Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Thursday, January 3, 2013

Maksud Nama-Nama 25 Orang Rasul

Maksud Nama-Nama 25 Orang Rasul

Di dalam Al- Quran, terdapat 25 orang nabi yang diklasifikasikan sebagai Rasul.
Bermula dengan nabi Adam A.S dan diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ejaan nama 25
Rasul ini sedikit berbeza dalam bahasa Arab dan English. So, jom kita mengenali nama yang wajib kita tahu ini, tapi kalau tahu sejarah nabi-nabi ini lagi baik, pahala pun dapat.

25 Rasul ini dalam bahasa Arab dan English serta maksudnya. ^__^

Adam
Nabi Allah yang pertama; Manusia pertama; Ikutan / Teladan

Idris (Arabic) / Enoch (English)
Nama Nabi Allah; Yang terpuji ; Yang dirahmati

Nuh (Arabic) / Noah (English)
Nama Nabi Allah; Rehat ; Selesa

Hud (Arabic) / Eber (English)
Nama Nabi Allah; Kesabaran

Saleh(Arabic) / Shelah (English)
Nama Nabi Allah; Yang budiman ; Yang berbuat baik

Ibrahim (Arabic) / Abraham (English)
Nama Nabi Allah; Ayah kepada anak-anak yang ramai

Luth (Arabic) / Lot (English)
Nama Nabi Allah; Yang dilindungi ; Yang ditutupi

Ismail (Arabic) / Ishmael (English)
Nama Nabi Allah; Yang didengari

Ishak/ Ishaq (Arabic) / Isaac (English)
Nama Nabi Allah; Ketawa

Yakub / Ya'qub (Arabic) / Jacob (English)
Nama nabi Allah; Pengganti ; Yang menuruti/ mengikuti ; Tumit

Yusuff (Arabic) / Joseph (English)
Nama Nabi Allah; Yang cantik/kacak ; Meningkat/ Bertambah

Ayub (Arabic) / Job (English)
Nama Nabi Allah; Pengganti ; Yang memohon keampunan

Shuib / Shu'aib (Arabic) / Jethro (English)
Nama Nabi Allah; Sungai/ Lembah

Musa (Arabic) / Moses (English)
Nama Nabi Allah; Yang diselamatkan dari banjir/ air

Harun (Arabic) / Aaron (English)
Nama Nabi Allah; Yang Mulia ; Yang Tinggi/ Agung ; Yang Unggul

Zulkifli/ Dzulkifli/ Dhul-Kifli (Arabic) / Ezekiel (English)
Nama Nabi Allah; Pemilik ; Pemberian; Kekuatan ; Balasan Berganda

Daud (Arabic) / David (English)
Nama Nabi Allah; Yang dicintai / disayangi

Sulaiman (Arabic) / Solomon (English)
Nama Nabi Allah; Keamanan ; Ketenangan

Ilyas/ Illias (Arabic) / Elijah (English)
Nama Nabi Allah; Pemimpin Terkenal; Tuhanku Berkuasa

Ilyasa' / Al-Yas-a (Arabic) / Elisha (English)
Nama Nabi Allah; Tuhanku yang Maha Pemurah ; Tuhanku yang Maha Penyelamat

Yunus (Arabic) / Jonah (English)
Nama Nabi Allah; Pemilik ; Kasih sayang; Burung merpati

Zakaria (Arabic) / Zechariah (English)
Nama Nabi Allah; Tuhanku yang mengingati

Yahya / Yahaya (Arabic) / John (English)
Nama Nabi Allah; Yang hidup ; Peramah ; Yang Menyokong

Isa (Arabic) / Jesus (English)
Nama Nabi Allah; Pemimpin, Yang diberkati, Pemurah, Yang luas

Muhammad
Nama Nabi Allah; Yang Terpuji

#kopipasta : Bercinta Selepas Nikah like group SINI

Alhamdulillah nabi kita Muhammad S.A.W tiada nama dalam inggeris mungkin kerana dijaga kesucian nama beliau juga kerana mereka tidak mengakui kenabian Rasulullah. Wallahua'lam.

Selamat Hari Jumaat.

Sekian, Terima Kasih.

