Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Showing posts with label u aku. Show all posts
Showing posts with label u aku. Show all posts

Monday, July 18, 2011

LI aku Bakal Dinilai..

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Mohon maaf dan terima kasih buat teman-teman blogger yang sudi melawat blog aku buat masa sekarang aku x dapat nak aktif sangat blogwalk sibuk nak siapkan logbook huhuhu stress jugak nak siapkan nak cari idea dan mengarang logbook ni kalaulah logbook cam facebook je kan mudah cara.

Minggu ini sudah ramai kawan-kawan aku yang ditemuramah oleh penyelia dari fakulti universiti kami yang datang atas niat untuk menilai keadaan juga keberkesanan kami dalam biang bekerja. Juga dari pemerhatian aku tentang perbualan dua individu yang bergelar penilai dari indusrti juga fakulti ini praktikal juga bertujuan bagi mencari tempat yang boleh ditempatkan pelajar universiti mereka di masa hadapan. Penilai juga boleh dikatakan sebagai 'surveyer' untuk penempatan pelajar praktikal di masa hadapan yang kini boleh dikatakan agak susah untuk sesebuah syarikat untuk mengambil 'intern' di syarikat mereka lagi-lagi syarikat yang telah mengalami masalah dengan pelatih itu sendiri lalu mencipta sejarah hitam diantara pelatih,universiti dan syarikat tersebut. Semasa penerangan semester lepas ada juga diingatkan oleh pegawai unit latihan industri aku supaya tidak merosakkan peluang untuk adik-adik di masa hadapan denagan mencipta rekod buruk tentang universiti sendiri .

Di pejabat aku sendiri pon baru sahaja lepas seorang kawan sepejabat dengan aku dinilai cuak x cuak la agak stress gak. ye lah mana tidaknya walaupun tahu siapi yang datang untuk menilai tapi tidak tahu bagaiman cara mereka menilai ada yang jenis mudah siap bawa pergi restoren belanja dan ada yang susah sedikit yang memerlukan 'presentation' untuk 10 minit siap memang kentang disitu.

Giliran aku untuk dinilai bakal tiba selasa hadapan dan penilai merupakan seorang pensyarah yang agak rapat dengan aku namun cara penilaian dia masih samar-samar lagi dan aku agak lega pabila semalam beliau menelefon dan menyatakan yang mungkin beliau akan kumpulkan semua pelajar di satu tempat untuk menerangkan apa yang kami pelajari dan alami semasa latihan industri.

jadi semoga perjumpaan aku dengan penilai disingkatkan tak sanggup lama-lama makin stress kot hehehehe...InsyaAllah..

[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [SINI]
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]

Wassalam..

Sunday, April 24, 2011

Ilmu Disimpan didalam Dada Bukan dalam Folder

Salam dan selamat petang

kembalinya aku berblogging ni fikiran aku penuh ngan idea memandangkan malam ni x g kedai dangdut kot...so idea2 aku xkan tercurah ke tempat lain so bleh la aku curahkan disini.

Bermulanya entry ini pabila pensyarah aku yang paling psycho dan dia pernah mengajar kami semester 4 memberikan kata2 hikmah yang dicipta olehnya sendiri dan aku akan cuba untuk mengaplikasikan sehendaknya iaitu

 "Ilmu disimpan didalam dada, BUkanlah didalam folder".
credit uncle google

perghhhh ayat dia pedih,,,belum tgk riak muke dia yg psycho amat. bile dengar ayat tu terkesima serta merahlah telinga mendengarnya kerana ayat ini amat berlawanan dgn apa yang aku@kami aplikasikan dari semester 1 tahun 1 lagi. dapat notes dari lecturer simpan n sharing tapi tengok n paham tu jarang sekali. disebabkan cara itulah mungkin apa yang kami pelajari susah diingati mana x nya assgment copy n tulis balik(bukan paste k) lab sama2 wat report(paham2la k) kuiz...byk la trick2 yg telah diguna dan aku rasa trick2 ini da biasa dilakukan oleh kebanyakan pelajar kian hari.                                                                                                                        

jadi pabila lec kami tanya kembali apa2 je tntg subjek yg dia pernah ajar kami(sem 4) kami agak2 teragak2 untuk menjawabnya, mana xnya kalo jawab betul x pe kalo salah konpem berapi telinga kene tembak kat dia.bak kata pepatah berani kerana benar@betul kalo da salah tue duk diam2 sudey. tapi kalo kitorang duk diam pon agak selalu kena tembak so nak xnk kena study gak keh3...

