari Kiamat. Ini dapat dibuktikan dengan kejadian-kejadian iaitu pabila sesuatu tempat yang bagi sains adalah mustahil untuk berlaku namun ia berlaku kerana Dia ingin menunjukkan bahawa Dia berkuasa melakukannya keran Dia Yang Maha Berkuasa sekalian Alam.InsyaAllah.

Ingin aku petik dari kata-kata Tuk Guru yang berbunyi
‎"Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun balik kampung, alhamdulillah. Tapi sedarkah kita, bila tiba kita di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang Kelantan tidak boleh balik Kelantan, orang Terengganu tidak boleh balik Terengganu. Semuanya kekal di akhirat sahaja tanpa dapat balik semula. Beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak dibenarkan lagi balik ke kampung lagi..."
Jadi sama-samalah kita menggunakan juga melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan di kala masih ada kesempatan seperti juga pepatah
 'sembahyanglah kamu disembahyangkan,berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan'
'ambil lima perkara sebelum lima perkara'

Sama-samalah kita mengingatkan sesama kita....InsyaAllah kerana itulah peranan kita sebagai khalifah iaitu slaing menasihati dan mengingatkan satu sama lain..

Wassalam..

Wednesday, November 10, 2010

Fiza Elite Cerai kerana Curang?

Assalamualaikum dan salam malam.

ihsan sedakasejahtera.
Beberapa minit tadi masa jalan-jalan aku terbacalah entry dari seorang blogger(SINI) tentang kes artis negara kita yang sentiasa hot dan gosip3. kalau ikutkan sebelum ini aku x pernah usik pasal artis negara kita ini namun hari demi hari berita peli tentang merek sentiasa menjadi tajuk akhbar,biasalah artis..kentut tengah orang ramai pun jadi bahan berita. entry yang aku baca ini melibatkan seorang artis yang berkahwin namun bercerai kerana di sifatkan curang terhadap suaminya. dari sumber yang di sertakan d blog tersebut ada pengakuan suami isteri tersebut tentang perlakuan isterinya.Ye Ke ni?? untuk maklumat lanjut anda boleh melawat blog beliau. betul atau salah bukan sudah jadi topik kerana andai diikutkan dua-dua salah namun bagi aku la, untuk fiza sebagai seorang artis juga public figure beliau sepatutnya menjaga tatasusila beliau serta memikirkan masa hadapan anak-anak. haishhh apa nak jadi dengan artis malaysia ni kawen cerai kawen cerai macam da jadi kebiasaan, nk ikut hollywood gak ke? huhuhu..

“Sebagai suami, saya akui gosip didedahkan media massa mengenai kecurangan Fiza bersama Malek sejak akhir-akhir ini adalah benar! Bagi saya, Fiza menipu dan menduakan suaminya adalah satu kesalahan. Kepercayaan saya membenarkan Fiza untuk terus berlakon disalah guna. Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri, tapi lama kelamaan, perangai Fiza semakin teruk! Namun, saya akui sudah keluar rumah hampir empat bulan lalu, tapi tindakan saya bersebab kerana perangai Fiza yang semakin menjadi-jadi!
“Sudah beberapa kali saya berjaya menghidu kecurangan Fiza bersama beberapa lelaki termasuk bukti SMS. Bukan setakat itu saja, ibu Fiza juga masuk campur tangan urusan rumah tangga kami sehingga dia pernah tertonyoh hidung saya! Saya ambil keputusan keluar rumah, tapi saya tidak ke mana-mana, sebaliknya menetap bersama ibu dan ayah saya di Gombak, Selangor untuk sementara waktu. Namun, segala perbelanjaan Fiza bersama anak-anak saya sediakan, termasuklah pembayaran ansuran bulanan kereta Fiza dan rumah kami di Damansara, saya jelaskan.
“Terbaru, Fiza menjalin hubungan dengan seorang jurukamera bernama Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka berdua. Pada Ramadan lalu, kedua-duanya dilihat sering keluar bersama dan Fiza menghantar Malek pulang ke rumahnya sekitar jam 3 atau 4 pagi beberapa kali! Fiza pula sanggup jadi driver Malek sedangkan kereta itu saya bayar ansurannya untuk kemudahan dia bersama anak-anak, bukannya bersama Malek ke hulu ke hilir. Fiza mahupun Malek sering menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana sekadar keluar makan bersama, tapi kalau sudah bercuti bersama, apa cerita? Apabila isteri keluar rumah tanpa izin suami, hukumnya berdosa besar, inikan pula sewenang-wenangnya melabel semua perbuatan itu tidak salah!”
lihat MYGOSIP untuk berita lanjut

