saje wat short entry nak bagi tahu templates blogger sudah berubah...nampak sangat lama tak updates... ayark... macam nice je templates baru nampak lagi kemas ke guane?
Sudah berpurnama abam x updates abam punya blog ni..dah bersarang berserabut cam kepala otak abam dah jadinya. jadi mlm ni abam nak updates=kemaskini tentang minyak di malaysia bukan minyak masak bukan minyak pengasih tapi minyak kelete.
Ramai orang malaysiakini semua percaya dan konfiden sampai ke anak cucu tentang 'JIMATNYA GUNA RON 95' berbanding RON 97. ok kedua-dua jenis RON ini ada kelebihan masing-masing. Contohnya andai anda selalu bergerak menggunakan kenderaan untuk perjalanan dekat RON95 adalah pilihan yang tepat TAPI andai anda dalam perjalanan jarak jauh lebih baik anda menggunakan RON97 lagipun 97 adalah baik untuk kesihatan kereta dan motor anda... lagi...lagi.. baca sendiri bawah ni.
Contoh perbezaan antara RON 97 & 95
Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa
Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak
petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama).
Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km.Mari
kita analisis data ini.
RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km.
Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh
pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah
sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda
sejauh 7.33 Km.
RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km
Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian
sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km.
Maka lebih baik anda membeli RON97.
Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi
kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat
sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap
sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?
"Orang meniaga pusing mana pun dia mesti untung punya, toksah nak
temberang!"
Source: RON 97 naik harga, satu Malaysia kena tipu?
Jadi pandai-pandailah dalam memilih minyak tapi jangan plak pilik minyak pengasih nanya badan nanti.
ok Chow selamat tido dan menempuhi test dan juga final exam..
Kehangatan perasaan para peminat bolasepak negara Harimau Malaya kini masih terasa dengan wujudnya beberapa fanpage ataupun grouppage akibat dari kekalahan yang di alami oleh negara kita dan yang paling teruk pabila ada peminat serta penyokong setia Hm yang mahukan Jurulatih negara abang K.Rajagopal untuk melatakkan jawatan beliau sebagai satu dari tanggungjawab yang beliau terima dari salah percaturan pemain-pemain HM
Bagi aku sebagai 'amateur' dalam golongan peminat ini adalah tidak bijak andai kita ingin beliau untuk meletak jawatan keran nasi sudah menjadi bubur cuma sekarang ini apa yang perlu kita buat adalah tetap menyokong Hm dan berharap agar abg K atau datuk K(bukan laki Kak Siti N ok) untuk lebih terbuka dalam menrima pendapat peminat yang juga selaku pemerhati tidak langsung bagi pemain-pemain kebangsaan dan kit asebagai manusia tidak semua apa yang kita buat adalah betul oleh itu kita perlu membuka minda kita untuk menerima pendapat orang lain yang mungkin lebih arif.
Dengan beberapa ucapan beliau yang membuatkan peminat lagi hangin seperti 'saya kenal pemain saya" dan 'kita tidak kalah cuma kita seri" padahal kita kalah teruk dari segi formasi pemain, kenmahiran pemain juga kerjasama pemain yang tidak begitu ngam tapi tahniah di ucapkan oleh pemain semua yang telah bertungkus lumus meneruskan permainan terutama abang APEK yang bagai nak mati save bola. Gua caya sama lu.Semoga Apek dikekalkan sebagai Gk first dalam skuad kebangsaan. dan bagi aku apek boleh dinobatkan sebagai MVP semasa perlawanan kelmarin sape setuju ??? konpem ramai keh3..Lagi satu gua hormat kat Apek dan Safee Sali yang memohon maaf walaupun kami tahu mereka sudah melakukan sehabis baik mereka.
Oklah disini aku ingin juga sertakan beberapa keping surat untuk abang@Datuk K yang ikhlas ditulis oleh peminat kipas-susah-mati Harimau Malaya
Surat pertama : Terlebih dahulu, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada keseluruhan pemain dan pasukan MALAYSIA yang telah berjaya menunjukkan satu aksi yang agak baik dengan mengikat SIngapura 1-1 di arena sendiri. Penulis jugak ingin memuji kesungguhan yang telah pemain tampilkan sdan berjuang sehingga wisel penghabisan. Baca lagi SINI
Surat Kedua : Gua masih tak puas hati dengan King Gopal. Hahaha Apa yang boleh buat gua puas hati? Gua hanya akan puas hati kalau KING Gopal boleh bagi MALAYSIA rampas Piala Dunia dari Sepanyol!!! Lepas tu baru gua puas hati!! Selagi tak dapat, memang gua tak puas hati!! Memang gua panas sebab pemain yang MALAYSIA ada semuanya bagus-bagus! Bukannya MALAYSIA ketandusan pemain!! Tidak keterlaluan kalau gua cakap, skuad yang ada sekarang adalah skuad yang paling lengkap dan terbaik (tambah kalau Mat Yo ada) yang pernah MALAYSIA lahirkan. baca lagi SINI
Surat Ketiga :Datuk K Rajagobal telah banyak berjasa kepada bola sepak negara.Satu juara AFF Suzuki dan satu pingat emas sukan sea.Terima kasih Datuk.Tapi...
