Alhamdulillah,Suka hati rasa bila baca tentang lebuhraya yang dalam planning kerajaan negeri ambo untuk membina lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai yang tiada bayaran tol insyaAllah. Berikut merupakan planning hok ambo sebut pandai3 baca.... mohon buke setakat retorik dan juga janji manis manifesto nk ngundi la tuh. Harap setakat kerajaan pusat wat nyaknyo ko awok3 kito guna jale punah sudah lah jange kerajaan negeri ikut samo terr...
PROJEK INISIATIF KERAJAAN PAS KELANTAN UNTUK RAKYAT KELANTAN.
Lebuh raya KB-Kuala Krai telah dicadangkan dalam RMK-5 namum sampai hari ini masih lagi tidak ada apa-apa perkembangan.
Justeru, kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuk Guru Nik Aziz berinisiatif untuk membina Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai. Hal ini disebabkan laluan Kota Bharu-Kuala Krai merupakan nadi utama penggerak kemajuan ekonomi negeri Kelantan.
Laluan ini juga akan menjadi pilihan utama bagi anak-anak Kelantan yang berada di perantauan untuk pulang ke Kota Bharu dengan lebih selesa. Tidak boleh dinafikan kesesakan sering berlaku apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Lebuh raya ini sepanjang 73km yang merangkumi dua buah Hentian Rehat & Rawat. Sembilan persimpangan bertingkat turut dibina untuk menghubungkan kawasan setempat.
Sekian sajo berita suko buat anak-anak kelate hokduk area pantai barat, lepas ni sedak sikit balik kampung time3 cuti jale sedak ada, tunggu kerajaan pusat pah ceroh xleh rasa kikikiki...InsyaAllah..
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. “ - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah…
Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
~ dah nampak dah…
Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”, sabda Rasulullah S.A.W.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ’Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? ‘
Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’ – Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…
Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”- Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah…
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.”- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani
>~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada….
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. : “Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…
Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok…
Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu – Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie…”
Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq…
Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²” – Sahih Muslim
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’
Dari apa yang ditulis di atas dapat aku simpulkan hari demi hari bumi kita walaupun nampak tidak bernyawa namun ia masih tetap ciptaan ALLAH S.W.T dan ia juga ada waktu kematiannya iaitu disaat Kehancuran pabila datangnya Hari Kiamat. Ini dapat dibuktikan dengan kejadian-kejadian iaitu pabila sesuatu tempat yang bagi sains adalah mustahil untuk berlaku namun ia berlaku kerana Dia ingin menunjukkan bahawa Dia berkuasa melakukannya keran Dia Yang Maha Berkuasa sekalian Alam.InsyaAllah.
Ingin aku petik dari kata-kata Tuk Guru yang berbunyi
"Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun balik kampung, alhamdulillah. Tapi sedarkah kita, bila tiba kita di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang Kelantan tidak boleh balik Kelantan, orang Terengganu tidak boleh balik Terengganu. Semuanya kekal di akhirat sahaja tanpa dapat balik semula. Beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak dibenarkan lagi balik ke kampung lagi..."
Jadi sama-samalah kita menggunakan juga melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan di kala masih ada kesempatan seperti juga pepatah
'sembahyanglah kamu disembahyangkan,berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan'
'ambil lima perkara sebelum lima perkara'
Sama-samalah kita mengingatkan sesama kita....InsyaAllah kerana itulah peranan kita sebagai khalifah iaitu slaing menasihati dan mengingatkan satu sama lain..
SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.
Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.
Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.
Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.
Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.
Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.
Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.
Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:
> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.
> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.
> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)
> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah...”
> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.
> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.
> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)
> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.
> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...
> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.
> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.
> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.
Dari artikel diatas aku boleh kata sultan kelantan ni satu dalam sejuta baru ada sebab sejak berzaman lagi laungan 'Daulat Tuanku' diturunkan turun temurun tapi hanya baginda sahaja yang sanggup menukarkan seruan itu kepada 'Allahuakbar'. Ianya adalah semata-mata ingin memanfaatkan rakyatnya demi ganjaran di akhirat kelak dengan melaungkan 'Allahhuakbar' InsyaAllah.
Sebagai rakyat kelantan aku rasa amat bersyukur dengan mempunyai Sultan yang bagi aku Sporing amat, mana xnya dalam majlis-majlis baginda hanya berbahasakan diri 'ambo' ataupun 'saya'yang jarang digunakan oleh kerabat diraja lain. SElain baginda apa yang dibanggakan oleh aku juga kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang menjaga rakyat nya dengan baik setakat ini Alhamdulillah. Walaupun beliau dikutuk dikeji susah untuk nampak beliau marah kecuali perkara yg diungkit itu amat tidak boleh ditoleransikan.
Inilah negeri kecintaan aku walaupun diumpat dikutuk insyaAllah aku sayang kelate sokmo-sokmo...sama macam rakyat negeri lain yang sayangkan negeri masing-masing tiada isu kenegerian perlu di ungkit kerana kita semua sama sahaja...
Selamat sudah aku berlunch di rumah, memang jimat kalau praktikal dekat dengan rumah kan2??
