Assalamualaikum dan selamat petang...
Lama sudah tidak menulis, begini lah kalau dah mood sekejap ada sekejap tiada, time kelas buleh lagi online internet free plak tu hehehe so ini lah masa jalan-jalan di alam maya tengok apa yang best dan boleh di share.
Dalan tour di alam maya pagi ini aku terjumpa satu sharing fact tentang "kejayaan penubuhan kilang Coca-Cola di Nilai dan telah dirasmikan oleh PM kesayangan Malaysia kita, Datuk Seri Najib. Okey, dari dulu lagi aku kurang suka pasal Coca Cola ni x taw nape, mungkin sebab sakit tekak masa nk telan rasa perit pedih tapi x taw kenapa ramai sangat yang minat dengan bendalah ni. Suatu masa dulu, negara dikejutkan dengan program BOIKOT McDonalds dan alhamdulillah ada yang telah sedar jangka masa panjang dan ada yang hanya seketika sahaja kerana x sampai sebulan yang tetap membeli produk McDonalds malah seminggu lepas isu ni pon dah ada yang lemah lembik pergi masuk McD dengan muke selamber badak. Ini pon setelah pelbagai fakta dan gambar yang meruntum jiwa disiarkan juga disharekan di media elektronik terfemes Facebook.Nauzubillahiminzaliik.
Mungkin dah terlalu addict dengan McD kot alhamdulillah aku x addict sangat buleh lagi tahan. Ok yang sekarang ni pasal Coca-Cola plak x tahu la keberkesanan dia mcam mana di Malaysia kerana di kebanyakkan negara mereka mogok dan boikot sampai kerugian berbillion dollar sampai syarikat tersebut menutup cawangan mereka di beberapa tempat di negara tersebut. Bagi penubuhan kilang ini yang dikatakan dapat membuka peluang pekerjaan sebanyak 800 kekosongan namun andai di bandingkan dengan nyawam yang saban hari syahid (In sha Allah) di palestin di syria ianya hanyalah angka yang kecil.
Mungkin dari tarikh gambar ini ia adalah isu lama tapi kesan dia sekarang ni masih ada.
Di sini aku share petikan kekecewaan pihak Aqsa Syariff yang telah banyak membantu palestin.
Imbas kembali Kenyataan PACE (Palestine Centre of Excellence) pada tahun 2010 mengenai pembinaan kilang pembotolan Coca Cola di Nilai.
----------------------------------------------------------------------------------
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.
PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan pada 15 Mac 2010.
Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.
Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.
Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.
Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.
PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:
1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.
2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.
3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.
4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.
5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.
Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
sumber : FACEBOOK AQSA SYARIF
Akhir kata, pandailah fikir mana yang boleh dan perlu kita buat demi membantu saudara seISLAM kita, walaupun kita sentiasa berDOA buat mereka dalam masa yang sama kita menyokong sumber pembunuhan mereka itu macam tidak terkesan sangat. Kita Boikot mana boleh dan berDOA sebanyak mungkin dan di akhirat nanti hanya ALLAH yang dapat membalas semua perbuatan kita sama ada KEBAIKAN walau sekecil zarah mahupun KEJAHATAN. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment