Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Follow by Email

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Sunday, August 4, 2013

Kanak-kanakku Di Bulan Ramadhan

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat malam...

Alkisah malam ini malam 26 Ramadhan sudah dan "ia" bakal pergi dan perginya belum tentu sempat kita untuk nikmati, dan hiasinya lagi. Semoga dipanjangkan umur semua pembaca ambo supaya dapat kita semua nikmati dan hiasinya dengan amalan-amalan buat bekalan nanti.

Memandangkan kita masih lagi di bulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingin ambo kongsikan pengalaman
di kala ambo maih lagi remaja muda dan bahagia dengan pembaca blog ambo ini. Setiap manusia semestinya ada pengalaman tersendiri di kala bulan Al mubarak ini tidak kira suka mahupun duka.

Diikutkan tak banyak cerita dan pengalaman yang ambo ingat ye la x semua apa yang kita lakukan akan
kita ingat sampai ke tua kecuali sedikit dari fasa-fasa yang di lalui juga memori yang memberi kesan yang mendalam bagi semua insan. Bagi ambo, antara memori yang ambo x dapat lupa ingin ambo kongsi macam
perang mercun, jual mercun dan burger dan juga teraweh dikala fasa kanak-kanak. Diikutkan banyak benda yang ambo buat ada kenangan tapi x muat ruangan untuk ambo coretkan di ruangan ini.

Perang mercun dengan jiran, paling ambo suka sekali bila ambo duduk termenung sendiri akan memori ramadhan ambo di fasa muda-mudi dulu. Perang ini bukan dimulakan oleh ambo tapi jiran ambo yang tetiba menyerang dan membaling mercun betul-betul depan tangga rumah ma ambo. Dikala ini ambo merupakan tokey mercun tegar di kampung ambo (tika ini lah sekarang bersara dah),akibat naik angin ambo bersama abang tinggi selevel dari ambo ambil stok mercun "and get ready to counter attack" ye la boh rumah kena serang xkan nak duduk diam ye dok?? jadi dengan idea kreatif lagi inovatif (sebab ni la kut ambo dengan abang abo ada bakat jadi engineer) mengikat mercun bola di batang mercun roket dan "setting" sikit kasi timing letupan sama. Bila alatan dan persiapan dah "ready" kami ambil posisi kekuda dan siap sedia membalas " jemputan" jiran ambo.Terasa seronok pula kami main mercun lagi seronok dari main suka duka. Tapi suasana meriah ini tidak berpanjangan pabila dengan histerianya mak cik budak (kedudukan rumah dia di antara ruah ambo dan jiran abo ) tu keluar seraya berkata " oiii babi mu gilo ko" glurp xpa kot ambo cuma ulang kata balik "scene" tersebut. Ma ambo yang duduk dalam rumah sebelum tu dengan "mood cool" dan "steady" tetiba bangun dan keluar rumah, ye la ma ambo ok je budak-budak katakan keh3. Melihatkan mak cik budak tu masuk campur ma ambo larang ambo dan abang ambo untuk teruskan perjuangan kami yang masih belum habis mercun dalam kotak kami gunakan, nak jaga hati jiran heee. Tapi sempat juga abang ambo bagi balik kat makcik budak tu dengan berkata " anak sedara mung tu gilo" keh3 budak-budak dulu darah panas tapi panas-panas xda la sampai ajak gaduh macam budak zaman sekarang x kira orang lain, mak bapa sendiri pon buleh ajak "sparing" keh3. Di penghujung cerita kami sekarang dah biasa dan xda gaduh-gaduh dan budak jiran tu pun dah senyum-senyum dengan kami, dah besar kan... hehehe..

Di kala meningkat tua ini, pabila ambo tengok adik-adik mahupun anak sedara ambo ligat membeli dan bermain mercun, ambo selalu teringat kisah ini. Bagi demo mungkin xda apa yang spesialnya tapi bagi ambo, terasa engineer walaupun hanya abang ambo je yang sekarang ni betul-betul jadi engineer.

Di akhir coretan ambo ni ambo harap ingin berkempen
ihsan pakcik GOOGLE

Bermain mercun berpada-pada,
Jangan sampai putus anggota badan mana-mana,
Hormati orang tua tidak kira dimana,
Agar hari tua kita lebih bermakna.

Bermain mercun sekarang ni x kira usia,
ada teruna ada yang sudah duda,
kalau dah tercedera,
di hospitallah anda beraya.....

keh3...

Bab perang sudah ditutup tirai, tiba untuk teraweh pula. sejak dua menjak ambo rajin teraweh (bukan riak hanya berkata-kata ) di surau rumah sewa ambo yang berdekatan, tidak hilang suasana tika ambo kanak-kanak di surau ini. Mana tidaknya tika tok imam angkat takbir terus mereka semua beraksi sampai dah macam dalam filem aksi bunyi dibelakang (konpemm x khusyuk bila bunyi bunyian sebegitu hahaha...) tapi abo teruskan juga teraweh ambo itu.
ihsan pakcik GOOGLE
Mungkin bagi peringkat umur ambo ada yang tidak suka kanak-kanak berada di surau tapi bagi mereka yang lebih tua ianya sudah biasa, kanak-kanak biasa la tue...mungkin ambo tua nanti dapat paham apa "biasa" itu kot. hahaha. Tapi bila kita fikirkan balik ada caranya juga untuk biasakan anak-anak selalu hadir ke surau. Ye lah kalau x biasakan mereka dengan suasana masjid silap haribulan silap langkah ke konsert haluan mereka. Bukan tidak elok ke konsert tapi ke surau masjid lebih elok (ambo pun susah gak nk lekat ke surau x tahu kenapa kui3). Malahan ada di ceritakan tika zaman Rasulullah dahulu, ketika baginda tengah solat, cucu baginda memanjat di atas belakang baginda tika baginda tengah sujud, tidaklah baginda bangun terus dari sujud itu namun baginda sujud sampai cucu baginda turun dari belakang baginda unutk teruskan tertib solat baginda. Disini ambo dapat bagi pendapat bahawa tidak salah untuk di bawa anak-anak ke masjid cuma perlahan-lahan kita didik mereka untuk menghormati masjid in sha Allah buluh akan terlentur andai di latih ketika masih rebungnya.

Habiskanlah Ramadhan Al mubarak ini dengan penuh makna

Sekian, Wassalam....

No comments:

POst Famous

Total Pageviews