Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, July 30, 2011

Surat Cinta Buat Datuk K.Rajagopal.

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..
http://bolatalk.blogspot.com

Kehangatan perasaan para peminat bolasepak negara Harimau Malaya kini masih terasa dengan wujudnya beberapa fanpage ataupun grouppage akibat dari kekalahan yang di alami oleh negara kita  dan yang paling teruk pabila ada peminat serta penyokong setia Hm yang mahukan Jurulatih negara abang K.Rajagopal untuk melatakkan jawatan beliau sebagai satu dari tanggungjawab yang beliau terima dari salah percaturan pemain-pemain HM

Bagi aku sebagai 'amateur' dalam golongan peminat ini adalah tidak bijak andai kita ingin beliau untuk meletak jawatan keran nasi sudah menjadi bubur cuma sekarang ini apa yang perlu kita buat adalah tetap menyokong Hm dan berharap agar abg K atau datuk K(bukan laki Kak Siti N ok) untuk lebih terbuka dalam menrima pendapat peminat yang juga selaku pemerhati tidak langsung bagi pemain-pemain kebangsaan dan kit asebagai manusia tidak semua apa yang kita buat adalah betul oleh itu kita perlu membuka minda kita untuk menerima pendapat orang lain yang mungkin lebih arif.

Dengan beberapa ucapan beliau yang membuatkan peminat lagi hangin seperti 'saya kenal pemain saya" dan 'kita tidak kalah cuma kita seri" padahal kita kalah teruk dari segi formasi pemain, kenmahiran pemain juga kerjasama pemain yang tidak begitu ngam tapi tahniah di ucapkan oleh pemain semua yang telah bertungkus lumus meneruskan permainan terutama abang APEK yang bagai nak mati save bola. Gua caya sama lu.Semoga Apek dikekalkan sebagai Gk first dalam skuad kebangsaan. dan bagi aku apek boleh dinobatkan sebagai MVP semasa perlawanan kelmarin sape setuju ??? konpem ramai keh3..Lagi satu gua hormat kat Apek dan Safee Sali yang memohon maaf walaupun kami tahu mereka sudah melakukan sehabis baik mereka.

Oklah disini aku ingin juga sertakan beberapa keping surat untuk abang@Datuk K yang ikhlas ditulis oleh peminat kipas-susah-mati Harimau Malaya

Surat pertama :  Terlebih dahulu, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada keseluruhan pemain dan pasukan MALAYSIA yang telah berjaya menunjukkan satu aksi yang agak baik dengan mengikat SIngapura 1-1 di arena sendiri. Penulis jugak ingin memuji kesungguhan yang telah pemain tampilkan sdan berjuang sehingga wisel penghabisan. Baca lagi SINI

Surat Kedua : Gua masih tak puas hati dengan King Gopal. Hahaha Apa yang boleh buat gua puas hati? Gua hanya akan puas hati kalau KING Gopal boleh bagi MALAYSIA rampas Piala Dunia dari Sepanyol!!! Lepas tu baru gua puas hati!! Selagi tak dapat, memang gua tak puas hati!! Memang gua panas sebab pemain yang MALAYSIA ada semuanya bagus-bagus! Bukannya MALAYSIA ketandusan pemain!! Tidak keterlaluan kalau gua cakap, skuad yang ada sekarang adalah skuad yang paling lengkap dan terbaik (tambah kalau Mat Yo ada) yang pernah MALAYSIA lahirkan. baca lagi SINI

Surat Ketiga :Datuk K Rajagobal telah banyak berjasa kepada bola sepak negara.Satu juara AFF Suzuki dan satu pingat emas sukan sea.Terima kasih Datuk.Tapi...

.....................................................................................

Datuk mempunyai ego yang sangat tinggi.baca lagi SINI


ok cukuplah 3 keping surat buat beliau semoga surat3 ini dapat membuka pemikiran beliau dan surat ini tidak perlulah dibalas dan kalau bleh ucaplah maaf sekali cukup buat peminat janganlah ego sangat...hari ini hari orang esok mana tahu hari kita pula...

usha jap foto abe yo kita sedih dokleh main marin...xpo yo lain kali demo kace kuat....