balik kepada dada n folder...not dada len ok...keh3...hurm kalo ikutkan pa yang mr nik kata ada betulnya, andai kita tak simpan dalam dada konpem3 suatu hari nnt ilmu itu akan hilang dek ditelan virus x pon x tersengaja diformat laptop. dan untuk tambahan bukan semua yang kita pelajari teori mahupun amali akan kita gunakan dalam bidang kerja kite nanti kerana apa yang akan kite gunakan nanti adalah cara kita untuk mendapatkan serta mengaplikasikan ilmu itu.

andai kita baca dan hafal x mustahil ia akan hilang padam dan lenyap suatu hari nanti..

jadi nak xnak kenalah simpan ilmu dalam dada leklok(bukan short notes kat dada masa exam k...keh3...)

jadi selamat menanam semua ilmu2 anda didalam dada sementara masih ada masa...

sekian terima kasih..

p/s:sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada lecturer psycho kami en nik juga kepada lecturer lain yg selalu sabar dalam mendidik kami semua....jasamu dikenang hingga liang lahad kami....insyaAllah

Selamat menduduki peperiksaan...

Salam dan selamat sejahtera semua...

Alhamdulillah walaupun telah lama menyepi dari duni maya blogging ini namun aku masih lagi bernafas dengan udara yang baru dari semester lepas...udara UMP pekan...alhamdulillah..

Tiadanya entry2 baru kerana idea2 aku semua telah diluahkan di kedai kopi(adddoiiiiii pandai minum kat kedai kopi skrg...kata ma aku)...semester kini bakal di penghujung membuatkan waktu dan masa aku bersama teman2 besh kat umo bakal tinggal setahun lagi kemudian masing3 bakal membawa haluan masing2. masa study week ini aku manfaatkan dgn aktivit mendengar lagu futsal dan juga movie...adddoiiii...nak study x taw pak 'mood' nk dtg bile da kerap panggil dan pujuk tapi x datang2 gak sedey tol. time free gini la aku ada waktu fikirkan ape telah aku buat, sammbil ditambah idea oleh rumate kami pikir semalaman ape yang kami buat 3 tahun kami di sini...ump gambang juga UMP pekan. nak di bandingkan dengan insan pelajar lain mungkin aktiviti kami bersama tidak seberapa namun ada jugalah kenangan yang dapat kami cerita bersama andai ada rezeki juga panjang umur kami ketemu semula. nasihat aku dari imbauan semalaman ini buat mereka yang baru menjejaki alam universiti nanti, gunalah masa anda sebagai seorang pelajar dengan melakukan perkara yang membuatkan anda digelar sebagai pelajar yang bukan hanyalah menatap buku sampai lebam biji mata juga bibir menghafal juga mentelaah pelajaran. Universiti bukanlah hanya tempat untuk kita belajar ilmu buku, bukumuka tapi di universiti jugalah kita belajar ilmu kehidupan ilmu kemasyarakatan dengan berkawan serta bersosial(not so sial ok).

Terima kasih teman2 sekalian semoga kita sama2 berjaya dunia dan akhirat..adddoooiiiis steady

akhir kata permulaan baru untuk aku kemblai berblogging insyaAllah SELAMAT MAJU JAYA BUAT TEMAN2 SPERJUANGAN AKU JUGA TEMAN DILUAR SANA DALAM MENGHADAPI UJIAN KECIL@ FINAL EXAM ini NANTI..

FORMULA ORG LAMA2 BILA TIBE EXAM YANG JUGA MENJADI SHOUTOUT DIKALA WAKTU INI

USAHA DOA TAWAKKAL RESTU IBUBAPA&LECTURER KEMAAFAN TEMAN2 KEJAYAAN SEPANJANG MASA....

good luCK aLL D bESH....

SALAM MOHON KEMAAFAN DARI AKU sHAH iZNAN...

Friday, November 5, 2010

Sebelum Kita Bertanya Al-Quran Sudah Menjawabnya

assalamualaikum dan selamat petang

sudah seminggu akku berehat dari blogging, bukan xnak tapi x boleh huhu..

kali ini ingin aku share some notes i got from my lecturer.. thiis is something we need to know in our life about the perfectness of The Holy Al-Quran. enjoy read it..thank you..


