Final exam tinggal 2 paper lagi manakala mood study sudah hilang entah ke mana yang tinggal hanya mood nak balik jumpa ibunda dan anak saudara aku yang comel dan kiut miut.
Sebut pasal anak saudara mahupun kanak-kanak membuatkan aku menulis entry ini beserta dengan kempen yang dianjurkan oleh Youthsays iaitu "Campaign of Raise your hand.Stop child abuse now!". Dalam warta media elektronik negara kita juga selalu memaparkan penderaan kanak-kanak dari pelbagai segi seperti seksual mahupun mental.
Yang terbaru aku tahu adalah berkenaan seorang kanak-kanak yang hiperaktif nyaris-nyaris diculik oleh warga asing semasa kanak-kanak tersebut menaiki bas.Jadi bagi aku sesuai benarlah untuk kita sama-sama menyokong dan membantu mengurangkan kes-kes penderaan ke atas kanak-kanak walaupun kita sebagai ibu bapa namun mereka adalah anugerah yang dikurniakan untukdi jaga dan di didik bukan untuk menjadi tempat melepaskan geram mahupun hawa nafsu.
Untuk menyokong kempen ini anda bolehlah klik SINI.
KLIK GAMBAR INI Di SideBar Blog
BAGI MENUNJUKKAN SOKONGAN ANDA!!
Dan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai program Youthsays.com is a REWARDS platform for youths sila klik sini YouthSays.
Sekian saja dari aku. Sama-samalah kita memainkan peranan sebagai ahli masyarakat dalam mengurangkan masalah sosial negara kita.InsyaAllah.
Masa jalan-jalan@blogwalk sempat aku serempak dua tiga org blogger yang bz dengan pertandingan Bro hustler dalam blogging, bro Ben Ashari nak taw pertandingan ape sila lah skodeng blog beliau, ada juga yang bz mintak support event youthsays so x terlepas juga aku untuk join dalam event yang di anjur oleh Youthsays ini. Event ini mengutarakan isu kanser serviks di dunia umum dan di malaysia khususnya.kalu disurvey xpon letak pool tanya tentang kanser serviks aku konpem agak ramai yang maih kurang pengetahuan tentang penyakit berbahaya pada kaum wanita ini. Jadi sama-sama lah kita memberi sokongan dalam event ini. x susah cuma click saja. ok..
Beberapa minit tadi masa jalan-jalan aku terbacalah entry dari seorang blogger(SINI) tentang kes artis negara kita yang sentiasa hot dan gosip3. kalau ikutkan sebelum ini aku x pernah usik pasal artis negara kita ini namun hari demi hari berita peli tentang merek sentiasa menjadi tajuk akhbar,biasalah artis..kentut tengah orang ramai pun jadi bahan berita. entry yang aku baca ini melibatkan seorang artis yang berkahwin namun bercerai kerana di sifatkan curang terhadap suaminya. dari sumber yang di sertakan d blog tersebut ada pengakuan suami isteri tersebut tentang perlakuan isterinya.Ye Ke ni?? untuk maklumat lanjut anda boleh melawat blog beliau. betul atau salah bukan sudah jadi topik kerana andai diikutkan dua-dua salah namun bagi aku la, untuk fiza sebagai seorang artis juga public figure beliau sepatutnya menjaga tatasusila beliau serta memikirkan masa hadapan anak-anak. haishhh apa nak jadi dengan artis malaysia ni kawen cerai kawen cerai macam da jadi kebiasaan, nk ikut hollywood gak ke? huhuhu..
“Sebagai suami, saya akui gosip didedahkan media massa mengenai kecurangan Fiza bersama Malek sejak akhir-akhir ini adalah benar! Bagi saya, Fiza menipu dan menduakan suaminya adalah satu kesalahan. Kepercayaan saya membenarkan Fiza untuk terus berlakon disalah guna. Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri, tapi lama kelamaan, perangai Fiza semakin teruk! Namun, saya akui sudah keluar rumah hampir empat bulan lalu, tapi tindakan saya bersebab kerana perangai Fiza yang semakin menjadi-jadi!