Selagi peminat TRW aku juga agak terkilan kerana pemain2 TRW hanyalah diambil sebagai pemanas bangku simpanan sahaja semasa kedua-dua permainan walaupun terbukti kemahiran dan kebijaksanaan pemain semasa piala lIga super juga liga Malaysia...

[+]Men or women, who is better at affairs? check [HERE]
[+]Main dan Menang DOUBLEMINT Memory Match Mania [SINI]
[+]Beza Proton Saga Model Baru dengan yang Lama [SINI]
[+]Main game ni boleh menang PS3 dan HDTV? [SINI]

[+]Rehat dan Menang Bersama Kit Kat[SINI]
[+]Colin Farrell as a vampire = hot! [HERE]



Wassalam..

Sultan Muhammad V Akan Dimasyhur Sebagai Canselor Baru UMK

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Alhamdulillah selesai kerja rumah buat hari ini, memandangkan limit berukband aku sudah sampai hujung hayat untuk bulan ini jadi aku x dapat nk blogwalk sangat maaf ye kawan3 insyaAllah esok di pejabat saya balas jejak anda.

Oklah, kembali kepada topik kita iaitu ucapan TAHNIAH buat Y.M.M Sultan Muhammad V Sultan Muhammad Faris Petra yang bakal dimayurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan menggantikan ayahnda beliau yang dalam keadaan gering. Bertuahlah buat warga UMK kerana mendapat baginda yang sangat mesra rakyat sebagai Penaung Universiti. Jom baca berita selanjutnya

Sultan Muhammad V Akan Dimasyhur Sebagai Canselor Baru UMK

KOTA BAHARU, 27 Julai (Bernama) -- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, akan dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 Sept ini.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Zainai Mohamed berkata istiadat pemasyhuran itu akan berlangsung di kampus induk UMK di Bachok sempena Majlis Konvokesyen sulung universiti itu.

Katanya, pelantikan Sultan Kelantan itu dibuat mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin berikutan canselor UMK sebelum ini, Sultan Ismail Petra, sedang gering.

Pada majlis konvokesyen sulung itu, seramai 266 graduan daripada Fakulti Keusahawan dan Perniagaan, Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan akan menerima ijazah sarjana muda masing-masing. katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Katanya untuk sesi pengambilan baru tahun ini, UMK menerima 6,000 permohonan manakala UMK hanya mampu mengambil kira-kira 1,000 pelajar sahaja.

Beliau berkata, kampus induk UMK itu akan beroperasi sepenuhnya September depan dan kesemua warga kerjanya di kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa telahpun berpindah lebih awal.

Katanya, sejak universiti berkonsepkan keusahawanan itu beroperasi empat tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM420 juta bagi membiayai kos fizikal, termasuk pembinaan kampus utamanya di Bachok, kampus cawangannya di Jeli dan kampus sementara di Pengkalan Chepa.

"Adalah diharapkan graduan UMK akan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang mereka pelajari untuk menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada tranformasi ekonomi negara pada masa akan datang," katanya.

-- BERNAMA

Permasyhuran baginda adalah pada
--->Isnin, September 19 bermula 8 pagi sehingga 6.30 petang
bertempat di
--->Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Induk Bachok)
Jalan Melawi - Jelawat
Kampong Bachok, Malaysia
jadi rakyat sekalian dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta merapatkan lagi hubungan baginda dengan rakyat setempat .info dari KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

[+]Men or women, who is better at affairs? check it [HERE]
[+]Main dan Menang DOUBLEMINT Memory Match Mania [SINI]
[+]Beza Proton Saga Model Baru dengan yang Lama [SINI]
[+]Main game ni boleh menang PS3 dan HDTV? [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[sini] juga [sini]

Wassalam..


Thursday, July 28, 2011

Harimau Paling Comel masa Kini

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Kehangatan perlawanan malam ini yang bakal mengukir sejarah ttersendiri dengan pelbagai isu3 hangat yang diperkatakan dan dibincangkan oleh peminat-peminat setia harimau malaya semakin terasa.