bagi menyokong entry ini aku copy dan pastekan untuk korang baca pengakuan bekas suami beliau.betul atau tidak hanya empunya sahaja yang tahu. bagi kita sama-sama lah kita ambil ikhtibar dan jangan terlalu taksub dalam meminati artis-artis negara mahupun luar negara. apa yang mereka tunjuk dan baik boleh dijadikan teladan apa yang buruk dijadikan sempadan.Wallahua'lam..

Sekain cerita panas firstt dari P.K..
terima kasih kerana membaca.

Tuesday, November 9, 2010

Dah Kahwin Tapi Masih Dianggap Berzina

Assalamualaikum dan salam malam 

Entry kali ini ingin aku berkongsi tentang sesuatu masalah yang agak berat dalam agama Islam yang dihadapi oleh masyarakat akhir zaman kini. Perkara ini aku sudah ketahui sebelum ini namun belum dapat pengesahan jadi entry ini aku sertakan pengesahan dari dialog hamba Allah dengan seorang ustaz. 
begitu comel kanak-kanak namun andai menjadi anak luar nikah tidakkah menjadikan hidupnya lebih susah padahal mereka tidak pernah bersalah..fikir-fikirkanlah
                   

"BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUPSEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat  kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
 
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
 
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.> 

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat.... 

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.   Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian  alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.
USTAZ ROSLI ALHAFIZ"


jadi pendapat aku di sini adalah seandainya kita atau yang kita kenali menghadapi permasalahan sebegini eloklah dirujuk kepada yang afdal dan arif kerana kadang-kadang sesuatu yang kita anggap kecil namun ia adalah besar sebenarnya..semoga kita smeua dilindungi dan dirahmati.InsyaAllah

Sekian Terima Kasih.

Friday, November 5, 2010

Sebelum Kita Bertanya Al-Quran Sudah Menjawabnya

assalamualaikum dan selamat petang

sudah seminggu akku berehat dari blogging, bukan xnak tapi x boleh huhu..

kali ini ingin aku share some notes i got from my lecturer.. thiis is something we need to know in our life about the perfectness of The Holy Al-Quran. enjoy read it..thank you..


Kita Selalu Bertanya.. Dan Al-Quran Sudah Menjawabnya.. 

Kita bertanya : Kenapa aku diuji? 
Quran menjawab : 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan? 
Quran menjawab : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216 


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini? 
Quran menjawab : 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Surah Al-Baqarah ayat 286 


Kita bertanya : Kenapa rasa frust? 
Quran menjawab : 
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." Surah Al-Imran ayat 139 


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ? 
Quran menjawab : 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah Ali Imran ayat 200 


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya? 
Quran menjawab : 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Surah Al-Baqarah ayat 45 


Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini? 
Quran menjawab : 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. Surah At-Taubah ayat 111 


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap? 
Quran menjawab : 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." Surah At-Taubah ayat 129 


Kita berkata : Aku tak dapat tahan!!! 
Quran menjawab : 
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf ayat 12

jadi sama2lah kita fikir3 kan jangan lah dont judge something easily just only based on our think...there is a lot of thing we does not know yet..

http://www.facebook.com/note.php?note_id=415500611814&id=1428793706

Sekian terima kasih kerana membaca.

