Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Showing posts with label red warriors. Show all posts
Showing posts with label red warriors. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Sambutan Juara Treble 2012 bersama Tuanku

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...

Setelah sebulan berlalu episod kejayaan negeri penulis Kelantan Darul Naim, Negeri Che Siti Wan Kembang juga Serambi Mekah In Shaa Allah, baru kini rakyat berpeluang untuk bersama-sama meraikan kejayaan yang dibawa pulang oleh pahlawan merah @ TheRedWarriors dengan memenangi Piala Fa, Piala Liga Super dan paling berprestij, Piala Liga Malaysia. Ditambah dengan beberapa berita-berita tentang perpindahan dan juga diskriminasi media-media cetak dan elektronik yang kadang-kadang tidak menerbitkan isu-isu positif dari negeri ambo ini namun  penyokong dan barisan pengurusan tetap teguh bersama-sama Kelantan The Red Warriors.

Alhamdulillah sambutan kali ini akan disertai orang yang disayangi dan disanjungi oleh sekalian penduduk Kelantan Darul Naim iaitu Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-5 yang bertempat di Stadium Keramat Kami, Stadium Muhammad Ke-4.


Bertepatan 20hb November akan berlangsunglah majlis keramat ini dimana keTIGA-tiga Piala ini akan dibawa menghadap kebawah DYMM Al-Sultan di majlis santapan malam dan kemudiannya PIALA-PIALA ini akan diarak oleh Pemain juga Penaja The Red Warriors bersama-sama Kenderaan Berhias melalui Kota Bharu Bandar Raya Islam menuju perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-4. Di perkarangan ini juga akan diadakan pelbagai acara-acara sampingan untuk mengeratkan lagi silaturrahim segenap lapisan rakyat yang sentiasa menjadi Pemain Ke-12 TRW yang selalu bersama jatuh dan bangun.
kenangan bersama abang penulis di Stadium Shah Alam

Pada 20hb nov pemain bersama 3 piala dibawa ke penghadapan DYMM AL SULTAN kita di majlis santapan malam..Selepas itu piala akan di arak OLEH PEMAIN DAN PENAJA DLM KENDERAAN BERHIAS melalui bandar KOTA BHARU ke perkarangan STADIUM di mana pelbagai acara di adakan. Pada saing sobat ambo tu pakat turun la belako-lako mugo bukey sene nk tengok ke3-3 pialo ni duk senegeri boh.

Berikut jadual sambutan ini yang di"copypaste" dari FB [Amierul Hisham]

20Nov di dataran SSM4KB - Tentatif Program

3pm-6.30pm Pertandingan dan Pameran TRW Excel Autoshow
8.30pm Tayangan Video, Kuiz, Cabutan bertuah
9.30pm Persembahan pentas - Dikir Warriors
10.30pm Penyampaian Hadiah pemenang TRW Excel Autoshow
10.45pm Persembahan Pentas - Adam AF2
11.30pm Ketibaan konvoi perarakan kereta berhias pasukan dan piala, bersama kereta berhias PBJ, Penaja dan Kelab Penyokong
11.45pm Ucapan TSAM dan pengumuman senarai pemain Kelantan 2013
12.15am Bersurai

p.s : KELAB PENYOKONG YG INGIN TURUT SERTA MENGADAKAN KERETA BERHIAS SILA HUBUNGI SU AGONG KAFA.SAYA AKAN BUAT BEBERAPA PENGUMUMAN PENTING DI MAJLIS TERSEBUT...SEMUA DI JEMPUT MENYERTAI PERARAKAN BERSEJARAH INI...dr TSHAM

kenapa Kelantan dicemburui ??? tengok SINI

Monday, August 27, 2012

Juara Liga Super Vs Juara Liga Perdana

Bismillahirrohmanirrahim....
Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Alhamdulillah berlalu lah sudah sambutan aidilfitri di rumah aku namun dirumah orang mungkin belom habis lagi. Begitu juga dengan warga desa yang kebanyakkannya sudah kembali ke negeri perantauan mereka masing-masing.





