Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Wednesday, June 8, 2011

Web Paling MAHAL di Malaysia

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat petang..

Hari ini agak relaks kerja aku kerana hanya menambahbaikan kerja semalam dan ada banyak lagi yang perlu aku pelajari..huhuhuhu luas betul dunia pengetahuan walaupun banyak tahun dah belajar namun masih banyak yang belum diketahui.

ok. Untuk mengisi masa lapang aku hari ini aku ada jalan-jalan dalam blog dan terjumpalah artikel tentang www.1pengguna.com yang amat menyakitkan hati para rakyat pembayar cukai di malaysia.

Laman web ini dibuat oleh kementeruan pengguna dibawah bidang tugas menteri ismail sabri @ayah dafi menurut laman web INI.

Laman web ini yang dikatakan akan menyenaraikan harga barangan di malaysia seluruhnya(tu pon kalau ada tenet kat umah) seperti barangan runcit. heh.

Kos untuk membuat laman web ini yang dikatakan paling mahal di Malaysia kerana ia menelan belanja sebanyak 1.4juta yang kemungkinan besarnya datang dari duit pembayar cukai iaitu rakyat-rakyat sekalian.

Sudahlah harga barangan serta perkhidmatan naik tanpa turun disalahgunakan pula duit rakyat macam ini.tiadakah inisiatif lain yang lebih berkesan dan menjimatkan duit rakyat untuk menjalankan sistem seperti ini.

Dan untuk pengetahuan anda pembaca sekalian dalam facebook juga ada belambak insan-insan yang sukarela untuk memantau aktiviti barangan yang menubuhkan 'group' yang tidak melibatkan sesen pun penggunaan duit.seandainya 1.4juta itu disediakan untuk pembayaran gaji pekerja yang memantau dan menyeliakan web ini bolehlah diterima akal kita namun ianya digunakan hanya semata-mata untuk menbuat web sahaja belum termasuk kos lain-lain.  
bagi pendapat aku sistem ini ada baiknya namun lagi baik andai kos untuk menyediakan perkhidmatan ini di selidiki dengan lebih elok,tulus dan sistematik sebelum dilaksanakan kerana ia melibatkan duit kerajaan juga duit rakyat.

p.s:wahai pengguna @ rakyat sekalian manfaatkanlah kuasa di tangan anda...

Sekian

Wassalam..

Monday, June 6, 2011

Astro Naikkan Cas?

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat pagi..

Adakah anda sedar tentang akan kenaikan harga dan cas bukan hanya tarif elektrik dan gas sahaja bakal naik tapi harga astro juga bakal dinaikkan?

Hurm..dek kerana beberapa alasan mereka dapat menaikan sesuatu harga barangan dan cas-cas yang dimonopoli oleh mereka tanpa sebarang bantahan membuatkan kehidupan pelanggan dan pengguna semakin tertekan lagi-lagi tarif elektrik.

Mengikut penjelasan hanya beberapa jenis pelanggan sahaja yang bakal dikenakan peningkatan 7% namun sedar tak sedar bil-bil mungkin ada peningkatan yang agak ketara.

Ditambah pula dengan peningkatan sebanyak RM3 bagi gas yg dahulu kebiasaanya aku beli RM 27, sekarang sudah RM30. memang angka 3 itu hany sedikit namun bagi mereka yang kurang berkemampuan mungkin dirasakan besar.

Bagi astro pula, sebagai salah seorang pelanggan mereka aku akui ada siaran amat memuaskan namun ada beberapa perkara yang masih tiada penyelesaian iaitu pengulangan siaran rancangan yang sama berkali-kali dalam masa seminggu.

Memang tiada salahnya andai dibuat siarang ulangan namun andai dua tiga kali siaran sama dalam masa seminggu adalah tidak wajar dan agak membosankan.

Ditambah pula dengan gangguan siaran ketika hujan yang dari dahulu juga tiada penyelesaian. memang akan ada yang berkata dan memberi pendapat, andai tidak puas hati baik berhentikan langganannnya.

Aku disini tidak mengatakan yang semua tentang Astro tidak memuaskan tapi sebelum sesuatu kenaikan harga cas kepada pelanggan eloklah mereka selesaikan dahulu kekurangan yang wujud supaya kenaikan itu bukan hanya untuk pertambahan siaran rancangan tapi juga untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan yang diberikan..

Penjelasan dari pihak Astro sila [klik sini]

Semoga apa yang ditulis disini dapat juga memberi manfaat kepada mereka. bukan cemuhan tapi hanya pendapat.

Wassalam..

Sunday, June 5, 2011

Baru Dapat Kerja

Salam dan selamt tengahari..

Dah submit borang Cheff belum? hehehe..kalo belum cepat-cepatlah hantar melepas nanti.


Ok.

