Salam dan selamat pagi..
Alhamdulillah akhirnya negeri ambo negeri cik siti wan kembang mengukir sejarah dengan memenangi Piala Liga super 2011 selepas piala sebelum ini piala fa terlepas dari genggaman berkat doa dan usaha pemain The Red Warriors serta penyokong dan juga pemerintah.
Perlawanan semalam yang menyaksikan pertarungan diantara kelantan dengan Sabah yang agak sengit dengan pelbagai aksi pertahanan juga serangan dari kedua-dua pihak. Tidak dinafikan aksi penyerang kelantan Norshahrul @ Mat Yo yang menjaringkan gol pada minit ke 6' dan 72' semalam membolehkan kelantan menjulang Piala LS 2011 pada kali ini juga membuktikan kemampuan beliau sebagai penyerang kebangsaan.
Gol Jaringan Mat Yo
Bagi pertahanan pula prestasi ketiga-tig pemain amat baik kerana kerana dapat mengawal keadaan di dalam kotak penalti dengan tenang cuma ada beberapa ketika keadaan menjadi kelam kabut yang membuatkan pemain lawan dapat mengutip jaringan dari kekurangan tersebut. Pemain pertahanan perlu lebih tenang dalam keadaan yang mendesak, pemain tengah juga perlu dipuji seprti Izuan kerana sanggup turun dalam membantu pertahanan.
Dan akhir sekali penjaga gol kegemaran ramai Apek yang beraksi semalam dengan kecederaan bahu yang dialami perlawanan sebelumnya. Namun kemahiran beliau dalam 'predict' serangan amat baik. Buat azwan roya yang berada di bangku penonton kerana tidak turunkan disebabkan beberapa kekasaran yang dilakukan, kami tunggu anda di perlawanan yang akan datang.
Tidak lupa juga semangat yang ditunjukkan trw legacy yang sanggup terbang ke negeri di bawah bayu dlam memberi sokongan kepada pemain-pemain...anda memang penyokong no 1...steady.
Sekian GO More Kelate Go More.. TRW fans....keh3...
Wassalam..
1 comment:
duni bola sepak malaysia makin rancak...
ular paling berbisa di dunia
dan cuba bertahan sekuat hati
Post a Comment