Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Harimau Paling Comel masa Kini

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Kehangatan perlawanan malam ini yang bakal mengukir sejarah ttersendiri dengan pelbagai isu3 hangat yang diperkatakan dan dibincangkan oleh peminat-peminat setia harimau malaya semakin terasa.

Namun diingatkan sekali lagi pada mereka0mereka yang menonton di kaca televisyen mahupun di SNBj supaya yang wajib jangan ditinggalkan kerana andai ditinggalkan yang wajib dan dikerjakan yang sunat maka haramlah sesuatu perkara mahupun pekerjaan itu. jadi solatlah sebelum menonton perlawanan janganlah dengan pelbagai alasan kita meninggalkan solat. kerana Agama Islamitu mudah di padang mahupun di mana jua amatlah mudah melakukan solat cuma memerlukan pakaian dan tempat solat bersih suci maka sah lah solatnya.
Yang dunia kita jaga
Yang akhirat kita tidak tinggalkan
InsyaAllah
Jom tengok harimau malaya paling COMEL...

OPSS bukan yang ini tapi yang ini ok...

sowi kak LISA SURIHANI pow gambar kat lisa sat comel angat dekpon :)

just share info bagi mereka yang masih belum tahu:

The Malayan Tiger WarriorsFIFA WC 2014 : Malaysia [3] vs [5] Singapore | 2nd leg |
* Live On Astro Arena : 8.00 pm* Live On Astro Supersport & HD : 8.00 pm* Live On RTM 1 : 8.30 pm


[+] Pelanggan Hotlink Klik [sini]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [sini]
[+] Sayang Ibu anda klik [sini] dan [sini]
[+]Dapatkan income tambahan di[sini] juga [sini]

Wassalam..

Sunday, November 7, 2010

Pasal 25 - Mencari Identiti...

Assalamualaikum dan selamat petang.



Pekabar semua da seminggu aku cuti blogging harap2 teman semua masih sihat walafiat.Entry kali ini ingin aku membalas tag dari awek blogger keh3...siti ,aishah, eiyda dan er lupa da..nnt ingt aku letak balik.mereka ini semua tag aku untuk saje menculik rahsia diri dan identiti aku kot  perrrgghhh perasan giler mamat ni,kata diorang kui3).walaupun esok first paper aku demi xnk simpan lama2 so aku ingin reply hari ini tag diorang hope diorang berpuas hati dan ampun dipinta sebab lambat reply ngeee...
Ok 25 perkara tentang aku adalah seperti berikut(macam jawab soalan final kan2? Keh3)

1.nama sebenar aku bukan shahkiera ataupun Shah Iznan tapi Shahiran Iznan B Mohd Yusof @ Hamid (selalu disalah jantinakan sebagai perempuan...sedih tol)
2.pertama kali aku melihat dunia yang ini pada hari ahad 13 Disember 1987.
P.s: Terima kasih ma sebab bagi peluang untuk shah melihat dunia ini
3.aku merupakan anak ketujuh dari adik beradik kandung aku.
4.aku merupakan bekas pelajar sek teknik dan matrikulasi dan sekarang ini berada di bumi gambeng gambang UMP.
5.aku suka berkebun danmembela binatang cam ikan,hamster, dan binatang yang boleh di bela kat umah.
P.s: naseb baik uni aku x bagi membela kalo x aku da buat zoo bilik aku keh3.
6.aku suka marah(standard manusia adaamarah) tapi mudah sjuk cool.
p.s:x suke marah koz nanti mudah menyesal marah,sia3 gaduh.
7.aku sayang abah,ma, adik-beradik aku,sue dan teman3 yang pernah wujud dalam hidup aku. Thanks all..
8.cita2 aku dulu pekebun moden tapi sekarang menuju bidang engineering, macam mana boleh tersalah tue keh3..
9.aku suke sgt tengok citer korea,awek dia comelda satu hal dianyaplot tue cam intersting.
10.suka berpolitik (AUKU oiii) heheh tapi xsuke berbahas sebab mudah naik angin.
11.mempunyai kecacatan iaitu rabun..heee
12. lupe lak nak letak,aku bermukim di rumah ayahnda dan bonda aku iaitu newcastle kota bharu,kelantandarul naim.
13.idola aku MB aku Tuan guru(tapi sampaisekarang perangai aku jauh dr idola aku kui3)
14.aku suka gak baca novel, bukan jiwang tapi ingin menerap budaya membaca keh3..
15.aku suka membaiki barang2 x kisah lah barang ape dan macam mana jadi nant, janji aku baiki keh3.
16.aku minat gadget yang jenis all in one hehehehe..
17.suke travel tapi sebab badget kurang hold pas dapat keje lu hehehe..
18.aku sukakan bidang photography tapi xtaw la ada bakat ke tak huhu.
19.kenangan manis, adalah setiap hari dalam hidup aku kerana hari yang aku lalui bakal menjadi history.
20.the sad moment in mylife when my late father passed away in year 2008.agak menyesal koz x selalu memanfaatkan masa untuk berbual dan bergurau senda dgn arwah..semoga beliau dicucuri rahmat.
21.aku jenis talktative dan suka berlawak koz aku suke tgok org happy(berapa kali suke da)
22.dalam sejarah aku dan adik beradik aku,aku dah pernah guna sampai 3 laptop sepanjang 4 tahun, bukan ganas tapi xda rezki kena pow.
23. aku bertuah sebab ada ramai abg so if dorg ada barang nak lupus aku lah yang dapat keh3....
24. next PRU aku bakal menjadi pengundi...bukan pengundi hantu tapi pengundi sah...keh3..
25.15hb ni last paper aku so 16hb da start cuti...yahoooooo...