Kita Selalu Bertanya.. Dan Al-Quran Sudah Menjawabnya.. 

Kita bertanya : Kenapa aku diuji? 
Quran menjawab : 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan? 
Quran menjawab : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216 


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini? 
Quran menjawab : 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Surah Al-Baqarah ayat 286 


Kita bertanya : Kenapa rasa frust? 
Quran menjawab : 
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." Surah Al-Imran ayat 139 


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ? 
Quran menjawab : 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah Ali Imran ayat 200 


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya? 
Quran menjawab : 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Surah Al-Baqarah ayat 45 


Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini? 
Quran menjawab : 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. Surah At-Taubah ayat 111 


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap? 
Quran menjawab : 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." Surah At-Taubah ayat 129 


Kita berkata : Aku tak dapat tahan!!! 
Quran menjawab : 
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf ayat 12

jadi sama2lah kita fikir3 kan jangan lah dont judge something easily just only based on our think...there is a lot of thing we does not know yet..

http://www.facebook.com/note.php?note_id=415500611814&id=1428793706

Sekian terima kasih kerana membaca.

Tuesday, October 26, 2010

So Hot by UMP student..

Assalamualaikum w.b.t dan salam lewat malam




alhamdulillah hari ini aku sihat lagi dan bleh lagi brblogging macam biasa,sebelum aku tido ingin aku meluahkan sesuatu tentang maklumat yang aku baru dapt td.

iaituuu...schedule exam kami yang agak sengal ubi kayu mangkuk jamban tembikai susu..yang di buat oleh insan yang amat berhati perut...fuhhh emo giler malam ni...

tjuk entry xda kaitan pon dengan kumpulan wonder gurls k...ngeee

hurm baru2 ni kami dan persatuan fakulti ada menghantar permohonan pertukaran bagi jadual kerana ia agak munasabah kot...final exam tue bukan test.ada segelintir pelajar fakulti kami(termasuk aku) menetap d gambang namun kena amik final kat pekan sejam perjalanan of koz tubuh n minda da penat masa sampai.nak jawab paper pon xda mood.kalau test xda efek sangat tapi yang skarang ni final besar efek dia.

setelah agak sebulan kami bereport2 last result makin teruk di buatnya, nak kata kami dan persatuan fakulti x bagi kerjasama,rasanya da bagi full cooperation da kat pihak yang berkenaan siap buat list lagi pelajar mana yang nak amik paper kat gambang n yang nak amik kat pekan.lain kami mintak lain kami dapat, makin teruk adalah..

last2 result keluar tadi, (nak senang kerja kot) dia main pindah satu seksyen terus cam kitorang even apply tuk amik kat gambang tapi x approve and still kena amik kat pekan...penat wooooo nak berjaga lagi xnak kasi terlepas bas....,tapi cam seksyen membe aku lagi kesian, di pagi hari kena datang gambang amik paper Esd (paper agak killer bleh senget pale otak jawab) dan petang hari pulak kena patah balik ke pekan untuk amik 1 lagi paper bapak killer EMT haishhhh... penat kot ke hulu ke hilir sejam atas bas. yang buat jadual ni xtaw nak kata la,x ada hati konpem ada koz manusia n sihat siap leh jatuh hati lagi ngeee...., nak kata x ada perut...siap memboroi lagi..

xpe la kami semua redha je la...da penat da gaduh ngan bapak2 ibu2 sekalian last2 membazir masa...
so nak x nak terpaksa la ikutkan je jadual itu...

So hope membe3 yang membaca entry ini dapat doakan kami dalam final nanti...

go more kelate go more...
pulun hang pulun...
hobin jang hobin...
peteh ganu peteh...
p/s:ni je yang aku taw yang lain nnt tambah sendiri k tuk t.mark...

sekian terima kasih kerana membaca...wassalam

ada sedikit video buat tatapan kawan2 yang ingin mejawab exam... get ur spirit back and dun give up..