Namun diingatkan sekali lagi pada mereka0mereka yang menonton di kaca televisyen mahupun di SNBj supaya yang wajib jangan ditinggalkan kerana andai ditinggalkan yang wajib dan dikerjakan yang sunat maka haramlah sesuatu perkara mahupun pekerjaan itu. jadi solatlah sebelum menonton perlawanan janganlah dengan pelbagai alasan kita meninggalkan solat. kerana Agama Islamitu mudah di padang mahupun di mana jua amatlah mudah melakukan solat cuma memerlukan pakaian dan tempat solat bersih suci maka sah lah solatnya.
Yang dunia kita jaga
Yang akhirat kita tidak tinggalkan
InsyaAllah
Jom tengok harimau malaya paling COMEL...

OPSS bukan yang ini tapi yang ini ok...

sowi kak LISA SURIHANI pow gambar kat lisa sat comel angat dekpon :)

just share info bagi mereka yang masih belum tahu:

The Malayan Tiger WarriorsFIFA WC 2014 : Malaysia [3] vs [5] Singapore | 2nd leg |
* Live On Astro Arena : 8.00 pm* Live On Astro Supersport & HD : 8.00 pm* Live On RTM 1 : 8.30 pm


[+] Pelanggan Hotlink Klik [sini]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [sini]
[+] Sayang Ibu anda klik [sini] dan [sini]
[+]Dapatkan income tambahan di[sini] juga [sini]

Wassalam..

Wednesday, July 27, 2011

Harimau Malaya Vs Singa Purapura

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Alhamdulillah setelah seminggu tiada update dan tiada bw ari ini aku free jugak selepas semua presentation dan logbook settle jadi malam ni bleh layan tengok bola harimau lawan singa hehehehe lagi satu dengar khabar malam ni pakai jersi "kurang keramat" warna kuning konpem ada yang demam tengok warna kuning nanti hahahaha  walauapa pun jersi tiada makna apa2 andai semangat juga kerjasama pasukan tiada. selamat menundukkan singa yang berpura-pura :). tinggalkan kenangan lama di singapura dan jadikan ia ikhtibar dan penglaman berharga untuk perlawanan malam ini semoga barisan malam ini tidak lagi menghampakan seperti sebelum ini...anda harapan negara bro...

Jom layan apa kata rajagopal dengan anak3 buah 'yang beliau lebih tahu ini" keh3.....


pow dari kakifacebook


 Selamat mengaum wahai pejuang3 hitam kuning semoga anda berjaya membawa kemenangan yang amat berharga kali ini juga masa akan datang, semoga selamat sampai dan kembali juga buat penyokong2 85 000 yang bakal menjadi pemain ke 12 malaysia....anda wakil bagi berjuta rakyat malaysia...


untuk barisan kemungkinan diturunkan sila check suarasukan
[+]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [sini]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [sini]
[+] Sayang Ibu anda klik [sini] dan [sini]
[+]Dapatkan income tambahan di[sini] juga [sini]

Wassalam..

Monday, July 18, 2011

LI aku Bakal Dinilai..

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Mohon maaf dan terima kasih buat teman-teman blogger yang sudi melawat blog aku buat masa sekarang aku x dapat nak aktif sangat blogwalk sibuk nak siapkan logbook huhuhu stress jugak nak siapkan nak cari idea dan mengarang logbook ni kalaulah logbook cam facebook je kan mudah cara.

Minggu ini sudah ramai kawan-kawan aku yang ditemuramah oleh penyelia dari fakulti universiti kami yang datang atas niat untuk menilai keadaan juga keberkesanan kami dalam biang bekerja. Juga dari pemerhatian aku tentang perbualan dua individu yang bergelar penilai dari indusrti juga fakulti ini praktikal juga bertujuan bagi mencari tempat yang boleh ditempatkan pelajar universiti mereka di masa hadapan. Penilai juga boleh dikatakan sebagai 'surveyer' untuk penempatan pelajar praktikal di masa hadapan yang kini boleh dikatakan agak susah untuk sesebuah syarikat untuk mengambil 'intern' di syarikat mereka lagi-lagi syarikat yang telah mengalami masalah dengan pelatih itu sendiri lalu mencipta sejarah hitam diantara pelatih,universiti dan syarikat tersebut. Semasa penerangan semester lepas ada juga diingatkan oleh pegawai unit latihan industri aku supaya tidak merosakkan peluang untuk adik-adik di masa hadapan denagan mencipta rekod buruk tentang universiti sendiri .

