Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, May 5, 2012

Video Menyayatkan Hati Erma Fatima

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam petang hari..

Alhamdulillah,entry demi entry dapat aku hasilkan dari 'wallpost' group dan individu dari laman sosial facebook. Isu tentang BERSIH 3.0 masih lagi hangat bukan saja di kedai-kedai kopi malah starbucks sekalipun masih ramai yang berkata-kata juga bertukar pendapat sesama bangsa dan agama juga berlainan kedua-duanya.

tweet dari beliau 
Jalan-jalan di ruangan maya FB tadi ada tebaca pasal komen dari twitter Erma Fatima yang sedih dan menangis beliau melihat paparan video Himpunan Bersih 3.0 yang amat menyayatkan hati beliau. Mungkin lepas ini ada garapan dari beliau yang merupakan antara pengarah filem tersohor Malaysia untuk menjadikan isu ini sebgai sebuah filem yang lebih bermakna buat rakyat Malaysia tidak kira untuk pihak berkuasa yang terlibat semasa Demonstrasi juga peserta BERSIH 3.0.

Berikut merupakan beberapa video yang membuatkan beliau menyayat hati melihatnya. Andai gambar yang diberikan akan ada tangan-tangan menaipkan bahawa gambar itu adalah 'superimpose' maka video ini menjadi saksi kejadian yang agak susah untuk di'superimpose'kan.

lagi...


lagiii...



Mungkin andai ada demonstrasi lain mohon pihak berkuasa mengikut SOP pihak PDRM sendiri bukanlah SOP dari menteri.Pada penonton anda melihat TAPI anda tidak bersama-sama mereka ditempat kejadian jadi mohon jangan mengeluarkan kata-kata yang anda sendiri tidak pasti, Fitnah nanti.free2 dapat undi keh3.....

Sekian, Terima Kasih kerana membaca.


3 Perkataan Ditunggu Perempuan

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam petang hari..

Alhamdulillah. Masih lagi nyawa ini dikandung badan dizinkan lagi olehNya untuk menggunakan jari untuk menaip perkongsian terbaru dari aku. Sejak stress pSM ni makin membuak keinginan menaip dalam diri hehehe..

Buku "Aku Terima Nikahnya" karangan Hasrizal abd Jamil
Al-kisah terbaca dan terkomen pasal 3 perkataan yang paling ditunggu oleh insan bergelar seorang perempuan iaitu "Aku terima Nikahnya" memberi idea aku di pagi hari untuk menaip tentang 3 perkataan ini.

Bagi aku, bukan setakat perempuan saja ingin mendengar 3 perkataan tersebut namun jejaka juga sudah tidak sabar untuk mengucapkan bait-bait kata tersebut didepan tok kadi walaupun sekali lafaz tidak pasti sah atau tidak juga berkali-kali diucapkan didepan hadirin yang ramai dengan penuh gugupnya demi mendapatkan seorang permaisuri hidup yang bakal bersama melayari kehidupan berkeluarga di masa hadapan.

Bagi kita yang tidak merasakan suasana dan tekanan dengan mudahnya menyebut 'Aku terima Nikahnya' namun bagi mereka yang sedang duduk diatas bantal di depan tok kadi ataupun wali permaisuri hidup, dikerumuni pula oleh hadirin terdiri dari kaum kerabat, itu bukanlah sesenang mengucapkannya sepertimana berkasih-kasihan semasa usia remaja yang dengan senangnya mengucapkan 'saya sayang awak', 'saya rindu awak' , i love u ' dan sebagainya. Kata-kata yang indah diatas lagi indah dan bermakna andai disebut selalu selepas berkahwin, rumahtangga pun makin kukuh dengan ucapan kasih sayang.Oh indahnya sebuah kehidupan berkeluarga.

Namun, dunia sekarang akibat terlalu banyak dugaan dan cabaran, 3 perkataan tersebut agak sukar untuk diberi peluang untuk disebut oleh jejaka yang kadang kala terpaksa menunggu beberapa tahun demi memenuhi keperluan untuk menikahi permaisuri hidupnya. Dan kadang kala permaisuri yang diyakini menjadi teman hidup dirampas orang kerana terlalu lama menunggu. Itulah lumrah sebuah kehidupan,yang tidak selalunya indah dan gembira.

Walaubagaimanapun, aku berpegang pada satu, andai itu jodoh kita sekuat mana aku berpegang pada sidia, seteguh mana aku menahan dan menjaga sesebuah hubungan itu, namun andai tertulis sudah di Luh Mahfuz bahawa dia bukanlah tulang rusukku yang satu, tidak akan kemana hubungan itu. Jadi usahlah berbangga dengan hubungan sekarang andainya ia tidak memberikan kepastian untuk mengucapkan "Aku terima Nikahnya" dihadapan si dia.

Sekian, Terima Kasih

p.s: tanggungjawab gua masih banyak so kena tunggu lagi 3 tahun hehehe....insyaAllah.
search google pasal 'Aku Terima Nikahnya' baru aku tahu itu tajuk filem melayu juga novel terlaris...lama betul x tengok drama melayu dan baca novel..kikikiki

Friday, May 4, 2012

The Red Warriors Menang Lagi

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam lewat malam..