Sunday, October 3, 2010

Angelina jolie masuk khutbah Jumaat

Salam dan selamat tengahari semua



Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis di blog ini.Entry kali ini berkaitan khutbah jumaat yang aku dengari semasa solat jumaat kelmarin di masjid universiti aku iaitu UMP. Khutbah kali in berkaitan dengan bencana banjir yang paling teruk di alami oleh salah satu negara yg kebanyakan pendududknya adalah mereka yang beragama Islam iaitu Pakistan. Semasa khutbah jumaat ini juga di lancarkan tabung bantuan untuk menyalurkan derma bagi membantu dan meringankan bebanan rakyat malang ini. Ok sekarang masuk bahagian yang berkaitan dengan tajuk,nk buat cerita  tengah khusyuk2 (khusyuk kot walo ngantuk sikit2) aku terkejut apabila khatib menyebut nama ANGELINA JOLIE satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat movie . Nak tau x kenapa nama beliau disebut? yang konpem bukan skandal mahupun gossip beliau ok( dalam masjid kot kih3) jeng jeng jeng nama beliau disebut adalah kerana beliau merupakan antara penyumbang derma yang paling banyak selain George soros dan juga Bill Gates.gempak x? Kih3 ...x kot...

ok tutup cerita pasal angelina pitt sekarang kita cerita pasal kenapa mereka yang bukan beragama Islam yg ‘excited’ dan laju dalam membantu ketika bencana yang terjadi, sudah tiadakah jutawan mahupun hartawan Islam? Adakah mereka yakni jutawan Islam takut akan berkuranagnya nilai harta mereka andai menderma? Hmm sebenarnya seperti yang kita tahu jutawan2 Islam lah yang sepatutnya mendahului mereka semu kerana mengikut ajaran islam membantu mereka yang di timpa kesusahan adalah sesusatu yang di tuntut. Namun apa yang dapat kita lihat jarang jutawan beragama Islam yang tampail ketika bencana melanda contoh analogi yang senang untuk kita lihat adalah jutawan di malaysia, andai ada bencana mereka semua nak tunggu wartawan datang bersama kamera baru lah nak menghulurkan bantuan, besar pulak tu cek yang di berikan namun andai besar bas pun cek yang di beri andai tiada secebit kesedaran akan keikhlasan di dalam hati tiada gunanya.Jadi sama-samalah kita membantu insan-insan yang di timpa kesusahan mahupun musibbah dengan meletakkan niat dan keikhlasan di tingkat tertinggi di dalam hati kita InsyaAllah balasan yang di terima kita nnt mahupun dlam masa kita hidup hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya tanpa ada wartawan yang membuat liputan mahupun kamera yang merakam. Dan di akhirat nnt semua apa yang kita lakukan akan dipapar kan di skrin yang lagi besar yang tidak dapat di tandingi oleh mana teknologi  yang wujud di bumi kita yang kecil bagaikan zarah saiznya di bandingkan dengan ciptaanNya yang lain di dunia ini.

p.s:sebut sal jutawan ini masih teringat pulak kat saudara Al-Bukhary yang banyak membantu rakyat islam di malaysia ini, setahu gua beliau lah satunya yang aktif dalam melaburkan harta beliau dalam ‘pelaburan akhirat’..

Sekian saja perkongsian. Terima kasih kerana membaca.

Sunday, August 1, 2010

Mengimbau Kenangan Lama

Salam petang semua..

Alhamdulillah bergerak juga jari2 aku untuk menaip dan menulis entry baru blog ni pada hari ini,selalunya susah untuk aku menaip kerana bila ada idea jari xingin menaip dan bila jari ingin menaip aku pula xda idea.

Jadi entry kali ini berkenaan pengalaman pertama aku semasa di UMP terCHENTA ini setelah 3 tahun bermastautin di sini dalam menjadi fasilitator di bawah naungan PERSIS UMP. Target kali ini ialah sek keb kempadang yang bertempat di area pekan pahang dalam 45 minit dari Ump.
Program kali ini di kenali sebagai Jejak Ilmu yang khusus bagi pelajar tahun 6 sek ini yang bakal menduduki UPSR pada bulan september nanti.

Masa awal2 aku sampai rasa agak cuak tu ada la sikit, biasa la da lama x jadi fasi.Last jadi fasi masa matrik dulu huhuhu.Masa jadi fasi kali dan melihat gelagat adik2 yang sentiasa happy-go-lucky mengingatkan kenangan aku masa kecik dan masih bergelar pelajar sek rendah dulu. Kebanyakan teman3 aku pernah dan selalu juga berkata ingin kembali menjadi kanak2 kerana waktu ketika itu kehidupan amat gembira dan kurang ada masalah....alangkah best dan indahnya kan waktu kanak2. Pada waktu ini lah terbitnya ayat “andainy ada time machine....”.Di zaman sekolah ini kita semua mendapat kehidupan baru dan kemudian meningkat naik ke sek. men. dan universiti hidup akan berubah lagi dan lagi. Serta masa akan cepat berlalu tanpa kita sedari.