Di pejabat aku sendiri pon baru sahaja lepas seorang kawan sepejabat dengan aku dinilai cuak x cuak la agak stress gak. ye lah mana tidaknya walaupun tahu siapi yang datang untuk menilai tapi tidak tahu bagaiman cara mereka menilai ada yang jenis mudah siap bawa pergi restoren belanja dan ada yang susah sedikit yang memerlukan 'presentation' untuk 10 minit siap memang kentang disitu.

Giliran aku untuk dinilai bakal tiba selasa hadapan dan penilai merupakan seorang pensyarah yang agak rapat dengan aku namun cara penilaian dia masih samar-samar lagi dan aku agak lega pabila semalam beliau menelefon dan menyatakan yang mungkin beliau akan kumpulkan semua pelajar di satu tempat untuk menerangkan apa yang kami pelajari dan alami semasa latihan industri.

jadi semoga perjumpaan aku dengan penilai disingkatkan tak sanggup lama-lama makin stress kot hehehehe...InsyaAllah..

[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [SINI]
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]

Wassalam..

Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban Malam Keberkatan

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Sempena malam ini merupakan malam ke 15 bulan Syaaban juga dikenali sebagai MAlam Nisfu Syaaban ingin aku berkongsi sedikit walaupun tidak banyak tentang malam ini ,15 Sya'ban jatuh pada tanggal 17 Julai 2011. (Malam Nisfu Sya'ban pd hari Sabtu 16 Julai 2011, Malam Minggu bermula terbenamnya matahari/maghrib)(Tarikh Hijriah bermula ketika masuknya waktu Maghrib bukan jam 12 am\mlm). Nisf juga bermaksud separuh andai ditafsirkan Nisfu Syaaban beerti Separuh bulan dari Bulan Syaaban.



Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Doa Malam Nisfu Syaaban, sama-samalah kita membacanya ketika berkesempatan InsyaAllah
Juga Rasulullah S.A.W bersabda: barangsiapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya. dari hadis ini sama-samalah kita manfaatkan kelebihan malam ini dari malam-malam lain sebelum datangnya Ramadhan Al-Mubarak dengan membaca Yassin 3x sekurang-kurangnya...InsyaAllah..


[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [SINI
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]
[+] Raya dengan Inspira free? [SINI]

Wassalam..

Malaysia Kena Boo Rakyat Sendiri

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Selamat berhujung minggu pada mereka yang bekerja, lakukan aktiviti yang berfaedah di masa lapang bersama yang tersayang.

c.c:kafe que
Ok. Kembali kita ke topik perlawanan bola yang kini hangat diperkatakan terutama isu pasal menge'boo' pemain negara yang dilakukan sendiri oleh anak bangsa, teringat cerita pak pandir keh3 kerana sokong kelab tersebut tergadah maruah anak  Malaysia. mana taknya andai kita sendiri merasakan di tempat pemain kebangsaan tengah main untuk negara di stadium negara kita sendiri tapi rakyat sendiri yang menyokong pihak lawan agak malu di situ. walaupun aku ada juga 'excited' sokong pasukan EpL tapi masa tengok perlawanan ulangan tadi tidak terasa langsung untuk menyokong pasukan luar dan sentiasa mengharapkan agar pasukan kita menjaringkan gol.

Walaupun hanya siaran ulangan dan keputusan pun sudah aku ketahui namun masih ada sedikit rasa ingin melihat pasukan kebangsaan menjaringkan gol untuk negara. Bagi mereka yang terlalu 'excited' menyokong kelab EPl itu tiada salahnya tapi jangan lah terlebih kuah dari sudu, kita je yang lebih-lebih menyokong pasukan lawan padahal pasukan negara sendiri di 'boo'. itu sesuatu yang tidak patut bagi aku.Sedih juga melihat di kaca televisyen yang menunjukkan penyokong merah lagi menonjol dari penyokong kuning(takut warna kuning gak ke? keh3). hanya segelintir kecil sahaja dapat aku perasan yang berbaju kuning macam titik-titik kuning didalam stadium Nasional.sedih sedih sedih.

