Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Follow by Email

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Thursday, October 22, 2009

Apa ada Pada 1 Malaysia


Bersempena propaganda baru yang di alami oleh semua rakyat malaysia tidak kira sama ada piahak atasan mahupun rakyat biasa. kalau ada majlis mesti dikaitkan dengan slogan "1 malaysia"
boleh dikatakan semua lapisan kini demam 1 malaysia. jadi aku akt sini ingin memberi pendapat peribadi kerana agak bosan juga aku mendengarnya. aku bukan anti kerajaan mahupun pro pembangkang tetapi pendapat yang berikan ini berdasarkan status sebagai rakyat malaysia.
bermacam-macam sudah propaganda yg dilahirkan oleh org politik semata-mata nak tarik perhatian dan sokongan rakyat. persoalan yang membuatkan aku menulis kali ini adalah..

1.adakah mereka yang melahirkan konsep tersebut memikirkan kesan jangka panjang terhadap rakyat?
2.adakah mereka sendiri mengaplikasikan konsep itu?
3.berapa banyak lagikah yang akan mereka cetuskan idea-idea sebegini?

jadi sampai waktu untuk aku berikan pendapat peribadi aku. bagi persoalan pertama. bagi aku la. konsep satu malaysia ini akan mendatangkan kesan agak kurang menyenangkan untuk kaum bumiputera. contoh mengapa aku mengatakan begini adalah salah satunya biasiswa nasional. biasiswa jpa sudah dimonopoli oleh kaum tertentu walaupun dibuatkan kuota apatah biasiswa nasional @ biasiswa satu malaysia yang diberikan tanpa mengira kaum,bangsa dan agama. aku ada dua org kawan yang mendapat keputusan yang agak baik kedua-dua semester dan dengan penuh harapan di memohon 2,3 biasiswa dan satu pon tak dapat. nak kata keputusan x bagus dua-dua semester dia dapat anugerah dekan. aku kadang2 hairan kriteria macam mana lagi yg diperlukan untuk mendapat biasiswa. dan satu lagi biasiswa yang agak lumayan iaitu biasiswa tun abd razak juga dipohon tapi x dapat. dan aku dapat tahu bukan 'org kami' yang dapat. dimanakah hak kaum bumiputera yang sering 'dipertahankan' oleh pihak kerajaan. dalam berita bukan main nak pertahankan. nak kata kami x berusaha da dapat keputusan yang elok pun saama saja. semakin hari aku fikir, macam istilah 'bumiputera' semakin luas terbuka untuk semua..

bagi persoalan kedua pula aku hubungkaitkan dengan konsep islam hadhari. apakah sebenar matlamat islam hadhari? adakah tulus diperkenalkan konsep ini atau hanya semata-mata untuk tujuan politik. ini kerana kalau diberi nama islam maka haruslah relate dgn ajaran islam tetapi pencetus idea ini sendiri tidak mengaplikasikan apa yang dia sendiri cetuskan. jadi org bawahan @ rakyat yg melihat siuasi ini semestinya idak mengambil berat tntg konsep ini. jadi konsep ini hanyalah sia-sia sahaja. aku mengatakan begini adalah kerana semua org dapat melihat sendiri di kaca televisyen golongan 'pencetus' idea ini mengabaikan ajaran islam dengan bersalam-salaman lelaki dan perempuan sampai ada yang cium pipi dan berpeluk-pelukan pun ada. adakah kita mahu menerima idea org sebegin, sahkan ajaran islam yg sebenarnya tidak diikuti mahu mencetuskan 'islam hadhari'??? fikir-fikirkanlah...

bagi persoalan ke3 aku sendiri tidak tahu sampai bilakah golongan2 atasan ini dapat memberikan 'idea' @ 'konsep' yang mendtgkan kebaikan kpd diri mereka sendiri atau mereka memang tidak putus idea?kalo da macam tu lebih baiklah fikirkan idea yang berbaloi dan
meraka sendiri dapat mengaplikasikan idea itu dari memberikan idea tetapi dia sendiri tidak mengaplikasikannya. bak kata pepatah melayu ' guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'...

dan kita sebagai rakyat janganlah terlalu excited dgn idea2 mereka ini sampai melupakan asas2 kehidupan kita sendiri.

sekian sahaja...

No comments:

POst Famous

Total Pageviews