Masa jadi fasi ini juga yang banyak memberi aku banyak pengalaman baru seperti cara mengendalikan adik2 yang masih rapuh emosi lagi2 yang mempunyai masalah keluarga. Dalam jejak ilmu ini, aku juga dapat mengenali kawan2 baru dan sepanjang program ini juga mengeratkan hubungan yang sedia ada malah  ada yang hanya bertukar pandangan mata di UMP tapi di program ini kami mula kenal dan bercakap.

Ok lah sampai ini sajalah sharing aku dalam program ini...insyaAllah andai ada program danaku terlibat lagi akan aku gembar gemburkan kat sini...:) harap2 dapat la aku join lagi.

p/s:ingatlah teman akan kenangan dan history zaman kanak tidak kira manis,pahit mahupun tawar kerana tanpa history kita yang dulu tiada lah diri kita zaman kini..dan program smilar camni juga elok disertai oleh mereka2 yang mempunyai masalh komunikasi dan ingin memperbaikinya.

Sekian Terima Kasih Kerana Membaca   

Tuesday, July 13, 2010

Awal2 da Pekena Kuiz..

Salam sebelum tido semua..

Hurm ari ni first klas aku Emt short form tuk Elektromagnetic Field yg diskus ttg field2 di muka bumi ni...tp bukan field org main bola ok..lecturer subjek ni dr tafsiran aku n kawan agak tough tuk kami kenali hehehe...mana x nya awal2 da sound “kalau awak datang lewat jangan masuk kelas saya dan kalau awak masuk juga dengan ‘polite’nya saya minta awak keluar” perghhhh gugur jntung gua dengar warning dia der...huhuhuhu...da abes2 dia intro mana2 patut aku bajet kelas da abes coz nampak dia tengah kemas2 ruphe2nya dia keluarkan kertas kuiz der...walaweiii awal2 da pekena kuiz sakitt...nasib baik la kuiz sedang2 je...hehe bleh la jawab ala kadar..ngeee.. hurm da la stop sampai sini tuk malam ni...esok bakal menjelma jap lagi dan pagi nanti gua bakal mengembara ke ‘gurun Pekan’ menaiki ‘bas transformer’ Ump

..hehehehe..

Moral Value:jangan ponteng kelas dan expect d unexpected...majulah sukan untuk negara...:)

Sekian...

Thursday, April 29, 2010

Selamat Tinggal Gambeng..



Salam dan selamat petang,


Alhamdulillah selesai sudah semuanya, final paper untuk final exam dan juga kemas2 barang aku nak BALIKKKKK...yahoooo...sowi la semalam aku x leh BW sebab kene kemas barang2 yang gak byk untuk di’settle’kan.Alhamdulillah di kesempatan sebelum aku berlepas pulang dengan membe aku, aku amik masa sekejap nk post entry ini. Setelah 2 tahun kami di sini akhirnya semester depan kami student fakulti elektrik dan mekanikal bakal tempuh kehidupan di UMP pekan walaupun terpaksa. Kehidupan kami di UMP agak selesa dan happening walaupun terpaksa menghadapi masalah biroksrasi. Titik. Malas aku nk huraikan lagi pasal ‘sang penguasa’ bak kata xydp MPp ump aku...bro suffi...

Akhir kata selamat tinggal UMP gambang...UMPpekan...gua bakal dtgg tunggu...
insyaAllah seandainya aku dapat pow berukband bro aku aku blogging kalo x ‘berpuasa’ la aku dr blogging jawabnya....ngeee...

Sekian sahaja untuk kali ini..

Thursday, April 22, 2010

Gembira dan Sedih dtg bersama..


