Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Sunday, October 3, 2010

One Mom and Three Dads

Salam dan Selamat pagi..

Entry ini khas mereka yang teringin men'download' dan melayan cerita korea, tajuk cerita cam pelik je camne seorang mak bleh ada tiga org laki...kan2? so nak taw camne leh jadi sedemikian silalah download dan layan cerita ni.Aku sendiri pun baru abes layan...amat best 4.5/5 star...hehehe..

berikut link2 yang leh korg download cerita ni...serta sedikit sinopsis untuk first brief about this story i put here...enjoy it..




Title: 아빠셋 엄마하나 / One Mom and Three Dads
Also known as: Three Dads and a Mother
chinese title : 三个爸爸一个妈
Genre: Romance
Episodes: 16
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2008-Apr-02 to 2008-May-22
Air time: Wednesday & Thursdays 21:55 (9:55 Korean time)


Synopsis
Song Na Young and her husband, Jung Sung Min, desperately want a child but her husband is unable to get her pregnant. Her husband’s friends decide to help them. But Na Young suddenly loses her husband in an accident and she gives birth to her daughter but does not know which of her husband’s friends fathered her child. The father of Na Young’s child can either be Han Soo Hyun, Choi Kwang Hee, or Hwang Kyung Tae.
Cast
Eugene as Song Na Young Jo Hyun Jae as Han Soo Hyun Jae Hee as Choi Kwang Hee Shin Sung Rok as Hwang Kyung Tae Kim Bin Woo as Park Seo Yeon Joo Sang Wook as Jung Chan Young
http://www.2shared.com/file/12823937/347110ce/One_Mom_and_Three_Dads_Ep01.html
http://www.2shared.com/file/12819353/40cc6c33/One_Mom_and_Three_Dads_Ep02.html
http://www.2shared.com/file/12819450/dc8a2b0c/One_Mom_and_Three_Dads_Ep03.html
http://www.2shared.com/file/12819785/1b081f97/One_Mom_and_Three_Dads_Ep04.html
http://www.2shared.com/file/12820180/5547a2f0/One_Mom_and_Three_Dads_Ep05.html
http://www.2shared.com/file/12820759/9db818ab/One_Mom_and_Three_Dads_Ep06.html
http://www.2shared.com/file/12821657/c37e38fe/One_Mom_and_Three_Dads_Ep07.html
http://www.2shared.com/file/12823600/8a649193/One_Mom_and_Three_Dads_Ep08.html
http://www.2shared.com/file/12824793/5eba29ee/One_Mom_and_Three_Dads_Ep09.html
http://www.2shared.com/file/12879738/90d4f41/One_Mom_and_Three_Dads_Ep10.html










Bagi mereka2 yang xtahu @ x biasa download berikut cara untuk men'download'
1.Pergi ke www.2shared.com
2.Copy url diatas atau boleh tekan direct link tersebut.
3.Paste ke address link then tekan 'enter'
4. Pastu scroll bawah n cari 'save file to pc:click here"
5.Tunggu abes download n layan...

Mungkinkah Datuk Sosilawati Terseksa



Gambar suspek pembunuh bersiri
Alhamdulillah mata aku masih belom mengantukjadi aku ingin mengunakan masa dan mood ini untuk menulis tentang isu yang baru3 ini hangat diperkatakan dan menjadi bualan dikedai kopi serta tajuk muka depan berita3 di malaysia iaitu berkenaan kematian jutawan kosmetik arwah Datuk Sosilawati. sebelum aku mulakan perbentangan pendapat aku ingin di sedekahkan al-fatihah buat arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala kebaikannya dapat membantunya nanti.Yang sebenarnya sudah lama ingin aku tuliskan entry ini namun mood untuk menulis lenyap apabila balik bilik selepas habis kelas jadi kita teruskan dengan apa yang aku ingin katakan..