Kemah Keming Jersi Baru TRW 2013

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah maih bernyawa lagi tubuh ini bagi menempuhi hari-hari mendatang in sha Allah moga-moga hari ini lebih baik dari hari semalam. Semalam macam biasa pergi kelas balik kelas cuma petang je terus gerak pergi terminal untuk bertolak ke ibukota menemui ibunda techenta di sini.

Ok apa yang ak nak kongsi adalah jersi terbaru TRW bagi musim 2013 yang lawa-lawa semuanya...
harap2 buleh la beli se atau dua... ambo pilih warna hitam putih dan merah hahahahahha....
sumber gambar : KELANTAN FA

Berikut pula nama sponsor-sponsor bagi TRW bagi musim 2013

sumber Kelantan The Red Warriors [2011]


Ambo harap male ni team ambo RED Warriors buleh perform sedak male ni lawe atm Go More Kelate Go More!!!!!!!

Sekian, Terima Kasih

Tuesday, January 1, 2013

Konvensyen FIQH Wanita dan Islam 2013

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...




 Konvensyen FIQH Wanita & Islam.Bertempat di Malaysia Agro Eksposition Park Serdang (MAEPS).Terdapat Barisan Ilmuan Islam yang terkenal sama-sama turut serta dalam slot-slot menarik seperti Prof Dr Muhaya , Ustazah Fatimah Syarha, Friends of Dr Harlina Halizah Siraj, Ustazah Norhafizah Musa (Official), Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Hasrizal & ramai lagi! Jom ramai-ramai Daftar & Turut serta dalam majlis ilmu sebegini ;-) Syazara akan membuka Booth Jualan Tudung-Tudung Labuh Jenama Syazara disana (Booth A8) Maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web K-FIQH ;-) Save The Date!


Tengah jalan-jalan kat FB tadi terjumpa event ni, so, pada mana-mana yang berminat dan berpeluang juga lapang kenapa tidak isikan masa di tahun baru ini dengan yang memberi kebaikan. in sha Allah sama-sama kita mendapat kebaikan. Rasanya event ini paling ramai menjemput tetamu juga penceramah yang tidak asing lagi bagii kita sama-sama kita hadiri.  Segala butiran ada di banner ini sekian.

di "kopipasta" dari FB  Imam Muda Amar dan Syazara

Selamat Ber"Final" buat Adik UMP

Bismillahirrohmanirrahim....


Assalamualaikum dan selamat petang...

Walaupun telah bermula hari peperiksaan buat adik-adik UMP gambang mahupun Pekan, rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menduduki "Peperangan" Final bagi semester ini. 

Alhamdulillah walaupun aku telah habis belajar di ump tika final begini banyak kenangan yang dilalui ketika waktu final yang cukup menguji kesabaran aku dan rakan-rakan di UMP

Pernah satu ketika bekalan air terputus selama seminggu dalam minggu peperiksaan dan ia cukup menjatuhkan motivasi kami yang agak tertekan dengan keadaan ini, namun alhamdulillah dapat juga kami lalui. Paling yang terkesan adalah pabila keadaan terlalu mendesak membuatkan kami pelajar-pelajar terpaksa mencari sumber air untuk kami mandi juga ambil wuduk. Maka bertebaranlah pelajar-pelajar UMP ke segenap kawasan GAMBANG, ESSO , Caltex, Petronas, dan Tol Gambang. seandainya anda berkenderaan dapatlah bergerak ke tempat2 terebut , bagi aku ketika itu masih pelajar tahun 2 masih belum ada kenderaan, teman-teman pon sama tiada terpaksa mandi air kolah di tepi blok C14 yang kini merupakan blok pelajar perempuan, dan ketika itu juga kolah tersebut yang penuh berlumut kami mandi juga sampai hilang lumut kami kerjakan. Sedih tapi lawak bila difikirkan kembali. kenangan yang amat indah yang sukar dicari di mana-mana Univesiti.

Pada waktu ini, mungkin adik-adik di UMp cuma dapat rasai "black out" sahaja bila tiba time final dan ini juga sudah menjadi lumrah bagi pelajar-pelajar UMP pekan mahupun gambang.