Entry kali ini berkaitan dengan perlawanan bakal mendapat "rate" penonton tertinggi minggu ini iaitu diantara TENTERA melawan KELANTAN (ATM VS TRW), yang mana kedua-dua pasukan merupakan pasukan juara liga berbeza musim ini iaitu ATM juara liga perdana manakala Kelantan juara Liga Super. Kedua-dua pasukan ini bakal berentap dalam merebut juara kumpulan B dalam Piala Malaysia musim ini.

Perlawanan ini bakal berlangsung di Stadium Selayang pada esok hari 28hb Ogos 2012 yang mana stadium ini merupakan stadium "HOME" bagi ATM. Siaran langsung dari ASTRO ARENA Saluran 801 bermula 8.00 malam.

Bagi mereka yang tiada Saluran Astro bolehlah pergi ke "bigscreen" sekitar bandar kota bharu seperti Blockbuster Big Screen: ATM lwn Kelantan anjuran KELATE.NET bertempat di RTM Kelantan, Wakaf Che Yeh.Selain dari tayangan "bigscreen" ini terdapat juga aktiviti sampingan juga hadiah untuk dimenangi serta persembahan dikir barat. Oleh itu, bawalah keluarga anda untuk menonton serta memeriahkan majlis ini.
https://www.facebook.com/pages/Kelantan-The-Red-Warriors-KB/104009546352650

Bagi perlawanan ini, ambo harap sangat agar "1st 11" TRW memberikan persembahan yang terbaik berbanding aksi hambar dalam 2 perlawanan sebelum ini, yang mana ambo ada di stadium semasa perlawanan menentang Kedah 2 hari lepas yang mungkin bagi ambo menang nasib. Bukan memperlekehkan aksi TRW tapi dari segi aksi kelmarin bagi ambo TRW boleh tunjukkan lebih lagi aksi andai diikutkan prestasi semasa Liga Super baru-baru ini.

Ambo berharap benar TRW menang malam esok supaya dapat lagi TRW memberi saingan sengit kepada pihak lawan dan menjadi juara kumpulan B. InsyaAllah. Dan ambo berharap juga abe Daudsu boleh turun main sebab andai Abe Daud tiada rasa tidak kukuh pertahanan TRW kita juga harap Abe Mat Yo boleh buat gol malam esok, lama sudah Abe Yo tak buat gol, rasa rindu nak tengok demo buat gol.

p.s: pada mana-mana pembaca yang ingin turut serta untuk Blcokbuster Big screen anda boleh klik link INI untuk maklumat tambahan.

Sekian GO MORE Kelate GO MORE!!!

Updates:

Alhamdulillah setelah berhempas pulas dan berbagai strategi yang disusun dapatlah TRW mendapat keputusan seri 1-1 hasil jaringan pemain pertahanan iaitu Obinna di akhir masa yang ke 2. Apa yang aku agak tidak puas hati adalah tangguhan masa yang agak lama 13 minit akibat hanya balingan 1 @ 2 botol air agak keterlaluan keputusannya dari pengadil. Bukan memandang rendah mutu pengadilan dalam negara tapi andai pengadil luar negara seperti Liga Inggeris , yang mengadili perlawanan semalam tidak akan menangguhkan perlawanan terlalu lama akibat botol-botol air yang dibaling masuk padang seperti semalam. Ini kerana ia boleh menyebabkan motivasi pemain yang ketinggalan akan merudum. Namun harap-harap tiada lagi kejadian semalam. Dan juga buat para peminat semua janganlah terlalu mengikut emosi semasa perlawanan kerana kita datang untuk menyokong bukan membuat kacau bilau. Andai pasukan kita ketinggalan kit sebagai penyokong haruslah berterusan memberikan sokongan kepada pasukan kita supaya mereka dapat bangkit.

Sekian, Jumpa lagi demo ATM di KB...see u soon.

Friday, May 4, 2012

The Red Warriors Menang Lagi

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam lewat malam..

Alhamdulillah rindu rasanya lama tidak menjeguk diruang ini yang sudah mencapai 7 bulan tiada entry baru dari saya, keinginan untuk menaip ada cuma terlalu banyak komitmen lain membuatkan keinginan itu di'kiv' seketika. Dan sekarang keinginan untuk berkongsi pendapat diruang yang tidak berbayar ini kembali lagi,walaupun banyak kerja tapi diteruskan jua.

