Kali ini aku ingin berkongsi tentang pengalaman seorang pakcik yang kini mempunyai anak sedara seramai 16 org dan bakal mendapat tambahan lagi hujung tahun ini dan awal tahun depan seramai 4 org lagi.Kuat ‘producing’ betul kan2?hehehe.Dengan mempunyai anak sedara yang ramai mungkin bagi sesetengah org adalah bagus sebab rumah sentiasa ceria namun ada yang berpendapat x bagus kerana rumah akan sentiasa bising. Bagi aku awal2 dapat anak sedara yang ramai agak memerlukan kekuatan mental lebih dari fizikal ini kerana walaupun aku hanya bergelar pakcik namun tanggungjawab menjaga dan mendidik seorang anak kecil sudah dirasai oleh aku. Mana taknya kalau semua awek2 kecik serta pakwe2 kacak aku balik dengan membawa pelbagai ragam dan gaya kadang-kadang buat aku stress dan pening. Menjadi seorang pakcik juga perlu hati-hati semasa berkomunikasi dengan mereka kerana mereka mudah untuk mengikut perlakuan kita sebagai org dewasa, itu kalau jadi pakcik,kalau ibu ayah mesti lagi kena berhati-hati kerana mereka sentiasa bersama selalu.
Baru-baru ini di awal ramadhan aku pulang ke kampung untuk menyambut bulan ramadhan dan semua adik-beradiik aku balilk jadi rumah ma aku penuh dan sesak dengan kanak-kanak. Kadang-kadang melihat telatah seorang demi seorang anak2 sedara aku boleh buat bibir tersenyum juga boleh buat hati panas, namun balik semula kepada fitrah seorang kanak3, mereka semua masih belum tahu apa yang betul dan apa yang salah jadi kitalah yang harus meneladani mereka. Di samping itu juga dalam melayani kerenah mereka semua aku kena juga ‘consider’ akan ibu dan bapa mereka @ adik-beradik aku kerna andai terlebih dan terkurang mungkin akan menimbulkan situasi yang agak tidak menyenangkan fuhhhh susah jugak ni jadi seorang pakcik.
Dan pabila ada situasi mereka semua membuatkan rumah aku ‘ havoc’, aku terpikir ingin marah atau buat tidak kisah? Bila pikir2 balik, masa semua mereka balik dan berkumpul macam inilah waktu yang sesuai bagi mereka bermain,berkenal dengan saudara mereka sendiri serta mempelajari asas komunikasi di peringkat mereka sebagai kanak-kanak.
Hurm mungkin ini je kot dapat aku kongsi as seorang pakcik supaya mana2 kawan yang baru nak jadi pakcik boleh mengadaptasikannya nanti.
Sekian,terima kasih kerana membaca.