Bismillahirrohmanirrahim
Salam dan selamat pagi..
Allamdulillah hari ini macam biasa aku sampai ke pejabat dengan selamat
Semalam bos aku merangkap supervisor aku juga membe abang aku datang rumah aku(bukan nk supervise aku kat umah der). dia datang untuk ambil dokumen pejabat yang ada pada aku. sebelum balik dia suruh aku kunci dari dalam pejabat kerana ada 'checking' dar KPDN-HEP untuk check apa entah aku pun x paham.
Jadi hari ini aku duduklah dalam pejabat yang dikunci dari luar, macam dalam sangkar pulak. adeh
Sebut pasal hari-hari semasa praktikal tadi ada membe aku tag pasal kes yang membuatkan kepercayaan kepada lelaki berjawatan tinggi semakin kurang iaitu kes CABUL TERHADAP PELAJAR PRAKTIKAL OLEH PENGARAH yang berlaku di georgetown. Alasan dia(pengarah itu) yang berumur 50-an(atuk) andai pelajar-pelajar @mangsa yang berumur 20-an tersebut melakukan apa yang disuruh mereka akan diberi penilaian baik dengan markah tinggi juga mendapat kenaikan elaun pelajar tersebut. Jahat gile menggunakan kuasa untuk memuaskan nafsu minta jauh la masa depan aku.heh.
Nasib baiklah pelajar-pelajar terlibat bijak dengan bersepakat melaporkan kegiatan atuk pengarah tue, kalau tak kemungkinan pelajar praktikal untuk masa akan datang juga akan mengalami nasib yang sama dan aku respect pelajar tersebut yang tidak terpengaruh akan janji-janji atuk tue, siapa tak nak weyh elaun tinggi dan markah tinggi namun harga diri masih menjadi keutamaan cayalah..
Bagi aku kes-kes macam inilah yang selalu dialami oleh pekerja perempuan yang membuatkan mereka trauma untuk bekerja. bukan seperti yang dipertanggungjawabkan sebagai pengarah juga sebagai bos untuk membantu mereka sebangsa dan seagama dalam mengetahui selok belok bidang industri pekerjaan, malah diambil peluang ini untuk melempiaskan nafsu maknluk halus mereka terhadap pelajar-pelajar yang masih mentah dalam bidang ini.
Tidakkah mereka sedar akan impak jangka masa lama yang bakal dialami oleh pekerja itu sendir yang kemungkinan akan takut untuk bekerja di tempat lain. juga kepada nama syarikat yang akan membuatkan mereka disenaraihitamkan dari senarai industri.
Dari segi logik akal tidakkah mereka mempunyai anak perempuan yang bakal praktikal dan apakah perasaan mereka andai perkara ini terjadi....aishhh tak pikir panjang betul orang tue ni..nak kata budak yang tak pandai fikir baik buruk pun umur dah separuh abad...adeh...molek pengarah-pengarah ni dimasukkan ke kelas kanak-kanak suruh belajar balik apa itu baik dan apa itu buruk..
Peringatan juga buat teman-teman perempuan yang sedang praktikal itu hati-hati lah dengan semua lelaki, kerana luaran kita tahu namun dalaman dan pemikiran mereka(termasuk gua) anda tidak tahu..wallahua'lam. bagi lelaki andai pengarah itu gay apa lagi kasi tumbukmuka dia...n cari tempat praktikal lain berlambak lagi kot...keh3...
ok la waktu balik dah sampai jumpe lagi lepas lunch jom...
sekian..
terima kasih kerana membaca..
Wassalam..
Ilmu Bukanlah Tempatnya diSimpan diDalam Folder tapi Haruslah diSimpan diDalam Dada...
Search This Blog
PROMOSI TERKINI
[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]
Click Here..Please
Wednesday, June 8, 2011
Web Paling MAHAL di Malaysia
Bismillahirrohmanirrahim
Salam dan selamat petang..
Hari ini agak relaks kerja aku kerana hanya menambahbaikan kerja semalam dan ada banyak lagi yang perlu aku pelajari..huhuhuhu luas betul dunia pengetahuan walaupun banyak tahun dah belajar namun masih banyak yang belum diketahui.
ok. Untuk mengisi masa lapang aku hari ini aku ada jalan-jalan dalam blog dan terjumpalah artikel tentang www.1pengguna.com yang amat menyakitkan hati para rakyat pembayar cukai di malaysia.
Laman web ini dibuat oleh kementeruan pengguna dibawah bidang tugas menteri ismail sabri @ayah dafi menurut laman web INI.
Laman web ini yang dikatakan akan menyenaraikan harga barangan di malaysia seluruhnya(tu pon kalau ada tenet kat umah) seperti barangan runcit. heh.
Kos untuk membuat laman web ini yang dikatakan paling mahal di Malaysia kerana ia menelan belanja sebanyak 1.4juta yang kemungkinan besarnya datang dari duit pembayar cukai iaitu rakyat-rakyat sekalian.