Entry pembuka bicara blog penjejak kehidupan bagi tahun 2012 adalah berkaitan dengan kemenangan bergaya oleh Skuad TRW yang dengan gagah membaham lions twelve 3-0 di laman sendiri. Walau berbagai tohmahan sebelum perlawanan yang diberikan kepada skuad ini seperti padang bermasalah dan penyokong ganas namun semuanya terkubur didada akhbar dan dianggap fitnah menjatuhkan maruah The Red Warriors semata-mata.
Namun lagi menyedihkan adalah tohmahan dan fitnah yang disebarkan di media masa pihak lawan adalah dari tanahair kita sendiri dan itulah paling menyayatkan hati aku. Apa salah the red warriors dalam menaikkan nama pasukan,negeri kami juga negara kita sampai ditohmah saja saban perlawanan. Walau banyak kali menaikkan nama di persada antarabangsa tidak kira dari kerjasama berpasukan di perlawanan peringkat antarabangsa (AFC) mahupun dari individu pemain itu sendiri dalam skuad kebangsaan namun tohmahan masih ditujukan kepada The Red Warrriors, tidak cukup dengan itu plot menjatuhkan Presiden TRW juga dikenalpasti dari sumber-sumber yang dikongsi diinternet adalah akibat dengki dan penyelewengan.
Namun dengan semangat yang tinggi semua itu diabaikan dan diatasi oleh semua individu didalam TRW dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari seluruh penyokong TRW seperti menderma 1 sen seorang bagi menbantu Pres TRW membayar kos pendakwaan kes beliau baru-baru ini demi menunjukkan kami semua bersatu hati demo pasukan kesayangan kami semua.

Dan dengan kemenangan malam ini yang menyaksikan jaringan dan 'save' bertaraf antarabangsa < bukan aku cakap tapi komentator semasa perlawanan cakap >dari kerjasama para pemain dan penjaga gawang,Apek telah membuktikan bahawa kelab ini boleh maju lagi ke depan dalam menaikkan nama kelab,negeri dan negara.InsyaAllah.

Jom LAYAN VIDEO SINGA gagah Diterajang KIJANG kikiki



Akhir kata dari saya, walau apa pun yang diberikan kepadakami, duri mahupun halangan kami penyokong setia RED warriors sentiasa bersama bersatu demi pasukan kesayangan kami... bak kata POK DOGOL
" anda boleh membunuh 100 orang kelantan, namun anda tidak dapat memusnahkan jiwa 1 orang kelantan"

"Tidak Lupa Selamat Hari Lahir Bojan Hodak" semoga panjang umur dan mendapat hidayah dariNya.

sekian saja dari saya...

Selamat Malam

p.s: tido peluk bantal ambo male ni keh3....

Wednesday, July 6, 2011

TRW Juara Liga Super 2011

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Alhamdulillah akhirnya negeri ambo negeri cik siti wan kembang mengukir sejarah dengan memenangi Piala Liga super 2011 selepas piala sebelum ini piala fa terlepas dari genggaman berkat doa dan usaha pemain The Red Warriors serta penyokong dan juga pemerintah.

Perlawanan semalam yang menyaksikan pertarungan diantara kelantan dengan Sabah yang agak sengit dengan pelbagai aksi pertahanan juga serangan dari kedua-dua pihak. Tidak dinafikan aksi penyerang kelantan Norshahrul @ Mat Yo yang menjaringkan gol pada minit ke 6' dan 72' semalam membolehkan kelantan menjulang Piala LS 2011 pada kali ini juga membuktikan kemampuan beliau sebagai penyerang kebangsaan.

Gol Jaringan Mat Yo

Tidak lupa juga barisan tengah yang bijak menyusun strategi bagi membolehkan barisan hadapan maju ke hadapan kotak penalti pihak lawan bagi mendapatkan jaringan. Cuma ada beberapa kekurangan lagi yang perlu diabaiki seperti 'passing' bola yang kadang-kadang membuatkan usaha pemain-pemain terbantut ditengah kerana bola yang didimilik dengan mudah diambil @ "intercept" oleh pihak lawan. Tidak kurang dengan peluang yang tersia-sia oleh Izuan Salllehudin yang mungkin mudah untuk disudahkan andai cukup pengalaman, untuk itu amatlah perlu andai Izuan dapat menambah lagi pengalaman yang sedia ada  juga diberi peluang untuk beraksi lebih kerap oleh m.Karathu.