Fuhhh ok settle tugas aku...abes ilang benda dalam kepala akau sebab pikir benda3 ni hik2 tapi xpe janji amanh diberi aku siapkan...hope insan3 yang tagged aku puas ati ok...

Tugasan mengetag 25 bloggge lain, aku buat untuk sesiapa yg ingin berkongsi tentang dirinya boleh la join tag ni ok...

Sekian saja terima kasih kerana sudi tag dan baca.

Tuesday, October 5, 2010

Lawak Vol. 1

Salam Selamat tengah malam semua.

Sebelum aku tido aku ingin berkongsi satu cerita, cerita ini pendek je(kot), aku jumpa dalam koleksi lama3 dalam pendrive aku petang tadi. Nak kata lawak boleh la aku bagi2 bintang dari 5. so boring3 lepaklajap baca k..

VERSI 1:



Alkisah di sebuah kampung yang agak dalam pedalamannya.diketuai seorang ketua kampung asli yang kadang-kadang 'bijokpandai'.Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka (tolong apa aku x taw la). Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan didepan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu. Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan x sengaja terkuis bateri itu terkeluar dr tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dgn bangganya m'beritahu, "Oo..patutlah x jalan.Drebarnye mati tersepit kat sini"

VERSI 2;
Ada sekeluarga  ingin balik kampung semperna hari raya sedang ingin menaiki sebuah kancil..........

lalu timbul lah masalah kerana keluarga nie 7 orang tapi kereta kancil muat-muat 6 orang paling ramai tambah tolak budak kecil.....

Maka terjadi lah dialog antara mereka nie

Si Ibu: Guane nih..penuh doh kete ni. Dok muak la ayoh mu wey!

Si Ayah: Betul gok. Guane nok buwak le nih? Lame doh dok sapa kapong.( ingat gok kapong)

Si IBu: Tujoh orang dokleh sumbak masuk dalang kete kacil nih. kecik 
do'oh. Sooh benar kalu sumbak gok gak. 

so... diorang nie pon pk punya pk punya pk.....

last2 si anak paling kecik berkata ( kira kongsi idea la ni)

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok wak. Kite skarang ni ade 
tujoh orang.

Anak:Tamboh la sorang gi. baru jadik 'LAPANG'...!!!

p/:watak yang terlibat tiada kaitan sama ada yang hidup mahupun mati.

Sekian terimkasih kerana membaca 

Sunday, October 3, 2010

Kenapa AKu Blogging???

salam dan selamat petang semua..



xtau kenapa hari ini raa banyak idea pulak, mungkin da lama x berblogging kot... semasa aku baca entry bro zairie ni tentng kenapa aku berblogging mengingatkan aku kembali tujuan aku berblogging dan dalam masa sebulan aku x blogging juga membuatkan aku selalu fikir aku blogging sebenarnya untuk apa ek? hari demi hari saat demi saat disilih gantikan dengan idea untuk menaip. di awal penglibatan aku, niat aku adalah untuk mencari pendapatan sampingan sebagai seorang pelajar, ye lah sebagai seorang lelaki yang meningkat dewasa serta usia mana x timbul idea untuk mencari duit sendiri dan istilah lain untuk berdikari dari meminta dan bergantung kepada ibu bapa serta adik beradik. Setelah fikir punya fikir dan jalan punya jalan melawat entry orang akhirnya timbul untuk menulis entry ini bagi mengingatkan di kemudian hari seandainya aku buka blog dan membaca entry ini supaya berblogging dengan cara yang betul. 

ok sekarang aku sudah pasti niat aku berblogging adalah untuk mencari serta berkongsi ilmu dalam kehidupan di samping menambah kenalan. ada pepatah yang aku dapat berbunyi” ijazah kehidupan bukan dapat dicari mahupun diberi oleh para pensyarah mahupun dekan namun ia adalah sesuatu yang kita alami,sedari juga pelajari sendiri dalam kehidupan”. dan semestinya semasa berblogging mesti akan wujudnya virtual silaturrahin  iaitu persahabatan maya dengan seseorang yang kita tidak kenal namun disandarkan dengan niat untuk bersahabat selain blogging juga akan disenaraikan sebagai tujuan aku dalam blogging. InsyaAllah semua tujuan ini akan aku kekalkan dan ingati selama aku blogging.

