Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, October 30, 2010

Final Exam...Final Bola...

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

                                                                         ihsan pakcik google

Tanggal 30hb oktober bermulanya minggu cutiiiiiiiii yahoooo oppssss salah2 minggu study week hehehhe..malam ni juga lah match final piala malaysia antara negeri kelahiran gua Kelantan Darul Naim @ red warriors berentap dengan negeri jang iaitu negeri Sembilan di Bukit jalilnya stadium.

OK mulanya final match dulu...ikutkan perancangan dapat la aku join abg aku g tengok match malam ni lagipun da nak belanja n Hiro nak ikut tapi disebabkan masalah kenaikan harga  tiket yang agak melampau kami terpaksa meng'attend'kan diri ke cafe je tengok guna tv je huhuhu sedih punya sedih...orang kata walaupun jasad tidak bersama namun semangat menyokong kitorang sentiasa bersama red warriorss yeha...yeahhh.. akhir kata buat red warriors majulah sukan untuk semangat kesukanan dan bermainlah secara play safe dan jauhilah rasuah( juga buat pengadi)l kerana seandainya ada unsur sedemikian konpem penyokong akan kecundang serta akan menjadi amukan yang akan memalukan anda,penyokong dan negeri kami..Hidup red warriors...GO MORE KELATE GO MORE...InsyaAllah menang malam ni...x lupa buat penyokong ikutlah nasihat MB kita Tuan Guru yang meminta untuk tidak meninggal kan solat yang wajib sebelum memasuki stadium..bola2 gak..solat xleh lupa..

final case lak nak diceritakan, aku ngan dak bilik masih konpius ni nak start bila walaopun study week da mula namun mood study kami masih entah kemana...huhuh da la carry mark low giler2 babeng..babeng pon x gile cam gini huhuhu..
paper kami sikti je tapi tahap killernya fuhhhh cam buleh repeat je keh3..mintak3 x repeat la..huhuhu


sebelum ni aku ada mengomen sal jadual,tengok sini, lepas bincang2 punya bincang tahap cipan akhirnya masih ada hati dan perut dan kelonggaran diberi kepada mereka yang duk gmbg boleh amik paper kat gmbg dan yang duk pekan boleh di amik kat pekan...selamat disitu..alhamdulillah...

so akhir kata, mintak membe2 doa2 la agarmood kitorg untukstudy kembali secepat mungkin huhuhu...

ok itu saja coretan ptg hujung minggu aku..ngeee

Sekian,terima kasih kerana membaca.

Tuesday, October 26, 2010

So Hot by UMP student..

Assalamualaikum w.b.t dan salam lewat malam




alhamdulillah hari ini aku sihat lagi dan bleh lagi brblogging macam biasa,sebelum aku tido ingin aku meluahkan sesuatu tentang maklumat yang aku baru dapt td.

iaituuu...schedule exam kami yang agak sengal ubi kayu mangkuk jamban tembikai susu..yang di buat oleh insan yang amat berhati perut...fuhhh emo giler malam ni...

tjuk entry xda kaitan pon dengan kumpulan wonder gurls k...ngeee

hurm baru2 ni kami dan persatuan fakulti ada menghantar permohonan pertukaran bagi jadual kerana ia agak munasabah kot...final exam tue bukan test.ada segelintir pelajar fakulti kami(termasuk aku) menetap d gambang namun kena amik final kat pekan sejam perjalanan of koz tubuh n minda da penat masa sampai.nak jawab paper pon xda mood.kalau test xda efek sangat tapi yang skarang ni final besar efek dia.

setelah agak sebulan kami bereport2 last result makin teruk di buatnya, nak kata kami dan persatuan fakulti x bagi kerjasama,rasanya da bagi full cooperation da kat pihak yang berkenaan siap buat list lagi pelajar mana yang nak amik paper kat gambang n yang nak amik kat pekan.lain kami mintak lain kami dapat, makin teruk adalah..