Dari siaran ulangan tadi pemain-pemain kebangsaan semua aku tengok sudah mencapai satu tahap yang boleh di banggakan di peringkat gergasi asia namun masih banyak yang boleh diperbaiki menjelang perlawanan kelayakan olimpik melawan singapura dalam jangka masa terdekat ini.Ini bolehlah di anggap satu pencapaian yang agak baik andai di bandingkan lawan yang merupakan pasukan antara terhandal dalam EPL tambahan pula perbezaan badan serta kemahiran yang agak ketara tapi semangat yang di tunjukkan oleh pemain agak baik dari segi pertahanan, serangan serta kerjasama sepasukan.

Aku tertipu sekali dek Astro yang dikatakan ada siaran langsung perlawanan tersebut keh3...Harap-harap yang lawan Liverpool malam ini pasti ada, ingin tengok depan mata tak mampu keh3..

OK. kita tutup pasal Arsenal, benda yang dah lepas usah difikirkan lebih-lebih ambil yang mana patut untuk di jadikan pengajaran untuk kita semua.

Jadi untuk perlawanan ini ramai yang berharap tiada lagi peristiwa menge'boo' pemain sendiri dek kerana sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan EPL, heh.Juga diharapkan ramai yang berbaju biru malam ini keran sudah di'comform'kan oleh FB Malaysian National Football Team. Dan dari twitter @Zainal abidn rawop : berkemungkinan besar ada siaran langsung antara Malaysia lwn Liverpool di Astro Super Sport 817. -Tertakluk pada Proevents- semoga betullah hehehe..

Akhir sekali ingin berkongsi peringatan yang disampaikan arwah lagenda bola sepak Malaysia Iaitu MOkhtar dahari@ super MOkh yang berkata'if you"re ashamed to stand by your colours , you better seek for another flag' legendary Mokthar Dahari

Andai anda tengok fan LIverpool boo itu bukan bermaksud rakyat malaysia kerana info terbaru mengatakan yang mana semasa 'match Arsenal semalam boo adalah dari fan negara jiran jadi janganlah mereka boo anda pon ikut serta boo lagi satu untuk elakkan kekeliruan diharap semua rakyat malaysia memakai baju biru, otak kuning ke otak hijau ke otak biru ke baju mesti biru..bereh...Semoga malam ini anda dapat mengikut pasukan gergasi Inggeris Insya-Allah...

OK sudah 'comform' ada 'live' lihat SINI

[+] TIket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [SINI]
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]



[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]





Wassalam...

Friday, July 15, 2011

Astro Tak Tipu??

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..
c.c :MYNEWSHUB

Sudah seminggu demam kuning melanda negara kita namun masih belom kebah lagi dengan pelnagai andaian juga pendapat masing tentang rasionalnya perhimpunan bersih 2.0 in.

Nasihat aku kita saling berhujah sesama sendiri lagi-lagi sesama islam janganlah sampai bergaduh sakan dan menyimpang dari niat ingin berkongsi pengetahuan serta pendapat lalu menimbulkan dendam. Tiada salahnya mengambil tahu keadaan semasa tapi janganlah lebih kuah dari sudunya, kita yang bawahan bergaduh sakan melalui fb mahupun laman sosial lain tapi yang atasan relax je siap minum kopi secawan heh.

Tapi entry ini bukan nak sentuh isu ini tapi isu yang tiada kaitan dengan politik tapi ada kaitan dengan pengguna ASTRO sekalian. Tadi aku ada membaca tentang penafian pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang disampaikan oleh menterinya,Datuk Seri Rais Yatim.

Manakala bagi pihak Astro pula mereka telah mendapat kebenaran dari pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan MUltimedia.Jadi timbul isu seperti

Macam mana KPKK tidak mendapat sebarang permohonan dari Astro tapi tiba-tiba kadar dinaikkan?

Apakah kaitan SKMM dan KPKK dalam segi pembahagian bidang tugas kementerian juga suruhanjaya tersebut?

Adakah dengan sewenang-wenangnya Astro berhak menaikkan cas mereka di kemudian hari andai berlau lagi pertembungan seperti ini?

Jadi siapakah yang tertipu disini? semestinya kita sebagai pengguna, ingin mengadu kepada siapa untuk menurunkan kembali cas tersebut? Setahu aku di pedalaman ramai rakyat yang melanggan Astro semata-mata untuk mendapatkan siaran televisyen dan tidak terbebankah mereka dengan keadaan pedalaman yang susah untuk mendapatkan mata pencarian mereka ditambah pula kenaikan cas penyelarasan tersebut. Andai tiada  siaran maka terasinglah mereka dari dunia luar.