Ceritanya bermula semasa kepopularan berita(walaupun masa hidup tiada sangat berita tentang beiau) kepergian Datuk Sosilawati, saban hari wajib mesti ada berita tentang beliau sama ada perlu mahu pun tidak perlu. di awal kes aku tidak kisah sgt andai belek surat khabar hanya ada berita tentang arwah namun setelah dua tiga hari aku belek surat khabar berita tentang arwah semakin mengarut dan lari dari keperluan yang sepatutnya, seperti berita bertemu arwah dalam mimpi serta pernah tidur sebantal dengan arwah perlu ke di selitkan di dalam akhbar berita. Aku tahu berita sedemikian lah yang akan melariskan jualan surat khabar namun SEDARKAH kita semua(khususnya pemberita) bahawa sedikit demi sedikit berita yang di "exposed"kan itu akan diterima juga kesan kepada arwah di dalam kubur? Contohnya penayangan gambar beliau yang tidak bertudung,sedarkah bahawa ianya masih dikira walaupun empunya sudah mati. Dan artikel tentang kebaikan yang beliau pernah lakukan mungkin sebelum ini masih diterima dan dikira sebagai amal kebaikan namun setelah menjadi bualan masyarakat mungkin akan membuatkan kebaikan arwah beliau itu menjadi umpatan masyarakat dan menambah seksanya lagibeliau di sana.PERNAHKAH kita fikirkan semua itu? ini aku katakan khusus bagi kes Datuk Sosilawati sebagai analogi bagi banyk lagi kes yang berkaitan.

Jadi ingin aku suarakan disini adalah semakin hari semakin nampak ketidakmatangan para pemberita malaysia(sesetengah je) yang memaparkan berita yang tidak sepatutnya walhal banyak lagi isu3 yang boleh diwarwarkan seperti gejala sosial yang makin meningkat kian hari. dan kalau boleh carilah gambar arwah yang elok untuk dipaparkan bagi tatapan umum supaya tidak amenambahkan lagi seksa arwah...

Akhir sekali sama3 lah kita menjaga aib insan lain kerana insyaAllah di padang Masyar nantiAllah akan menjaga untuk kita.

Sekian saja terima kasih kerana membaca.

selamat malam semua..

Kenapa AKu Blogging???

salam dan selamat petang semua..



xtau kenapa hari ini raa banyak idea pulak, mungkin da lama x berblogging kot... semasa aku baca entry bro zairie ni tentng kenapa aku berblogging mengingatkan aku kembali tujuan aku berblogging dan dalam masa sebulan aku x blogging juga membuatkan aku selalu fikir aku blogging sebenarnya untuk apa ek? hari demi hari saat demi saat disilih gantikan dengan idea untuk menaip. di awal penglibatan aku, niat aku adalah untuk mencari pendapatan sampingan sebagai seorang pelajar, ye lah sebagai seorang lelaki yang meningkat dewasa serta usia mana x timbul idea untuk mencari duit sendiri dan istilah lain untuk berdikari dari meminta dan bergantung kepada ibu bapa serta adik beradik. Setelah fikir punya fikir dan jalan punya jalan melawat entry orang akhirnya timbul untuk menulis entry ini bagi mengingatkan di kemudian hari seandainya aku buka blog dan membaca entry ini supaya berblogging dengan cara yang betul. 

ok sekarang aku sudah pasti niat aku berblogging adalah untuk mencari serta berkongsi ilmu dalam kehidupan di samping menambah kenalan. ada pepatah yang aku dapat berbunyi” ijazah kehidupan bukan dapat dicari mahupun diberi oleh para pensyarah mahupun dekan namun ia adalah sesuatu yang kita alami,sedari juga pelajari sendiri dalam kehidupan”. dan semestinya semasa berblogging mesti akan wujudnya virtual silaturrahin  iaitu persahabatan maya dengan seseorang yang kita tidak kenal namun disandarkan dengan niat untuk bersahabat selain blogging juga akan disenaraikan sebagai tujuan aku dalam blogging. InsyaAllah semua tujuan ini akan aku kekalkan dan ingati selama aku blogging.

Angelina jolie masuk khutbah Jumaat

Salam dan selamat tengahari semua



Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis di blog ini.Entry kali ini berkaitan khutbah jumaat yang aku dengari semasa solat jumaat kelmarin di masjid universiti aku iaitu UMP. Khutbah kali in berkaitan dengan bencana banjir yang paling teruk di alami oleh salah satu negara yg kebanyakan pendududknya adalah mereka yang beragama Islam iaitu Pakistan. Semasa khutbah jumaat ini juga di lancarkan tabung bantuan untuk menyalurkan derma bagi membantu dan meringankan bebanan rakyat malang ini. Ok sekarang masuk bahagian yang berkaitan dengan tajuk,nk buat cerita  tengah khusyuk2 (khusyuk kot walo ngantuk sikit2) aku terkejut apabila khatib menyebut nama ANGELINA JOLIE satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat movie . Nak tau x kenapa nama beliau disebut? yang konpem bukan skandal mahupun gossip beliau ok( dalam masjid kot kih3) jeng jeng jeng nama beliau disebut adalah kerana beliau merupakan antara penyumbang derma yang paling banyak selain George soros dan juga Bill Gates.gempak x? Kih3 ...x kot...

