Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Friday, October 23, 2009

Bila sayang & Bila X disayang..

Aku cume nak share pe yang aku pernah rasa dan alami untuk jd pgjaran bg aku sendri n sape2 je. hurmmm sebelom ni aku pon pernah dengar ma aku cakap ' hati2 bila org sayang xpe sume amin, bila org da x syang benda sekecil kuman pon akan jd penyebab' kalo dulu aku x amik kesah sgt sbb blom jd kat aku , tp skrg x lepas mulut ma aku benda ni jadi dlam hidup aku skrg, dan ia amat menyakitkan aku, tapi sabr lah, balik pada topik, memang btol apa yang ma aku cakap tue, dan aku rasa rmai gak yg poernah alami macam aku ni..masa disayangi apa2 pon yang aku buat sumenya baik dan ok, tp bila sudah tidak disayangi, benda sekecik pon di jadikan point nak gaduh ngan aku. itulah manusia...tapi mungkin sebilangan sahaja kot aku rasa...so pada sape yg masih disayangi oleh seseorg pandai2lah. bagi aku yg sudah jd history just need to go on n move forward...hehehehe..dan ingt lah bila org sudah mendapat perskripsi yg tidak elok...itulah yg akan dipegang oleh mereka..walo macam mane n walo ape2 pon yg kita buat sukar untuk ubah ape yg mereka pikirkan jadi jgn la amik mudah semua perkara...dan jgn lah ingt org senyum tu tanda dia suke kita...
hehehehe...

sekian sje...

Thursday, October 22, 2009

Apa ada Pada 1 Malaysia


Bersempena propaganda baru yang di alami oleh semua rakyat malaysia tidak kira sama ada piahak atasan mahupun rakyat biasa. kalau ada majlis mesti dikaitkan dengan slogan "1 malaysia"
boleh dikatakan semua lapisan kini demam 1 malaysia. jadi aku akt sini ingin memberi pendapat peribadi kerana agak bosan juga aku mendengarnya. aku bukan anti kerajaan mahupun pro pembangkang tetapi pendapat yang berikan ini berdasarkan status sebagai rakyat malaysia.
bermacam-macam sudah propaganda yg dilahirkan oleh org politik semata-mata nak tarik perhatian dan sokongan rakyat. persoalan yang membuatkan aku menulis kali ini adalah..

1.adakah mereka yang melahirkan konsep tersebut memikirkan kesan jangka panjang terhadap rakyat?
2.adakah mereka sendiri mengaplikasikan konsep itu?
3.berapa banyak lagikah yang akan mereka cetuskan idea-idea sebegini?

jadi sampai waktu untuk aku berikan pendapat peribadi aku. bagi persoalan pertama. bagi aku la. konsep satu malaysia ini akan mendatangkan kesan agak kurang menyenangkan untuk kaum bumiputera. contoh mengapa aku mengatakan begini adalah salah satunya biasiswa nasional. biasiswa jpa sudah dimonopoli oleh kaum tertentu walaupun dibuatkan kuota apatah biasiswa nasional @ biasiswa satu malaysia yang diberikan tanpa mengira kaum,bangsa dan agama. aku ada dua org kawan yang mendapat keputusan yang agak baik kedua-dua semester dan dengan penuh harapan di memohon 2,3 biasiswa dan satu pon tak dapat. nak kata keputusan x bagus dua-dua semester dia dapat anugerah dekan. aku kadang2 hairan kriteria macam mana lagi yg diperlukan untuk mendapat biasiswa. dan satu lagi biasiswa yang agak lumayan iaitu biasiswa tun abd razak juga dipohon tapi x dapat. dan aku dapat tahu bukan 'org kami' yang dapat. dimanakah hak kaum bumiputera yang sering 'dipertahankan' oleh pihak kerajaan. dalam berita bukan main nak pertahankan. nak kata kami x berusaha da dapat keputusan yang elok pun saama saja. semakin hari aku fikir, macam istilah 'bumiputera' semakin luas terbuka untuk semua..

bagi persoalan kedua pula aku hubungkaitkan dengan konsep islam hadhari. apakah sebenar matlamat islam hadhari? adakah tulus diperkenalkan konsep ini atau hanya semata-mata untuk tujuan politik. ini kerana kalau diberi nama islam maka haruslah relate dgn ajaran islam tetapi pencetus idea ini sendiri tidak mengaplikasikan apa yang dia sendiri cetuskan. jadi org bawahan @ rakyat yg melihat siuasi ini semestinya idak mengambil berat tntg konsep ini. jadi konsep ini hanyalah sia-sia sahaja. aku mengatakan begini adalah kerana semua org dapat melihat sendiri di kaca televisyen golongan 'pencetus' idea ini mengabaikan ajaran islam dengan bersalam-salaman lelaki dan perempuan sampai ada yang cium pipi dan berpeluk-pelukan pun ada. adakah kita mahu menerima idea org sebegin, sahkan ajaran islam yg sebenarnya tidak diikuti mahu mencetuskan 'islam hadhari'??? fikir-fikirkanlah...

bagi persoalan ke3 aku sendiri tidak tahu sampai bilakah golongan2 atasan ini dapat memberikan 'idea' @ 'konsep' yang mendtgkan kebaikan kpd diri mereka sendiri atau mereka memang tidak putus idea?kalo da macam tu lebih baiklah fikirkan idea yang berbaloi dan
meraka sendiri dapat mengaplikasikan idea itu dari memberikan idea tetapi dia sendiri tidak mengaplikasikannya. bak kata pepatah melayu ' guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'...

dan kita sebagai rakyat janganlah terlalu excited dgn idea2 mereka ini sampai melupakan asas2 kehidupan kita sendiri.

sekian sahaja...

