Search This Blog

Pemantau Blog Ini

Click Here..Please

PROMOSI TERKINI

[Don't worry this link will not have any other inappropriate things]

##Bersama ChurpChurp dan SAys untuk pendapatan tambahan anda HERE !!!!##

Click Here..Please

Sunday, April 24, 2011

Kesan Blogger kepada Negara

Salam dan selamat sejahtera semua

Hurm final da dekat tapi idea2 datang untuk menulis bagaikan "coklat yang mencurah2 ke ladang gandum" membuatkan nak study je x jadi adooiiii..

Aku baru pas baca petikan dari PM kita yang bermaksud kerajaan tidak takutkan para blogger2 sekalian.hurm "kalau x da angin xkan pokok bergoyang"  kalau betul2 xda kesan tulisan pejuang blogger sekalian masakan pertanyaan sedmikian di berikan kepada beliau. jadi betullah kata pejuang masa dulu bahawa "mata pena mungkin lagi tajam dari mata pedang" mata pena disini merujuk kepada tulisan2 dan idea2 dari para blogger. andai di 'observe' blog2 yang kini macam cendawan tumbuh selepas hujan tidak kira blogger pro kerajaan mahupun blogger pro pembangkang juga ada blogger yang duk tengah2 macam duduk atas pagar la,  yang sentiasa memerhatikan tindak tanduk kerajaan mahupun pembangkang.

Andai kite selalu buke blog2 dan lompat melompat ke blog org lain(bukan katak k kalo melompat blog)
kite akan dapat tengok setiap 5 minit mahupun 10 minit akan ada post2 baru tentang keadaan negara kita yang terkini sama ada politik ekonomi mahupun dunia artis. kadang2 maklumat yang kita dapat dari blog jugak lagi tepat dari media massa lain seperti Utusan juga Bh, bukan aku kata maklumat diorang x tepat tapi apa yang mereka utarakan di tulisan mereka kadang2 'annoying' dan lebey kepada mengampu(ini aku punya pendapat la org len wallahua'lam) sebabkan ini juga aku jarang n x pernah beli akhbar ini hehehe...contoh yang tidak tepat maklumat diorang yang terdekat adalah kes arwah adik saiful yang di tulis menghentam kaw2 ustaz itu tanpa mendapat maklumat sahih (dalam islam juga dituntut) mahupun laporan bedah siasat yang rasmi dikeluarkan oleh para forensik. awal3 kes laju je dorang tembak ustaz tu kata adik saiful kena pukul la kena hantuk la...last2 sebab musabab sebenar kepergian arwah adalah kerana penyakit beliau.noktah.

jadi dari segi blogging bagi aku kesan dia masa kini adalah amat ketara mana x nya salah taip skit terus saman menyaman.bukti adalah print skrin. jadi aku rasalah salahandai kata tulisan blogger tiada kesannya kepada negara lagi2 apa yang di tulis itu dapt dibaca oleh pembaca seluruh dunia dibandingkan UM n Bh yang hanya dalam malaysia.

jadi ape yang dapat aku suggest kat entry ini adalah kite sebagai rakyat terutama golongan muda mudi bakal pemimpin haruslah menggunakan apa yang kita ada dalam mendapatkan maklumat juga haruslah kita cakna dalam keadaan negra semasa x kira suke ataw tidak akan sesuatu isu samaada politik ke apa ke nak x nk kita kena ambil tahu juga.andai kita kata "alah aku student bukan ada kaitan pon ngan semua politik2 ni" jangan menyesal kemudian hari bro, andai kuo dari kepompong pelajar baru kita mengeluh semua barang naik kekurangan pekerjaan baru lah kita nak aktif..tiada gunanya..wallahua'lam

sekian terima kasih kerana membaca..

1 comment:

Lydia Miza said...

taip sikit jek dah masuk engin google..ye ke takda kesan...

tp biasanya kita cerita benda benar.so...klu benar tu tak salah kot?jgn nak saman2 lak ye..hehe

POst Famous

Total Pageviews