Bismillahirrohmanirrahim
Salam dan selamat petang..
Hari ini agak relaks kerja aku kerana hanya menambahbaikan kerja semalam dan ada banyak lagi yang perlu aku pelajari..huhuhuhu luas betul dunia pengetahuan walaupun banyak tahun dah belajar namun masih banyak yang belum diketahui.
ok. Untuk mengisi masa lapang aku hari ini aku ada jalan-jalan dalam blog dan terjumpalah artikel tentang www.1pengguna.com yang amat menyakitkan hati para rakyat pembayar cukai di malaysia.
Laman web ini dibuat oleh kementeruan pengguna dibawah bidang tugas menteri ismail sabri @ayah dafi menurut laman web INI.
Laman web ini yang dikatakan akan menyenaraikan harga barangan di malaysia seluruhnya(tu pon kalau ada tenet kat umah) seperti barangan runcit. heh.
Kos untuk membuat laman web ini yang dikatakan paling mahal di Malaysia kerana ia menelan belanja sebanyak 1.4juta yang kemungkinan besarnya datang dari duit pembayar cukai iaitu rakyat-rakyat sekalian.
Sudahlah harga barangan serta perkhidmatan naik tanpa turun disalahgunakan pula duit rakyat macam ini.tiadakah inisiatif lain yang lebih berkesan dan menjimatkan duit rakyat untuk menjalankan sistem seperti ini.
Dan untuk pengetahuan anda pembaca sekalian dalam facebook juga ada belambak insan-insan yang sukarela untuk memantau aktiviti barangan yang menubuhkan 'group' yang tidak melibatkan sesen pun penggunaan duit.seandainya 1.4juta itu disediakan untuk pembayaran gaji pekerja yang memantau dan menyeliakan web ini bolehlah diterima akal kita namun ianya digunakan hanya semata-mata untuk menbuat web sahaja belum termasuk kos lain-lain.
bagi pendapat aku sistem ini ada baiknya namun lagi baik andai kos untuk menyediakan perkhidmatan ini di selidiki dengan lebih elok,tulus dan sistematik sebelum dilaksanakan kerana ia melibatkan duit kerajaan juga duit rakyat.
p.s:wahai pengguna @ rakyat sekalian manfaatkanlah kuasa di tangan anda...
Sekian
Wassalam..
6 comments:
1. juta??
mhl gilaaaa....
taw xpe...heheh dgn 1 juta tu da bleh kawen 4 keh3......kan3.??
ahah.. mahal giler.. mcm xlogik je rase.. :(
hehehe mahal sebab guna duit rakyat kalau duit sendiri konpem free..
hehehe mahal sebab guna duit rakyat kalau duit sendiri konpem free..
1. juta??
mhl gilaaaa....
Post a Comment