Wednesday, October 13, 2010

Hanya kerana Bola Nyawa Melayang

Salam dan selamat petang semua


Sebelum aku menulis panjang sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah saudara kita yang meninggal semasa perlawanan bola antara selangor dan kelantan. Mengapa perkara sebini boleh berlaku? apakah kita semua tujuan perlawanan bola diwujudkan iaitu bagi mengeratkan hubungan antara kaum,bangsa negara juga agama.perlukah kita harus menzahirakan kekecewaan sampai begitu sekali.paling mengecewakan adalah kerana kedua2 yang terlibat beragama Islam itu yang penting sebenarnya. aku x ingin menyebelahi mana2 negeri kerana itu akan memburukkan keadaan lagi eloklah apa-apa hal kita berpegang sebagai orang Islam seagama. andai ingin dicari siapa salah xkan berkesudahan aku rasa. isu ini di tambah panas lagi dengan kecepatan penyebaran berita mmelalui facebook.mana x nya seminit berlaku da ada orang post kat wall. dan di komennya dengan komen2 yang bagaikan 'minyak dicurah keatas api' sampai bila x kan berkesudahan.

Jadi sama2lah kita berpegang sebagai seagama kerana ia adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi.dan seandainya x tahan sangat nak pukul org pergilah ke Palestin tolong pukul Yahudi di sana itu ada juga kebaikannya.Wallahua'lam.

Sekian saja..terima kasih kerana membaca.

Sunday, October 3, 2010

Angelina jolie masuk khutbah Jumaat

Salam dan selamat tengahari semua



Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis di blog ini.Entry kali ini berkaitan khutbah jumaat yang aku dengari semasa solat jumaat kelmarin di masjid universiti aku iaitu UMP. Khutbah kali in berkaitan dengan bencana banjir yang paling teruk di alami oleh salah satu negara yg kebanyakan pendududknya adalah mereka yang beragama Islam iaitu Pakistan. Semasa khutbah jumaat ini juga di lancarkan tabung bantuan untuk menyalurkan derma bagi membantu dan meringankan bebanan rakyat malang ini. Ok sekarang masuk bahagian yang berkaitan dengan tajuk,nk buat cerita  tengah khusyuk2 (khusyuk kot walo ngantuk sikit2) aku terkejut apabila khatib menyebut nama ANGELINA JOLIE satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat movie . Nak tau x kenapa nama beliau disebut? yang konpem bukan skandal mahupun gossip beliau ok( dalam masjid kot kih3) jeng jeng jeng nama beliau disebut adalah kerana beliau merupakan antara penyumbang derma yang paling banyak selain George soros dan juga Bill Gates.gempak x? Kih3 ...x kot...

ok tutup cerita pasal angelina pitt sekarang kita cerita pasal kenapa mereka yang bukan beragama Islam yg ‘excited’ dan laju dalam membantu ketika bencana yang terjadi, sudah tiadakah jutawan mahupun hartawan Islam? Adakah mereka yakni jutawan Islam takut akan berkuranagnya nilai harta mereka andai menderma? Hmm sebenarnya seperti yang kita tahu jutawan2 Islam lah yang sepatutnya mendahului mereka semu kerana mengikut ajaran islam membantu mereka yang di timpa kesusahan adalah sesusatu yang di tuntut. Namun apa yang dapat kita lihat jarang jutawan beragama Islam yang tampail ketika bencana melanda contoh analogi yang senang untuk kita lihat adalah jutawan di malaysia, andai ada bencana mereka semua nak tunggu wartawan datang bersama kamera baru lah nak menghulurkan bantuan, besar pulak tu cek yang di berikan namun andai besar bas pun cek yang di beri andai tiada secebit kesedaran akan keikhlasan di dalam hati tiada gunanya.Jadi sama-samalah kita membantu insan-insan yang di timpa kesusahan mahupun musibbah dengan meletakkan niat dan keikhlasan di tingkat tertinggi di dalam hati kita InsyaAllah balasan yang di terima kita nnt mahupun dlam masa kita hidup hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya tanpa ada wartawan yang membuat liputan mahupun kamera yang merakam. Dan di akhirat nnt semua apa yang kita lakukan akan dipapar kan di skrin yang lagi besar yang tidak dapat di tandingi oleh mana teknologi  yang wujud di bumi kita yang kecil bagaikan zarah saiznya di bandingkan dengan ciptaanNya yang lain di dunia ini.