Salam dan Selamat Petang










Entry kali ini aku ingin melahirkan kesyukuran keran aku dan dak2 bilikk aku mendapat 'seat' untuk tinggl dalam kolej kediaman untuk kehidupan aku semester depan...alhamdulillah...tenang maaku dengar berita ni...hehehe mana taknya walaupun aku da besar tapi dia masih risau haihhh ni yang makin sayang kat ma aku ni...waaaaaa...rindu nak balik...kembali ke topic. hurm memang aku dengan roomate amat gembira keran segala kekusutan serta kepeningan sebab memikirkan 'seat' kami akhirnya berakhir jua..:) dan ini yang membuatkan aku gembira. namun, teringat lagu ray"ketika kita bergembira,masih ada yang berduka. ya memang ada yang berduka iaitu kawan-kawan sekelas aku.. agk ramai yang tak dapat tempat so mereka harus mencari rumah sewa...di area kampus universiti kami iaitu kawasan pekan yang agak kekurangan rumah sewa...aku doakan mereka semua dapatlah menjumpai rumah yang elok dan berdekatan.. aku kalau boleh nak juga bantu mereka, jadi aku akan tolong apa-apa yang mampu insyaAllah...kerana merekalah kawan-kawan aku yang sukar di cari ganti..perghh ayat jiwang lak..ngeee..




sekian entry kali in..

p.s:da la baru bangun so bahasa n susunan agak tunggang terbalik..:)

Monday, April 19, 2010

Mula sudah kerja juga tanggungjawabku..

beberapa minit lepas aku baru habis bincang secara tak formal dengan penyelaras bahagian aku untuk minds 2010.Dan dia telah isukan supaya aku menyusun gerak kerja bahagian kami iaitu bahagian cenderamata. jadi dengan ini aku perlu mula bekerja dan harus pikul tanggungjawab ini. InsyaAllah dengan bantuan ahli-ahli serta penyelaras kami insyaAllah semuanya berjalan lancar.
amin.berdasarkan penerangan secara ringkas dari penyelaras kami, bahagian ini ada juga susah dan payahnya, tapi itulah yang akan menambahkan pengalaman kami serta membuka minda da mata kami untuk aktiviti masa akan datang insyaAllah.

Tuesday, March 30, 2010

BILE BANTAHAN BERTUKAR JD CERAMAH MOTIVASI.

Kali ni gua ingin shout sal 2 hari lepas… kitrg yg x agak x puas hati ttg isu perpindhan ke kk5 yg blom pasti siap berkumpul semata2 nak tunjuk bantahan secara AMAN kepada jhepa ump…gua baru balik dari Melaka penat agak x ilang ag…sampai di ump kol 8 lebih rehat2 n makan serta solat n then turun ke masjid tuk join membe sehati sejiwa sesemangat untuk membantah…setelah sampai gua dapat tahu yg PENGANJUR nak bg memorandum kpd MPM gua agak bengang koz if bagi MPM pon sama gak kot…pastu Tanya punya Tanya dorg cakap balik nak bg JHEpA yg tgah meeting ngan MPM n wakil fakulti…perghhh lupe penat jap…
dari masjid UMP kitrg brgerak dgn semangat berkobar2 ingin membantah n inginkan JAWAPAN YG PASTI dr JHEPA…setelah berarak selama 10 minint koz dr masjid ke bilik MPM dekat je…

akhirnya kami sampai n dgn penuh sabar,semangat(walopon penat x ilang ag…huhuhu) dan aman kami menunggu JHEPA keluar dr bilik MPM…10 minit kemudian beliau pon keluar la…hati kami melonjak ggembira keran bantahan dan pendapat serta persoalan kami MUNGKIN terjawab dgn kehadiran beliau.Beliau pun mula bercakap dan x sampai 5 minit beliau mula masuk citer “ANAK DARA SULONG SAYA….” Dah…start balik p[e yg beliau ulang masa perjumpaan pertama…ini kali ke3 aku dgr cerita MOTIVASI beliau…dan aku da tahu…kami X MUNGKIN mendapat jawapan ttg keadaan kami pelajar FKEE & FKM…lalu aku dan beberape kawan pon pulang dgn hati yg agak kecewa..rasa cam xda pe2 je dan cam membazir je kami berarak krn apa yg diigini x dapat…


Dalam perjumpaan kali ini juga kami dinasihatkan supaya ‘be professional’ mmg kami mmg profs bb tue kami mmbuat bantahan aman tp adakah ‘mereka’ juga berfikir & bertindak dgn professional dgn mempertimbangkan pelbagai aspek sebelom membuat sebarang keputusan?? Bagi saya mereka telah mengabaikan maksud professional itu sendr dalam membuat keputusan mmbuatkan kami merasa teraniaya..
Sampai bilakah nasib kami begini…


Berita hangat ttg bangunan UMT telah runtuh dan mengorbankan nyawa, reason yg diberi oleh pihak yg bertanggunjawab adalah ‘ini adalah TAKDIR’ adakah reason ini boleh diterima oleh GOLONGAN PROFESSIONAL UMP sekiranya ia berlaku kpd bgnan kk5??