Datuk mempunyai ego yang sangat tinggi.baca lagi SINI
ok cukuplah 3 keping surat buat beliau semoga surat3 ini dapat membuka pemikiran beliau dan surat ini tidak perlulah dibalas dan kalau bleh ucaplah maaf sekali cukup buat peminat janganlah ego sangat...hari ini hari orang esok mana tahu hari kita pula...
usha jap foto abe yo kita sedih dokleh main marin...xpo yo lain kali demo kace kuat....
Selagi peminat TRW aku juga agak terkilan kerana pemain2 TRW hanyalah diambil sebagai pemanas bangku simpanan sahaja semasa kedua-dua permainan walaupun terbukti kemahiran dan kebijaksanaan pemain semasa piala lIga super juga liga Malaysia...
[+]Men or women, who is better at affairs? check [HERE]
[+]Main dan Menang DOUBLEMINT Memory Match Mania [SINI]
[+]Beza Proton Saga Model Baru dengan yang Lama [SINI]
[+]Main game ni boleh menang PS3 dan HDTV? [SINI]
[+]Rehat dan Menang Bersama Kit Kat[SINI]
[+]Colin Farrell as a vampire = hot! [HERE]
Alhamdulillah selesai kerja rumah buat hari ini, memandangkan limit berukband aku sudah sampai hujung hayat untuk bulan ini jadi aku x dapat nk blogwalk sangat maaf ye kawan3 insyaAllah esok di pejabat saya balas jejak anda.
Oklah, kembali kepada topik kita iaitu ucapan TAHNIAH buat Y.M.M Sultan Muhammad V Sultan Muhammad Faris Petra yang bakal dimayurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan menggantikan ayahnda beliau yang dalam keadaan gering. Bertuahlah buat warga UMK kerana mendapat baginda yang sangat mesra rakyat sebagai Penaung Universiti. Jom baca berita selanjutnya
Sultan Muhammad V Akan Dimasyhur Sebagai Canselor Baru UMK
KOTA BAHARU, 27 Julai (Bernama) -- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, akan dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 Sept ini.
Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Zainai Mohamed berkata istiadat pemasyhuran itu akan berlangsung di kampus induk UMK di Bachok sempena Majlis Konvokesyen sulung universiti itu.
Katanya, pelantikan Sultan Kelantan itu dibuat mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin berikutan canselor UMK sebelum ini, Sultan Ismail Petra, sedang gering.
Pada majlis konvokesyen sulung itu, seramai 266 graduan daripada Fakulti Keusahawan dan Perniagaan, Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan akan menerima ijazah sarjana muda masing-masing. katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Katanya untuk sesi pengambilan baru tahun ini, UMK menerima 6,000 permohonan manakala UMK hanya mampu mengambil kira-kira 1,000 pelajar sahaja.
Beliau berkata, kampus induk UMK itu akan beroperasi sepenuhnya September depan dan kesemua warga kerjanya di kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa telahpun berpindah lebih awal.
Katanya, sejak universiti berkonsepkan keusahawanan itu beroperasi empat tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM420 juta bagi membiayai kos fizikal, termasuk pembinaan kampus utamanya di Bachok, kampus cawangannya di Jeli dan kampus sementara di Pengkalan Chepa.
"Adalah diharapkan graduan UMK akan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang mereka pelajari untuk menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada tranformasi ekonomi negara pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Permasyhuran baginda adalah pada
--->Isnin, September 19 bermula 8 pagi sehingga 6.30 petang
bertempat di
--->Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Induk Bachok)
Jalan Melawi - Jelawat
Kampong Bachok, Malaysia
jadi rakyat sekalian dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta merapatkan lagi hubungan baginda dengan rakyat setempat .info dari KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM
[+]Men or women, who is better at affairs? check it [HERE]
[+]Main dan Menang DOUBLEMINT Memory Match Mania [SINI]
[+]Beza Proton Saga Model Baru dengan yang Lama [SINI]
[+]Main game ni boleh menang PS3 dan HDTV? [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[sini] juga [sini]
Kehangatan perlawanan malam ini yang bakal mengukir sejarah ttersendiri dengan pelbagai isu3 hangat yang diperkatakan dan dibincangkan oleh peminat-peminat setia harimau malaya semakin terasa.
Namun diingatkan sekali lagi pada mereka0mereka yang menonton di kaca televisyen mahupun di SNBj supaya yang wajib jangan ditinggalkan kerana andai ditinggalkan yang wajib dan dikerjakan yang sunat maka haramlah sesuatu perkara mahupun pekerjaan itu. jadi solatlah sebelum menonton perlawanan janganlah dengan pelbagai alasan kita meninggalkan solat. kerana Agama Islamitu mudah di padang mahupun di mana jua amatlah mudah melakukan solat cuma memerlukan pakaian dan tempat solat bersih suci maka sah lah solatnya.
Yang dunia kita jaga
Yang akhirat kita tidak tinggalkan
InsyaAllah
Jom tengok harimau malaya paling COMEL...