Sudahlah harga barangan serta perkhidmatan naik tanpa turun disalahgunakan pula duit rakyat macam ini.tiadakah inisiatif lain yang lebih berkesan dan menjimatkan duit rakyat untuk menjalankan sistem seperti ini.
Dan untuk pengetahuan anda pembaca sekalian dalam facebook juga ada belambak insan-insan yang sukarela untuk memantau aktiviti barangan yang menubuhkan 'group' yang tidak melibatkan sesen pun penggunaan duit.seandainya 1.4juta itu disediakan untuk pembayaran gaji pekerja yang memantau dan menyeliakan web ini bolehlah diterima akal kita namun ianya digunakan hanya semata-mata untuk menbuat web sahaja belum termasuk kos lain-lain.
bagi pendapat aku sistem ini ada baiknya namun lagi baik andai kos untuk menyediakan perkhidmatan ini di selidiki dengan lebih elok,tulus dan sistematik sebelum dilaksanakan kerana ia melibatkan duit kerajaan juga duit rakyat.
p.s:wahai pengguna @ rakyat sekalian manfaatkanlah kuasa di tangan anda...
Sekian
Wassalam..
Monday, June 6, 2011
Astro Naikkan Cas?
Bismillahirrohmanirrahim
Salam dan selamat pagi..
Adakah anda sedar tentang akan kenaikan harga dan cas bukan hanya tarif elektrik dan gas sahaja bakal naik tapi harga astro juga bakal dinaikkan?
Hurm..dek kerana beberapa alasan mereka dapat menaikan sesuatu harga barangan dan cas-cas yang dimonopoli oleh mereka tanpa sebarang bantahan membuatkan kehidupan pelanggan dan pengguna semakin tertekan lagi-lagi tarif elektrik.
Mengikut penjelasan hanya beberapa jenis pelanggan sahaja yang bakal dikenakan peningkatan 7% namun sedar tak sedar bil-bil mungkin ada peningkatan yang agak ketara.
Ditambah pula dengan peningkatan sebanyak RM3 bagi gas yg dahulu kebiasaanya aku beli RM 27, sekarang sudah RM30. memang angka 3 itu hany sedikit namun bagi mereka yang kurang berkemampuan mungkin dirasakan besar.
Bagi astro pula, sebagai salah seorang pelanggan mereka aku akui ada siaran amat memuaskan namun ada beberapa perkara yang masih tiada penyelesaian iaitu pengulangan siaran rancangan yang sama berkali-kali dalam masa seminggu.
Memang tiada salahnya andai dibuat siarang ulangan namun andai dua tiga kali siaran sama dalam masa seminggu adalah tidak wajar dan agak membosankan.
Ditambah pula dengan gangguan siaran ketika hujan yang dari dahulu juga tiada penyelesaian. memang akan ada yang berkata dan memberi pendapat, andai tidak puas hati baik berhentikan langganannnya.
Aku disini tidak mengatakan yang semua tentang Astro tidak memuaskan tapi sebelum sesuatu kenaikan harga cas kepada pelanggan eloklah mereka selesaikan dahulu kekurangan yang wujud supaya kenaikan itu bukan hanya untuk pertambahan siaran rancangan tapi juga untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan yang diberikan..
Penjelasan dari pihak Astro sila [klik sini]
Semoga apa yang ditulis disini dapat juga memberi manfaat kepada mereka. bukan cemuhan tapi hanya pendapat.
Wassalam..
Salam dan selamat pagi..
Adakah anda sedar tentang akan kenaikan harga dan cas bukan hanya tarif elektrik dan gas sahaja bakal naik tapi harga astro juga bakal dinaikkan?
Hurm..dek kerana beberapa alasan mereka dapat menaikan sesuatu harga barangan dan cas-cas yang dimonopoli oleh mereka tanpa sebarang bantahan membuatkan kehidupan pelanggan dan pengguna semakin tertekan lagi-lagi tarif elektrik.
Mengikut penjelasan hanya beberapa jenis pelanggan sahaja yang bakal dikenakan peningkatan 7% namun sedar tak sedar bil-bil mungkin ada peningkatan yang agak ketara.
Ditambah pula dengan peningkatan sebanyak RM3 bagi gas yg dahulu kebiasaanya aku beli RM 27, sekarang sudah RM30. memang angka 3 itu hany sedikit namun bagi mereka yang kurang berkemampuan mungkin dirasakan besar.
Bagi astro pula, sebagai salah seorang pelanggan mereka aku akui ada siaran amat memuaskan namun ada beberapa perkara yang masih tiada penyelesaian iaitu pengulangan siaran rancangan yang sama berkali-kali dalam masa seminggu.
Memang tiada salahnya andai dibuat siarang ulangan namun andai dua tiga kali siaran sama dalam masa seminggu adalah tidak wajar dan agak membosankan.
Ditambah pula dengan gangguan siaran ketika hujan yang dari dahulu juga tiada penyelesaian. memang akan ada yang berkata dan memberi pendapat, andai tidak puas hati baik berhentikan langganannnya.