Aku x minta ini berlaku tp aku khuatir seandainya fastfinish building ini yg akan diduduki oleh kami runtuh…kerana ini pernah berlaku terhadap bangunan fakulti…yg mana semasa perjumpaan dgn dekan dan semas di dalam kelas…tibe2 siling dewan runtuh…
Bagaimanakah nasib kami??

Tuesday, March 23, 2010

kami pelajar kian teabai dan terpinggir...

Salam…
Corertan kali ini aku tujukan buat UMP.setelah berbagai masalah yang dihadapi kami pelajar fkee n fkm masih terkapai2 dalam mencari kehidupan setempat yg aman dan tenang, belum lepas lagi penat lelah kami naik bas turun bas ke pecan kini kami dikejutkan pula dengan isu perpindahan pelajar tahun 3 sem depan ke pecan. Seandaianya semua fasiliti dan juga kemudahan di sana sudah cukup ataupun memadai 50% siap ada juga keinginan untuk berpindah tetapi dari pendapat saya hanya 30% sahaja yang siap. Wahai admin ape salah kami?? Salahkah kami memilih ump sebagai tempat menuntut ilmu? Salahkah kami fkee n fkm? Kenapa harus kami yang mencadi mangsa “penjimatan kos” perbelanjaan ump. Penempatan yg bakal siap hanya dapat memuatkan 650 pelajar tetaoi pihak university ingin memindahkan pelajar tahun 3 dan tahun 4 semester depan dari 2 fakulti, adakah selesa penempatan kami?? Mungkinkah terjadi lagi penganiayaan seperti kk4 dahulu,merempat sana sini, hilang barang berharga? Seandainya ada anak-anak atau saudara anda menuntut di sini adakah anda tidak marah dan risau anak anda ‘disepak’ ke sana ke sini cam bola sepak?
Bagi pemimpin pula di mana slogan kamu “mahasiswa cakna” dan “mahasiswa peduli” kami memerlukan kamu adakah kamu wujud lagi??? Tolong lahh bangkit wahai pemimpin mahasiswa peduli. Seandainya anda bangkit memimpin kami insyaAllah ramai yang akan membantu anda dari belakang.
Bangkit la menegakkan hak dan kebajikan kami, kami pelajar sudah penat dengan birokrasi pentadbiran tidak sudah-sudah memberi tekanan kepada kami pelajar di sini, samapai bilakah nasib kami akan menjadi macam ini?? Ada siapa boleh jawab??? Beginikah caranya pentadbiran UMP membuat keputusan?? ‘pelajar didahulukan nama university diutamakan”??? cukuplah…cukuplah…..cukuplah…
Jangan sampai kami semua bangkit sendiri dan ini akan memalukan university ini yang kami cintai…kami hanya ingin kehidupan pelajar yang aman, tenang dan selesa sebagai ‘customer’ di UMP ini..
Seandainya ingin kami berpindah sempurnakanlah dahulu semua fasiliti disana jangan hanya fikir macam mana nak jimatkan bajet universiti. Kami manusia punya hati dan perasaan, jangan sampai ada sumpah seranah dari kami.. tolonglah cari penyelesaian ini…

Sunday, February 7, 2010

Minggu Penuh Tekanan Seyhhh


Based tajuk mesti da tahu aku tgah stress...huhuhu...mane xnya minggu ni je da 4 test, 2 lab repot, 1 tutor n 2 assgment x termasuk keje lain ag..huhu...tensen seyh...tp nasib baik hujung minggu ni da balik hehehe..so kurg sikit tekanan bila mikir nak balik jumpe anak2 sedara aku hahaha...sem ni juga merupakan sem last kitrg amik 18 jam kredit sbb mula sem depan kitorg dak degree elektrik elektronik kene amik 12 jam kredit je huhuhu...ini sebab masa latihan induksi kitorg d ubah ke cuti sem 6 huhuhu...so berlubg la sem last kitorg@sem 8 so tuk isi lelubg tue fakulti terpaksa alih2 subjek...so dengan ini tekanan sem2 akan datang makin kurg la jawabnya so aku kene sabor je sem ni huhuhu...dgn lec arabnya huhuhu...sakitttt...
da la nak sambung balik pe yg aku wat td...huhuhu camne ni...byk ag aku x cover...huhuhu