OPSS bukan yang ini tapi yang ini ok...
sowi kak LISA SURIHANI pow gambar kat lisa sat comel angat dekpon :)
just share info bagi mereka yang masih belum tahu:
The Malayan Tiger WarriorsFIFA WC 2014 : Malaysia [3] vs [5] Singapore | 2nd leg | * Live On Astro Arena : 8.00 pm* Live On Astro Supersport & HD : 8.00 pm* Live On RTM 1 : 8.30 pm
[+] Pelanggan Hotlink Klik [sini]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN HTC klik [sini]
[+] Sayang Ibu anda klik [sini] dan [sini]
[+]Dapatkan income tambahan di[sini] juga [sini]
Alhamdulillah setelah seminggu tiada update dan tiada bw ari ini aku free jugak selepas semua presentation dan logbook settle jadi malam ni bleh layan tengok bola harimau lawan singa hehehehe lagi satu dengar khabar malam ni pakai jersi "kurang keramat" warna kuning konpem ada yang demam tengok warna kuning nanti hahahaha walauapa pun jersi tiada makna apa2 andai semangat juga kerjasama pasukan tiada. selamat menundukkan singa yang berpura-pura :). tinggalkan kenangan lama di singapura dan jadikan ia ikhtibar dan penglaman berharga untuk perlawanan malam ini semoga barisan malam ini tidak lagi menghampakan seperti sebelum ini...anda harapan negara bro...
Jom layan apa kata rajagopal dengan anak3 buah 'yang beliau lebih tahu ini" keh3.....
pow dari kakifacebook
Selamat mengaum wahai pejuang3 hitam kuning semoga anda berjaya membawa kemenangan yang amat berharga kali ini juga masa akan datang, semoga selamat sampai dan kembali juga buat penyokong2 85 000 yang bakal menjadi pemain ke 12 malaysia....anda wakil bagi berjuta rakyat malaysia...
untuk barisan kemungkinan diturunkan sila check suarasukan
[+]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [sini]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN HTC klik [sini]
[+] Sayang Ibu anda klik [sini] dan [sini]
[+]Dapatkan income tambahan di[sini] juga [sini]
Mohon maaf dan terima kasih buat teman-teman blogger yang sudi melawat blog aku buat masa sekarang aku x dapat nak aktif sangat blogwalk sibuk nak siapkan logbook huhuhu stress jugak nak siapkan nak cari idea dan mengarang logbook ni kalaulah logbook cam facebook je kan mudah cara.
Minggu ini sudah ramai kawan-kawan aku yang ditemuramah oleh penyelia dari fakulti universiti kami yang datang atas niat untuk menilai keadaan juga keberkesanan kami dalam biang bekerja. Juga dari pemerhatian aku tentang perbualan dua individu yang bergelar penilai dari indusrti juga fakulti ini praktikal juga bertujuan bagi mencari tempat yang boleh ditempatkan pelajar universiti mereka di masa hadapan. Penilai juga boleh dikatakan sebagai 'surveyer' untuk penempatan pelajar praktikal di masa hadapan yang kini boleh dikatakan agak susah untuk sesebuah syarikat untuk mengambil 'intern' di syarikat mereka lagi-lagi syarikat yang telah mengalami masalah dengan pelatih itu sendiri lalu mencipta sejarah hitam diantara pelatih,universiti dan syarikat tersebut. Semasa penerangan semester lepas ada juga diingatkan oleh pegawai unit latihan industri aku supaya tidak merosakkan peluang untuk adik-adik di masa hadapan denagan mencipta rekod buruk tentang universiti sendiri .
Di pejabat aku sendiri pon baru sahaja lepas seorang kawan sepejabat dengan aku dinilai cuak x cuak la agak stress gak. ye lah mana tidaknya walaupun tahu siapi yang datang untuk menilai tapi tidak tahu bagaiman cara mereka menilai ada yang jenis mudah siap bawa pergi restoren belanja dan ada yang susah sedikit yang memerlukan 'presentation' untuk 10 minit siap memang kentang disitu.
Giliran aku untuk dinilai bakal tiba selasa hadapan dan penilai merupakan seorang pensyarah yang agak rapat dengan aku namun cara penilaian dia masih samar-samar lagi dan aku agak lega pabila semalam beliau menelefon dan menyatakan yang mungkin beliau akan kumpulkan semua pelajar di satu tempat untuk menerangkan apa yang kami pelajari dan alami semasa latihan industri.
jadi semoga perjumpaan aku dengan penilai disingkatkan tak sanggup lama-lama makin stress kot hehehehe...InsyaAllah..
[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN HTC klik [SINI]
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]
Sempena malam ini merupakan malam ke 15 bulan Syaaban juga dikenali sebagai MAlam Nisfu Syaaban ingin aku berkongsi sedikit walaupun tidak banyak tentang malam ini ,15 Sya'ban jatuh pada tanggal 17 Julai 2011. (Malam Nisfu Sya'ban pd hari Sabtu 16 Julai 2011, Malam Minggu bermula terbenamnya matahari/maghrib)(Tarikh Hijriah bermula ketika masuknya waktu Maghrib bukan jam 12 am\mlm). Nisf juga bermaksud separuh andai ditafsirkan Nisfu Syaaban beerti Separuh bulan dari Bulan Syaaban.
