Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, July 18, 2011

LI aku Bakal Dinilai..

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Mohon maaf dan terima kasih buat teman-teman blogger yang sudi melawat blog aku buat masa sekarang aku x dapat nak aktif sangat blogwalk sibuk nak siapkan logbook huhuhu stress jugak nak siapkan nak cari idea dan mengarang logbook ni kalaulah logbook cam facebook je kan mudah cara.

Minggu ini sudah ramai kawan-kawan aku yang ditemuramah oleh penyelia dari fakulti universiti kami yang datang atas niat untuk menilai keadaan juga keberkesanan kami dalam biang bekerja. Juga dari pemerhatian aku tentang perbualan dua individu yang bergelar penilai dari indusrti juga fakulti ini praktikal juga bertujuan bagi mencari tempat yang boleh ditempatkan pelajar universiti mereka di masa hadapan. Penilai juga boleh dikatakan sebagai 'surveyer' untuk penempatan pelajar praktikal di masa hadapan yang kini boleh dikatakan agak susah untuk sesebuah syarikat untuk mengambil 'intern' di syarikat mereka lagi-lagi syarikat yang telah mengalami masalah dengan pelatih itu sendiri lalu mencipta sejarah hitam diantara pelatih,universiti dan syarikat tersebut. Semasa penerangan semester lepas ada juga diingatkan oleh pegawai unit latihan industri aku supaya tidak merosakkan peluang untuk adik-adik di masa hadapan denagan mencipta rekod buruk tentang universiti sendiri .

Di pejabat aku sendiri pon baru sahaja lepas seorang kawan sepejabat dengan aku dinilai cuak x cuak la agak stress gak. ye lah mana tidaknya walaupun tahu siapi yang datang untuk menilai tapi tidak tahu bagaiman cara mereka menilai ada yang jenis mudah siap bawa pergi restoren belanja dan ada yang susah sedikit yang memerlukan 'presentation' untuk 10 minit siap memang kentang disitu.

Giliran aku untuk dinilai bakal tiba selasa hadapan dan penilai merupakan seorang pensyarah yang agak rapat dengan aku namun cara penilaian dia masih samar-samar lagi dan aku agak lega pabila semalam beliau menelefon dan menyatakan yang mungkin beliau akan kumpulkan semua pelajar di satu tempat untuk menerangkan apa yang kami pelajari dan alami semasa latihan industri.

jadi semoga perjumpaan aku dengan penilai disingkatkan tak sanggup lama-lama makin stress kot hehehehe...InsyaAllah..

[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [SINI]
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]

Wassalam..

Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban Malam Keberkatan

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Sempena malam ini merupakan malam ke 15 bulan Syaaban juga dikenali sebagai MAlam Nisfu Syaaban ingin aku berkongsi sedikit walaupun tidak banyak tentang malam ini ,15 Sya'ban jatuh pada tanggal 17 Julai 2011. (Malam Nisfu Sya'ban pd hari Sabtu 16 Julai 2011, Malam Minggu bermula terbenamnya matahari/maghrib)(Tarikh Hijriah bermula ketika masuknya waktu Maghrib bukan jam 12 am\mlm). Nisf juga bermaksud separuh andai ditafsirkan Nisfu Syaaban beerti Separuh bulan dari Bulan Syaaban.



Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Doa Malam Nisfu Syaaban, sama-samalah kita membacanya ketika berkesempatan InsyaAllah
Juga Rasulullah S.A.W bersabda: barangsiapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya. dari hadis ini sama-samalah kita manfaatkan kelebihan malam ini dari malam-malam lain sebelum datangnya Ramadhan Al-Mubarak dengan membaca Yassin 3x sekurang-kurangnya...InsyaAllah..


[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [SINI
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]
[+] Raya dengan Inspira free? [SINI]

Wassalam..

Sunday, April 24, 2011

Ilmu Disimpan didalam Dada Bukan dalam Folder

Salam dan selamat petang

kembalinya aku berblogging ni fikiran aku penuh ngan idea memandangkan malam ni x g kedai dangdut kot...so idea2 aku xkan tercurah ke tempat lain so bleh la aku curahkan disini.

Bermulanya entry ini pabila pensyarah aku yang paling psycho dan dia pernah mengajar kami semester 4 memberikan kata2 hikmah yang dicipta olehnya sendiri dan aku akan cuba untuk mengaplikasikan sehendaknya iaitu

 "Ilmu disimpan didalam dada, BUkanlah didalam folder".
credit uncle google

perghhhh ayat dia pedih,,,belum tgk riak muke dia yg psycho amat. bile dengar ayat tu terkesima serta merahlah telinga mendengarnya kerana ayat ini amat berlawanan dgn apa yang aku@kami aplikasikan dari semester 1 tahun 1 lagi. dapat notes dari lecturer simpan n sharing tapi tengok n paham tu jarang sekali. disebabkan cara itulah mungkin apa yang kami pelajari susah diingati mana x nya assgment copy n tulis balik(bukan paste k) lab sama2 wat report(paham2la k) kuiz...byk la trick2 yg telah diguna dan aku rasa trick2 ini da biasa dilakukan oleh kebanyakan pelajar kian hari.                                                                                                                        

jadi pabila lec kami tanya kembali apa2 je tntg subjek yg dia pernah ajar kami(sem 4) kami agak2 teragak2 untuk menjawabnya, mana xnya kalo jawab betul x pe kalo salah konpem berapi telinga kene tembak kat dia.bak kata pepatah berani kerana benar@betul kalo da salah tue duk diam2 sudey. tapi kalo kitorang duk diam pon agak selalu kena tembak so nak xnk kena study gak keh3...

