Salam malam hari semua..
Entry kali ini aku ingin sedikit menyentuh tentang masalah remaja masa kini yang sering mencari jalan mudah bagi mereka2 yang break@clash yang bagi aku masih ada diantara kita memikirkan jalan mudah ini.
Saban hari ini kes bunuh diri mesti ada yang melibatkan para remaja,selain mereka yang dewasa.Setelah siasat punye siasat,sebab bunuh diri adalah kerana cinta mereka ditolak dan juga di'buang' oleh kekasih.
Haishhh...aku sendiri pon bukan x pernah ditinggalkan dan aku juga pernah alami detik2 mencemaskan mental dan fizikal aku,namun Alhamdulillah iman didada dan ingatan pada ibu dan adik beradik masih kukuh untuk menghalang aku dari mengambil keputusan mudah seperti membunuh diri.
Mungkin bagi sesetengah individu dengan 'suicide' the problem is settle and they no need to worried about the rest,but the reality is another problem akan timbul andai mereka ambil jalan mudah macam ini.
Andai difikirkan kembali, berbaloikah dan berhakkah kita untuk mengambil nyawa sendiri yang susah payah mak ayah kita jaga dgn sedaya upaya mereka untuk memastikan kita menjadi seorg insan berguna di masa depan dan bagi agama islam juga agama lain aku pasti amalan bunuh diri diharamkan di kalangan penganut mereka.
Bagi aku andai kita ingin mengambil keputusan mudah ini hanya kerana seseorang yang kita cinta dan sayang untuk beberapa tahun baru berbanding dengan kasih sayang mak ayah adalah amat tidak berbaloi dan merugikan bukan sahaja diri kita bahkan masyarakat lagi2 mereka yang cerdik pandai dalam pelajaran.
Aku paham ada mereka yang berbuat demikian hanyalah untuk menarik perhatian kekasih mereka dan ingin membuktikan mereka btul2 x bleh hidup tnpa kekasih namun andai kita melakukan sesuatu yang menyakitkan dan merugikan diri kita adakah keputusan kekasih2 mereka akan berubah?.
Ada yang berubah dan ada pula yang buat bodoh je dan andai la pula mereka yang berubah keputusan itu dan kembali kepada kita, pastikah mereka akan kekal? jawapan adalah TAK,kerana mengikut pendapat aku la sekali mereka tinggalkan kita insyaAllah mereka akan tinggalkan kita buat kali ke 2 dan seterusnya..
dan ingat lah masih ada insan lain yang setia menyayangi kita terutamanya ibubapa dan rakan taulan...dan janganlah serik untuk berkasih sayang kerna kasih dan sayang adalah 'nature' setiap insan.
Jadi moral di sini aku ingin nyatakan usahlah kita merugikan dan menyakitkan diri kita semata2 hanya inginkan simpati dari seorang insan yang sudah tidak punyai apa2 perasaan pun lagi kepada kita kerna ia adalah sia-sia belaka..kita sakit namun mereka berbahgia mungkin bersama pengganti kita.
Bak kata pepatah'bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor' dan berpeganglah kepada qada' dan qadar kerana kita hamba yang hanya MERANCANG dan MENCARI jodoh kita namun DIAlah yang PENENTU SEGALA-GALANYA.insyaAllah..
Sekian terima kasih kerana membaca..
Ada apa2 tambahan silalah komen..`
11 comments:
sy tak pernah serik bercinta. sbb sy nk sentiasa menyayangi..
tp, sekali sy tutup hati sy, selamanya ia akan tertutup untuk dia.
bila timbul masalah, sy ingatkn diri sy, mungkin sy terlebihkan cinta manusia melebihi cinta pada Nya.
sering, itu lah salah sy.
saya phm setiap org mmpunyai pndgn dan pglmn msing2...:)
sadis.
amboi shah..=)
@hiro:sadis mung krek2 heheheehe
@anon:y? blur...huhuhuhuhuhu...:p
rina baru putus cinta thun ni, memang rs geram sampai cakap rs nak bunuh diri dalam hati. cepat2 rina istighfar..
wlopon terdetik, tp rina mmg xkan la bunuh2 diri ni. masuk neraka kot
^^
huhuhu.....teringat kisah lame. ish3..
Latest post Apis:
Tutorial Floating Nuffnang Ads
erm..manusia ada mcm2 ragam kan..terpulang pd diri sendiri memilih jln yg mcmana yg dorg nak utk melepaskan rasa kecewa..geram...bagi ifa..jgn ah smp bunuh diri..masuk neraka tau..free ja nie...nangis je la..xpun karok..hihi
x gune bunuh diri sebab cinte.... bawakkn istighfar... ingat tuhan...mesti x jd bnde cmtu...
x gune bunuh diri sebab cinte.... bawakkn istighfar... ingat tuhan...mesti x jd bnde cmtu...
huhuhu.....teringat kisah lame. ish3..
Latest post Apis:
Tutorial Floating Nuffnang Ads
Post a Comment