Thursday, October 15, 2009

Al-Kisah Lecturer Paling Psycho di UMP

aku nak cerita pasala lecturer aku yg palin psycho giler2 iaitu en nik...hahahaha...awal2 masuk kelas dia ok coz dia x start dianya psycho agi..agak hapenning la aku ngan membe2 pas 2 3 bulan... haaaa tekanan yang amt dashaat dia bagi kat kitrg...huhuhu markah x tggi je terus suh drop perghh tensen sey...tiap2 ari kalo bleh dia konpem akan sebot 2 perkataan yg paling menakotkan kitrg...DROP & EXTEND...
hua... da lama skit n kitrg leh followed cara dia kira da ok skit sampai masa dia psycho kitrg wat dek je...hahahha...tp sekrg ni aku ngan koloniaku tensen bkn ngan dia tp projek yg dia ajar huhuhu... troubleshoot byk2 kali pon still xda solution sampai aku ngan membe2 dgn hati kering mintak tgh...huhuhu awal2 kena sebijik dia bg...redha je la...jnji dapat tgguh hahahah...so kitrg masih dapt teruskan troubleshoot...mintak2 la dapat settlekan stage 2 huhuh...amin... insyaAllah...kalo x kne drop la...tp nasib bek tarikh drop da lepas...muahahaha..

Sunday, October 11, 2009

pagi ni aku bengang gile ngan sekumpulan(3org je pon) pagi2 da wat org bengang n nyumpah2(abis pahala subuh aku)..nak kata x cerdik budak universiti..
alkisah aku sampai kat cafe dan aku pon cop la satu tempat pastu pg la cari makanan feveret ...dgn kecewa aku balik ke tempat aku koz makanan tu da abis..tgok2 ada mamat dr mane tah pow aku nya tempat dan wat mke x bersalah ...bangga la tue...sial...aku pon ngan malasnya nak gaduh aku cari la tempat lain...
moralnya kat sini jgn la amik tempat @barang coz benda2 tue yg akan wat org bengang n nyumpah2...n dapat dosa free...

Janda 18 tahun

Alkisah...ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda
ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak
mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti,
fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya,
manala tau

kekawannya ada calon yg sesuai. Usin, kawan karibnya yang mendengar
berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai
untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak
rekomenkan adalah janda 18 thn.

Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya. "nak ke dia kat aku yg
dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.
"kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi
apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak
kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi. '
Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh
jalankan..tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang.

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat."
kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana
dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri
Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan
Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya
berisi wang RM500 pemberian Amat. Amat segera terbayangkan saat2 indah yang
bakal dilalui bersama isteri barunya nanti.

Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap
dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar.
Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu
untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik
pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Tapi alangkah
terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak
digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat
mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan
namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la
Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda
18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin
yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan
Amat.
"Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa
plak???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.
"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!" .
"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu

Moral of the story: Check dulu umo bakal isteri anda...hahahahaha

Lawak Pertahanan

Minat dalam bidang PERTAHANAN?

Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra dan bukan bumiputra
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-30 tahun

Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 30 MEI 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.


LAMPIRAN SILA KE BAWAH.


Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA PERKASA HITAM (Cawangan Jepun)

Saturday, October 10, 2009

Lawak Big Boss Kedekot

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2007, syarikat ini
akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang
digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan
gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami
mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada
kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya
ialah hari sabtu dan ahad….

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka
perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini
kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan
badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh
pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2006 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas
selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya
tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan
menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal
gambar anda di notis board di bawah korum ’staff sembelit’.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan
sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari
dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai
organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti
harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3
bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan,
kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

HR DEPARTMENT

Friday, October 9, 2009

Minggu Penuh Kerje...

minggu ni merupakan minggu yang amat memenatkan n meletihkan bagi aku, mana x nya...ngan microp tiap2 kali pas kelas ada kuiznya... kalo senang xpe susah sey...pastu lak semalam n kelmarin aku baru habsi berperang jawab test control n math huhuhu...jawab memg jawab markahnya nanti x taw macam mana...aku rasa pas dapt markah rasa nak kuo cari keje je...heheheh rasa je la wat x pon...muahahahha...abis test projek stage 2 microp kene siapkan lak huhuhu...penat2....tapi redha n tawakal je la...hehehe...sampai nak cari awek pon x sempat...ngeee....

Keindahan Seorang Wanita....

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

POst Famous

Total Pageviews