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Doa Malam Nisfu Syaaban, sama-samalah kita membacanya ketika berkesempatan InsyaAllah
Juga Rasulullah S.A.W bersabda: barangsiapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya. dari hadis ini sama-samalah kita manfaatkan kelebihan malam ini dari malam-malam lain sebelum datangnya Ramadhan Al-Mubarak dengan membaca Yassin 3x sekurang-kurangnya...InsyaAllah..
Selamat berhujung minggu pada mereka yang bekerja, lakukan aktiviti yang berfaedah di masa lapang bersama yang tersayang.
c.c:kafe que
Ok. Kembali kita ke topik perlawanan bola yang kini hangat diperkatakan terutama isu pasal menge'boo' pemain negara yang dilakukan sendiri oleh anak bangsa, teringat cerita pak pandir keh3 kerana sokong kelab tersebut tergadah maruah anak Malaysia. mana taknya andai kita sendiri merasakan di tempat pemain kebangsaan tengah main untuk negara di stadium negara kita sendiri tapi rakyat sendiri yang menyokong pihak lawan agak malu di situ. walaupun aku ada juga 'excited' sokong pasukan EpL tapi masa tengok perlawanan ulangan tadi tidak terasa langsung untuk menyokong pasukan luar dan sentiasa mengharapkan agar pasukan kita menjaringkan gol.
Walaupun hanya siaran ulangan dan keputusan pun sudah aku ketahui namun masih ada sedikit rasa ingin melihat pasukan kebangsaan menjaringkan gol untuk negara. Bagi mereka yang terlalu 'excited' menyokong kelab EPl itu tiada salahnya tapi jangan lah terlebih kuah dari sudu, kita je yang lebih-lebih menyokong pasukan lawan padahal pasukan negara sendiri di 'boo'. itu sesuatu yang tidak patut bagi aku.Sedih juga melihat di kaca televisyen yang menunjukkan penyokong merah lagi menonjol dari penyokong kuning(takut warna kuning gak ke? keh3). hanya segelintir kecil sahaja dapat aku perasan yang berbaju kuning macam titik-titik kuning didalam stadium Nasional.sedih sedih sedih.
Dari siaran ulangan tadi pemain-pemain kebangsaan semua aku tengok sudah mencapai satu tahap yang boleh di banggakan di peringkat gergasi asia namun masih banyak yang boleh diperbaiki menjelang perlawanan kelayakan olimpik melawan singapura dalam jangka masa terdekat ini.Ini bolehlah di anggap satu pencapaian yang agak baik andai di bandingkan lawan yang merupakan pasukan antara terhandal dalam EPL tambahan pula perbezaan badan serta kemahiran yang agak ketara tapi semangat yang di tunjukkan oleh pemain agak baik dari segi pertahanan, serangan serta kerjasama sepasukan.
Aku tertipu sekali dek Astro yang dikatakan ada siaran langsung perlawanan tersebut keh3...Harap-harap yang lawan Liverpool malam ini pasti ada, ingin tengok depan mata tak mampu keh3..
OK. kita tutup pasal Arsenal, benda yang dah lepas usah difikirkan lebih-lebih ambil yang mana patut untuk di jadikan pengajaran untuk kita semua.
Jadi untuk perlawanan ini ramai yang berharap tiada lagi peristiwa menge'boo' pemain sendiri dek kerana sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan EPL, heh.Juga diharapkan ramai yang berbaju biru malam ini keran sudah di'comform'kan oleh FB Malaysian National Football Team. Dan dari twitter @Zainal abidn rawop : berkemungkinan besar ada siaran langsung antara Malaysia lwn Liverpool di Astro Super Sport 817. -Tertakluk pada Proevents- semoga betullah hehehe..
Akhir sekali ingin berkongsi peringatan yang disampaikan arwah lagenda bola sepak Malaysia Iaitu MOkhtar dahari@ super MOkh yang berkata'if you"re ashamed to stand by your colours , you better seek for another flag' legendary Mokthar Dahari
Andai anda tengok fan LIverpool boo itu bukan bermaksud rakyat malaysia kerana info terbaru mengatakan yang mana semasa 'match Arsenal semalam boo adalah dari fan negara jiran jadi janganlah mereka boo anda pon ikut serta boo lagi satu untuk elakkan kekeliruan diharap semua rakyat malaysia memakai baju biru, otak kuning ke otak hijau ke otak biru ke baju mesti biru..bereh...Semoga malam ini anda dapat mengikut pasukan gergasi Inggeris Insya-Allah...
[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN HTC klik [SINI]
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
Sudah seminggu demam kuning melanda negara kita namun masih belom kebah lagi dengan pelnagai andaian juga pendapat masing tentang rasionalnya perhimpunan bersih 2.0 in.
