Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Monday, March 18, 2013

UMP#1 : Riadah Bowling + Burger Bakar Bigshow

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...
Penasihat Persis UMP n orang lama
Alhamdulillah walaupun aku telah tamat belajar di Ump namun disebabkan masih berada berdekatan dapat juga aku bersama adik-adik dan teman-teman lama beriadah bersama bermain bowling juga menjamu selera denga burger bakar Bigshow di Indera mahkota.

Walaupun aktiviti ini nampak "simple" dan x banyak kerenah namun yang pasti input positif itu masih ada kerana sambil beriadah ianya dapat mengeratkan silaturrahim di antara kami ahli PERSIS UMP baru dan lama.

Dikala awal semester inilah dapat kami bersama untuk me"release"kan tekanan yang dihadapi oleh mereka yang masih bergelar pelajar universiti kerana di awal semester tidak terlalu padat dan banyak kerja untuk disiapkan. Di waktu hujung minggu juga dapat digunakan untuk melakukan aktiviti seperti ini bagi mengisi masa lapang andai tiada aktiviti seperti ini yang pasti pelajar akan duduk mengadap laptop sahaja di dalam bilik.

Teringat akan kembali di waktu aku masih pelajar UMP pabila hujung minggu aku bersama teman-teman akan cuba keluar untuk mengisi masa kami dengan keluar mengambil angin segar luar dari bilik yang penuh dengan tekanan lagi-lagi di UMP Pekan yang pada waktu itu fasiliti seperti gelanggang futsal masih belum ada di situ.

Kembali kepada bowling dan burger bakar, mengikut rancangan selepas penat bermain bowling kami akan berkumpul untuk menikmati burger bakar di East Coast Mall namun sebagai pelajar tempat ekonomi lebih di pilih hehehe dan survey punya survey jumpalah kami akan Burger bakar BigShow di Indera mahkota dengan basic burger bakarnya hanya RM6 berbanding di ECM RM8. Alhamdulillah sambutan dari geng-geng PERSIS gen 5 dan gen 4 sangat bagus dengan bilangan seramai 40 orang kami memenuhi sepanjang 10 buah meja di sini bagaikan sebuah keluarga besar yang tengah reunion. hehehehe.. Selesai makan kami sempat berbual dan berkenalan. Walaupun aku hanya peserta ad-hoc namun aku berasa agak seronok dapat berkumpul dan bersama-sama mereka serta berkongsi apa yang patut kami kongsikan...

Harapan aku agar adik-adik yang berada di universiti khususnya UMP Pekan dapat menikmati masa mereka sebagai pelajar dengan penuh memori yang indah dan bagus untuk diingati di kemudian hari dan bukan hanya memori mengadap buku,assignment juga keserabutan di dalam bilik sendirian.

p.s: thanks pada akak dan abam2 yang sudi ajak adik bermain bowling dan berburger bakar bersama. semoga hubungann terjalin akan kekal selamanya.

Sekian, Wassalam....

No comments:

POst Famous

Total Pageviews