Bagi pertahanan pula prestasi ketiga-tig pemain amat baik kerana kerana dapat mengawal keadaan di dalam kotak penalti dengan tenang cuma ada beberapa ketika keadaan menjadi kelam kabut yang membuatkan pemain lawan dapat mengutip jaringan dari kekurangan tersebut. Pemain pertahanan perlu lebih tenang dalam keadaan yang mendesak, pemain tengah juga perlu dipuji seprti Izuan kerana sanggup turun dalam membantu pertahanan.

Dan akhir sekali penjaga gol kegemaran ramai Apek yang beraksi semalam dengan kecederaan bahu yang dialami perlawanan sebelumnya. Namun kemahiran beliau dalam 'predict' serangan amat baik. Buat azwan roya yang berada di bangku penonton kerana tidak turunkan disebabkan beberapa kekasaran yang dilakukan, kami tunggu anda di perlawanan yang akan datang.

Tidak lupa juga semangat yang ditunjukkan trw legacy yang sanggup terbang ke negeri di bawah bayu dlam memberi sokongan kepada pemain-pemain...anda memang penyokong no 1...steady.

Sekian GO More Kelate Go More.. TRW fans....keh3...


Wassalam..

Saturday, June 11, 2011

Bukan Salah DAUDSU..

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Alhamdulillah tamat sudah musim ini bagi perebutan PIALA MALAYSIA 2011 yang dimiliki oleh negeri Terengganu yang mencipta keajaiban dari kesungguhan mereka.

Dan tidak lupa juga usaha yang di tunjukkan oleh pemain negeri kesayangan aku negeri kelantan 'The Red Warriors' yang walaupun kalah namun permainan yang ditunjukkan semalam amat memuaskan dengan kekangan yang diberikan kepada mat Yo membuatkan dia kurang menonjol semalam.

Juga kehadiran Tuanku Sultan Muhammad ke 5 yang simple tapi mesra rakyat dan Tuk Guru yang berserban dan berbaju merah menambahkan lagi semangat pemain-pemain dan para penyokong...Allahuakbar...:)

Walaupun aku hanya dapat menyaksikan dirumah melalui AStro 801 arena namun terasa bahang permainan mereka yang penuh bersemangat dan insyaAllah permainan semalam tiada unsur-unsur rasuah yang sejak akhir-akhir ini melanda arena bola sepak negara.

Walaupun aku masih bersedih dengan kekalahan semalam namun adat permainan ada kalah menang dan bola itu bulat tiada apa-apa yang dapat diramalkan dengan tepat.Ini kerana walaupun kelantan mendahului dengan mata 1-0 dan dengan semangat menyerang yang tinggi namun akhirnya tertewas juga. Juga ada sedikit ketidakadilan dalam penambahan masa dari pengadil..tapi dah, lepas nak buat cam mana kan2??

Kekalahan semalam juga tidak boleh diletakkan diatas bahu Daudsu seorang kerana andai difikirkan balik semua harus menangung kekalahan ini termasuk penyokong kelantan yang tidak semena-mena membaling mercun mengakibatkan masa permainan ditangguh dan dilanjutkan. Bagi Daudsu pula permainan beliau semalam amat bagus dengan cara 'intercept, 'dribbling' n 'passing' bola yang cantik juga semangat dalam mempertahankan gawang kelantan dan usaha beliau harus di puji bukan dicemuh hanya kerana 'owngoal' yang tidak disangka. Andai di'replay' balik permainan semalam terutama golpenaik semangat terengganu dari daudsu kita dapat lihat yang daudsu hanya ingin membuang bola tersebut kerana masih ada 2 orang pemain lawan di belakang dan andai beliau tidak menanduk bola tersebut, gol masih menjadi milik lawan kerana peluang yang adaakan dimanfaatkan oleh kedua-dua pemain lawan. Jadi kekalahan semalam bukanlah dari DAUDSU. Dan aku 'respect' juga ada segelintir penyokong yang optimistik dalam kekalahan ini, mungkin kerana kerajinan dan kesungguhan Daudsu membuatkan penyokong sentiasa beersamanya..

