Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Follow by Email

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Wednesday, March 6, 2013

Steamboat di Kuantan #1

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...

Tarikh Kejadian : 05.03.2013
Tempat kejadian : City Times Hotel,Indera Mahkota,Kuantan
Kos Kerugian : RM23.10 / sekepala
Bilangan Mangsa : 22 orang

Sebulan lebih sudah aku x menulis di ruangan ini, biasa la excitement untuk menulis sudah berkurangan dengan kesibukan hari-hari yang semakin hari semakin berumur diri ini.

Idea untuk menulis selalunya ada namun jejari yang kasar ini tidak berkehendak untuk memetik kekunci komputer. Jadi di masa lapang seketika ini ingin berkongsi secebis kenangan dengan teman-teman kenikmatan steamboat di City Times Hotel yang berdekatan Koleh Universiti Shahputra di kawasan Indera Mahkota pinggiran bandar Kuantan.

Berbekalkan Rm23.10 termasuk "services change = 10%" dan juga "goverment tax = 6%" daripada harga asal rm19.90 untuk setiap seorang atau dipanggil sekepala. Piihan agak banyak yang ditawarkan termasuk pakej "grill" dan ianya dibuka untuk pakej Steamboat ini bermula pada jam 6.30 petang sehingga 10 malam dan anda boleh untuk mula makan dari waktu tersebut sehingga waktu operasi tamat dan surau disediakan juga untuk yang beragama Islam.

Bagi aku dibandingkan dengan dua restoren yang pernah aku nikmati, disini lebih puas hati termasuk bayaran dan pakej steamboat & grill dan layanan juga amat memuaskan walaupun hanya 3 orang yang menguruskan layanan di restoren ini. 4 bintang dari aku. Dan sepanjang aku makan dari 6.30 sehingga 10 malam restoren tidak lengang dan sentiasa penuh meja.

Tinggal 2 minggu lebih lagi untuk aku menikmati yang ada di kuantan bersama-sama teman INSEP-PICT yang walaupun hanya kenal 4 5 bulan namun hubungan agak mesra dengan gurau senda. Semoga di hari mendatang memori bersama-sma akan sentiasa hadir untuk kehidupan yang sementara ini.

p.s: untuk tempahan Restoren City Times Hotel > 09 573 9093 dan juga melalui FB mereka iaitu citytimeshotel semoga anda dapat merasai nikmatnya.

Sekian, Wassalam....


No comments:

POst Famous

Total Pageviews