last2 result keluar tadi, (nak senang kerja kot) dia main pindah satu seksyen terus cam kitorang even apply tuk amik kat gambang tapi x approve and still kena amik kat pekan...penat wooooo nak berjaga lagi xnak kasi terlepas bas....,tapi cam seksyen membe aku lagi kesian, di pagi hari kena datang gambang amik paper Esd (paper agak killer bleh senget pale otak jawab) dan petang hari pulak kena patah balik ke pekan untuk amik 1 lagi paper bapak killer EMT haishhhh... penat kot ke hulu ke hilir sejam atas bas. yang buat jadual ni xtaw nak kata la,x ada hati konpem ada koz manusia n sihat siap leh jatuh hati lagi ngeee...., nak kata x ada perut...siap memboroi lagi..

xpe la kami semua redha je la...da penat da gaduh ngan bapak2 ibu2 sekalian last2 membazir masa...
so nak x nak terpaksa la ikutkan je jadual itu...

So hope membe3 yang membaca entry ini dapat doakan kami dalam final nanti...

go more kelate go more...
pulun hang pulun...
hobin jang hobin...
peteh ganu peteh...
p/s:ni je yang aku taw yang lain nnt tambah sendiri k tuk t.mark...

sekian terima kasih kerana membaca...wassalam

ada sedikit video buat tatapan kawan2 yang ingin mejawab exam... get ur spirit back and dun give up..


Sunday, October 24, 2010

Man.U dan Polis Traffic

Assalamualaikum dan selamat malam semua..




Fuhh alhamdulillah sampai kembali aku kembali ke bilik selepas mengharungi road block polis td naseb baek x kantoi keh2...aku baru je sampai bilik dari gambang point(kedai feveret ump student) semata2 nak tgok match Man. U naseb baek menang berbaloi jugak la kuo.Masa nak pergi jalan tenang xda road block mahupun lori rempit tapi masa nak balik ada pulak road block aiseyman.gua da la lesen separuh je,separuh lagi on the way(xtaw bila siap) naseb baek la pembonceng aku,si yop berlesen penuh kalo x nanya aku keh2 da la tgh ekonomi kritical. selamat di situ duit keh2.

Man U malam ni main agak hambar coz banyak passing dorg kena interupt lawan main cam x nak je tp naseb baek menang dan chicarito sebagai penyelamat keh2 first time lak  tu menang kat tempat lawan.huhuhu..bola2...ada masa ok ada masa x..
red warrior(tibe2 naik nama) camne la nnt,nama da nak sama cam man u red devil cuma red warriors x diharamkan koz kat lambang ada kijang bukan setan keh2...

Sekian saja terima kasih kerana membaca dan melawat.

Santhiantan Digantung..

Salam petang semua..

Alhamdulillah masih sihat aku walau lama x blogging hehehe



Alhamdulillah sekali lagi kerana negeri kesygan gua selamat meneruskan perjuangan ke final lagi kali ini bertemu lagi negeri 9..nak kata musuh tradisi xda la samapai macam tu tapi boleh la di aktakan lawan tradisi dalam arena bola sepak.ok sekarang kita sambung citersal tajuk post ini. jangan slah paham santhianathan kena gantung x bertali lak k, hehehe post ini aku tulis boleh juaga disebabkan ada ketidakpuasan hati (personal not plural matter) sebab jurulatih kelantan yang digantung selama 6 bulan gara3 beliau mengomen.dah la kes dia mengomen tu kes lama kot huhu time2 critical macam ni baru la nak bauat keputusan ish3...ada kejujuran dan ketulusan x dalam membuat keputusan tue?
adakah ada something ganjil dan pelik di situ.hanya kerana komen beliau di gantung samapai 6 bulan kot bukan kejap da la nak final. xleh ke tangguh jap penggantungan beliau selepas abes final huhuhu...

tapi walau pe2 pon gua harap skuad kijang akan beraksi cemerlang walaupun tanpa pembimbing di sisi huhu..
dan pada penyokong red warriors sume bola2 jugak sebelom masuk stadium solat3 la dulu kang ok bro? baru la berkat pe3 yang kita buat mahupun sokong...lagi satu hope this final match will be more ok than before..hope so la..

go more kelate go more

Wednesday, October 13, 2010

Award Lagi

Salam malam semua.



