Bismillahirrohmanirrahim....
Assalamualaikum dan selamat pagi semua warga maya...
Mata belum terasa ingin lelap walaupun perjalanan hari ini yang dilalui penulis agak jauh iaitu dari Kota Bharu ke Gebeng berseorangan diri pula. Teringat akan lagu "Bila Orang Dah Benci" yang diputarkan oleh Dj THR.fm di sepanjang perjalanan tadi,terasa ingin menulis tentangnya.
Andai pembaca melihat tajuk nukilan ini, seakan-akan tajuk lagu salem yang baru keluar beberapa hari lepas seingat saya. Namun, nukilan ini bukanlah ingin menceritakan cerita kasih kekasih yang telah putus dan saling benci membenci tapi lebih kepada isu umum iaitu apabila orang sudah benci, semua kebaikan akan diketepi.
Kadang-kadang ada sesetengah orang akan melakukan perkara sedemikian dan kita juga tidak terkecuali dari merasakan benci ini. Manusia normal akan mempunyai rasa benci tidak kira benci itu adalah kepada perkara positif mahupun negatif. Kebencian bersifat positif adalah salah satu cara untuk kita menanamkan ketidaksukaan kita kepada sesuatu perkara seperti ada sesetengah orang amat benci akan perokok kerana mereka akan sesak nafas seandainya ada orang merokok berdekatan mereka. Dari kebencian itu mereka sama sekali tidak akan merokok namun bukan bermaksud mereka tidak boleh bergaul dengan teman yang merokok.Malah dalam Islam juga diajar membenci sesuatu perkara yang melanggar perintah dan melakukan larangan Allah S.W.T sebagai pilihan terakhir setelah cara menasihati dan memukul tidak berkesan.
Kebencian negatif pula adalah suatu rasa benci yang tidak bermanfaat kepada diri individu tersebut malah menimbulkan rasa cemburu juga dengki. Itulah normal sikap manusia andai tidak dikawal maka akan nampaklah rasa kebencian juga dengki itu kepada teman sekeliling. Jadi gunakanlah rasa kebencian yang memanfaatkan diri sendiri juga orang lain.
Berbalik kepada topik asal iaitu apabila orang dah benci, semua kebaikan akan diketepi, ianya banyak kali berlaku dalam lipatan kehidupan penulis tidak kira sewaktu belajar mahupun tidak.Ianya berlaku kepada diri penulis sendiri namun ada tika dapat disembunyikan ada ketika sukar untuk ditutupi rasa benci itu, mungkin kerana ianya amat tidak disetujui oleh diri penulis akan perkara itu. Diri penulis juga seringkali dibenci walaupun niat dihati hanyalah ingin membantu namun bantuan itu dianggap mengada-ngada juga menunjuk-nunjuk, tapi apa boleh buat tidak seorang insan didunia ini hidup tidak dibenci, samaada berbuat baik apatah berbuat jahat.
Penulis ada terbaca status teman-teman di"Facebook" yang berbunyi " Sekali salah, selamanya dibenci walaupun seribu kebaikan diberi". Status ini membayangkan bahawa walaupun banyak kali kita membuat kebaikan ianya tidak dapat melegakan kesalahan yang satu. Sama juga dengan situasi andai mertua tidak menyukai, walau berbagai cara untuk mengambil hati belum pasti lagi akan disukai. Itulah kehidupan, namun tiada salahnya untuk mengambil hati kerana ada juga mertua yang hatinya lembut dan perlahan-lahan akan berubah hati dan tanggapan kepad menantu itu. namun ada juga menantu yang walaupun sudah diketahui dirinya dibenci namun masih juga tidak mengambil inisiatif seperti diatas, ianya satu kerugian buat dirinya kerana tiada salah dan ruginya andai mengambil hati mertua kerana mereka juga bagaikan ibu dan bapa sendiri.
Buat teman-teman yang menyedari bahawa mereka ada pernah membenci seseorang kerana melakukan suatu kebaikan ianya amat merugikan diri mereka sendiri kerana belum tentu anda akan mendapat kebaikan seperti itu lagi di kemudian hari, jadi manfaatkanlah bantuan dan kebaikan yang diberikan itu kepada diri sendiri dan teman-teman sekeliling. Ada penulis terbaca tips untuk hidup tenang satu daripadanya adalah memaafkan insan yang berbuat khilaf kepada diri kita sebelum melelapkan mata kerana belum tentu lagi nyawa kita dikandung badan di pagi keesokkan hari.
Sekian Terima Kasih Kerana Membaca.
Datang lagi Nanti :)
Ilmu Bukanlah Tempatnya diSimpan diDalam Folder tapi Haruslah diSimpan diDalam Dada...
Search This Blog
PROMOSI TERKINI
[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]
Click Here..Please
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POst Famous
-
Bismillahirrohmanirrahim.... Assalamualaikum dan salam lewat malam.. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menaip dan berkongsi wal...
-
beberapa minit lepas aku baru habis bincang secara tak formal dengan penyelaras bahagian aku untuk minds 2010.Dan dia telah isukan supaya ak...
-
Bismillahirrohmanirrahim Salam dan selamat pagi.. Masih ramaikan yang ingat akan tarikh 27 REJAB ? yang ingt mungkin hanya 25 disember, ...
No comments:
Post a Comment