Nasihat aku kita saling berhujah sesama sendiri lagi-lagi sesama islam janganlah sampai bergaduh sakan dan menyimpang dari niat ingin berkongsi pengetahuan serta pendapat lalu menimbulkan dendam. Tiada salahnya mengambil tahu keadaan semasa tapi janganlah lebih kuah dari sudunya, kita yang bawahan bergaduh sakan melalui fb mahupun laman sosial lain tapi yang atasan relax je siap minum kopi secawan heh.
Tapi entry ini bukan nak sentuh isu ini tapi isu yang tiada kaitan dengan politik tapi ada kaitan dengan pengguna ASTRO sekalian. Tadi aku ada membaca tentang penafian pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang disampaikan oleh menterinya,Datuk Seri Rais Yatim.
Manakala bagi pihak Astro pula mereka telah mendapat kebenaran dari pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan MUltimedia.Jadi timbul isu seperti
Macam mana KPKK tidak mendapat sebarang permohonan dari Astro tapi tiba-tiba kadar dinaikkan?
Apakah kaitan SKMM dan KPKK dalam segi pembahagian bidang tugas kementerian juga suruhanjaya tersebut?
Adakah dengan sewenang-wenangnya Astro berhak menaikkan cas mereka di kemudian hari andai berlau lagi pertembungan seperti ini?
Jadi siapakah yang tertipu disini? semestinya kita sebagai pengguna, ingin mengadu kepada siapa untuk menurunkan kembali cas tersebut? Setahu aku di pedalaman ramai rakyat yang melanggan Astro semata-mata untuk mendapatkan siaran televisyen dan tidak terbebankah mereka dengan keadaan pedalaman yang susah untuk mendapatkan mata pencarian mereka ditambah pula kenaikan cas penyelarasan tersebut. Andai tiada siaran maka terasinglah mereka dari dunia luar.
Bagai pepatah melayu''Ayah dan Ibu bercerai, Anak yang mendapat tempiasnya'
Jadi sama-samalah kita menunggu jawapan dari pihak terlibat namun cas penyelarasan tersebut sudah pun secara rasminya dikenakan dan pelanggan semestinya membayarnya.Ini baru kes ASTRO belum masuk kes cas cukai Topup lagi...SINI, aku yang belum bekerja ni pun sudah terasa bahang bil-bil tersebut apatah mereka yang sudah dan sedang menangungnya.
[+] Tiket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI], [SINI] dan [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN HTC klik [SINI]
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]
Salam dan selamat pagi..berlalulah sudah 9 JULAI 2011 dengan penuh pengalaman bagi mereka yang merasainya...juga menjadis sejarah hitam atau putih bergantung pada pemikiran mereka...BERSIH
Alhamdulillah segala yang berlaku semalam berakhir jua keadaan yang boleh dikatakan aman kerana waaupun diserang dengan water cannon dan juga gas pemedih mata tp peserta perhimpunan masih lagi beradab sopan dengan menghulurkan salam kepada pasukan pbt fru juga polis. Namun sejenak kita semua bersedekahlah surah Al-Fatihah kepada arwah Baharudin Ahmad, 58 tahun, SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DI SISI ORANG2 YANG SOLEH...kerana dikhabarkan meninggal dunia semasa perarakan petang tadi. Andai aku mengatakan ini salah FRU dan Polis yang melemparkan gas pemedih mata dan menghambat mereka tidak boleh juga kerana akan ada pendapat seperti 'siapa suruh dia cari nahas' begitulah berbezanya pendapat diantara kita semua. Wallahua'lam
teringatkan arwah abah yang selalu memakai kopiahnya...sadis melihat ayah-ayah kita diperlakukan sedemikian hanya kerana berhimpun...digari diheret...
Berbeza pendapat bagi aku tiada salahnya kerana sepanjang hari ini aku ada juga bersama kawan-kawan bertukar pendapat walaupun tidak menyertai perhimpunan namun aku menyokong kerana tuntutan yang dibawa adalah lumrah keadilan yang akan dituntut oleh semua manusia. Namun Janganlah kerana perbezaan pendapat membuatkan kita merobohkan perikatan sebagai muslim dan muslimah yang wujud diantara kita sebagai seorang Islam.JANGAN. Kita berbahas bukan kerana dendam namun keran ingin berkongsi serta bertukar fikiran dan memperbetulkan apa yang tidak betul. Dan disini juga ingin aku katakan yang aku tidak sepenuhnya menyalahkan pihak polis juga fru kerana mereka hanyalah orang bawahan yang harus menurut perintah dan tidak juga salahkan mereka yang berdemonstrasi kerana mereka hadir membawa tuntutan dalam keadilan hak-hak mereka. BAgi aku yang boleh dikatakan selalu 'update' tentang perhimpunan ini mengatakan bahawa saluran yang boleh mereka toleransikan sudah tertutup seperti
1)andai mereka membuat laporan akan salah laku kemungkinan laporan itu akan dibakulsampahkan kerana kebanyakan laporan yang di adukan tiada mendapat perhatian serius dari pihak berkenaan.