Selesai sudah aku post tentang isu terkini kini aku ingin membalas jasa kawan blogger iaitu cik miera yang sudi mengawardkan blog ini walopon masih blom cukup di'award'kan hehehe. award ini ialah award "Blogger Harapan" insyaAllah aku akan menjadi harapan...:) Thank You..ok settle ucapan tq tibe pula part nak settle task yang diberi huuhuhu iaitu

i)kenapa suka "Memori Seorang Muda"/
>>Aku baru jalan3 ke blog mereka ini dan baca3 setiap post yang empunya tulis mesti ada makna dan penulisan beliau simple.

ii)Reaksi lepas mendapat award ini? 
>>reaksi aku? heheh agak terkejut koz aku baru kenal sama si cik miera ni tibe3 dia passing n tag aku lak.papehal tq to cik miera n bro apis. 

ni membe3 yang gua nak passing award ini..hehehe..


rasanya cukup kot hehehhehe...

untuk rujukan kawan3 ini empunya penganugerah award ini...ok selamat berblogging..

sekian saja...terima kasih kerana membaca..

Hanya kerana Bola Nyawa Melayang

Salam dan selamat petang semua


Sebelum aku menulis panjang sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah saudara kita yang meninggal semasa perlawanan bola antara selangor dan kelantan. Mengapa perkara sebini boleh berlaku? apakah kita semua tujuan perlawanan bola diwujudkan iaitu bagi mengeratkan hubungan antara kaum,bangsa negara juga agama.perlukah kita harus menzahirakan kekecewaan sampai begitu sekali.paling mengecewakan adalah kerana kedua2 yang terlibat beragama Islam itu yang penting sebenarnya. aku x ingin menyebelahi mana2 negeri kerana itu akan memburukkan keadaan lagi eloklah apa-apa hal kita berpegang sebagai orang Islam seagama. andai ingin dicari siapa salah xkan berkesudahan aku rasa. isu ini di tambah panas lagi dengan kecepatan penyebaran berita mmelalui facebook.mana x nya seminit berlaku da ada orang post kat wall. dan di komennya dengan komen2 yang bagaikan 'minyak dicurah keatas api' sampai bila x kan berkesudahan.

Jadi sama2lah kita berpegang sebagai seagama kerana ia adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi.dan seandainya x tahan sangat nak pukul org pergilah ke Palestin tolong pukul Yahudi di sana itu ada juga kebaikannya.Wallahua'lam.

Sekian saja..terima kasih kerana membaca.

Tuesday, October 5, 2010

Lawak Vol. 1

Salam Selamat tengah malam semua.

Sebelum aku tido aku ingin berkongsi satu cerita, cerita ini pendek je(kot), aku jumpa dalam koleksi lama3 dalam pendrive aku petang tadi. Nak kata lawak boleh la aku bagi2 bintang dari 5. so boring3 lepaklajap baca k..

VERSI 1:



Alkisah di sebuah kampung yang agak dalam pedalamannya.diketuai seorang ketua kampung asli yang kadang-kadang 'bijokpandai'.Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka (tolong apa aku x taw la). Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan didepan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu. Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan x sengaja terkuis bateri itu terkeluar dr tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dgn bangganya m'beritahu, "Oo..patutlah x jalan.Drebarnye mati tersepit kat sini"

VERSI 2;
Ada sekeluarga  ingin balik kampung semperna hari raya sedang ingin menaiki sebuah kancil..........

lalu timbul lah masalah kerana keluarga nie 7 orang tapi kereta kancil muat-muat 6 orang paling ramai tambah tolak budak kecil.....

Maka terjadi lah dialog antara mereka nie

Si Ibu: Guane nih..penuh doh kete ni. Dok muak la ayoh mu wey!