Sudah tiga minggu aku mempraktikalkan diri aku di industri dan pada hari khamis lepas aku bertuah kerana mendapat kerja setelah 2 minggu memboringkan di pejabat, nak kata boring tak ada la boring sangat cuma bila relaks sangat kadang-kadang boleh mengantuk dan meletihkan jadi kena ada juga kerja yang boleh aku lakukan juga untuk elakkan dari membazirkan masa aku juga elektrik pejabat sebab selalu online kat facebook dan twitter. Tapi nak buat macam mana dah memang kebiasaan pabila kekurangan projek masuk jadi kerja pun berkuranganlah, lagi-lagi area pantai timur, kalau diikutkan susah nak cari tempat praktikal yang sesuai dengan bidanag aku iaitu elektronik, kalau yang ada iras-iras pun bidang elektrik atau 'wiring' je. 

Disebabkan faktor ekonomi juga transport membuatkan pilihan praktikal aku adalah terhad, mungkin ada hikmahnya....kan. kan. kan..

Berbalik pada topik, kerja yang diberikan oleh 'supervisor' aku adalah agak menakutkan bagi aku iaitu kena 'design wiring installation'  menggunakan perisian AutoCad. jadi takut tak takut, malas tak rajin aku kena juga belajar balik benda AutoCad ini. Sudah la membe-membe sekepala aku tak ada sekali, kalau ada boleh juga minta ajarkan. 

Adeh.. jadi jalan terbaik untuk belajar gua cari lah tutorial AutoCad for beginners(segan deh..beginner tue...hehehe). Jadi minggu ni aku kenalah teruskan membuat 'design' tersebut tanpa boleh online selalu sebab setelah aku 'install' benda ni makin ada kerja pula aku. 

Tak kisah lah apa kerja pon Sv aku bagi janji dapat Ilmu, Pengalaman dan terisi juga Logbook(diari) aku dari kekosongan..harap-harap dapatlah aku habiskan 12 minggu ini dengan sebaik-baiknya...

Wish Me The BEst...keh3...

Kelantan Cheng Ho Food Festival 2011

Salam dan selamat pagi..


Dalam diam-diam ada banyak juga aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh anak-anak muda kelate sepanjang cuti ini yang di anjurkan oleh kerajaan negeri, selama kenin aku tak tahu...nak tahu cam mana la kalau da internet tak ada di rumah(pentingnya internet). untuk pengetahuan teman-teman anak kelate ada kekosongan seramai 300 orang untuk di isi sebagai sukarelawan untuk Kelantan Cheng Ho Intenational Food Festival(KelCheFF) 2011 yang bakal berlangsung pada 14-23 Julai 2011 bertempat di Bazar Tok Guru. Tarikh tutup penyertaan adalah 25 Jun 2011 dan ada juga disediakan kursus persediaan pada 1&2 Julai 2011.

Kepada mereka yang berminat bolehlah dapatkan borang di pejabat Green-Medan Ilmu( berdekatan Hotel Ansar dan bangunan Pas) dan untuk maklumat tambahan seperti apa yang perlu anda lakukan sebagai sukarelawan dan juga pemakaian anda bolehlah menghubungi no yang tersebut: 09-7474242 ataupun 0145196916) juga boleh melawat fb Green-V [click sini]

Pada mereka yang tidak terlibat dengan praktikal tue silalah melibatkan diri anda kerana banyak pengalaman baru yang bakal anda dapati di festival ini yang merupakan kali kedua dilangsungkan di kelantan(seingat aku la..:)

p.s: frust molek ambo nok join dokleh ada praktikal...ambo boleh meghebahkan jah..jadi pada hok free2 tu g la isi borang dok rugi pon...insyaAllah ada elaun...

Saturday, May 28, 2011

Red Devils kalah, Red Warriors menang...

Salam dan selamat pagi,


Hari ini aku agak keboringan lagi kerna menjadi ceo tempat aku li..keh3...so pe kata kita cakap2 sal geng2 red team fotbal red warriors n red devils.

Sape tengok barca lawan man u semalam..sedey tol aku bajet nak tengok last2 tengok lam mimpi, kalo ada bini bleh tolong kejutkan ni la org bujang kalo nk wat pe2 kena sendiri2 keh3..hurm dengar cite barca hentak man.u 3-1 pergh menangis la alex balik pagi td...siap ada video tangan alex terketar2 lagi aku tgk kat fb...kire hebat giler la barca ni...hurm walo favorite team aku man.u namun barca maen lagi hebat jadi nak x nk kna akui jugalah kehebatan mereka..dan berita baik semalam sal red warriors juga menang 1-0 semalam sumbangan abe piya kito..alhamdulillah naik balik negeri cik siti kito..semoga kelate terus maintan playmatch sek yo sokmo..walaupon previous match agak tensen kalah 2-1 ngan t-team sampaikan abg ipo aku yang pergi match masa tue give up xnk g next match...tapi kata2 dibibir saje nak x nk itu terpulang di hati, last2 semalam dia g gak tengok..keh3...red warriors sejati kui3..

p.s;pada teman2 aku tue li la leklok...kasi penuh log book masing2 keh3...

jom usha2 higllights man u vs barca..dengan muke sedey kui3...

POst Famous

Total Pageviews