p.s:sebut sal jutawan ini masih teringat pulak kat saudara Al-Bukhary yang banyak membantu rakyat islam di malaysia ini, setahu gua beliau lah satunya yang aktif dalam melaburkan harta beliau dalam ‘pelaburan akhirat’..

Sekian saja perkongsian. Terima kasih kerana membaca.

Tuesday, July 27, 2010

Time Org Kena Kita Bagi, Bila Kita Kena Xtaw Apa Jadi..


Salam malam semua kawan2..



Lama dah tak post entry di sini untuk  tatapan kawan2 blogger aku, so malam ni sambil aku jalan pergi bank tadi dapat la idea..cehhh cam penulis skrip lak g jalan2 cari idea..kali ini aku ingin post tentang sesuatu yang pasti akan kita hadapi.Pernahkah kita terfikir bila kita nasihatkan seseorang yang kita kenal tak kisah la tentang masalah apa2 pon jnji nasihat diberi,dan sampai suatu masa, masalah sama datang dan diduga kembali kepada kita, susah untuk kita ‘apply’ atau adaptasikan  ‘tips2’ dan ‘suggestion’ yang kita beri pada teman kita itu ? btol x? Ini kerana kita adalah manusia. Bagi aku itu adalah nature as human being dan jangan lah kita salahkan kawan kita andai masalah yang dia hadapi sama macam kita hadapi namun dia tidak lakukan apa yang dia suggest pada kita ini kerana dia adalah manusia. Setuju kawan2?? Angkat tangan yuhhooo...gurau jek. Ok balik pada topik, aku juga percaya kebanyakan org akan alami benda sama cam apa yang aku cakapkan ni. Dan andai anda semua menghadapi masalah ingatlah kawan2 hanya dapat beri suggestion namun the decision is in our hand...sama2 kita ingat dan cuba seboleh mungkin untuk melakukannya.


p/s:gambar payung adalah idea HIRO memberi makna semua insan di dunia ini memerlukan teman
dalam menghadapi kehidupan...

Sekian saja kali ini...

Terima Kasih Kerana Membaca

Wednesday, May 5, 2010

Sejarah di kampungku

Salam dan selamat petang..

Apa sudah jadi dengan generasi sekarang? 

Aku ingin bercerita ttg  pergaduhan yg ntah bagi aku boleh dikategori sebagai event lucu juga tidak bijak dalam menyelesaikan masalah. Peristiwa ini berlaku pada musim raya puasa tahun  lepas dimana dua org penduduk kg aku (kg lagi ke? Sebab 10 minit je pun dr bandar huhu)..bergaduh.Dua org (kiranya pelakon utama la) tersebut merupakan golongan bapa2 dan juga contoh bagi anak2 mereka terutama anak lelaki. 