Untuk berita lanjut klik [SINI]

Bagai pepatah melayu''Ayah dan Ibu bercerai, Anak yang mendapat tempiasnya'

Jadi sama-samalah kita menunggu jawapan dari pihak terlibat namun cas penyelarasan tersebut sudah pun secara rasminya dikenakan dan pelanggan semestinya membayarnya.Ini baru kes ASTRO belum masuk kes cas cukai Topup lagi...SINI, aku yang belum bekerja ni pun sudah terasa bahang bil-bil tersebut apatah mereka yang sudah dan sedang menangungnya.

[+] Tiket Free ke perlawanan Chelsea lawan MAlaysia klik [SINI]
[+] Pelanggan Hotlink Klik [SINI], [SINI] dan [SINI]
[+] Nak IPAD 2, A CANON EOS 550D DAN  HTC klik [SINI]
[+] Sayang Ibu anda klik [SINI] dan [SINI]
[+]Dapatkan income tambahan di[SINI] juga [SINI]

Wassalam..


Saturday, July 9, 2011

Ada Apa Dengan BERSIH 2.0

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..berlalulah sudah 9 JULAI 2011 dengan penuh pengalaman bagi mereka yang merasainya...juga menjadis sejarah hitam atau putih bergantung pada pemikiran mereka...BERSIH

Alhamdulillah segala yang berlaku semalam berakhir jua keadaan yang boleh dikatakan aman kerana waaupun diserang dengan water cannon dan juga gas pemedih mata tp peserta perhimpunan masih lagi beradab sopan dengan menghulurkan salam kepada pasukan pbt fru juga polis. Namun sejenak kita semua bersedekahlah surah Al-Fatihah kepada arwah Baharudin Ahmad, 58 tahun, SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DI SISI ORANG2 YANG SOLEH...kerana dikhabarkan meninggal dunia semasa perarakan petang tadi. Andai aku mengatakan ini salah FRU dan Polis yang melemparkan gas pemedih mata dan menghambat mereka tidak boleh juga kerana akan ada pendapat seperti 'siapa suruh dia cari nahas' begitulah berbezanya pendapat diantara kita semua. Wallahua'lam

teringatkan arwah abah yang selalu memakai kopiahnya...sadis melihat ayah-ayah kita diperlakukan sedemikian hanya kerana berhimpun...digari diheret...
Berbeza pendapat bagi aku tiada salahnya kerana sepanjang hari ini aku ada juga bersama kawan-kawan bertukar pendapat walaupun tidak menyertai perhimpunan namun aku menyokong kerana tuntutan yang dibawa adalah lumrah keadilan yang akan dituntut oleh semua manusia. Namun Janganlah kerana perbezaan pendapat membuatkan kita merobohkan perikatan sebagai muslim dan muslimah yang wujud diantara kita sebagai seorang Islam.JANGAN. Kita berbahas bukan kerana dendam namun keran ingin berkongsi serta bertukar fikiran dan memperbetulkan apa yang tidak betul. Dan disini juga ingin aku katakan yang aku tidak sepenuhnya menyalahkan pihak polis juga fru kerana mereka hanyalah orang bawahan yang harus menurut perintah dan tidak juga salahkan mereka yang berdemonstrasi kerana mereka hadir membawa tuntutan dalam keadilan hak-hak mereka. BAgi aku yang boleh dikatakan selalu 'update'  tentang perhimpunan ini mengatakan bahawa saluran yang boleh mereka toleransikan sudah tertutup seperti

1)andai mereka membuat laporan akan salah laku kemungkinan laporan itu akan dibakulsampahkan kerana kebanyakan laporan yang di adukan tiada mendapat perhatian serius dari pihak berkenaan.

2)Seperti yang kita tahu mereka juga telah bertolak ansur dengan mengubah tempat perhimpunan ke stadium namun tidak diberi kelulusan mengapa ini harus berlaku padahal janji dari pemimpin tertinggi kepada mereka supaya menyalak sampai pagi sudah dikeluarkan dan juga lampu hijau untuk melakukan dalam keadaan aman juga sudah mendapat perkenan dari Ketua Negara iaitu YDA..

