Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Saturday, July 20, 2013

Rinduku Si Penjual Bazar Ramadhan.


Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat lewat malam...

Alhamdulillah berlalu la sudah fasa pertama iaitu fasa rahmat buat kita semua umat Islam yang menunaikan ibadah berpuasa. Sekejap bagaikan sekelip mata masa itu berlalu, ambo pun macam tidak terperasan bahawa sudah 11 hari kita semua berpuasa. Kali ini ambo ingin berkongsi kerinduan ambo ketika menjadi seorang penjual Bazar Ramadhan di Uptown Kota Bharu, sungguh penuh memori. Alkisah ambo baru sahaja tamat belajar dan ingin rehatkan otak yang sudah empat tahun diperah demi segulung ijazah yang belum tahu akan gunanya.

Namun, tidak lama waktu rehat ambo, kak ambo mengajak untuk menjual di bazar ramadhan. Lalu bermulalah pengalaman baru dalam hidup ambo sebagai si penjual Bazar Ramadhan, walaupun malu pada mulanya bila nak nego( nego ; kelantan = niaga, english = runding) dengan pengunjung kedai ambo namun dikeras juga muka melayan kunjugan mereka menjawab pertanyaan mereka xdalah sampai buat duckface keh3.

Alhamdulillah mula meniaga di Bazar Ramadhan di depan tesco, di awal pembukaan susah nak mendapat pembeli, ye lah pada awal fasa puasa tak ramai yang berminat membeli pakaian semua menumpu pada makanan dan juadah-juadah berbuka. Dua minggu ambo buka di bazar ramadhan depan TESCO namun pendapatan yang dapat hanya cukup sewa,modal dan untung agak jauh untuk dikejar. Bincang punya bincang dengan kak ambo merangkap tokey ambo, akhirnya ambo balik ke Bazar Ramadhan dalam bandar yang juga dikenali sebagai Uptown Kota Bharu.

Macam biasa, nak masuk tempat orang bukan senang kena bertanya dan buat rondaan lot dulu, tengok mana kosong dan minta kelulusan "penjaga" dulu baru boleh masuk. "Penjaga" disini bukanlah orang yang minta duit perlindungan tapi orang lama yang buka dalam area ini supaya ambo tidak terambil lot orang silap-silap nak cari rezeki bertukar cari gaduh. hahahaha. Alhamdulillah masih ada lot kosong walaupun agak hujung sedikit namun disebabkan bazar ni tengah-tengah bandar jadi yang hujung menjadi pintu utama. 

Di awal ambo berniaga disini alhamdulillah banyak la sikit dapat dari teruskan di TESCO yang sehari nak dapat pelanggan pun agak susah. Di uptown ni pengunjung lebih ramai dan waktu niaga lagi lama tambahan pula dekat dengan Masjid Muhammadi, jadi jemaah yang balik terawih ada yang terus singgah menjamu mata walaupun tidak membeli di sini. Disebabkan masa di TESCO ambo susah nk dapat pelanggan, disini walaupun mereka masuk jenguk-jenguk cukup membuat ambo terasa seperti berniaga betul-betul bukan sebagai "jaga" keh3...

Alhamdulillah seminggu lebih bertapak di Bazar Uptown ni boleh la ngimbuh(cover) balik modal sewa pon murah bedooh nah kat uptown ni, Rindunya ambo nak berniaga lagi di uptown, rindu saing(kawan) jual sekali juga suasana tika khemah dibuka dengan gurau senda jiran khemah sebelah yang juga merupakan jiran semasa di bazar TESCO lagi terkesan pabila malam terakhir berniaga yang masing-masing turunkan harga, serius hangat.Tokey pun baik hati duit belanja lebih sokmo ada untuk juadah berbuka puasa. keh3. Dalam masa seminggu lebih ini jugalah ambo belajar mengawal diri ambo dengan melayan karenah pengunjung-pengunjung yang berbagai ragam, ragam elok bahagialah nego tp ragam x elok sakit kepala nak pegang harga lagi- lagi lambakan peniaga membuatkan mereka boleh main-main harga dengan kita.Tapi itulah yang dinamakan pengalaman, tiada guna pengalaman berniaga andai ada suka sahaja, kerna kadang-kadang duka lebih bererti mengajar kita akan dunia. Dijadikan cerita, balik kampung meggey (awal) puasa baru ni kak ambo ada tanya nk niaga tak, tapi tulah ambo perlu cari dulu halatuju ambo untuk kehidupan ambo dahulu walaupun kettak nak berniaga keh3.sambil berniaga sudah jadi tabiat memerhati yang lalulalangnya manalah tahu kalau-kalau jodoh di bazar ini macam cerita Abby Abadi keh3.

InshaAllah suatu hari nanti bussinessman juga ambo jadinya, dari kecil lagi suka berniaga ekpom keh3.Semoga saing2 ambo yang masih berniaga di Uptown ni mendapat rezeki yang banyak dan penuh berkat. Berniaga elok2 rezeki pun confirm halalan toyyiba... in sha Allah. UNtung sikit atau banyak itu suku kira yang pasti HALAL.... 

Sekian, Wassalam....

Monday, July 8, 2013

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Khinzir

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat lewat malam...

Dalam sehari-hari ambo ke hulu ke hilir dalam Facebook kadang-kadang terjumpa sesuatu yang mungkin 
berguna untuk kehidupan kita bersama tapi kalau semua tahu dah hanya sebagai peringatan untuk 
kita bersama sahaja.

Kali ini pasal istilah-istilah yang kadang-kadang kita tidak perasan mahupun ter"miss" pandang pada kandungan mahupun
nama panggilan makanan. Ini amat penting kerana dari makanan diri kita jasamani juga rohani terbentuk, suci makananan
yang dimasukkan suci lah jasamani dan rohani, namun andai kotor makanan yang disuapi maka kotorlah segalanya.

Berikut ambo "quote" pernyataan asal dari sang "sharer".

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from
porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah
'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar : Babi liar.
5. Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk : Susu babi.
10.Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat   kurang daripada 50 kg.
11.Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi juga digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.
Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan.

Disamping itu mungkin ada saing sahabat tahu sedikit sebanyak info tambahan buleh komen di bawah entry ini untuk kita bersama.

Sekian, Wassalam....

Pengumuman Puasa Ramadhan 2013


Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat lewat...

Sekian lama sudah tidak menulis di ruangan ini terdetik pula untuk memulakan kembali 
mencoret disini... Semoga permulaan kembali ambo ini disertai dengan istiqamah, idea ada
dan selalu bermain di fikiran cuma kerajinan jari jemari tidak tegerak dek kerana kemalasan dan 
segala bagai alasan..

Diumumkan seketika tadi seluruh umat islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa 
ibadah wajib rukun Islam di Bulan ramadhan bermula Rabu ini iaitu lusa pada 08 Julai 2013.
buat yang lupa ye la setahun sekali (30 hari je) heeee

Semoga Bulan ramadhan kali ini buat diri ambo dan saing sahabat lebih berkah lagi bermanfaat dari 
yang sebelum ini... hope this will be the force for me to change what i should do long time ago..


Akhir kata dari ambo, Selamat Datang Kembali Bulan Keberkatan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat Berpuasa dan 
Beribadah seboleh mungkin buat teman3..

Sekian, Wassalam....

POst Famous

Total Pageviews