Thursday, October 15, 2009

Al-Kisah Lecturer Paling Psycho di UMP

aku nak cerita pasala lecturer aku yg palin psycho giler2 iaitu en nik...hahahaha...awal2 masuk kelas dia ok coz dia x start dianya psycho agi..agak hapenning la aku ngan membe2 pas 2 3 bulan... haaaa tekanan yang amt dashaat dia bagi kat kitrg...huhuhu markah x tggi je terus suh drop perghh tensen sey...tiap2 ari kalo bleh dia konpem akan sebot 2 perkataan yg paling menakotkan kitrg...DROP & EXTEND...
hua... da lama skit n kitrg leh followed cara dia kira da ok skit sampai masa dia psycho kitrg wat dek je...hahahha...tp sekrg ni aku ngan koloniaku tensen bkn ngan dia tp projek yg dia ajar huhuhu... troubleshoot byk2 kali pon still xda solution sampai aku ngan membe2 dgn hati kering mintak tgh...huhuhu awal2 kena sebijik dia bg...redha je la...jnji dapat tgguh hahahah...so kitrg masih dapt teruskan troubleshoot...mintak2 la dapat settlekan stage 2 huhuh...amin... insyaAllah...kalo x kne drop la...tp nasib bek tarikh drop da lepas...muahahaha..

Friday, July 31, 2009

Hari Pertama di UMP Pekan

lama da aku x pos sesuatu kat cni so ari ni sbelom balik pagi sok aku ingt nak pos sesuatu so aku teringat hari pertama kitorang bermastautin d pekan menfgembara mencari ilmu muahahahaa...kitorg telah selamat bangun dengan awal pada hari tu kul 6.30 da terpacak menunggu bas perghhhh x pernah bangun awal camni muahahaha...
tunggu la kitorang dengan excitednya(ye ke????)akan bas carta yang akan bawa kitorang ke pekan...bas tue nampak baru...tapi sebenarnya enjin dari zaman jepon lagi...hahahaha...
so bas datang kitorg naik la...aku n membe2 2,3 org adalah kumpulan pelajar pertama yang mula sampai kat pekan perghhhh hebat siot...bakal dapat anugerah dekan nie...insyaAllah hahahah....

masa dalam bas ;ak kitorg pon buka la bekal2an yg dibawa dan makan...fuhhhh best gak makan sambil layan angin sejuk pagi2 ni hahahah....

sampai2 kat kampus pekan kitorg disambut oleh dekan fuhhhh org vip la agaknya...hahahaha...

da duk relax2 n start searching kelas membe ak lak x sihat...dia sakit perut...pastu kitorg cari la pulak sick bay yang konon2nya ada dalam peta yang diedarkan...
da puas ronda 2,3 kali blok yang ada dalam peta last skali aku pon tanya pensyarah n jawapan yang aku dapat adalah sick bay masih x siap perghhhh hebat siot...dulu masa penerangan bukan main cakap sume yang penting da siap...bak kata org kanan hepa..hehehe...bukan pe la tue nasib baik membe aku sakit perut je kalo sakit lain camne? banyak juga yang dijanjikan tp wALLahua'lam....

da abis kelas petang kitorg dilepaskan awal kerana pensyarah pun agak x ske tempat tue hahahah kirenya sekepala gak r ngan student2 hahahha hidup le fkee...hehehehe..

sebebnar ada gmbr yang aku nak letak tp da tecnical prob nnt2 la aku letak...

sekian tuk post ini...

Wednesday, May 20, 2009

Ump di Pekan...nasib...

semalam aku n membe2 g la kat pekan nk usha2 bakal KAMPUS masa depan kitorg...
fuh....
fasiliti n kawasan da luas da tp sayang sey kedudukannya amat tercurut dunia...
pe lah nasib kami ni....
da duk tempat maju n dekat ngan bando kne lak pindah g tempat agak x maju...
bagaimanakah nasib kami n pointer kami sem depan hhuhuhu...
bersedia lah kawan2....
same2 la kite tgok k...
kat cni aku da amik beberape keping tuk tatapan dak2 ump terutama membe2 sefakulti ngan aku...ngeee....



jaohyeeeeeee mata memandang jalan ke ump pekan..ngeee...





pondok pengawal yg agak "mewah" n "high class"....






kampus kami...bahagia @ seksa....


UMP....UMP.....adakah tepat keputusan untk berpindah dgn fasiliti yg masih belum siap???

POst Famous

Total Pageviews