balik kepada dada n folder...not dada len ok...keh3...hurm kalo ikutkan pa yang mr nik kata ada betulnya, andai kita tak simpan dalam dada konpem3 suatu hari nnt ilmu itu akan hilang dek ditelan virus x pon x tersengaja diformat laptop. dan untuk tambahan bukan semua yang kita pelajari teori mahupun amali akan kita gunakan dalam bidang kerja kite nanti kerana apa yang akan kite gunakan nanti adalah cara kita untuk mendapatkan serta mengaplikasikan ilmu itu.

andai kita baca dan hafal x mustahil ia akan hilang padam dan lenyap suatu hari nanti..

jadi nak xnak kenalah simpan ilmu dalam dada leklok(bukan short notes kat dada masa exam k...keh3...)

jadi selamat menanam semua ilmu2 anda didalam dada sementara masih ada masa...

sekian terima kasih..

p/s:sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada lecturer psycho kami en nik juga kepada lecturer lain yg selalu sabar dalam mendidik kami semua....jasamu dikenang hingga liang lahad kami....insyaAllah

Saturday, November 13, 2010

Jom Sokong Kempen ' Stop Child Abuse'

Assalamualaikum dan salam lewat malam.

Final exam tinggal 2 paper lagi manakala mood study sudah hilang entah ke mana yang tinggal hanya mood nak balik jumpa ibunda dan anak saudara aku yang comel dan kiut miut.

Sebut pasal anak saudara mahupun kanak-kanak membuatkan aku menulis entry ini beserta dengan kempen yang dianjurkan oleh Youthsays iaitu "Campaign of Raise your hand.Stop child abuse now!". Dalam warta media elektronik negara kita juga selalu memaparkan penderaan kanak-kanak dari pelbagai segi seperti seksual mahupun mental. 


Yang terbaru aku tahu adalah berkenaan seorang kanak-kanak yang hiperaktif nyaris-nyaris diculik oleh warga asing semasa kanak-kanak tersebut menaiki bas.Jadi bagi aku sesuai benarlah untuk kita sama-sama menyokong dan membantu mengurangkan kes-kes penderaan ke atas kanak-kanak walaupun kita sebagai ibu bapa namun mereka adalah anugerah yang dikurniakan untukdi jaga dan di didik bukan untuk menjadi tempat melepaskan geram mahupun hawa nafsu.


Untuk menyokong kempen ini anda bolehlah klik SINI.
KLIK GAMBAR INI Di SideBar Blog
 BAGI MENUNJUKKAN SOKONGAN ANDA!!
Dan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai program Youthsays.com is a REWARDS platform for youths sila klik sini YouthSays

Sekian saja dari aku. Sama-samalah kita memainkan peranan sebagai ahli masyarakat dalam mengurangkan masalah sosial negara kita.InsyaAllah.

Thursday, November 11, 2010

Jom Support para wanita..

Assalamualaikum dan salam lewat malam.

Masa jalan-jalan@blogwalk sempat aku serempak dua tiga org blogger yang bz dengan pertandingan Bro hustler dalam blogging, bro Ben Ashari nak taw pertandingan ape sila lah skodeng blog beliau, ada juga yang bz mintak support event youthsays so x terlepas juga aku untuk join dalam event yang di anjur oleh Youthsays ini. Event ini mengutarakan isu kanser serviks di dunia umum dan di malaysia khususnya.kalu disurvey xpon letak pool tanya tentang kanser serviks aku konpem agak ramai yang maih kurang pengetahuan tentang penyakit berbahaya pada kaum wanita ini. Jadi sama-sama lah kita memberi sokongan dalam event ini. x susah cuma click saja. ok..



Support gua juga..DISINI
p.s:bukan support yang pertandingan tu k...heheheh

Sekian terima kasih keran menyokong dan membaca.

Saturday, November 6, 2010

Jom Tengok Drama Korea FREE

Salam Selamat tengahari semua....da lunch blom?

 Kalo blom cepat2 g beli lunch hehehe kang kena gastrik baru taw. sebenarnya entry ini khas buat penggemar serta fan2 cerita korea, sama ada suke tengok hero2 yang kacak awek3 kiut mahupun jalan cerita yang best. 

Semalam masa chat yang ehem3 aku dia ada bagi link mintak tolong sign in sbb dia xleh sign in. aku ingat link pe then aku buka webpage tue agak suka coz ada drama yang agak banyak untuk di layan FREE pulak tue  keh2 si dia ni boleh di katakan punya hobi sma ngan aku sbb tue dia mintaka aku buka web ni hehehe...paham jiwa tol kan2...hehehe.

