Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, July 20, 2013

Rinduku Si Penjual Bazar Ramadhan.


Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat lewat malam...

Alhamdulillah berlalu la sudah fasa pertama iaitu fasa rahmat buat kita semua umat Islam yang menunaikan ibadah berpuasa. Sekejap bagaikan sekelip mata masa itu berlalu, ambo pun macam tidak terperasan bahawa sudah 11 hari kita semua berpuasa. Kali ini ambo ingin berkongsi kerinduan ambo ketika menjadi seorang penjual Bazar Ramadhan di Uptown Kota Bharu, sungguh penuh memori. Alkisah ambo baru sahaja tamat belajar dan ingin rehatkan otak yang sudah empat tahun diperah demi segulung ijazah yang belum tahu akan gunanya.

Namun, tidak lama waktu rehat ambo, kak ambo mengajak untuk menjual di bazar ramadhan. Lalu bermulalah pengalaman baru dalam hidup ambo sebagai si penjual Bazar Ramadhan, walaupun malu pada mulanya bila nak nego( nego ; kelantan = niaga, english = runding) dengan pengunjung kedai ambo namun dikeras juga muka melayan kunjugan mereka menjawab pertanyaan mereka xdalah sampai buat duckface keh3.

Alhamdulillah mula meniaga di Bazar Ramadhan di depan tesco, di awal pembukaan susah nak mendapat pembeli, ye lah pada awal fasa puasa tak ramai yang berminat membeli pakaian semua menumpu pada makanan dan juadah-juadah berbuka. Dua minggu ambo buka di bazar ramadhan depan TESCO namun pendapatan yang dapat hanya cukup sewa,modal dan untung agak jauh untuk dikejar. Bincang punya bincang dengan kak ambo merangkap tokey ambo, akhirnya ambo balik ke Bazar Ramadhan dalam bandar yang juga dikenali sebagai Uptown Kota Bharu.

Macam biasa, nak masuk tempat orang bukan senang kena bertanya dan buat rondaan lot dulu, tengok mana kosong dan minta kelulusan "penjaga" dulu baru boleh masuk. "Penjaga" disini bukanlah orang yang minta duit perlindungan tapi orang lama yang buka dalam area ini supaya ambo tidak terambil lot orang silap-silap nak cari rezeki bertukar cari gaduh. hahahaha. Alhamdulillah masih ada lot kosong walaupun agak hujung sedikit namun disebabkan bazar ni tengah-tengah bandar jadi yang hujung menjadi pintu utama. 

Di awal ambo berniaga disini alhamdulillah banyak la sikit dapat dari teruskan di TESCO yang sehari nak dapat pelanggan pun agak susah. Di uptown ni pengunjung lebih ramai dan waktu niaga lagi lama tambahan pula dekat dengan Masjid Muhammadi, jadi jemaah yang balik terawih ada yang terus singgah menjamu mata walaupun tidak membeli di sini. Disebabkan masa di TESCO ambo susah nk dapat pelanggan, disini walaupun mereka masuk jenguk-jenguk cukup membuat ambo terasa seperti berniaga betul-betul bukan sebagai "jaga" keh3...

Alhamdulillah seminggu lebih bertapak di Bazar Uptown ni boleh la ngimbuh(cover) balik modal sewa pon murah bedooh nah kat uptown ni, Rindunya ambo nak berniaga lagi di uptown, rindu saing(kawan) jual sekali juga suasana tika khemah dibuka dengan gurau senda jiran khemah sebelah yang juga merupakan jiran semasa di bazar TESCO lagi terkesan pabila malam terakhir berniaga yang masing-masing turunkan harga, serius hangat.Tokey pun baik hati duit belanja lebih sokmo ada untuk juadah berbuka puasa. keh3. Dalam masa seminggu lebih ini jugalah ambo belajar mengawal diri ambo dengan melayan karenah pengunjung-pengunjung yang berbagai ragam, ragam elok bahagialah nego tp ragam x elok sakit kepala nak pegang harga lagi- lagi lambakan peniaga membuatkan mereka boleh main-main harga dengan kita.Tapi itulah yang dinamakan pengalaman, tiada guna pengalaman berniaga andai ada suka sahaja, kerna kadang-kadang duka lebih bererti mengajar kita akan dunia. Dijadikan cerita, balik kampung meggey (awal) puasa baru ni kak ambo ada tanya nk niaga tak, tapi tulah ambo perlu cari dulu halatuju ambo untuk kehidupan ambo dahulu walaupun kettak nak berniaga keh3.sambil berniaga sudah jadi tabiat memerhati yang lalulalangnya manalah tahu kalau-kalau jodoh di bazar ini macam cerita Abby Abadi keh3.

InshaAllah suatu hari nanti bussinessman juga ambo jadinya, dari kecil lagi suka berniaga ekpom keh3.Semoga saing2 ambo yang masih berniaga di Uptown ni mendapat rezeki yang banyak dan penuh berkat. Berniaga elok2 rezeki pun confirm halalan toyyiba... in sha Allah. UNtung sikit atau banyak itu suku kira yang pasti HALAL.... 

Sekian, Wassalam....

No comments:

POst Famous

Total Pageviews