Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Follow by Email

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Friday, August 2, 2013

Petua Untuk Minum Susu Segar

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat bersahur...

Alkisah semua dari kita tahu akan susu merupakan salah satu minuman kegemaran Rasulullah s.a.w dan mengikut kajian saintifik susu juga sangat baik untuk kesihatan badan dan juga minda. Ambo ingin kongsikan disini petua untuk meminum susu segar dari ladang iaitu susu yang diperah "direct" dari "tabung" susu kambing mahupun susu lembu. Susu segar disini disitilah sebagai susu tanpa bahan tambahan yang kononnya untuk lagi sedap dan menambah zat yang sedia ada, gunanya belum tentu selamat bahan-bahan tambahan tersebut. Jadi elok lah kalau dapat kita meminum susu yang sebetul-betul segar.


Berikut sedikit info dan cara meminum susu yang ambo jumpa :

A. Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. 

B. Rasullullah s.a.w menerangkan, susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. 

CARA MEMINUM:

1. Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

2. Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.


Diharap agar sama-sama kita merutinkan peminuman susu juga madu, barli dan kopi kerana ianya baik untuk kesihatan kita...

Sekian, Wassalam....

No comments:

POst Famous

Total Pageviews