Dan rasional bagi aku kenapa pembangkang menyokong semua ini kerana mereka mahukansemua yang dilaksanakan dengan lebih adil dan telus dan bagi aku tiada salahnya juga andai kerajaan sekarang menyokong juga tuntutan ini andai mereka juga inginkan pelaksanaan adil dalam sistem di negara kita ini.

Tapi kenapa mereka harus memprovokasikan serta mempromosikan secara tidak langsung akan perhimpunan ini dengan mengadakan sekatan jalanraya besar-besaran di seluruh negara bagaikan ingin menangkap penjenayah kelas S(naruto kejap) juuga antarabangsa? kenapa? adakah mereka melakukan sedemikian kerana ingin menggalaskan kesalahan kesesakan lalulintas kepada perhimpunan ini? Ini dapat kita bezakan dengan perhimpunan luar negara yang berlaku dengan aman dengan permit diberikan dengan sukararela malah di China negara komunis sekalipun tapi negara kita yang pernah menganjurkan Sejuta belia disertai dengan konsert-konsert 'amal; dihalan dlam melakukan perhimpunan yang hak bagi rakyat sepertiyang termaktub dalam Perkara 10 perlembagaan negara. mengapa?

Dan ketika ini juga ramai kawan-kawan sekeliling aku yang secara cakna mengambil tahu siapa itu ambiga yang bagi aku sendiri pun sebelum ini tidak pernah tersebut nama ini dibibr mahupun terlintas dalam kepala otak aku tiba-tiba menjadi sebutan sampaikan disiasat individu ini sampai ke lubang kerongkong beliau. Bagi aku, ingin aku sebutkan yang mengapa kita harus memarahi beliau atas penglibatan beliau dalam kes murtas juga lina joy, ikutkan hati aku ada marah tapi rasionalnya dia adalah non-muslim of course she will at the other side as expected namun yang aku hairan kenapa peguam yang membela lina joy yang beragama islam tidak disiasat oleh mereka? juga indiividu melayu beragama ISLAM yang terlibat dalam SIS juga dlam tuntutan IFC tidak dirungkai sedikitpun tentang mereka? Wujud  je bersih tiba-tiba semua dikaitkan. mengapa?

Dan bagi aku juga tiada salahnya andai sesuatu tampuk pemerintahan bertukar tangan kerana ia akan membawa kebaikan dari keburukan dan membuatkan pemerintah tidak terlalu alpa dengan kekuasaan yang ada pada mereka dan seperti amerika (ramai rakyat malaysia idolakan rakyat amerika kan?) mereka juga bersilih ganti parti pemerintah mereka. Akhir sekali sebagai Islam aku ingin menegaskan yang pemerintahan islam akan menjadi pilihan aku kerana itulah yang seharusnya dipilih oleh kita sebagai Muslim yang di akhir nanti tegak berdiri di akhir Zaman berkat pertolongan dan terlaksananya janji-janji dariNYA...InsyaAllah.

Andai anda kata'buat apa ikut orang kafir buat demonstrasi jatuhkan dan pecahkan orang melayu sahaja". Kadang-kadang aku teringat yang orang yahudi juga dilaknat kerana terlalu taksub dan mengagungkan bangsa mereka bukan agama mereka jadi janganlah kita mengikuti mereka dan tidak semestinya bila kita mendapat 'title' Melayu Beragama Islam semuanya baik kerana tanpa ajaran dan applikasikan apa yang dipelajari dalam agama kita tiada bezanya dengan mereka bahkan mereka ada kebaikan lebih dari kita. Ada Melayu Islam MAkan rasuah tapi mereka tidak makan rasuah malah menentang pula akan amalan ini. Salahkah andai kita menyokong sesuatu kebaikan yang disebut amar makruf nahi mungkar ini? Salahkah kerana mereka adalah non-muslim? Mereka non-muslim kerana mereka belum mendapat hidayah dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka mendapat hidayah InsyaAllah mereka akan menjadi Islam yang lebih baik dari kita yang sejak azali dan dilahirkan lagi Islam namun amalan...Wallahua'lam. 



