Assalamualaikum dan selamat petang...
Entry kali ini adalah berkaitan Sambutan Tahun Baru 2013 yang berbeza situasi lagi2 di negeri Selangor. Maaf di negeri ambo kelantan kurang amik berat sangat sambutan tahun baru masihi bukan nk takbur tapi realiti kalau ada pun geng mat motor yang kurang cerdik main ronda-ronda.
Al kisah tertutup sudah tirai tahun 2012, banyak kenangan bagi setiap individu sama ada sedih,duka,gembira mahupun kesukaan namun hidup mesti diteruskan dalam mencari kehidupan yang lebih baik di tahun 2013 yang baru beberapa jam kita semua lalui ini.
Berbalik kepada tajuk, semalam ambo berjalan-jalan di dunia maya semua mengatakan pasal sambutan tahun baru yang galak di sambut dengan pelbagai cara dan yang pasti adanya konsert diadakan di sekitar ibu negera dan yang pasti setiap konsert yg melalikan ada banyak kenegatifan dari kepositifan kepada golongan muda kerana meraka hanya nampak kesukaan dan hiburan saja. Namun alhamdulillah masih ada segelintir yang hari demi hari bertambah golongan ini iaitu golongan "Geng Anak MUDA" yang dahagakan ilmu agama dan ceramah-ceramah yang dapat memberikan kenikmatan dalam hidup mereka.Dan alhamdulillah juga kerana persekitaran di negara ini semakin berubah dengan banyaknya ceramah di adakan, dipromosikan juga dihadiri oleh pelbagai gologan. Ini menandakan masyarakat kita semakin berubah kearah kebaikan.
Namun, berat hati melihat berat lagi dosa dipikul pabila melihat konsert-konsert yang melalaikan anak muda dengan menari-nari tanap mengira agama, jantina juga bangsa bercampur aduk walaupun tajuk konsert tersebut menyentuh berkenaan solidariti selamatkan palestin tapi ianya amat bertentangan dengan tujuan asal iaitu memberikan semangat kepada para pejuang dan penduduk palestin sendiri. Bahkan seandainya rakyat-rakyat palestin melihat sendiri dengan mata kepala mereka akan ke"solidariti"an yang ditunjukkan ianya akan semakin melemahkan mereka untuk berjuang. Wallhua'lam
Berikut di bawah merupakan konsert yang diadakan untuk sajian anak muda di ambang tahun baru... semoga berkurangnya konsert sedemikian diadakn in sha Allah.
dan ini video ceramah UAI, Pierre Andre dan abam Malek Noor
pandai-pandailah anda bezakan mana yang elok dan memberikan kebaikan dengan yang membawa keburukan dan kemusnahan heeee
p.s:lagi berita pasal tahun baru JAIP Cekup 13 Pasangan Remaja Berkhalwat Malam Tahun Baharu
Sekian, Semoga kita semua dilindungi dari malapetaka juga senantiasa diberkati in sha Allah
No comments:
Post a Comment