Hurm sampai je ke pejabat, semestinya buka fb dulu ada check dulu recent activities, tengok-tengok ada pasal utusan malaysia yang memaparkan kartun yang jelas dan terang MENGHINA HUKUM ALLAH S.W.T iaitu salah satu dari hukum HUDUD?.Sejahil-jahil aku(masih kurang ilmu agama) tidak terfikir untuk berbuat sedemikian der.heh.
keratan akhbar terbabit yang bertarikh hari ini 15 JUN 2011
Memang akhbar ini banyak berjasa dalam menyebarkan berita-berita namun sejak akhir-akhir ini mereka-mereka semua semakin melampau batas dalam menyiarkan sesuatu perekara mahupun artikel.
Usahkan menambah segmen-segmen keagamaan bagi menambahkan ilmu pengetahuan agama yang semakin kurang malah semakin menganjing-nganjingkan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t...Agak bangsat disitu.
Akhbar ini pada duhulunya (c.c:orang dulu-dulu) banyak sgt berjasa dalam menuntut kemerdekaan dan menyebarkan ideologi kemerdekaan namun sejak bertahun mendatang ini semakin lupa asal usul mereka. Walaupun memegang slogan penyebar fikiran rakyat apa yang dilakukan kini susah untuk kita mengaitkan pemikiran rakyat dengan apa yang dicetak didalamnya..Wallahua'lam.
Jadi dengan kurangnya sensitiviti mereka membuatkan ramainya pembaca terutama golongan muda menukar aliran pemikiran mereka dari membeli akhbar berita kepada medium perantaraan lain seperti blog.
Oleh ini kita semua sebagai orang Islam haruslah mengutuk tindakan mereka seperti menyiarkan kartun seperti diatas demi kesucian agama Islam yang kian dialpakan oleh 'mereka-mereka' yang dimatanya hanya nampakkan keduniaan sahaja.
Alhamdulillah tamat sudah musim ini bagi perebutan PIALA MALAYSIA 2011 yang dimiliki oleh negeri Terengganu yang mencipta keajaiban dari kesungguhan mereka.
Dan tidak lupa juga usaha yang di tunjukkan oleh pemain negeri kesayangan aku negeri kelantan 'The Red Warriors' yang walaupun kalah namun permainan yang ditunjukkan semalam amat memuaskan dengan kekangan yang diberikan kepada mat Yo membuatkan dia kurang menonjol semalam.
Juga kehadiran Tuanku Sultan Muhammad ke 5 yang simple tapi mesra rakyat dan Tuk Guru yang berserban dan berbaju merah menambahkan lagi semangat pemain-pemain dan para penyokong...Allahuakbar...:)
Walaupun aku hanya dapat menyaksikan dirumah melalui AStro 801 arena namun terasa bahang permainan mereka yang penuh bersemangat dan insyaAllah permainan semalam tiada unsur-unsur rasuah yang sejak akhir-akhir ini melanda arena bola sepak negara.
Walaupun aku masih bersedih dengan kekalahan semalam namun adat permainan ada kalah menang dan bola itu bulat tiada apa-apa yang dapat diramalkan dengan tepat.Ini kerana walaupun kelantan mendahului dengan mata 1-0 dan dengan semangat menyerang yang tinggi namun akhirnya tertewas juga. Juga ada sedikit ketidakadilan dalam penambahan masa dari pengadil..tapi dah, lepas nak buat cam mana kan2??
Kekalahan semalam juga tidak boleh diletakkan diatas bahu Daudsu seorang kerana andai difikirkan balik semua harus menangung kekalahan ini termasuk penyokong kelantan yang tidak semena-mena membaling mercun mengakibatkan masa permainan ditangguh dan dilanjutkan. Bagi Daudsu pula permainan beliau semalam amat bagus dengan cara 'intercept, 'dribbling' n 'passing' bola yang cantik juga semangat dalam mempertahankan gawang kelantan dan usaha beliau harus di puji bukan dicemuh hanya kerana 'owngoal' yang tidak disangka. Andai di'replay' balik permainan semalam terutama golpenaik semangat terengganu dari daudsu kita dapat lihat yang daudsu hanya ingin membuang bola tersebut kerana masih ada 2 orang pemain lawan di belakang dan andai beliau tidak menanduk bola tersebut, gol masih menjadi milik lawan kerana peluang yang adaakan dimanfaatkan oleh kedua-dua pemain lawan. Jadi kekalahan semalam bukanlah dari DAUDSU. Dan aku 'respect' juga ada segelintir penyokong yang optimistik dalam kekalahan ini, mungkin kerana kerajinan dan kesungguhan Daudsu membuatkan penyokong sentiasa beersamanya..
Jadi piala malaysia sudah menutup tirai dan pemilik piala musimini sudah diketahui jadi tutup buku tentang piala ini dan maju kedepan dalam merebut Piala Liga Super yang semakin menghampiri penamat. GO MORE KELATE GO MORE..iSYaAllah.
Dan sebelum itu ingin lah aku memohon agar andai mereka yang membaca entry ini untuk menghadiahkan AL-FATIHAH kepada Allahyarham 4 orang penyokong kelantan yang meninggal dalam kemalangan yang berlaku di pertengahan jalan k.Krai-G.Musang. AL-Fatihah.
DAN bagi penyokong-penyokong kelantan yang taksub itu sedarlah kadang-kadang kekalahan bukan sepenuhnya dari pemain tapi dari kita juga. jadi ambillah ikhtibar dari kekalahan ini.
Bola bola jugok, semaye jange tinggal..pesanan dari MB kelantan Tok Guru NIk AZIZ...terima kasih tok guru walaupun kalah kami dapat CUTI...heh...