Bismillahirrohmanirrahim....
Assalamualaikum dan selamat bersahur...
Alkisah semua dari kita tahu akan susu merupakan salah satu minuman kegemaran Rasulullah s.a.w dan mengikut kajian saintifik susu juga sangat baik untuk kesihatan badan dan juga minda. Ambo ingin kongsikan disini petua untuk meminum susu segar dari ladang iaitu susu yang diperah "direct" dari "tabung" susu kambing mahupun susu lembu. Susu segar disini disitilah sebagai susu tanpa bahan tambahan yang kononnya untuk lagi sedap dan menambah zat yang sedia ada, gunanya belum tentu selamat bahan-bahan tambahan tersebut. Jadi elok lah kalau dapat kita meminum susu yang sebetul-betul segar.
Berikut sedikit info dan cara meminum susu yang ambo jumpa :
B. Rasullullah s.a.w menerangkan, susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.
CARA MEMINUM:
1. Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
2. Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.
Diharap agar sama-sama kita merutinkan peminuman susu juga madu, barli dan kopi kerana ianya baik untuk kesihatan kita...
Sekian, Wassalam....
No comments:
Post a Comment