Ok aku start citer lebih lanjut,pada awal ceritanya anak si A main mercun malam2 (biasa kot budak2 lagi2 masa raya) huhuhu so dorg main dengan senang hati pastu ada anak si B ni dtg marah2 si anak A cakap bising dan menganggu dorg sekeluarga...logik kot bising koz bukan mercun mancis tapi mercun bola n ketupat mana x bising dowhh... pastu si anak A ni balik la ngadu kat bapak dia@ si A. Si A wat x kisah then pas tu si anak A ni jenis buta hati ke otak lembu camne ntah lagi marah lagi dia buat...siap serang umah anak si B yg marah dia awal2(revenge of the angry kot dak ni) apa lagi si B mengamuk la
lalu tercetus bahas mulut then anak2 si A pulak meng’api2’kan si bapak dia suh gaduh (kalo negeri aku “ajok gocoh”),pergh si bapa xnk jatuh maruah(kot tbe3 jadi hero hindustan lak) dgn rasa semangat pg la umah si B ajak gaduh siap hentak ketesi B lagi...gaduh3 then si A tarik si B bawak pergi umah dia tp si B lari x padan lawan kot ngeee... 
so terselit la watak pakcik aku di sini kerana si B masuk pagar umah dia nak x nak dia kena masuk campur biasalah org sekampung katakan huhuhu...dah kecoh2 ramai la org2 kampung keluar ye la dalam sejarah first time org tua kampung aku gaduh hebat tue..heheh so ending citer ni si A n si B balik umah masing2 si A dengan bangga tersemyum(cam pic bawah ni kot) sbb 
menang bertumbuk depan anak2 n si B jadi dapat sakit saja2..sampai sekarang dua2 famili ni x bertegur sape haishhh da la dua2 famili ni org baru kat kampung aku...dtg kg aku gaduh memalukan kg gua je der..x pueh ati tol da lagaduh x ajak aku lak tue akekekke...ok fullstop nnt jadi karanagan SPM lak..

So moral kat sini aku ingin minta kepada si bapa2 yang membaca n3 ni silalah bertindak bijak dalam memberi contoh dan teladan kepada anak2 x kisah lak anak2 sendiri mahupun anak org lain kerana mereka merupakan generasi muda dan bakal peneraju masa hadapan...                                                                                               

p.s: Cerita diatas merupakan kisah benar yang diceritakan kembali oleh pakcik aku(sbb masa tu aku kat u tgah exam heheheh) juga ganbar berikut gua cilok dr bro google bukan yg sebenar taw hehe

Sekian terima kasih sudi membaca..

Saturday, April 24, 2010

selepas subuh mulanya tebuka pintu rezeki

Ma aku pernah pesan 'jangan tidur lagi selepas subuh nanti pintu rezeki tertutup". Dia selalu nasihatkan aku tapi biasa la anak-anak muda jarang dengar kata..ngee aku mula-mula x kisah sangat pasal benda ni jadi aku layan je tidur lepas solat...kiranya continue selalu la tidur aku selepas subuh hehehe mengantuk kot hehe hurm..selepas acap kali aku asyik continue aku rasa cam ekonomi hidup aku macam terumbang-ambing jadi aku terfikir la pasal nasihat ma aku ni.Sebab terfikirkan nasihat ma aku ni la aku post entry ini sebagai peringatan(manusia kena salin ingat-mengingati kan2) . Memang betul ada perkara orang tua larang ada yang boleh pakai dan ada yang tak boleh pakai tapi kali ini aku rasa nasihat ma aku ini amat boleh pakai. sebab kalau fikir dan diperhalusikan nasihat beliau ada rasionalnya,contohnya kalau kita buka kedai awal-awal pagi insyaALLAH rezeki akan mudah masuk (itupun kalau sembahyang subuh) hehehe..jadi sama-sama lah kita bangun awal2 pagi dan blogwalking di awal pagi..jom2..:) insyaAllah akan menambahkan traffic blog kita...

sekian saja untuk kali ini.

Saturday, February 6, 2010

kita kian lalai...

salam sume...da lama aku x jenguk n mennaip sesuatu di sini...ada la 3 bulan...xtaw nape...xda idea kot...hehehe...kalo ada pon rasanya x sesuai nk kongsi...mana la taw nkot2 kene saman n didakawa kat mahkamah...hehehe...terlalu byk benda yg berlaku sejak 2 menjak yg wat aku x puas hati contohnya...kenapa tiada tekanan dr pihak yg sepatutnya tentang isu pengunaan 'ALLAH' oleh agama kristian..tidak kah mereka sedar akan kesan itu terhadap generasi islam akan datang...mereka mugkin akan pening dan persoalan akan timbul' kenapa tuhan dalam ISLAM dan KRISTIAN sama? kenapa x satukan?kenapa tuhan ISLAM SATU n kenapa tuhan KRISTIAN ada 3...berbagaia2 lagi yg akan timbul ini kerana manusia akan sentiasa berevolusi dari segi pemikiran kita ini kerana kita sentiasa berfikir hari demi hari.