Alhamdulillah rindu rasanya lama tidak menjeguk diruang ini yang sudah mencapai 7 bulan tiada entry baru dari saya, keinginan untuk menaip ada cuma terlalu banyak komitmen lain membuatkan keinginan itu di'kiv' seketika. Dan sekarang keinginan untuk berkongsi pendapat diruang yang tidak berbayar ini kembali lagi,walaupun banyak kerja tapi diteruskan jua.

Entry pembuka bicara blog penjejak kehidupan bagi tahun 2012 adalah berkaitan dengan kemenangan bergaya oleh Skuad TRW yang dengan gagah membaham lions twelve 3-0 di laman sendiri. Walau berbagai tohmahan sebelum perlawanan yang diberikan kepada skuad ini seperti padang bermasalah dan penyokong ganas namun semuanya terkubur didada akhbar dan dianggap fitnah menjatuhkan maruah The Red Warriors semata-mata.
Namun lagi menyedihkan adalah tohmahan dan fitnah yang disebarkan di media masa pihak lawan adalah dari tanahair kita sendiri dan itulah paling menyayatkan hati aku. Apa salah the red warriors dalam menaikkan nama pasukan,negeri kami juga negara kita sampai ditohmah saja saban perlawanan. Walau banyak kali menaikkan nama di persada antarabangsa tidak kira dari kerjasama berpasukan di perlawanan peringkat antarabangsa (AFC) mahupun dari individu pemain itu sendiri dalam skuad kebangsaan namun tohmahan masih ditujukan kepada The Red Warrriors, tidak cukup dengan itu plot menjatuhkan Presiden TRW juga dikenalpasti dari sumber-sumber yang dikongsi diinternet adalah akibat dengki dan penyelewengan.
Namun dengan semangat yang tinggi semua itu diabaikan dan diatasi oleh semua individu didalam TRW dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari seluruh penyokong TRW seperti menderma 1 sen seorang bagi menbantu Pres TRW membayar kos pendakwaan kes beliau baru-baru ini demi menunjukkan kami semua bersatu hati demo pasukan kesayangan kami semua.

Dan dengan kemenangan malam ini yang menyaksikan jaringan dan 'save' bertaraf antarabangsa < bukan aku cakap tapi komentator semasa perlawanan cakap >dari kerjasama para pemain dan penjaga gawang,Apek telah membuktikan bahawa kelab ini boleh maju lagi ke depan dalam menaikkan nama kelab,negeri dan negara.InsyaAllah.

Jom LAYAN VIDEO SINGA gagah Diterajang KIJANG kikiki



Akhir kata dari saya, walau apa pun yang diberikan kepadakami, duri mahupun halangan kami penyokong setia RED warriors sentiasa bersama bersatu demi pasukan kesayangan kami... bak kata POK DOGOL
" anda boleh membunuh 100 orang kelantan, namun anda tidak dapat memusnahkan jiwa 1 orang kelantan"

"Tidak Lupa Selamat Hari Lahir Bojan Hodak" semoga panjang umur dan mendapat hidayah dariNya.

sekian saja dari saya...

Selamat Malam

p.s: tido peluk bantal ambo male ni keh3....

Friday, October 28, 2011

dia bertukar wajah..

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat tengah malam..

saje wat short entry nak bagi tahu templates blogger sudah berubah...nampak sangat lama tak updates... ayark... macam nice je templates baru nampak lagi kemas ke guane?

Wassalam..

RON 95 vs RON 97

Bismillahirrohmanirrahim

Salam dan selamat tengah malam...

Sudah berpurnama abam x updates abam punya blog ni..dah bersarang berserabut cam kepala otak abam dah jadinya. jadi mlm ni abam nak updates=kemaskini tentang minyak di malaysia bukan minyak masak bukan minyak pengasih tapi minyak kelete.

Ramai orang malaysiakini semua percaya dan konfiden sampai ke anak cucu tentang 'JIMATNYA GUNA RON 95' berbanding RON 97. ok kedua-dua jenis RON ini ada kelebihan masing-masing. Contohnya andai anda selalu bergerak menggunakan kenderaan untuk perjalanan dekat RON95 adalah pilihan yang tepat TAPI andai anda dalam perjalanan jarak jauh lebih baik anda menggunakan RON97 lagipun 97 adalah baik untuk kesihatan kereta dan motor anda... lagi...lagi.. baca sendiri bawah ni.

Contoh perbezaan antara RON 97 & 95
Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa
Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak
petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama).
Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km.Mari
kita analisis data ini.
RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km.
Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh
pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah
sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda
sejauh 7.33 Km.
RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km
Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian
sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km.
Maka lebih baik anda membeli RON97.
Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi
kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat
sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap
sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?
"Orang meniaga pusing mana pun dia mesti untung punya, toksah nak
temberang!"
Source: RON 97 naik harga, satu Malaysia kena tipu?

Jadi pandai-pandailah dalam memilih minyak tapi jangan plak pilik minyak pengasih nanya badan nanti.

ok Chow selamat tido dan menempuhi test dan juga final exam..


Wassalam..

POst Famous

Total Pageviews