Aku disini tidak mengatakan yang semua tentang Astro tidak memuaskan tapi sebelum sesuatu kenaikan harga cas kepada pelanggan eloklah mereka selesaikan dahulu kekurangan yang wujud supaya kenaikan itu bukan hanya untuk pertambahan siaran rancangan tapi juga untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan yang diberikan..
Penjelasan dari pihak Astro sila [klik sini]
Semoga apa yang ditulis disini dapat juga memberi manfaat kepada mereka. bukan cemuhan tapi hanya pendapat.
Wassalam..
Sunday, June 5, 2011
Baru Dapat Kerja
Salam dan selamt tengahari..
Dah submit borang Cheff belum? hehehe..kalo belum cepat-cepatlah hantar melepas nanti.
Ok.
Sudah tiga minggu aku mempraktikalkan diri aku di industri dan pada hari khamis lepas aku bertuah kerana mendapat kerja setelah 2 minggu memboringkan di pejabat, nak kata boring tak ada la boring sangat cuma bila relaks sangat kadang-kadang boleh mengantuk dan meletihkan jadi kena ada juga kerja yang boleh aku lakukan juga untuk elakkan dari membazirkan masa aku juga elektrik pejabat sebab selalu online kat facebook dan twitter. Tapi nak buat macam mana dah memang kebiasaan pabila kekurangan projek masuk jadi kerja pun berkuranganlah, lagi-lagi area pantai timur, kalau diikutkan susah nak cari tempat praktikal yang sesuai dengan bidanag aku iaitu elektronik, kalau yang ada iras-iras pun bidang elektrik atau 'wiring' je.
Disebabkan faktor ekonomi juga transport membuatkan pilihan praktikal aku adalah terhad, mungkin ada hikmahnya....kan. kan. kan..
Berbalik pada topik, kerja yang diberikan oleh 'supervisor' aku adalah agak menakutkan bagi aku iaitu kena 'design wiring installation' menggunakan perisian AutoCad. jadi takut tak takut, malas tak rajin aku kena juga belajar balik benda AutoCad ini. Sudah la membe-membe sekepala aku tak ada sekali, kalau ada boleh juga minta ajarkan.
Adeh.. jadi jalan terbaik untuk belajar gua cari lah tutorial AutoCad for beginners(segan deh..beginner tue...hehehe). Jadi minggu ni aku kenalah teruskan membuat 'design' tersebut tanpa boleh online selalu sebab setelah aku 'install' benda ni makin ada kerja pula aku.
Tak kisah lah apa kerja pon Sv aku bagi janji dapat Ilmu, Pengalaman dan terisi juga Logbook(diari) aku dari kekosongan..harap-harap dapatlah aku habiskan 12 minggu ini dengan sebaik-baiknya...
Wish Me The BEst...keh3...
Kelantan Cheng Ho Food Festival 2011
Salam dan selamat pagi..
Dalam diam-diam ada banyak juga aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh anak-anak muda kelate sepanjang cuti ini yang di anjurkan oleh kerajaan negeri, selama kenin aku tak tahu...nak tahu cam mana la kalau da internet tak ada di rumah(pentingnya internet). untuk pengetahuan teman-teman anak kelate ada kekosongan seramai 300 orang untuk di isi sebagai sukarelawan untuk Kelantan Cheng Ho Intenational Food Festival(KelCheFF) 2011 yang bakal berlangsung pada 14-23 Julai 2011 bertempat di Bazar Tok Guru. Tarikh tutup penyertaan adalah 25 Jun 2011 dan ada juga disediakan kursus persediaan pada 1&2 Julai 2011.
Kepada mereka yang berminat bolehlah dapatkan borang di pejabat Green-Medan Ilmu( berdekatan Hotel Ansar dan bangunan Pas) dan untuk maklumat tambahan seperti apa yang perlu anda lakukan sebagai sukarelawan dan juga pemakaian anda bolehlah menghubungi no yang tersebut: 09-7474242 ataupun 0145196916) juga boleh melawat fb Green-V [click sini]
Pada mereka yang tidak terlibat dengan praktikal tue silalah melibatkan diri anda kerana banyak pengalaman baru yang bakal anda dapati di festival ini yang merupakan kali kedua dilangsungkan di kelantan(seingat aku la..:)
p.s: frust molek ambo nok join dokleh ada praktikal...ambo boleh meghebahkan jah..jadi pada hok free2 tu g la isi borang dok rugi pon...insyaAllah ada elaun...
Subscribe to:
Posts (Atom)
POst Famous
-
Salam malam hari semua.. Entry kali ini aku ingin sedikit menyentuh tentang masalah remaja masa kini yang sering mencari jalan mudah bagi...
-
Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Fuhh alhamdulillah sampai kembali aku kembali ke bilik selepas mengharungi road block po...
-
Salam sebelum tido semua.. Hurm ari ni first klas aku Emt short form tuk Elektromagnetic Field yg diskus ttg field2 di muka bumi ni...tp bu...