“Sudah beberapa kali saya berjaya menghidu kecurangan Fiza bersama beberapa lelaki termasuk bukti SMS. Bukan setakat itu saja, ibu Fiza juga masuk campur tangan urusan rumah tangga kami sehingga dia pernah tertonyoh hidung saya! Saya ambil keputusan keluar rumah, tapi saya tidak ke mana-mana, sebaliknya menetap bersama ibu dan ayah saya di Gombak, Selangor untuk sementara waktu. Namun, segala perbelanjaan Fiza bersama anak-anak saya sediakan, termasuklah pembayaran ansuran bulanan kereta Fiza dan rumah kami di Damansara, saya jelaskan.
“Terbaru, Fiza menjalin hubungan dengan seorang jurukamera bernama Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka berdua. Pada Ramadan lalu, kedua-duanya dilihat sering keluar bersama dan Fiza menghantar Malek pulang ke rumahnya sekitar jam 3 atau 4 pagi beberapa kali! Fiza pula sanggup jadi driver Malek sedangkan kereta itu saya bayar ansurannya untuk kemudahan dia bersama anak-anak, bukannya bersama Malek ke hulu ke hilir. Fiza mahupun Malek sering menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana sekadar keluar makan bersama, tapi kalau sudah bercuti bersama, apa cerita? Apabila isteri keluar rumah tanpa izin suami, hukumnya berdosa besar, inikan pula sewenang-wenangnya melabel semua perbuatan itu tidak salah!”
bagi menyokong entry ini aku copy dan pastekan untuk korang baca pengakuan bekas suami beliau.betul atau tidak hanya empunya sahaja yang tahu. bagi kita sama-sama lah kita ambil ikhtibar dan jangan terlalu taksub dalam meminati artis-artis negara mahupun luar negara. apa yang mereka tunjuk dan baik boleh dijadikan teladan apa yang buruk dijadikan sempadan.Wallahua'lam..
Akhirnya selesai sudah World Cup yg di tunggu2 oleh peminat bola serata dunia dengan kemenangan berpihak kepada sepanyol
dan ia juga buat pertama kali bagi negara ini untuk menjulang piala idaman pemain bola sepak seluruh dunia.kemenangan ini boleh dikatakan amat payah tuk di capai kerana semua pasukan yg bermain masing2 semuanya hebat2 belaka..aku dan juga SI HERO tidak terlepas untuk menyaksikan final World cup ni walo mengantuk tapi tahan je...alang2 da turun ke cafe...dengan skrin bersaiz 5o’ perlawanan ini boleh dikatakan meriah tambahan dgn turunnya penyokong2 ke2 pasukan dr kalangan pelajar u aku. Tapi sayang cafe da tutup masa final ni so tgok je la...kalo dahaga ke lapar ke wat dunno je.Perlawanan ni adalah yg pertama kalinya aku tgok dengan masa tambahan sampai 120 minit dgn gol berharga buat sepanyol pada 116 yg di jaringkan oleh ineista(btol x ejaan ni huhu hentam je janji bunyi sama.) setelah berakhirnya final world cup ini maka tamat lah( xtamat gak coz ada lagi judi lain) isu judi yg suatu masa telah menghangatkan suasa parlimen negara kita.dan ini juga menaikkann populariti ‘penilik tepat” iaitu sotong bernama Paul..
Xtawla bile lagi dia akan sambung kontrak tuk menilik match bola lagi..hehehe..
Akhirnya piala ini di miliki oleh pasukan Sepanyol buat pertama kali..setelah berkurun berposa tgok org julang kih3
So bagi peminat2 fanatik bola kena lah tunggu tuk euro pada 2012 tuk mengalami suasana hangat cam world cup...xpon liga2 kecil cam EPL xpon LA Liga..dan ini juga masa tuk pemain2 merehatkan diri mereka setelah berpulas kaki tangan mengolek bola..hehehe...match Wc 2010 ni juga mnyaksikan ramai bintang terkenal "lumpuh" dan tidak menunjukkan reputasi yang memberansangkan..