Assalamualaikum dan selamat petang...
HILANG.. HILANG.. dan HILANG...
Saban hari ramai remaja telah dilaporkan hilang dan diculik. Ada kes hilang yang dapat diselesaikan dengan berjaya dan mangsa dapat diselamatkan dan ada juga yang diakhiri dengan kematian. Kes kehilangan kanak-kanak cina yang comel ini mempunyai kaitan dengan rakan kenalan yang baru dikenalinya di laman sosial. Andai di fikirkan balik, kanak-kanak generasi kini semakin maju dan "updated" andai di bandingkan dengan zaman kita dahulu, kalau difikirkan untuk mendapatkan kawan agak susah dan memerlukan "two-way communication" sebelum berkawan. Tapi kini dengan adanya laman sosial seperti Facebook terutamanya, perhubungan semakin senang untuk dijalankan dengan hanya "add friends". Remaja zaman kini juga sukar diawasi oleh ibubapa yang mempunyai masa yang terhad andai kedua-duannya bekerja. Dari kekurangan pemantauan ini juga meningkatkan risiko anak-anak mudah bergaul dengan insan yang kurang dan tidak dikenali. nauzubillahiminzalik.
Oleh itu eloklah semua ibubapa mengambil ikthibar dari kes ini supaya dapat meningkatkan hubungan 2 hala dengan anak-anak dan selalulah "update" akan kehidupan anak-anak dari sibuk meng"update" status di laman sosial. Dan lagi elok seandainya ibubapa mempunyai akaun Facebook, bertujuan untuk memantau anak-anak. lagi elok seandainya anak-anak dilebihkan dengan penerapan ilmu agama, halal dan selalu berjemaah dalam solat. In sha Allah seandainya anak-anak diterapkan dengan ilmu agama dengan baik tidak mustahil mereka dapat berfikir akan baik buruk sesuatu perkara dan dapat menjaga diri mereka sendiri. Juga tambahan selalulah berdoa untuk keselamatan keluarga kita sendiri. Sama-samalah kita minta semua bala bencana dan kemalangan dijauhkan dan disimpangkan dari berlaku kepada kita,keluarga dan insan terdekat.
Takziah buat keluarga mangsa...
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di Klang malam tadi.
Mayat gadis itu yang dipercayai dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui Internet, ditemui polis yang dibawa oleh suspek ke lokasi pada pukul 9 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan awal menemukan kesan luka dan pendarahan pada kepala dan tangan mangsa.
Suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 6.30 petang tadi di rumahnya di Kelana Jaya. Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek lebih 12 jam lalu, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Menurutnya, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di pada pukul 1.30 pagi selepas anaknya gagal pulang, sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada pukul 11 pagi semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/244612
lompat dari : http://networkedblogs.com/QkecZ
PRAY 4 MESIR,PALESTIN & SYRIA !!!!!
Sekian, Wassalam....