Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Wednesday, July 21, 2010

Masih Ada yang Menyayangi..



Salam malam hari semua..

Entry kali ini aku ingin sedikit menyentuh tentang masalah remaja masa kini yang sering mencari jalan mudah bagi mereka2 yang break@clash yang bagi aku masih ada diantara kita memikirkan jalan mudah ini.




Saban hari ini kes bunuh diri mesti ada yang melibatkan para remaja,selain mereka yang dewasa.Setelah siasat punye siasat,sebab bunuh diri adalah kerana cinta mereka ditolak dan juga di'buang' oleh kekasih.
Haishhh...aku sendiri pon bukan x pernah ditinggalkan dan aku juga pernah alami detik2 mencemaskan mental dan fizikal aku,namun Alhamdulillah iman didada dan ingatan pada ibu dan adik beradik masih kukuh untuk menghalang aku dari mengambil keputusan mudah seperti membunuh diri.
Mungkin bagi sesetengah individu dengan 'suicide' the problem is settle and they no need to worried about the rest,but the reality is another problem akan timbul andai mereka ambil jalan mudah macam ini.
Andai difikirkan kembali, berbaloikah dan berhakkah kita untuk mengambil nyawa sendiri yang susah payah mak ayah kita jaga dgn sedaya upaya mereka untuk memastikan kita menjadi seorg insan berguna di masa depan dan bagi agama islam  juga agama lain aku pasti amalan bunuh diri diharamkan di kalangan penganut mereka.
Bagi aku andai kita ingin mengambil keputusan mudah ini hanya kerana seseorang yang kita cinta dan sayang untuk beberapa tahun baru berbanding dengan kasih sayang mak ayah adalah amat tidak berbaloi dan merugikan bukan sahaja diri kita bahkan masyarakat lagi2 mereka yang cerdik pandai dalam pelajaran.
Aku paham ada mereka yang berbuat demikian hanyalah untuk menarik perhatian kekasih mereka dan ingin membuktikan mereka btul2 x bleh hidup tnpa kekasih namun andai kita melakukan sesuatu yang menyakitkan dan merugikan diri kita adakah keputusan kekasih2 mereka akan berubah?.
Ada yang berubah dan ada pula yang buat bodoh je dan andai la pula mereka yang berubah keputusan itu dan kembali kepada kita, pastikah mereka akan kekal? jawapan adalah TAK,kerana mengikut pendapat aku la sekali mereka tinggalkan kita insyaAllah mereka akan tinggalkan kita buat kali ke 2 dan seterusnya..
dan ingat lah masih ada insan lain yang setia menyayangi kita terutamanya ibubapa dan rakan taulan...dan janganlah serik untuk berkasih sayang kerna kasih dan sayang adalah 'nature' setiap insan.

Jadi moral di sini aku ingin nyatakan usahlah kita merugikan dan menyakitkan diri kita semata2 hanya inginkan simpati dari seorang insan yang sudah tidak punyai apa2 perasaan pun lagi kepada kita kerna ia adalah sia-sia belaka..kita sakit namun mereka berbahgia mungkin bersama pengganti kita.

Bak kata pepatah'bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor' dan berpeganglah kepada qada' dan qadar kerana kita hamba yang hanya MERANCANG dan MENCARI jodoh kita namun DIAlah yang PENENTU SEGALA-GALANYA.insyaAllah..

Sekian terima kasih kerana membaca..

Ada apa2 tambahan silalah komen..`

Tuesday, July 13, 2010

Awal2 da Pekena Kuiz..

Salam sebelum tido semua..

Hurm ari ni first klas aku Emt short form tuk Elektromagnetic Field yg diskus ttg field2 di muka bumi ni...tp bukan field org main bola ok..lecturer subjek ni dr tafsiran aku n kawan agak tough tuk kami kenali hehehe...mana x nya awal2 da sound “kalau awak datang lewat jangan masuk kelas saya dan kalau awak masuk juga dengan ‘polite’nya saya minta awak keluar” perghhhh gugur jntung gua dengar warning dia der...huhuhuhu...da abes2 dia intro mana2 patut aku bajet kelas da abes coz nampak dia tengah kemas2 ruphe2nya dia keluarkan kertas kuiz der...walaweiii awal2 da pekena kuiz sakitt...nasib baik la kuiz sedang2 je...hehe bleh la jawab ala kadar..ngeee.. hurm da la stop sampai sini tuk malam ni...esok bakal menjelma jap lagi dan pagi nanti gua bakal mengembara ke ‘gurun Pekan’ menaiki ‘bas transformer’ Ump

..hehehehe..

Moral Value:jangan ponteng kelas dan expect d unexpected...majulah sukan untuk negara...:)

Sekian...

Monday, July 12, 2010

Berakhirnya Perebutan Sebiji BOLA..