Ok, akhir kata, buat adik-adik, bersabarlah menuntut ilmu, mungkin bagi abang dan kakak cabaran kami hadapi lain dari kamu semua tapi cabaran itu masih anda akan hadapi. All the Best and Best of luck.... sedikit panduan untuk penerang hari ketika menjawab soalan nanti....di kopipasta dari FB buat yang tidak suka FB dan suka blogging.



p.s: ma aku suruh selawat, baca 3 QUl dan ayat Qursi je dari sekolah rendah sampai universiti, alhamdulillah aku telah selamat bergelar graduasi sudah. 

DOA PENERANG HATI , 
"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 
Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."
Amalkan doa ini 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat,
Tips : Jaga solat 5 waktu, hormat ibubapa dan guru serta menjaga pandangan dan elakkan daripada dosa dan maksiat. Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.
Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru saya iaitu Al-Fadhil Ustaz Maulana Mansor Al-Hafiz, Naib Mudir Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur (semoga Allah sentiasa memberkati beliau) . Beliau seorang ulama yang cukup alim dalam pelbagai bidang dan banyak menghasilkan kitab-kitab yang cukup bermanfaat untuk ummah. Kehidupan beliau sibuk dalam berdakwah, mengajar agama dan mengarang kitab-kitab agama dll

ok buat yang terbaik ok sekian.

Sambutan Tahun Baru 2013

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat petang...

Entry kali ini adalah berkaitan Sambutan Tahun Baru 2013 yang berbeza situasi lagi2 di negeri Selangor. Maaf di negeri ambo kelantan kurang amik berat sangat sambutan tahun baru masihi bukan nk takbur tapi realiti kalau ada pun geng mat motor yang kurang cerdik main ronda-ronda.

Al kisah tertutup sudah tirai tahun 2012, banyak kenangan bagi setiap individu sama ada sedih,duka,gembira mahupun kesukaan namun hidup mesti diteruskan dalam mencari kehidupan yang lebih baik di tahun 2013 yang baru beberapa jam kita semua lalui ini.

Berbalik kepada tajuk, semalam ambo berjalan-jalan di dunia maya semua mengatakan pasal sambutan tahun baru yang galak di sambut dengan pelbagai cara dan yang pasti adanya konsert diadakan di sekitar ibu negera dan yang pasti setiap konsert yg melalikan ada banyak kenegatifan dari kepositifan kepada golongan muda kerana meraka hanya nampak kesukaan dan hiburan saja. Namun alhamdulillah masih ada segelintir yang hari demi hari bertambah golongan ini iaitu golongan "Geng Anak MUDA" yang dahagakan ilmu agama dan ceramah-ceramah yang dapat memberikan kenikmatan dalam hidup mereka.Dan alhamdulillah juga kerana persekitaran di negara ini semakin berubah dengan banyaknya ceramah di adakan, dipromosikan juga dihadiri oleh pelbagai gologan. Ini menandakan masyarakat kita semakin berubah kearah kebaikan.

Namun, berat hati melihat berat lagi dosa dipikul pabila melihat konsert-konsert yang melalaikan anak muda dengan menari-nari tanap mengira agama, jantina juga bangsa bercampur aduk walaupun tajuk konsert tersebut menyentuh berkenaan solidariti selamatkan palestin tapi ianya amat bertentangan dengan tujuan asal iaitu memberikan semangat kepada para pejuang dan penduduk palestin sendiri. Bahkan seandainya rakyat-rakyat palestin melihat sendiri dengan mata kepala mereka akan ke"solidariti"an yang ditunjukkan ianya akan semakin melemahkan mereka untuk berjuang. Wallhua'lam

Berikut di bawah merupakan konsert yang diadakan untuk sajian anak muda di ambang tahun baru... semoga berkurangnya konsert sedemikian diadakn in sha Allah.

dan ini video ceramah UAI, Pierre Andre dan abam Malek Noor



pandai-pandailah anda bezakan mana yang elok dan memberikan kebaikan dengan yang membawa keburukan dan kemusnahan heeee

p.s:lagi berita pasal tahun baru JAIP Cekup 13 Pasangan Remaja Berkhalwat Malam Tahun Baharu

Sekian, Semoga kita semua dilindungi dari malapetaka juga senantiasa diberkati in sha Allah

POst Famous

Total Pageviews