So pada yang berminat nak tengok citer drama korea free sila click gmbar bawah ni dan sign up for free then layan sepuas2 keh2




Amaran pada yang tengah exam: korea2 jugak study kena jalan keh3...

Selamat menonton.

Sekian. GUD LUCK FOR FINAL...www.maaduu.com

Friday, November 5, 2010

Sebelum Kita Bertanya Al-Quran Sudah Menjawabnya

assalamualaikum dan selamat petang

sudah seminggu akku berehat dari blogging, bukan xnak tapi x boleh huhu..

kali ini ingin aku share some notes i got from my lecturer.. thiis is something we need to know in our life about the perfectness of The Holy Al-Quran. enjoy read it..thank you..


Kita Selalu Bertanya.. Dan Al-Quran Sudah Menjawabnya.. 

Kita bertanya : Kenapa aku diuji? 
Quran menjawab : 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan? 
Quran menjawab : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216 


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini? 
Quran menjawab : 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Surah Al-Baqarah ayat 286 


Kita bertanya : Kenapa rasa frust? 
Quran menjawab : 
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." Surah Al-Imran ayat 139 


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ? 
Quran menjawab : 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah Ali Imran ayat 200 


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya? 
Quran menjawab : 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Surah Al-Baqarah ayat 45 


Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini? 
Quran menjawab : 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. Surah At-Taubah ayat 111 


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap? 
Quran menjawab : 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." Surah At-Taubah ayat 129 


Kita berkata : Aku tak dapat tahan!!! 
Quran menjawab : 
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf ayat 12

jadi sama2lah kita fikir3 kan jangan lah dont judge something easily just only based on our think...there is a lot of thing we does not know yet..

http://www.facebook.com/note.php?note_id=415500611814&id=1428793706

Sekian terima kasih kerana membaca.

Sunday, October 3, 2010

One Mom and Three Dads

Salam dan Selamat pagi..

Entry ini khas mereka yang teringin men'download' dan melayan cerita korea, tajuk cerita cam pelik je camne seorang mak bleh ada tiga org laki...kan2? so nak taw camne leh jadi sedemikian silalah download dan layan cerita ni.Aku sendiri pun baru abes layan...amat best 4.5/5 star...hehehe..

berikut link2 yang leh korg download cerita ni...serta sedikit sinopsis untuk first brief about this story i put here...enjoy it..




Title: 아빠셋 엄마하나 / One Mom and Three Dads
Also known as: Three Dads and a Mother
chinese title : 三个爸爸一个妈
Genre: Romance
Episodes: 16
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2008-Apr-02 to 2008-May-22
Air time: Wednesday & Thursdays 21:55 (9:55 Korean time)


Synopsis
Song Na Young and her husband, Jung Sung Min, desperately want a child but her husband is unable to get her pregnant. Her husband’s friends decide to help them. But Na Young suddenly loses her husband in an accident and she gives birth to her daughter but does not know which of her husband’s friends fathered her child. The father of Na Young’s child can either be Han Soo Hyun, Choi Kwang Hee, or Hwang Kyung Tae.
Cast
Eugene as Song Na Young Jo Hyun Jae as Han Soo Hyun Jae Hee as Choi Kwang Hee Shin Sung Rok as Hwang Kyung Tae Kim Bin Woo as Park Seo Yeon Joo Sang Wook as Jung Chan Young
http://www.2shared.com/file/12823937/347110ce/One_Mom_and_Three_Dads_Ep01.html
http://www.2shared.com/file/12819353/40cc6c33/One_Mom_and_Three_Dads_Ep02.html
http://www.2shared.com/file/12819450/dc8a2b0c/One_Mom_and_Three_Dads_Ep03.html
http://www.2shared.com/file/12819785/1b081f97/One_Mom_and_Three_Dads_Ep04.html
http://www.2shared.com/file/12820180/5547a2f0/One_Mom_and_Three_Dads_Ep05.html
http://www.2shared.com/file/12820759/9db818ab/One_Mom_and_Three_Dads_Ep06.html
http://www.2shared.com/file/12821657/c37e38fe/One_Mom_and_Three_Dads_Ep07.html
http://www.2shared.com/file/12823600/8a649193/One_Mom_and_Three_Dads_Ep08.html
http://www.2shared.com/file/12824793/5eba29ee/One_Mom_and_Three_Dads_Ep09.html
http://www.2shared.com/file/12879738/90d4f41/One_Mom_and_Three_Dads_Ep10.html










Bagi mereka2 yang xtahu @ x biasa download berikut cara untuk men'download'
1.Pergi ke www.2shared.com
2.Copy url diatas atau boleh tekan direct link tersebut.
3.Paste ke address link then tekan 'enter'
4. Pastu scroll bawah n cari 'save file to pc:click here"
5.Tunggu abes download n layan...

POst Famous

Total Pageviews