Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Ber"Final" buat Adik UMP

Bismillahirrohmanirrahim....


Assalamualaikum dan selamat petang...

Walaupun telah bermula hari peperiksaan buat adik-adik UMP gambang mahupun Pekan, rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menduduki "Peperangan" Final bagi semester ini. 

Alhamdulillah walaupun aku telah habis belajar di ump tika final begini banyak kenangan yang dilalui ketika waktu final yang cukup menguji kesabaran aku dan rakan-rakan di UMP

Pernah satu ketika bekalan air terputus selama seminggu dalam minggu peperiksaan dan ia cukup menjatuhkan motivasi kami yang agak tertekan dengan keadaan ini, namun alhamdulillah dapat juga kami lalui. Paling yang terkesan adalah pabila keadaan terlalu mendesak membuatkan kami pelajar-pelajar terpaksa mencari sumber air untuk kami mandi juga ambil wuduk. Maka bertebaranlah pelajar-pelajar UMP ke segenap kawasan GAMBANG, ESSO , Caltex, Petronas, dan Tol Gambang. seandainya anda berkenderaan dapatlah bergerak ke tempat2 terebut , bagi aku ketika itu masih pelajar tahun 2 masih belum ada kenderaan, teman-teman pon sama tiada terpaksa mandi air kolah di tepi blok C14 yang kini merupakan blok pelajar perempuan, dan ketika itu juga kolah tersebut yang penuh berlumut kami mandi juga sampai hilang lumut kami kerjakan. Sedih tapi lawak bila difikirkan kembali. kenangan yang amat indah yang sukar dicari di mana-mana Univesiti.

Pada waktu ini, mungkin adik-adik di UMp cuma dapat rasai "black out" sahaja bila tiba time final dan ini juga sudah menjadi lumrah bagi pelajar-pelajar UMP pekan mahupun gambang.

Ok, akhir kata, buat adik-adik, bersabarlah menuntut ilmu, mungkin bagi abang dan kakak cabaran kami hadapi lain dari kamu semua tapi cabaran itu masih anda akan hadapi. All the Best and Best of luck.... sedikit panduan untuk penerang hari ketika menjawab soalan nanti....di kopipasta dari FB buat yang tidak suka FB dan suka blogging.



p.s: ma aku suruh selawat, baca 3 QUl dan ayat Qursi je dari sekolah rendah sampai universiti, alhamdulillah aku telah selamat bergelar graduasi sudah. 

DOA PENERANG HATI , 
"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 
Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."
Amalkan doa ini 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat,
Tips : Jaga solat 5 waktu, hormat ibubapa dan guru serta menjaga pandangan dan elakkan daripada dosa dan maksiat. Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.
Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru saya iaitu Al-Fadhil Ustaz Maulana Mansor Al-Hafiz, Naib Mudir Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur (semoga Allah sentiasa memberkati beliau) . Beliau seorang ulama yang cukup alim dalam pelbagai bidang dan banyak menghasilkan kitab-kitab yang cukup bermanfaat untuk ummah. Kehidupan beliau sibuk dalam berdakwah, mengajar agama dan mengarang kitab-kitab agama dll

ok buat yang terbaik ok sekian.

No comments:

POst Famous

Total Pageviews