Juga bagi mereka yang memikirkana bahawa perhimpunan ini meMALUkan negara tapi pernahkah anda terasa malu dengan pemfitnahan video lucah, kaitan Pm dengan pembunuhan yang bagi aku as a muslim rasa malu dengan orang non-muslim banyak lagi benda yang seharusnya malu namun kita mezalimi malu itu dengan tidak meletakkannya pada tempat dan keadaan yang sepatutnya, malukah anda menutup rambut tapi dada terdedah(terkeluar sedikit) pernahkah anda fikir sebelum meletakkan malu itu pada mereka yang berhimpun dalam mendapatkan keadilan hak mereka? tambah pula memalukan Islam dan ketua negara dalam pertunjukan fesyen yang kononnya memartabatkan negara dan agama.Bolehkah mereka?

InsyaAllah berkat doa alim ulama di kota suci mekah akan termakbul dengan mudahnya bagi pembalasan terhadap mereka ayng menzalimi rakyat InsyaAlalh amin..ada juga yang ingin menunaikan solat dimasjid namun dihalang...sedarkah anda???berikut beberapa video yang dapat diambil oleh beberapa peserta untuk ttatapan anda semua...

Sekian saja tentang bersih...


Andai ambo slah bicara sila betulkan kerana insyaAllah ambo boleh menerima teguran InsyaAllah
Sama-samalah kita doakan kebahagiaan dan keamana didunia dan diakhirat bersama-sama saudara-saudara kita semua..amin

Wassalam..

Wednesday, July 6, 2011

TRW Juara Liga Super 2011

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Alhamdulillah akhirnya negeri ambo negeri cik siti wan kembang mengukir sejarah dengan memenangi Piala Liga super 2011 selepas piala sebelum ini piala fa terlepas dari genggaman berkat doa dan usaha pemain The Red Warriors serta penyokong dan juga pemerintah.

Perlawanan semalam yang menyaksikan pertarungan diantara kelantan dengan Sabah yang agak sengit dengan pelbagai aksi pertahanan juga serangan dari kedua-dua pihak. Tidak dinafikan aksi penyerang kelantan Norshahrul @ Mat Yo yang menjaringkan gol pada minit ke 6' dan 72' semalam membolehkan kelantan menjulang Piala LS 2011 pada kali ini juga membuktikan kemampuan beliau sebagai penyerang kebangsaan.

Gol Jaringan Mat Yo

Tidak lupa juga barisan tengah yang bijak menyusun strategi bagi membolehkan barisan hadapan maju ke hadapan kotak penalti pihak lawan bagi mendapatkan jaringan. Cuma ada beberapa kekurangan lagi yang perlu diabaiki seperti 'passing' bola yang kadang-kadang membuatkan usaha pemain-pemain terbantut ditengah kerana bola yang didimilik dengan mudah diambil @ "intercept" oleh pihak lawan. Tidak kurang dengan peluang yang tersia-sia oleh Izuan Salllehudin yang mungkin mudah untuk disudahkan andai cukup pengalaman, untuk itu amatlah perlu andai Izuan dapat menambah lagi pengalaman yang sedia ada  juga diberi peluang untuk beraksi lebih kerap oleh m.Karathu.

Bagi pertahanan pula prestasi ketiga-tig pemain amat baik kerana kerana dapat mengawal keadaan di dalam kotak penalti dengan tenang cuma ada beberapa ketika keadaan menjadi kelam kabut yang membuatkan pemain lawan dapat mengutip jaringan dari kekurangan tersebut. Pemain pertahanan perlu lebih tenang dalam keadaan yang mendesak, pemain tengah juga perlu dipuji seprti Izuan kerana sanggup turun dalam membantu pertahanan.

Dan akhir sekali penjaga gol kegemaran ramai Apek yang beraksi semalam dengan kecederaan bahu yang dialami perlawanan sebelumnya. Namun kemahiran beliau dalam 'predict' serangan amat baik. Buat azwan roya yang berada di bangku penonton kerana tidak turunkan disebabkan beberapa kekasaran yang dilakukan, kami tunggu anda di perlawanan yang akan datang.

Tidak lupa juga semangat yang ditunjukkan trw legacy yang sanggup terbang ke negeri di bawah bayu dlam memberi sokongan kepada pemain-pemain...anda memang penyokong no 1...steady.

Sekian GO More Kelate Go More.. TRW fans....keh3...


Wassalam..

POst Famous

Total Pageviews