Salam Petang..



Akhirnya selesai sudah World Cup yg di tunggu2 oleh peminat bola serata dunia dengan kemenangan berpihak kepada sepanyol
 dan ia juga buat pertama kali bagi negara ini untuk menjulang piala idaman pemain bola sepak seluruh dunia.kemenangan ini boleh dikatakan amat payah tuk di capai kerana semua pasukan yg bermain masing2 semuanya hebat2 belaka..aku dan juga SI HERO tidak terlepas untuk menyaksikan final World cup ni walo mengantuk tapi tahan je...alang2 da turun ke cafe...dengan skrin bersaiz 5o’ perlawanan ini boleh dikatakan meriah tambahan dgn turunnya penyokong2 ke2 pasukan dr kalangan pelajar u aku. Tapi sayang cafe da tutup masa final ni so tgok je la...kalo dahaga ke lapar ke wat dunno je.Perlawanan ni adalah yg pertama kalinya aku tgok dengan masa tambahan sampai 120 minit dgn gol berharga buat sepanyol pada 116 yg di jaringkan oleh ineista(btol x ejaan ni huhu hentam je janji bunyi sama.) setelah berakhirnya final world cup ini maka tamat lah( xtamat gak coz ada lagi judi lain) isu judi yg suatu masa telah menghangatkan suasa parlimen negara kita.dan ini juga menaikkann populariti ‘penilik tepat” iaitu sotong bernama Paul..

Xtawla bile lagi dia akan sambung kontrak tuk menilik match bola lagi..hehehe..

Akhirnya piala ini di miliki oleh pasukan Sepanyol buat pertama kali..setelah berkurun berposa tgok org julang kih3

So bagi peminat2 fanatik bola kena lah tunggu tuk euro pada 2012 tuk mengalami suasana hangat cam world cup...xpon liga2 kecil cam EPL xpon LA Liga..dan ini juga masa tuk pemain2 merehatkan diri mereka setelah berpulas kaki tangan mengolek bola..hehehe...match Wc 2010 ni juga mnyaksikan ramai bintang terkenal "lumpuh" dan tidak menunjukkan reputasi yang memberansangkan..

Sekian saja...

Tq 4 Reading..:)

Sunday, July 11, 2010

Bermulanya semester baru lagi buat ku..





Salam Petang semua..

Alhamdulillah tamat sudah cuti untuk aku berehat2 dan meluangkan masa bersama keluarga.kini aku harus sambung kembali perjuangan yg terhenti seketika dan aku juga kini bergelar pelajar tahun 3 sudah.tanpa aku perasan aku sudah tiga tahun berada di bumi gambang mengejar ilmu kehidupan dan ilmu akademik.Alhamdulillah setakat hari ini kehidupan aku masih normal macam biasa nothing weird org putes kata..hehehehe..so dengan bermulanya smester baru ni org kata kita harus ada azam n something new dok...heheh so new bagi aku adalah kalo bleh nak up lagi pointer yg sedia ada n make life aku kat sini lebih happier n enjoy than before..cakap org putes la plok...xpo sekali sekala..
Pada sem ni jadual aku agak x padat berbanding sem lepas sbb sem lepas jam kredit 18 dan sem ni 15 je, tp subjek agak tough so aku kene lagi tough la...huhuhuhu...tgk2 jadual yg membe aku da dapat hari jumaat AKU CUTI sem ni yuhooooo....best siottt...perancangannya leh la cari duit3  ngan mengerjakan diri di mana2 yg bleh aku kerja.. atleast dapat aku guna buat belanje dok hehehehe..so harap2 la pe yg aku planning n impikan sem ni dapat n sempat tertunai.. insyaAllah...ni la logo uMp TERCHENTA aq hehehehe..chenta la sgt


Sekian saja entry pertamaaku di bulan ini...

Tq for reading...

Wednesday, June 2, 2010

Buat kawan blogger.

Salam petang buat semua kawan2 blogger shah..

En3 ni saje je nak gitaw kenapa shah senyap...shah senyap sebab ada masalah dgn 'tenet' slow amat...disebabkan sayang laptop xnak la shah bengang ngan tenet lalu baling laptp so shah diamkan diri hehehe..bak kata org tua 'marahkan nyamuk kelambu dibakar...apetah laptop ni merupakan bini shah..buat masa sekarang la hik3...so shah mintak maaf x dapat blogwalk dan jalan2 ke blog kamu semua insyaAllah senadai semua ok shah akan aktif balik...thanks for ur visit and up traffic...hehehehe....





gambar ni saje letak heheheh xda kaitan pon...tapi gua rasa nak tengok sgt citer ni kat pawagam ada sape2 nk tgok x? jgn lupe ajak gua..

POst Famous

Total Pageviews