Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Tuesday, May 8, 2012

Komen Hilal Asyraf Tentang Pendapat Rahim Noor

Bismillahirrohmanirrahim....

Assalamualaikum dan salam lewat malam..

keratan akhbar berkenaan dari NST
Alhamdulillah, banyak sekali yang ingin dikongsi didunia maya ini dengan hanya didepan laptop banyak maklumat senang didapati,sahih atau palsu kita sendiri perlu nilai jangan main amik dan guna terus,itulah guna akal satu sorang yang dikurnikan olehNya. Entry kali in ingin aku share pasal isu yang agak panas dan berbahaya tentang tuduhan dari seorang yang pernah memegang jawatan besar dalam pihak berkuasa PDRM iaitu Rahim Noor terhadap Tuan Guru Nik Abd Aziz yang disiarkan di dalam surat khabar News Straits Times. Aku sebenarnya pelik juga tetiba dia memberi 'statement'sedemikian, padahal beliau orang lama dalam arena ini dan semestinya bijak memberi kata-kata tanpa mengikut emosi diri sendiri. Jadi balik kepada topik, jom kita baca pendapat Hilal Asyraf pasal statement ini..

Hilal Asyraf
Hari ini inbox saya berderet orang tanya persoalan fasal keratan akhbar yang cerita fasal kenyataan "Bapa Kafir".
Sebagaimana dahulu saya tidak bersetuju PAS kata UMNO kafir, macam itulah saya tidak bersetuju sesiapa mengkafirkan sesiapa yang lain.
Ya, mungkin hukum 'wajib' turun BERSIH, pada pandangan saya agak tidak kena. Boleh diperbahaskan lebih panjang sebenarnya hukum 'wajib' turun BERSIH tu. Sebab kalau 'wajib', maka yang tidak turun berdosalah. Itu nyata tidak kena. Hatta dalam peperangan pun, ada yang Rasulullah SAW suruh pergi dan ada yang Rasulullah SAW suruh tinggal di Madinah. Jadi bukan semua pergi. Maka macam mana demonstrasi, kita boleh nak katakan wajib turun?
Walaupun saya jelas, ilmu saya tidak setinggi Tuk Guru Nik Aziz, tetapi saya kira mungkin selepas ini kita boleh lebih berhati-hati keluarkan fatwa wajib, halal, haram, dan sebagainya ini. Ini pergi kepada kedua-dua belah pihak yang berfatwa la. Baik ulama' pembangkang, mahupun ulama' kerajaan.
Pada saya, turun BERSIH itu harus. Benda itu muhtamalah(optional). Ada orang lain, bersetuju juga dengan idea tuntutan BERSIH itu, tetapi mungkin disampaikan bukan dengan cara turun demonstrasi. Jadi, cara nak suarakan tuntutan itu sepatutnya optional. Namun menyuarakan tuntutan itu pada saya adalah fardhu kifayah, yakni kena ada yang suarakan, tak boleh tak suarakan langsung. Caranya, pilihan masing-masing. Itu pendapat saya.
Berbalik kepada isu kafir mengkafir ni, saya kira dulu ada orang pun tak senang bila PAS kata siapa undi dia masuk syurga, siapa undi UMNO kafir, dan sebagainya. Jadi kenapa kita nak jadi macam mereka pula?
Jadi, isu tuduh orang kafir ni, bapak kafir ke, anak kafir ke, pada saya berat la. Baik siapa pun yang buat. Belah pembangkang ke, belah kerajaan ke. Saya tidak bersetuju mana-mana pihak main isu kafir-kafir ini. Nampak low class la.
Pada saya, selagi orang tidak menyatakan secara terang-terangan dengan mulut dia bahawa dia tidak percaya lagi kepada Allah dan Rasul, atau dia merasakan Al-Quran dan As-Sunnah sudah tidak relevan lagi untuk digunakan sebagai perlembagaan kehidupan hari ini, maka kita tidak pantas kafirkan orang.
Bahkan, Dr Asri Zainal Abidin masa bersembang dengan saya di Jordan tempoh hari, dia berkata:
"Kalau orang itu sebut sekali pun, kita perlu tafsirkan bahawa dia tidak bermaksud sedemikian. Jangan kita pantas sangat nak kafirkan orang. Dia mungkin tidak tahu."
Guru saya, Dr Ala' Hilat juga pernah berpesan:
"Kalau kamu nampak seorang hamba Allah ini sujud pada pokok pun, jangan sesekali kamu nyatakan dia itu kafir. Tanyalah kepada dia kenapa dia sujud pada pokok itu. Mungkin kerana dia tidak tahu, bukan kerana dia mempercayai pokok itu adalah Tuhan."
Jadi, pihak sebelah mana pun guna sentimen kafir mengkafir ini, saya sebagai rakyat rasa sangat tidak patut la. Baik pembangkang, mahupun kerajaan.
Macam kes-kes fatwa baru-baru inilah.
Saya pun tak kisah kalau nak haramkan demonstrasi aman. Okay aja.
Tetapi kenalah haramkan perhimpunan untuk Merdeka, Tahun Baru dan sebagainya yang jelas meleluasakan maksiat. Kena jadikan itu isu juga. Kena mainkan akhbar juga. Kena bawa turunlah polis juga untuk cegah semua itu.
Ini nak fatwakan aktiviti sebelah pihak sahaja.
Yang di Kedah pula, nak usahakan agar fatwa langsung tak boleh dicabar. Habislah macam itu. Fatwa ini manusia yang keluarkan, selepas pertimbangannya dalam memahami dalil-dalil yang ada. Dia ada kemungkinan silap.
Jadi benda-benda macam ini, membuatkan makin hilanglah kepercayaan masyarakat kepada pihak yang mengeluarkan fatwa. Baik dari sebelah kerajaan, mahupun pembangkang.
Agama macam jadi alat mainan mereka.
---------------------------------------------------
Masyarakat mesti dah letihkan dengan isu-isu macam ini?
^^
Bersabarlah.
Yakinlah bahawa masa hadapan negara kita ini di tangan kita.
Buat pilihan yang bijak.
Jangan terikat sangat dengan sentimen kepartian. Bebaskan minda kita. Kita lihat secara menyeluruh. Kaji dan kaji. Jangan kerana satu-dua kesilapan, kita tolak seluruhnya. Jangan kerana satu-dua kebaikan, kita terima bulat-bulat seluruhnya.
Kita lihat keseluruhannya. Timbang baik-buruknya.
Mana yang boleh bawa manfaat lebih besar kepada Islam,
mana yang boleh kurangkan lebih banyak korupsi,
mana yang boleh ringankan lebih banyak beban rakyat,
ya, kita kena kaji benda-benda ini.
Saya yakin,
kalau kita bergerak di atas jalan yang betul,
maka akan terpaparlah kepada kita mana yang salah,
mana yang benar.
Sekian coretan rakyat biasa macam saya.
Ini bukan fatwa atau pandangan ulama' okeh? haha.
Ini pandangan saya sahaja.
Boleh buang jauh-jauh kalau tidak suka.
Saya pun tak kisah. ^^

sumber : Amenoworld

Jadi, anda sudah baca dan gunakanlah akal fikiran untuk menilai mana baik dan mana buruk juga berhati-hatilah memberi 'statement' mahupun komen tentang sesuatu isu, lagi elok bertanya pada yang bijak lagi arif dalam hal yang berkaitan jangan main sedap komen saja. Walalhua'lam

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.

No comments:

POst Famous

Total Pageviews