selain isu ini juga aku ingin meluahkan kebingungan aku tentang prinsip demokrasi malaysia...kenapakah tiada tindakan yg diambil sekiranya agama ISLAM di permainkan dan kenapa bila tiba masa agama lain di usik....mulalah pelbagai reaksi dr org2 tertentu di negara ini...adakah mereka hanya membela agama lain dan satu lagi tidakkah mereka yg pernah menyamakan agama ISLAM dgn agam lain sedar bahawa mereka sebenarnya telah terpesong dr ajaran ISLAM. ini kerana bg sesiapa umat ISLAM yg menyamakan ISLAM dengan agama lainhukumnya dalah murtad...astagfirullahala'zim...naudzubillahila'zim..meraka yg aku sebutkan disini x perlulah aku beritahu siapa gerangannya..kerana beliau pernah mengeluarkan kenyataaan sedemikian d kaca televisyen...

OLEH itu sama2lah kite sentiasa berwaspada dalam mnuturkan kata2 walau tentang ape cara sekalipon dan seandainya kite tidak betul2 arif dan tahu tentang sesuatu jgn lah kita menunjuk kita tahu...dan sama2lah kita berganding bahu menjaga agama kita yg satu ini yg akan menolong kite di akhirat nnt..ini kerana walau tidak sekuat mana daya kita menjaga di negara ini cukuplah sekadar kita menjaga di dalam hati kita dan org di sekeliling kita.INi juga berlaku kerana kita kian lalai dan selalu bertolak ansur..x salah nak bertolak ansur tetapi tengok keadaan dan apakah topik yg dibicarakan...

wallahua'lam...
sekian...

Friday, November 6, 2009

kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak.

.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam.

Friday, October 9, 2009

Keindahan Seorang Wanita....

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

Wednesday, June 3, 2009

JIN...dr Ust. Ismail Kamus

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.melaknat dan perintah turun ke bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya) perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan,"Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib,pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu.
Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.Dilarang
juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak
berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang mel ayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

sekian

Saturday, May 30, 2009

6 pertanyaan Imam Al-Ghazali...

kita Renunganlah bersama...


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :”Orang tua, guru, kawan dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’. Sila rujuk surah Ali ‘Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: ” Gunung, bumi, matahari”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A’raf ayat 179

KEEMPAT:beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :” besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :” Kapas, angin, debu dan awan”. Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:”Pedang”. Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

ihsan dr seorg teman...

IBU @ PASANGAN ???....

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku
Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine…Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu……..Aku ingat pasanganku
Selalu…..Ibu ingat kat aku
Bila….Bila…..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila….Aku nak talipon ibu
Selalu….Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…..Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku





Renungkan :-

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

Wahai Teman...Berbaktilah kepada kedu-dua ibubapa mu selagi kamu ada masa, selagi kamu sempat..janganlah menyesal di kemudian hari...walaupun menangis keluar air mata darah sekalipun ibu...bapa...yang telah pergi tak akan kembali lagi...

Bagi ibu dan bapa.....wang ringgit bukan ukuran...kerana semua itu adalah x dapatt dinilai dengan pengorbanan mereka...susah-senang,caci-maki,penat-jerih dalam membesarkan kita... walaupun x dapat menberi wang ringgit kepada mereka...sekurang-kurangnya pulanglah menjenguk mereka sekali sekala...kerana bagi meraka itu lebih berharga dibandingkn dgn wang ringgit berjuta-juta..mereka lebih senang seandainya dapat bergelak tawa bersama-sama anak,menantu dan cucu-cicit mereka...
Seandainya x mampu untuk pulang telefonlah mereka...mereka amat merindui anak2 mereka....

Pulanglah...Pulanglah...Pulanglah selagi sempat....

Sekian....



source:- iluvislam.com

POst Famous

Total Pageviews