2)Seperti yang kita tahu mereka juga telah bertolak ansur dengan mengubah tempat perhimpunan ke stadium namun tidak diberi kelulusan mengapa ini harus berlaku padahal janji dari pemimpin tertinggi kepada mereka supaya menyalak sampai pagi sudah dikeluarkan dan juga lampu hijau untuk melakukan dalam keadaan aman juga sudah mendapat perkenan dari Ketua Negara iaitu YDA..
Dan rasional bagi aku kenapa pembangkang menyokong semua ini kerana mereka mahukansemua yang dilaksanakan dengan lebih adil dan telus dan bagi aku tiada salahnya juga andai kerajaan sekarang menyokong juga tuntutan ini andai mereka juga inginkan pelaksanaan adil dalam sistem di negara kita ini.
Tapi kenapa mereka harus memprovokasikan serta mempromosikan secara tidak langsung akan perhimpunan ini dengan mengadakan sekatan jalanraya besar-besaran di seluruh negara bagaikan ingin menangkap penjenayah kelas S(naruto kejap) juuga antarabangsa? kenapa? adakah mereka melakukan sedemikian kerana ingin menggalaskan kesalahan kesesakan lalulintas kepada perhimpunan ini? Ini dapat kita bezakan dengan perhimpunan luar negara yang berlaku dengan aman dengan permit diberikan dengan sukararela malah di China negara komunis sekalipun tapi negara kita yang pernah menganjurkan Sejuta belia disertai dengan konsert-konsert 'amal; dihalan dlam melakukan perhimpunan yang hak bagi rakyat sepertiyang termaktub dalam Perkara 10 perlembagaan negara. mengapa?
Dan ketika ini juga ramai kawan-kawan sekeliling aku yang secara cakna mengambil tahu siapa itu ambiga yang bagi aku sendiri pun sebelum ini tidak pernah tersebut nama ini dibibr mahupun terlintas dalam kepala otak aku tiba-tiba menjadi sebutan sampaikan disiasat individu ini sampai ke lubang kerongkong beliau. Bagi aku, ingin aku sebutkan yang mengapa kita harus memarahi beliau atas penglibatan beliau dalam kes murtas juga lina joy, ikutkan hati aku ada marah tapi rasionalnya dia adalah non-muslim of course she will at the other side as expected namun yang aku hairan kenapa peguam yang membela lina joy yang beragama islam tidak disiasat oleh mereka? juga indiividu melayu beragama ISLAM yang terlibat dalam SIS juga dlam tuntutan IFC tidak dirungkai sedikitpun tentang mereka? Wujud je bersih tiba-tiba semua dikaitkan. mengapa?
Dan bagi aku juga tiada salahnya andai sesuatu tampuk pemerintahan bertukar tangan kerana ia akan membawa kebaikan dari keburukan dan membuatkan pemerintah tidak terlalu alpa dengan kekuasaan yang ada pada mereka dan seperti amerika (ramai rakyat malaysia idolakan rakyat amerika kan?) mereka juga bersilih ganti parti pemerintah mereka. Akhir sekali sebagai Islam aku ingin menegaskan yang pemerintahan islam akan menjadi pilihan aku kerana itulah yang seharusnya dipilih oleh kita sebagai Muslim yang di akhir nanti tegak berdiri di akhir Zaman berkat pertolongan dan terlaksananya janji-janji dariNYA...InsyaAllah.
Andai anda kata'buat apa ikut orang kafir buat demonstrasi jatuhkan dan pecahkan orang melayu sahaja". Kadang-kadang aku teringat yang orang yahudi juga dilaknat kerana terlalu taksub dan mengagungkan bangsa mereka bukan agama mereka jadi janganlah kita mengikuti mereka dan tidak semestinya bila kita mendapat 'title' Melayu Beragama Islam semuanya baik kerana tanpa ajaran dan applikasikan apa yang dipelajari dalam agama kita tiada bezanya dengan mereka bahkan mereka ada kebaikan lebih dari kita. Ada Melayu Islam MAkan rasuah tapi mereka tidak makan rasuah malah menentang pula akan amalan ini. Salahkah andai kita menyokong sesuatu kebaikan yang disebut amar makruf nahi mungkar ini? Salahkah kerana mereka adalah non-muslim? Mereka non-muslim kerana mereka belum mendapat hidayah dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka mendapat hidayah InsyaAllah mereka akan menjadi Islam yang lebih baik dari kita yang sejak azali dan dilahirkan lagi Islam namun amalan...Wallahua'lam.
Juga bagi mereka yang memikirkana bahawa perhimpunan ini meMALUkan negara tapi pernahkah anda terasa malu dengan pemfitnahan video lucah, kaitan Pm dengan pembunuhan yang bagi aku as a muslim rasa malu dengan orang non-muslim banyak lagi benda yang seharusnya malu namun kita mezalimi malu itu dengan tidak meletakkannya pada tempat dan keadaan yang sepatutnya, malukah anda menutup rambut tapi dada terdedah(terkeluar sedikit) pernahkah anda fikir sebelum meletakkan malu itu pada mereka yang berhimpun dalam mendapatkan keadilan hak mereka? tambah pula memalukan Islam dan ketua negara dalam pertunjukan fesyen yang kononnya memartabatkan negara dan agama.Bolehkah mereka?
