Gambar suspek pembunuh bersiri
Alhamdulillah mata aku masih belom mengantukjadi aku ingin mengunakan masa dan mood ini untuk menulis tentang isu yang baru3 ini hangat diperkatakan dan menjadi bualan dikedai kopi serta tajuk muka depan berita3 di malaysia iaitu berkenaan kematian jutawan kosmetik arwah Datuk Sosilawati. sebelum aku mulakan perbentangan pendapat aku ingin di sedekahkan al-fatihah buat arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala kebaikannya dapat membantunya nanti.Yang sebenarnya sudah lama ingin aku tuliskan entry ini namun mood untuk menulis lenyap apabila balik bilik selepas habis kelas jadi kita teruskan dengan apa yang aku ingin katakan.. Ceritanya bermula semasa kepopularan berita(walaupun masa hidup tiada sangat berita tentang beiau) kepergian Datuk Sosilawati, saban hari wajib mesti ada berita tentang beliau sama ada perlu mahu pun tidak perlu. di awal kes aku tidak kisah sgt andai belek surat khabar hanya ada berita tentang arwah namun setelah dua tiga hari aku belek surat khabar berita tentang arwah semakin mengarut dan lari dari keperluan yang sepatutnya, seperti berita bertemu arwah dalam mimpi serta pernah tidur sebantal dengan arwah perlu ke di selitkan di dalam akhbar berita. Aku tahu berita sedemikian lah yang akan melariskan jualan surat khabar namun SEDARKAH kita semua(khususnya pemberita) bahawa sedikit demi sedikit berita yang di "exposed"kan itu akan diterima juga kesan kepada arwah di dalam kubur? Contohnya penayangan gambar beliau yang tidak bertudung,sedarkah bahawa ianya masih dikira walaupun empunya sudah mati. Dan artikel tentang kebaikan yang beliau pernah lakukan mungkin sebelum ini masih diterima dan dikira sebagai amal kebaikan namun setelah menjadi bualan masyarakat mungkin akan membuatkan kebaikan arwah beliau itu menjadi umpatan masyarakat dan menambah seksanya lagibeliau di sana.PERNAHKAH kita fikirkan semua itu? ini aku katakan khusus bagi kes Datuk Sosilawati sebagai analogi bagi banyk lagi kes yang berkaitan.
Jadi ingin aku suarakan disini adalah semakin hari semakin nampak ketidakmatangan para pemberita malaysia(sesetengah je) yang memaparkan berita yang tidak sepatutnya walhal banyak lagi isu3 yang boleh diwarwarkan seperti gejala sosial yang makin meningkat kian hari. dan kalau boleh carilah gambar arwah yang elok untuk dipaparkan bagi tatapan umum supaya tidak amenambahkan lagi seksa arwah...
Akhir sekali sama3 lah kita menjaga aib insan lain kerana insyaAllah di padang Masyar nantiAllah akan menjaga untuk kita.
Sekian saja terima kasih kerana membaca.
selamat malam semua..
3 comments:
stuju sgt2 nag entri ni, syabas tuan blog
tq..huhuhuu...tu r dalam emnyampaikan kena pikir2 gak...
stuju sgt2 nag entri ni, syabas tuan blog
Post a Comment