Angelina jolie masuk khutbah Jumaat

Salam dan selamat tengahari semua



Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis di blog ini.Entry kali ini berkaitan khutbah jumaat yang aku dengari semasa solat jumaat kelmarin di masjid universiti aku iaitu UMP. Khutbah kali in berkaitan dengan bencana banjir yang paling teruk di alami oleh salah satu negara yg kebanyakan pendududknya adalah mereka yang beragama Islam iaitu Pakistan. Semasa khutbah jumaat ini juga di lancarkan tabung bantuan untuk menyalurkan derma bagi membantu dan meringankan bebanan rakyat malang ini. Ok sekarang masuk bahagian yang berkaitan dengan tajuk,nk buat cerita  tengah khusyuk2 (khusyuk kot walo ngantuk sikit2) aku terkejut apabila khatib menyebut nama ANGELINA JOLIE satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat movie . Nak tau x kenapa nama beliau disebut? yang konpem bukan skandal mahupun gossip beliau ok( dalam masjid kot kih3) jeng jeng jeng nama beliau disebut adalah kerana beliau merupakan antara penyumbang derma yang paling banyak selain George soros dan juga Bill Gates.gempak x? Kih3 ...x kot...

ok tutup cerita pasal angelina pitt sekarang kita cerita pasal kenapa mereka yang bukan beragama Islam yg ‘excited’ dan laju dalam membantu ketika bencana yang terjadi, sudah tiadakah jutawan mahupun hartawan Islam? Adakah mereka yakni jutawan Islam takut akan berkuranagnya nilai harta mereka andai menderma? Hmm sebenarnya seperti yang kita tahu jutawan2 Islam lah yang sepatutnya mendahului mereka semu kerana mengikut ajaran islam membantu mereka yang di timpa kesusahan adalah sesusatu yang di tuntut. Namun apa yang dapat kita lihat jarang jutawan beragama Islam yang tampail ketika bencana melanda contoh analogi yang senang untuk kita lihat adalah jutawan di malaysia, andai ada bencana mereka semua nak tunggu wartawan datang bersama kamera baru lah nak menghulurkan bantuan, besar pulak tu cek yang di berikan namun andai besar bas pun cek yang di beri andai tiada secebit kesedaran akan keikhlasan di dalam hati tiada gunanya.Jadi sama-samalah kita membantu insan-insan yang di timpa kesusahan mahupun musibbah dengan meletakkan niat dan keikhlasan di tingkat tertinggi di dalam hati kita InsyaAllah balasan yang di terima kita nnt mahupun dlam masa kita hidup hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya tanpa ada wartawan yang membuat liputan mahupun kamera yang merakam. Dan di akhirat nnt semua apa yang kita lakukan akan dipapar kan di skrin yang lagi besar yang tidak dapat di tandingi oleh mana teknologi  yang wujud di bumi kita yang kecil bagaikan zarah saiznya di bandingkan dengan ciptaanNya yang lain di dunia ini.

p.s:sebut sal jutawan ini masih teringat pulak kat saudara Al-Bukhary yang banyak membantu rakyat islam di malaysia ini, setahu gua beliau lah satunya yang aktif dalam melaburkan harta beliau dalam ‘pelaburan akhirat’..

Sekian saja perkongsian. Terima kasih kerana membaca.

Tuesday, August 17, 2010

Hidup Seorang Pakcik

Salam malam semua




Kali ini aku ingin berkongsi tentang pengalaman seorang pakcik  yang kini mempunyai anak sedara seramai  16 org dan bakal mendapat tambahan lagi hujung tahun ini dan awal tahun depan seramai 4 org lagi.Kuat ‘producing’ betul kan2?hehehe.Dengan mempunyai anak sedara yang ramai mungkin bagi sesetengah org adalah bagus sebab rumah sentiasa ceria namun ada yang berpendapat x bagus kerana rumah akan sentiasa bising. Bagi aku awal2 dapat anak sedara yang ramai agak memerlukan kekuatan mental lebih dari fizikal ini kerana walaupun aku hanya bergelar pakcik namun tanggungjawab menjaga dan mendidik seorang anak kecil sudah dirasai oleh aku. Mana taknya kalau semua awek2 kecik serta pakwe2 kacak aku balik dengan membawa pelbagai ragam dan gaya kadang-kadang buat aku stress dan pening.  Menjadi seorang pakcik juga perlu hati-hati semasa berkomunikasi dengan mereka kerana mereka mudah untuk mengikut perlakuan kita sebagai org dewasa, itu kalau jadi pakcik,kalau ibu ayah mesti lagi kena berhati-hati kerana mereka sentiasa bersama selalu.