ok tutup cerita pasal angelina pitt sekarang kita cerita pasal kenapa mereka yang bukan beragama Islam yg ‘excited’ dan laju dalam membantu ketika bencana yang terjadi, sudah tiadakah jutawan mahupun hartawan Islam? Adakah mereka yakni jutawan Islam takut akan berkuranagnya nilai harta mereka andai menderma? Hmm sebenarnya seperti yang kita tahu jutawan2 Islam lah yang sepatutnya mendahului mereka semu kerana mengikut ajaran islam membantu mereka yang di timpa kesusahan adalah sesusatu yang di tuntut. Namun apa yang dapat kita lihat jarang jutawan beragama Islam yang tampail ketika bencana melanda contoh analogi yang senang untuk kita lihat adalah jutawan di malaysia, andai ada bencana mereka semua nak tunggu wartawan datang bersama kamera baru lah nak menghulurkan bantuan, besar pulak tu cek yang di berikan namun andai besar bas pun cek yang di beri andai tiada secebit kesedaran akan keikhlasan di dalam hati tiada gunanya.Jadi sama-samalah kita membantu insan-insan yang di timpa kesusahan mahupun musibbah dengan meletakkan niat dan keikhlasan di tingkat tertinggi di dalam hati kita InsyaAllah balasan yang di terima kita nnt mahupun dlam masa kita hidup hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya tanpa ada wartawan yang membuat liputan mahupun kamera yang merakam. Dan di akhirat nnt semua apa yang kita lakukan akan dipapar kan di skrin yang lagi besar yang tidak dapat di tandingi oleh mana teknologi  yang wujud di bumi kita yang kecil bagaikan zarah saiznya di bandingkan dengan ciptaanNya yang lain di dunia ini.

p.s:sebut sal jutawan ini masih teringat pulak kat saudara Al-Bukhary yang banyak membantu rakyat islam di malaysia ini, setahu gua beliau lah satunya yang aktif dalam melaburkan harta beliau dalam ‘pelaburan akhirat’..

Sekian saja perkongsian. Terima kasih kerana membaca.

Friday, September 24, 2010

Sakit Juga adalah Nikmat




Dalam kehidupan hari hari kadang kala akan datang ujian kepada kita tanpa di sangka sama juga seperti kematian keran kedua-duanya adalah sesuatu yang pasti bagi kita sebagai hamba kepadaNya. Selalunya ujian yang hadir seperti sakit juga muhibbah, dan kala ditimpa ujian sesetengah insan akan mengeluh dan mempertikaikan ujian yang di beri. Jika difikirkan kembali ia adalah sesuatu pemikiran agak kurang elok terutama bagi orang Islam keran sejak dari kecil lagi mereka diajar untuk menerima ketentuan Ilahi ataupun Qada’ dan Qadar.Seandainya kita masih ingt kembali ajaran itu, mesti ada sedikit pemikiran untuk menilai kembali ujian itu kenapa di berikan kepada kita dan mengapa kita yang dipilih olehNya.hurmmm.. bagi mereka yang masih berfikiran demikian ingin aku berkongsi sedikit walau tak banyak hehehe...yang sebenarnya adalah seandainya kita diberikan ujian mahupun musibbah lain kita harus bersyukur kepadaNya kerana mamilih untuk menerima nikmat sakit dariNya. Aku berkata sedemikian kerna  semasa sakitlah kebiasaannya seseorang insan akan kembali mengingati serta memohon pertolongan dariNya tidak kira agama mana-mana pun, ia adalah fitrah manusia di kala di timpa sesuatu mereka akan mencari pertolongan sama ada dari insan lain lagi-lagi dari Yang Maha Pencipta.juga boleh dianggap musibbah ini adalah sebagai peringatan kepada insan tersebut supaya tidak lalai dengan kehidupan kita  dan peringatan ini adalah hanya kepada mereyang terpilih sahaja kerana ini menunjukkan bahawa Allah S.W.T masih menyayangi kita,InsyaAllah. Akhir sekali ada pendapat mengatakan bahawa dengan datangnya sakit  kepada diri kita akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita.Jadi sama-samalah kita untuk berfikir sejenak seandainya berlaku apa-apa perkara sama ada musibbah mahupun kebaikan, bak kata pepatah ‘sesuatu yang berlaku ada hikmahnya,hanya Tuhan yang Lebih Mengetahuinya’.

Sekian,terima kasih kerana membaca.

POst Famous

Total Pageviews