Si Ayah: Betul gok. Guane nok buwak le nih? Lame doh dok sapa kapong.( ingat gok kapong)

Si IBu: Tujoh orang dokleh sumbak masuk dalang kete kacil nih. kecik 
do'oh. Sooh benar kalu sumbak gok gak. 

so... diorang nie pon pk punya pk punya pk.....

last2 si anak paling kecik berkata ( kira kongsi idea la ni)

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok wak. Kite skarang ni ade 
tujoh orang.

Anak:Tamboh la sorang gi. baru jadik 'LAPANG'...!!!

p/:watak yang terlibat tiada kaitan sama ada yang hidup mahupun mati.

Sekian terimkasih kerana membaca 

Sunday, October 3, 2010

One Mom and Three Dads

Salam dan Selamat pagi..

Entry ini khas mereka yang teringin men'download' dan melayan cerita korea, tajuk cerita cam pelik je camne seorang mak bleh ada tiga org laki...kan2? so nak taw camne leh jadi sedemikian silalah download dan layan cerita ni.Aku sendiri pun baru abes layan...amat best 4.5/5 star...hehehe..

berikut link2 yang leh korg download cerita ni...serta sedikit sinopsis untuk first brief about this story i put here...enjoy it..




Title: 아빠셋 엄마하나 / One Mom and Three Dads
Also known as: Three Dads and a Mother
chinese title : 三个爸爸一个妈
Genre: Romance
Episodes: 16
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2008-Apr-02 to 2008-May-22
Air time: Wednesday & Thursdays 21:55 (9:55 Korean time)


Synopsis
Song Na Young and her husband, Jung Sung Min, desperately want a child but her husband is unable to get her pregnant. Her husband’s friends decide to help them. But Na Young suddenly loses her husband in an accident and she gives birth to her daughter but does not know which of her husband’s friends fathered her child. The father of Na Young’s child can either be Han Soo Hyun, Choi Kwang Hee, or Hwang Kyung Tae.
Cast
Eugene as Song Na Young Jo Hyun Jae as Han Soo Hyun Jae Hee as Choi Kwang Hee Shin Sung Rok as Hwang Kyung Tae Kim Bin Woo as Park Seo Yeon Joo Sang Wook as Jung Chan Young
http://www.2shared.com/file/12823937/347110ce/One_Mom_and_Three_Dads_Ep01.html
http://www.2shared.com/file/12819353/40cc6c33/One_Mom_and_Three_Dads_Ep02.html
http://www.2shared.com/file/12819450/dc8a2b0c/One_Mom_and_Three_Dads_Ep03.html
http://www.2shared.com/file/12819785/1b081f97/One_Mom_and_Three_Dads_Ep04.html
http://www.2shared.com/file/12820180/5547a2f0/One_Mom_and_Three_Dads_Ep05.html
http://www.2shared.com/file/12820759/9db818ab/One_Mom_and_Three_Dads_Ep06.html
http://www.2shared.com/file/12821657/c37e38fe/One_Mom_and_Three_Dads_Ep07.html
http://www.2shared.com/file/12823600/8a649193/One_Mom_and_Three_Dads_Ep08.html
http://www.2shared.com/file/12824793/5eba29ee/One_Mom_and_Three_Dads_Ep09.html
http://www.2shared.com/file/12879738/90d4f41/One_Mom_and_Three_Dads_Ep10.html










Bagi mereka2 yang xtahu @ x biasa download berikut cara untuk men'download'
1.Pergi ke www.2shared.com
2.Copy url diatas atau boleh tekan direct link tersebut.
3.Paste ke address link then tekan 'enter'
4. Pastu scroll bawah n cari 'save file to pc:click here"
5.Tunggu abes download n layan...