InsyaAllah berkat doa alim ulama di kota suci mekah akan termakbul dengan mudahnya bagi pembalasan terhadap mereka ayng menzalimi rakyat InsyaAlalh amin..ada juga yang ingin menunaikan solat dimasjid namun dihalang...sedarkah anda???berikut beberapa video yang dapat diambil oleh beberapa peserta untuk ttatapan anda semua...
Sekian saja tentang bersih...
Andai ambo slah bicara sila betulkan kerana insyaAllah ambo boleh menerima teguran InsyaAllah
Sama-samalah kita doakan kebahagiaan dan keamana didunia dan diakhirat bersama-sama saudara-saudara kita semua..amin
Alhamdulillah akhirnya negeri ambo negeri cik siti wan kembang mengukir sejarah dengan memenangi Piala Liga super 2011 selepas piala sebelum ini piala fa terlepas dari genggaman berkat doa dan usaha pemain The Red Warriors serta penyokong dan juga pemerintah.
Perlawanan semalam yang menyaksikan pertarungan diantara kelantan dengan Sabah yang agak sengit dengan pelbagai aksi pertahanan juga serangan dari kedua-dua pihak. Tidak dinafikan aksi penyerang kelantan Norshahrul @ Mat Yo yang menjaringkan gol pada minit ke 6' dan 72' semalam membolehkan kelantan menjulang Piala LS 2011 pada kali ini juga membuktikan kemampuan beliau sebagai penyerang kebangsaan.
Gol Jaringan Mat Yo
Tidak lupa juga barisan tengah yang bijak menyusun strategi bagi membolehkan barisan hadapan maju ke hadapan kotak penalti pihak lawan bagi mendapatkan jaringan. Cuma ada beberapa kekurangan lagi yang perlu diabaiki seperti 'passing' bola yang kadang-kadang membuatkan usaha pemain-pemain terbantut ditengah kerana bola yang didimilik dengan mudah diambil @ "intercept" oleh pihak lawan. Tidak kurang dengan peluang yang tersia-sia oleh Izuan Salllehudin yang mungkin mudah untuk disudahkan andai cukup pengalaman, untuk itu amatlah perlu andai Izuan dapat menambah lagi pengalaman yang sedia ada juga diberi peluang untuk beraksi lebih kerap oleh m.Karathu.
Bagi pertahanan pula prestasi ketiga-tig pemain amat baik kerana kerana dapat mengawal keadaan di dalam kotak penalti dengan tenang cuma ada beberapa ketika keadaan menjadi kelam kabut yang membuatkan pemain lawan dapat mengutip jaringan dari kekurangan tersebut. Pemain pertahanan perlu lebih tenang dalam keadaan yang mendesak, pemain tengah juga perlu dipuji seprti Izuan kerana sanggup turun dalam membantu pertahanan.
Dan akhir sekali penjaga gol kegemaran ramai Apek yang beraksi semalam dengan kecederaan bahu yang dialami perlawanan sebelumnya. Namun kemahiran beliau dalam 'predict' serangan amat baik. Buat azwan roya yang berada di bangku penonton kerana tidak turunkan disebabkan beberapa kekasaran yang dilakukan, kami tunggu anda di perlawanan yang akan datang.
Tidak lupa juga semangat yang ditunjukkan trw legacy yang sanggup terbang ke negeri di bawah bayu dlam memberi sokongan kepada pemain-pemain...anda memang penyokong no 1...steady.
Sekian GO More Kelate Go More.. TRW fans....keh3...
Masih ramaikan yang ingat akan tarikh 27 REJAB ? yang ingt mungkin hanya 25 disember, 14 februari....
Di tarikh ini berlaku satu peristiwa bersejarah didalam gulungan sejarah Islam iaitu Isra' dan Mikraj yang dilalui oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. Disini sama-samalah kita menyusuri apa yang berlaku di tarikh bersejarah ini.
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
Ulasan SI; didalam keghairahan era globalisasi dan juga arus pemodenan ramadun kita tidak harus lupa akan peristiwa sebegini yang harus kita percaya dan semai didalam jiwa dan hati kita serta pewaris demi kegemilangan Islam. Namun berapa ramaikah yang masih ingat akan peritiwa ini yang bagi aku kebanyakannya sudah alpa akan arus dunia masa kini yang hanya ingatkan hiburan sahaja?
Blog gue di buffered n metered oleh pakcik nuff??? ini pertama kali sepanjang aku berblogging hehehehe..
Agak terkejut apabila aku buka akaun nuff tadi dan lihat aku dalam tidak perasan dapat buffered dan metered eanings walaupun ciput tapi bagi aku itu dah ada peningkatan dan membuatkan aku lagi nak mengaktifkan diri dalam berblogging hehehehe..walauapapun terima kasih pakcik nuff atas jasa mu selama ini...
Tidak lupa juaga pada teman-teman blogger yang selalu datang dan tanpa jemu mengklikkan iklan di blog aku ini...Terima kasih tidak terhingga kawan..