Jadi piala malaysia sudah menutup tirai dan pemilik piala musimini sudah diketahui jadi tutup buku tentang piala ini dan maju kedepan dalam merebut Piala Liga Super yang semakin menghampiri penamat. GO MORE KELATE GO MORE..iSYaAllah.

Dan sebelum itu ingin lah aku memohon agar andai mereka yang membaca entry ini untuk menghadiahkan AL-FATIHAH kepada  Allahyarham 4 orang  penyokong kelantan yang meninggal dalam kemalangan yang berlaku di pertengahan jalan k.Krai-G.Musang. AL-Fatihah.

DAN bagi penyokong-penyokong kelantan yang taksub itu sedarlah kadang-kadang kekalahan bukan sepenuhnya dari pemain tapi dari kita juga. jadi ambillah ikhtibar dari kekalahan ini.

Bola bola jugok, semaye jange tinggal..pesanan dari MB kelantan Tok Guru NIk AZIZ...terima kasih tok guru walaupun kalah kami dapat CUTI...heh...


sekian Wassalam

Saturday, May 28, 2011

Red Devils kalah, Red Warriors menang...

Salam dan selamat pagi,


Hari ini aku agak keboringan lagi kerna menjadi ceo tempat aku li..keh3...so pe kata kita cakap2 sal geng2 red team fotbal red warriors n red devils.

Sape tengok barca lawan man u semalam..sedey tol aku bajet nak tengok last2 tengok lam mimpi, kalo ada bini bleh tolong kejutkan ni la org bujang kalo nk wat pe2 kena sendiri2 keh3..hurm dengar cite barca hentak man.u 3-1 pergh menangis la alex balik pagi td...siap ada video tangan alex terketar2 lagi aku tgk kat fb...kire hebat giler la barca ni...hurm walo favorite team aku man.u namun barca maen lagi hebat jadi nak x nk kna akui jugalah kehebatan mereka..dan berita baik semalam sal red warriors juga menang 1-0 semalam sumbangan abe piya kito..alhamdulillah naik balik negeri cik siti kito..semoga kelate terus maintan playmatch sek yo sokmo..walaupon previous match agak tensen kalah 2-1 ngan t-team sampaikan abg ipo aku yang pergi match masa tue give up xnk g next match...tapi kata2 dibibir saje nak x nk itu terpulang di hati, last2 semalam dia g gak tengok..keh3...red warriors sejati kui3..

p.s;pada teman2 aku tue li la leklok...kasi penuh log book masing2 keh3...

jom usha2 higllights man u vs barca..dengan muke sedey kui3...

Saturday, October 30, 2010

Final Exam...Final Bola...

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

                                                                         ihsan pakcik google

Tanggal 30hb oktober bermulanya minggu cutiiiiiiiii yahoooo oppssss salah2 minggu study week hehehhe..malam ni juga lah match final piala malaysia antara negeri kelahiran gua Kelantan Darul Naim @ red warriors berentap dengan negeri jang iaitu negeri Sembilan di Bukit jalilnya stadium.

OK mulanya final match dulu...ikutkan perancangan dapat la aku join abg aku g tengok match malam ni lagipun da nak belanja n Hiro nak ikut tapi disebabkan masalah kenaikan harga  tiket yang agak melampau kami terpaksa meng'attend'kan diri ke cafe je tengok guna tv je huhuhu sedih punya sedih...orang kata walaupun jasad tidak bersama namun semangat menyokong kitorang sentiasa bersama red warriorss yeha...yeahhh.. akhir kata buat red warriors majulah sukan untuk semangat kesukanan dan bermainlah secara play safe dan jauhilah rasuah( juga buat pengadi)l kerana seandainya ada unsur sedemikian konpem penyokong akan kecundang serta akan menjadi amukan yang akan memalukan anda,penyokong dan negeri kami..Hidup red warriors...GO MORE KELATE GO MORE...InsyaAllah menang malam ni...x lupa buat penyokong ikutlah nasihat MB kita Tuan Guru yang meminta untuk tidak meninggal kan solat yang wajib sebelum memasuki stadium..bola2 gak..solat xleh lupa..