Mungkinkah Datuk Sosilawati Terseksa



Gambar suspek pembunuh bersiri
Alhamdulillah mata aku masih belom mengantukjadi aku ingin mengunakan masa dan mood ini untuk menulis tentang isu yang baru3 ini hangat diperkatakan dan menjadi bualan dikedai kopi serta tajuk muka depan berita3 di malaysia iaitu berkenaan kematian jutawan kosmetik arwah Datuk Sosilawati. sebelum aku mulakan perbentangan pendapat aku ingin di sedekahkan al-fatihah buat arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala kebaikannya dapat membantunya nanti.Yang sebenarnya sudah lama ingin aku tuliskan entry ini namun mood untuk menulis lenyap apabila balik bilik selepas habis kelas jadi kita teruskan dengan apa yang aku ingin katakan..

Ceritanya bermula semasa kepopularan berita(walaupun masa hidup tiada sangat berita tentang beiau) kepergian Datuk Sosilawati, saban hari wajib mesti ada berita tentang beliau sama ada perlu mahu pun tidak perlu. di awal kes aku tidak kisah sgt andai belek surat khabar hanya ada berita tentang arwah namun setelah dua tiga hari aku belek surat khabar berita tentang arwah semakin mengarut dan lari dari keperluan yang sepatutnya, seperti berita bertemu arwah dalam mimpi serta pernah tidur sebantal dengan arwah perlu ke di selitkan di dalam akhbar berita. Aku tahu berita sedemikian lah yang akan melariskan jualan surat khabar namun SEDARKAH kita semua(khususnya pemberita) bahawa sedikit demi sedikit berita yang di "exposed"kan itu akan diterima juga kesan kepada arwah di dalam kubur? Contohnya penayangan gambar beliau yang tidak bertudung,sedarkah bahawa ianya masih dikira walaupun empunya sudah mati. Dan artikel tentang kebaikan yang beliau pernah lakukan mungkin sebelum ini masih diterima dan dikira sebagai amal kebaikan namun setelah menjadi bualan masyarakat mungkin akan membuatkan kebaikan arwah beliau itu menjadi umpatan masyarakat dan menambah seksanya lagibeliau di sana.PERNAHKAH kita fikirkan semua itu? ini aku katakan khusus bagi kes Datuk Sosilawati sebagai analogi bagi banyk lagi kes yang berkaitan.

Jadi ingin aku suarakan disini adalah semakin hari semakin nampak ketidakmatangan para pemberita malaysia(sesetengah je) yang memaparkan berita yang tidak sepatutnya walhal banyak lagi isu3 yang boleh diwarwarkan seperti gejala sosial yang makin meningkat kian hari. dan kalau boleh carilah gambar arwah yang elok untuk dipaparkan bagi tatapan umum supaya tidak amenambahkan lagi seksa arwah...

Akhir sekali sama3 lah kita menjaga aib insan lain kerana insyaAllah di padang Masyar nantiAllah akan menjaga untuk kita.

Sekian saja terima kasih kerana membaca.

selamat malam semua..

Kenapa AKu Blogging???

salam dan selamat petang semua..



xtau kenapa hari ini raa banyak idea pulak, mungkin da lama x berblogging kot... semasa aku baca entry bro zairie ni tentng kenapa aku berblogging mengingatkan aku kembali tujuan aku berblogging dan dalam masa sebulan aku x blogging juga membuatkan aku selalu fikir aku blogging sebenarnya untuk apa ek? hari demi hari saat demi saat disilih gantikan dengan idea untuk menaip. di awal penglibatan aku, niat aku adalah untuk mencari pendapatan sampingan sebagai seorang pelajar, ye lah sebagai seorang lelaki yang meningkat dewasa serta usia mana x timbul idea untuk mencari duit sendiri dan istilah lain untuk berdikari dari meminta dan bergantung kepada ibu bapa serta adik beradik. Setelah fikir punya fikir dan jalan punya jalan melawat entry orang akhirnya timbul untuk menulis entry ini bagi mengingatkan di kemudian hari seandainya aku buka blog dan membaca entry ini supaya berblogging dengan cara yang betul. 