Baru-baru ini di awal ramadhan aku pulang ke kampung untuk menyambut bulan ramadhan dan semua adik-beradiik aku balilk jadi rumah ma aku penuh dan sesak dengan kanak-kanak. Kadang-kadang melihat telatah seorang demi seorang anak2 sedara aku boleh buat bibir tersenyum juga boleh buat hati panas, namun balik semula kepada fitrah seorang kanak3, mereka semua masih belum tahu apa yang betul dan apa yang salah jadi kitalah yang harus meneladani mereka.  Di samping itu juga dalam melayani kerenah mereka semua aku kena juga ‘consider’ akan ibu dan bapa mereka @ adik-beradik aku  kerna andai terlebih dan terkurang mungkin akan menimbulkan situasi yang agak tidak menyenangkan fuhhhh susah jugak ni jadi seorang pakcik.

Dan pabila ada situasi mereka semua membuatkan rumah aku ‘ havoc’, aku terpikir ingin marah atau buat tidak kisah? Bila pikir2 balik, masa semua mereka balik dan berkumpul macam inilah waktu yang sesuai bagi mereka bermain,berkenal dengan saudara mereka sendiri serta mempelajari asas komunikasi di peringkat mereka sebagai kanak-kanak.
Hurm mungkin ini je kot dapat  aku kongsi as seorang pakcik supaya mana2 kawan yang baru nak jadi pakcik boleh mengadaptasikannya nanti.

Sekian,terima kasih kerana membaca.

Sunday, August 1, 2010

Mengimbau Kenangan Lama

Salam petang semua..

Alhamdulillah bergerak juga jari2 aku untuk menaip dan menulis entry baru blog ni pada hari ini,selalunya susah untuk aku menaip kerana bila ada idea jari xingin menaip dan bila jari ingin menaip aku pula xda idea.

Jadi entry kali ini berkenaan pengalaman pertama aku semasa di UMP terCHENTA ini setelah 3 tahun bermastautin di sini dalam menjadi fasilitator di bawah naungan PERSIS UMP. Target kali ini ialah sek keb kempadang yang bertempat di area pekan pahang dalam 45 minit dari Ump.
Program kali ini di kenali sebagai Jejak Ilmu yang khusus bagi pelajar tahun 6 sek ini yang bakal menduduki UPSR pada bulan september nanti.

Masa awal2 aku sampai rasa agak cuak tu ada la sikit, biasa la da lama x jadi fasi.Last jadi fasi masa matrik dulu huhuhu.Masa jadi fasi kali dan melihat gelagat adik2 yang sentiasa happy-go-lucky mengingatkan kenangan aku masa kecik dan masih bergelar pelajar sek rendah dulu. Kebanyakan teman3 aku pernah dan selalu juga berkata ingin kembali menjadi kanak2 kerana waktu ketika itu kehidupan amat gembira dan kurang ada masalah....alangkah best dan indahnya kan waktu kanak2. Pada waktu ini lah terbitnya ayat “andainy ada time machine....”.Di zaman sekolah ini kita semua mendapat kehidupan baru dan kemudian meningkat naik ke sek. men. dan universiti hidup akan berubah lagi dan lagi. Serta masa akan cepat berlalu tanpa kita sedari.

Masa jadi fasi ini juga yang banyak memberi aku banyak pengalaman baru seperti cara mengendalikan adik2 yang masih rapuh emosi lagi2 yang mempunyai masalah keluarga. Dalam jejak ilmu ini, aku juga dapat mengenali kawan2 baru dan sepanjang program ini juga mengeratkan hubungan yang sedia ada malah  ada yang hanya bertukar pandangan mata di UMP tapi di program ini kami mula kenal dan bercakap.

Ok lah sampai ini sajalah sharing aku dalam program ini...insyaAllah andai ada program danaku terlibat lagi akan aku gembar gemburkan kat sini...:) harap2 dapat la aku join lagi.

p/s:ingatlah teman akan kenangan dan history zaman kanak tidak kira manis,pahit mahupun tawar kerana tanpa history kita yang dulu tiada lah diri kita zaman kini..dan program smilar camni juga elok disertai oleh mereka2 yang mempunyai masalh komunikasi dan ingin memperbaikinya.

Sekian Terima Kasih Kerana Membaca   

POst Famous

Total Pageviews