final case lak nak diceritakan, aku ngan dak bilik masih konpius ni nak start bila walaopun study week da mula namun mood study kami masih entah kemana...huhuh da la carry mark low giler2 babeng..babeng pon x gile cam gini huhuhu..
paper kami sikti je tapi tahap killernya fuhhhh cam buleh repeat je keh3..mintak3 x repeat la..huhuhu


sebelum ni aku ada mengomen sal jadual,tengok sini, lepas bincang2 punya bincang tahap cipan akhirnya masih ada hati dan perut dan kelonggaran diberi kepada mereka yang duk gmbg boleh amik paper kat gmbg dan yang duk pekan boleh di amik kat pekan...selamat disitu..alhamdulillah...

so akhir kata, mintak membe2 doa2 la agarmood kitorg untukstudy kembali secepat mungkin huhuhu...

ok itu saja coretan ptg hujung minggu aku..ngeee

Sekian,terima kasih kerana membaca.

Sunday, October 24, 2010

Man.U dan Polis Traffic

Assalamualaikum dan selamat malam semua..




Fuhh alhamdulillah sampai kembali aku kembali ke bilik selepas mengharungi road block polis td naseb baek x kantoi keh2...aku baru je sampai bilik dari gambang point(kedai feveret ump student) semata2 nak tgok match Man. U naseb baek menang berbaloi jugak la kuo.Masa nak pergi jalan tenang xda road block mahupun lori rempit tapi masa nak balik ada pulak road block aiseyman.gua da la lesen separuh je,separuh lagi on the way(xtaw bila siap) naseb baek la pembonceng aku,si yop berlesen penuh kalo x nanya aku keh2 da la tgh ekonomi kritical. selamat di situ duit keh2.

Man U malam ni main agak hambar coz banyak passing dorg kena interupt lawan main cam x nak je tp naseb baek menang dan chicarito sebagai penyelamat keh2 first time lak  tu menang kat tempat lawan.huhuhu..bola2...ada masa ok ada masa x..
red warrior(tibe2 naik nama) camne la nnt,nama da nak sama cam man u red devil cuma red warriors x diharamkan koz kat lambang ada kijang bukan setan keh2...

Sekian saja terima kasih kerana membaca dan melawat.

Santhiantan Digantung..

Salam petang semua..

Alhamdulillah masih sihat aku walau lama x blogging hehehe



Alhamdulillah sekali lagi kerana negeri kesygan gua selamat meneruskan perjuangan ke final lagi kali ini bertemu lagi negeri 9..nak kata musuh tradisi xda la samapai macam tu tapi boleh la di aktakan lawan tradisi dalam arena bola sepak.ok sekarang kita sambung citersal tajuk post ini. jangan slah paham santhianathan kena gantung x bertali lak k, hehehe post ini aku tulis boleh juaga disebabkan ada ketidakpuasan hati (personal not plural matter) sebab jurulatih kelantan yang digantung selama 6 bulan gara3 beliau mengomen.dah la kes dia mengomen tu kes lama kot huhu time2 critical macam ni baru la nak bauat keputusan ish3...ada kejujuran dan ketulusan x dalam membuat keputusan tue?
adakah ada something ganjil dan pelik di situ.hanya kerana komen beliau di gantung samapai 6 bulan kot bukan kejap da la nak final. xleh ke tangguh jap penggantungan beliau selepas abes final huhuhu...

tapi walau pe2 pon gua harap skuad kijang akan beraksi cemerlang walaupun tanpa pembimbing di sisi huhu..
dan pada penyokong red warriors sume bola2 jugak sebelom masuk stadium solat3 la dulu kang ok bro? baru la berkat pe3 yang kita buat mahupun sokong...lagi satu hope this final match will be more ok than before..hope so la..

go more kelate go more

POst Famous

Total Pageviews