ok sekarang aku sudah pasti niat aku berblogging adalah untuk mencari serta berkongsi ilmu dalam kehidupan di samping menambah kenalan. ada pepatah yang aku dapat berbunyi” ijazah kehidupan bukan dapat dicari mahupun diberi oleh para pensyarah mahupun dekan namun ia adalah sesuatu yang kita alami,sedari juga pelajari sendiri dalam kehidupan”. dan semestinya semasa berblogging mesti akan wujudnya virtual silaturrahin  iaitu persahabatan maya dengan seseorang yang kita tidak kenal namun disandarkan dengan niat untuk bersahabat selain blogging juga akan disenaraikan sebagai tujuan aku dalam blogging. InsyaAllah semua tujuan ini akan aku kekalkan dan ingati selama aku blogging.

Angelina jolie masuk khutbah Jumaat

Salam dan selamat tengahari semua



Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis di blog ini.Entry kali ini berkaitan khutbah jumaat yang aku dengari semasa solat jumaat kelmarin di masjid universiti aku iaitu UMP. Khutbah kali in berkaitan dengan bencana banjir yang paling teruk di alami oleh salah satu negara yg kebanyakan pendududknya adalah mereka yang beragama Islam iaitu Pakistan. Semasa khutbah jumaat ini juga di lancarkan tabung bantuan untuk menyalurkan derma bagi membantu dan meringankan bebanan rakyat malang ini. Ok sekarang masuk bahagian yang berkaitan dengan tajuk,nk buat cerita  tengah khusyuk2 (khusyuk kot walo ngantuk sikit2) aku terkejut apabila khatib menyebut nama ANGELINA JOLIE satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat movie . Nak tau x kenapa nama beliau disebut? yang konpem bukan skandal mahupun gossip beliau ok( dalam masjid kot kih3) jeng jeng jeng nama beliau disebut adalah kerana beliau merupakan antara penyumbang derma yang paling banyak selain George soros dan juga Bill Gates.gempak x? Kih3 ...x kot...

ok tutup cerita pasal angelina pitt sekarang kita cerita pasal kenapa mereka yang bukan beragama Islam yg ‘excited’ dan laju dalam membantu ketika bencana yang terjadi, sudah tiadakah jutawan mahupun hartawan Islam? Adakah mereka yakni jutawan Islam takut akan berkuranagnya nilai harta mereka andai menderma? Hmm sebenarnya seperti yang kita tahu jutawan2 Islam lah yang sepatutnya mendahului mereka semu kerana mengikut ajaran islam membantu mereka yang di timpa kesusahan adalah sesusatu yang di tuntut. Namun apa yang dapat kita lihat jarang jutawan beragama Islam yang tampail ketika bencana melanda contoh analogi yang senang untuk kita lihat adalah jutawan di malaysia, andai ada bencana mereka semua nak tunggu wartawan datang bersama kamera baru lah nak menghulurkan bantuan, besar pulak tu cek yang di berikan namun andai besar bas pun cek yang di beri andai tiada secebit kesedaran akan keikhlasan di dalam hati tiada gunanya.Jadi sama-samalah kita membantu insan-insan yang di timpa kesusahan mahupun musibbah dengan meletakkan niat dan keikhlasan di tingkat tertinggi di dalam hati kita InsyaAllah balasan yang di terima kita nnt mahupun dlam masa kita hidup hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya tanpa ada wartawan yang membuat liputan mahupun kamera yang merakam. Dan di akhirat nnt semua apa yang kita lakukan akan dipapar kan di skrin yang lagi besar yang tidak dapat di tandingi oleh mana teknologi  yang wujud di bumi kita yang kecil bagaikan zarah saiznya di bandingkan dengan ciptaanNya yang lain di dunia ini.

p.s:sebut sal jutawan ini masih teringat pulak kat saudara Al-Bukhary yang banyak membantu rakyat islam di malaysia ini, setahu gua beliau lah satunya yang aktif dalam melaburkan harta beliau dalam ‘pelaburan akhirat’..

Sekian saja perkongsian. Terima kasih kerana membaca.

POst Famous

Total Pageviews