Perghh. Patutlah ada budak2 fb perempuan pakai baju seksi-seksi dalam pic profile mereka. Jangan2 ini lah kot kerja mereka di belakang2 beb. Jual tubuh untuk hidup mewah. Yang lebih dasat lagi dorang tue pelajar lagi. Makk ai. Memang tak boleh blah.
Menerusi laporan the star yang aku translate kan dalam bahasa ;
1. Seorang pelajar sekolah menengah berjaya meraih rm30k tahun lepas semasa cuti sekolah penggal akhir dalam aktiviti jual tubuh di fb.
2. Pelajar itu yang berasal dari kuala lumpur telah menjual tubuhnya dari rm250 hingga ke rm800 per customer untuk meraih pendapatan lumayan bagi membeli barangan mewah.
3. "Saya buat seks sekurang-kurangnya lima kali sehari. Saya akan ambil masa seminggu tiap-tiap bulan untuk bercuti [berehat dari jual tubuh]. <-- pengakuan pelajar tue
4. Menurut laporan akhbar tue lagi kegiatan tidak bermoral ini memang berleluasa di kalangan pelajar sekolah yang mana pelajar2 dari negeri penang, jb, kl dan melaka antara yang dikesan melakukan aktiviti seks melalui fb.
5. Selain dari aktiviti menjual tubuh mereka juga jual aktiviti lain seperti ;
- seks melalui telefon =rm150 per customer <-- apsal aku terasa cam promosikan dorang plak neh?
- MMS gambar bogel rm10 setiap satu <-- wey, aku bukan promosikan kegiatan neh weh.
6. Kegiatan neh terbongkar apabila pihak polis menyamar sebagai pelanggan dan menghubungi mereka melalui sms untuk mendapatkah khidmat seks. Kes ini sedang disiasat oleh pihak polis.
Patutlah ramai sangat yang marah bila perempuan2 taknak tutup aurat dalam fb masing2. Rupanya ada kegiatan seks macam. Pihak polis tak dedahkan agama ataupun bangsa pelaku tue so takmo lah tuduh2 sapa kan. Cuma nya kena faham persepsi awam timbul apabila memang wujud segilintir individu yang jual tubuh badan di fb. Mereka pakai seksi2 untuk raih perhatian. Tayang atas bawah. Lepas tue upload gambar seksi2.
Ada lah dulu satu perempuan. Dia melayu + islam lah macam pengakuan dia. Dia pakai baju seksi2 then upload kat fb suruh orang komen. So lelaki2 lah ramai yang komen. Cakap cantik dan segala bagai lah kan. Then dia upload gambar yang lain pula. Juga seksi segala bagai. Apakah ini salah satu modus operandi mereka? Perghh.. kalau lah mak bapak budak2 neh tahu..
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. “ - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah…
Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
~ dah nampak dah…
Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”, sabda Rasulullah S.A.W.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ’Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? ‘
Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’ – Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…
Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”- Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah…
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.”- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani
>~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada….
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. : “Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…
Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok…
Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu – Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie…”
Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq…
Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²” – Sahih Muslim
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’
Dari apa yang ditulis di atas dapat aku simpulkan hari demi hari bumi kita walaupun nampak tidak bernyawa namun ia masih tetap ciptaan ALLAH S.W.T dan ia juga ada waktu kematiannya iaitu disaat Kehancuran pabila datangnya Hari Kiamat. Ini dapat dibuktikan dengan kejadian-kejadian iaitu pabila sesuatu tempat yang bagi sains adalah mustahil untuk berlaku namun ia berlaku kerana Dia ingin menunjukkan bahawa Dia berkuasa melakukannya keran Dia Yang Maha Berkuasa sekalian Alam.InsyaAllah.
Ingin aku petik dari kata-kata Tuk Guru yang berbunyi
"Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun balik kampung, alhamdulillah. Tapi sedarkah kita, bila tiba kita di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang Kelantan tidak boleh balik Kelantan, orang Terengganu tidak boleh balik Terengganu. Semuanya kekal di akhirat sahaja tanpa dapat balik semula. Beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak dibenarkan lagi balik ke kampung lagi..."
Jadi sama-samalah kita menggunakan juga melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan di kala masih ada kesempatan seperti juga pepatah
'sembahyanglah kamu disembahyangkan,berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan'
'ambil lima perkara sebelum lima perkara'
Sama-samalah kita mengingatkan sesama kita....InsyaAllah kerana itulah peranan kita sebagai khalifah iaitu slaing menasihati dan mengingatkan satu sama lain..
Life's like a road that you travel on. Sometimes you bend, sometimes you stand and sometimes you turn your back to the wind. Life is a highway and we will always be the one behind the steering wheel. Well, at least, that's how Jack Lim, DJ Lin and DJ Aanantha portray their lives. They are the figures we ought to look up to and they are our ambassadors to Proton Persona. Behind their success, they each have an interesting journey to share so do share with your friends and take a peek into what defines 'better' for Jack Lim, DJ Lin and DJ Aanantha today! With Persona, it's always Better, Undoubtedly.